Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

1. HV3D | Kucing

"Maaf, Carolina."

Gadis kecil itu mencebik sedih bila aku tolak kehadirannya untuk trick or treats.

Aku tanggalkan gelang manik dan pakaikan di lengan kecilnya. Seronok dia berlari mendapatkan ibunya, Adeline.

"Maaf, Nadya. Kejiranan ni dah tak selamat," kata Adeline sebelum berlalu pergi.

Aku dan Alex menelusuri laluan pejalan kaki yang sunyi sepi tanpa suara keriangan seperti tahun sebelumnya.

Halloween kali ini suram gara-gara kes kehilangan beberapa orang kanak-kanak di daerah komuniti kami. Hanya tinggal barisan labu berukir menghiasi tepi jalan.

Natashe melambai apabila kami tiba di tanah lapang.

"Kau perasan bilangan kucing di kejiranan ni bertambah?" tingkah Michael.

"Entah. Mungkin Madame Itte lepaskan kucing dia yang banyak tu." Aku malas ambil pusing.

"Aku rasa kanak-kanak tu bukan diculik tapi ditukar menjadi kucing. Takkan kes kehilangan semakin tinggi tapi polis masih tak jumpa suspek?"

Aku diam.

"Kau tak percaya." Natashe muram.

"Alex, kau rapat dengan Madam Itte. Kau tak syak apa-apa bila tengok kucing peliharaannya semakin banyak?" Michael pula berhujah.

"Dia cuma wanita tua yang cintakan haiwan," jawab Alex.

"Aku balik dulu."

Mereka kecewa bila aku pulang tapi biarlah pihak berkuasa yang bekerja.

Ketika aku menutup pintu rumah tiba-tiba muncul seekor anak kucing.

"Kakak."

Kenapa aku dengar kucing ini tidak mengiau seperti biasa?

"Kakak."

Meremang bulu roma apabila menyedari aku tidak tersalah dengar! Ada sesuatu tergantung di leher kucing itu.

Gelang manik aku!

Bunyi telefon kedengaran.

"Hello?"

"Nadya, Carolina hilang!" Suara Adeline meraung di hujung talian. Aku pandang anak kucing itu semula.

"Carolina?"

————

Panggilan dari Natashe membuatkan aku berlari ke rumah Madame Itte. Ternyata, wanita tua itulah penyebab bertukarnya kanak-kanak kepada kucing selepas memakan gula-gula yang diberikan.

Sukar dipercayai namun ia jelas berlaku.

Bau kucing menusuk hidung apabila rumah yang terpencil itu aku jejak. Kelihatan Madame Itte terbaring lemah di katil lusuh yang terletak di ruang tamu. Lantainya hampir saja tidak kelihatan kerana dipenuhi kucing yang berbagai warna.

Wajah Alex yang memangku kepala Madame Itte basah dengan air mata. Pertama kali aku melihat lelaki ini bersedih.

"Kenapa kau sembunyikan hal ni, Alex? Bahkan kau yang bantu madame cipta gula-gula ni!" Suara Natashe melengking.

"Manusia lebih sayangkan haiwan. Mereka pelihara kucing dan anjing tapi anak diabaikan. Mereka sayang kucing tapi buat salahlaku terhadap kanak-kanak. Penderaan, pengabaian, pedofilia... hanya kerana mereka kanak-kanak yang tak berkuasa," ucap Alex. Wajahnya suram kemerahan.

"Tiada beza menjadi kucing, mereka masih bebas bermain, disayangi dan dibelai tanpa niat jahat."

"Sebab itulah kau berusaha menjadi saintis." Akhirnya aku mengerti.

Alex menjadi mangsa keganasan rumahtangga. Aku tahu tentang itu kerana kami berkawan baik sejak dia menjadi anak angkat kepada jiran kami 10 tahun yang lalu.

"Ini bukan caranya. Kau renggut masa kecil kanak-kanak ni. Kau tahu tu." Michael sentuh bahu Alex.

"Benar kata mereka. Madame dah tua, tak boleh jaga mereka. Jangan ubah fizikal mereka tapi ubahlah mentaliti masyarakat dengan cara yang lebih baik," tambah Madame Itte diselangi batuk kecil.

Alex tunduk menangis di bahu Michael yang memeluknya.

Akan terjaminkah nasib kanak-kanak ini jika mereka menjadi manusia semula?

AmbassadorsMY WattpadFanFiksyenMY
500 patah perkataan
201020.1633

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro