amanda furqaen - 5
“Apa yang tak berubah?” soalku ingin tahu. Kena buang rasa janggal ni. Kena buang rasa tak selesa ni. Kena tengok muka dia puas-puas. Hadam dalam otak banyak-banyak supaya masuk dalam mimpi. Haha!
“Senyuman awak.” katanya. Terdiam kejap aku. Kenapa dengan senyuman aku? Aku senyum nampak gigi jongang ke? Atau bila aku senyum nampak lubang hidung ke? Mana tahu kan?
“Masih cantik.” Sambung Dany buatkan aku terus terdiam tidak tahu hendak balas apa. Aku merenung wajah dia lama-lama. Seketika Dany Furqaen melepaskan keluhan. Nampak berat sangat masalah dia. Belakang tubuhnya disandarkan pada penyandar kerusi. Tiba- tiba dia tersenyum.
“Patutlah balik haritu Dinie dengan Zara beria cakap jumpa kakak cantik dekat tadika. Awak rupanya. You know what, Dina? Saya pernah berjumpa dengan ramai perempuan yang cantik. Tapi Zara tak seteruja tu bila jumpa diorang selain awak. Dengan awak dia lain dan saya dapat rasakan yang Zara sukakan awak.” kata Dany panjang lebar.
Seketika kemudian aku terus menghamburkan tawaku sehingga tersedak aku dibuatnya. Laju air sirap ais aku capai sebelum aku sedut rakus. Gelak tak ingat dunia sangat sampai terbatuk-batuk aku. Kalau Zara suka aku isteri dia nak campak mana? Aku pandang muka serius Dany. Tak jadi aku nak sambung gelak.
“Dan Zara pernah minta saya cari mummy baru dia and it was you, Dina.” Tunggu, apa yang dia cuba sampaikan sekarang? Mummy baru? Apa maksud dia? Isteri dia macam mana? Aku tak nak jadi pemusnah rumah tangga orang! Aku...
“Saya terkejut sebenarnya. Saya tak sangka yang Zara kenal dan suka akan awak.” Berkelip-kelip mataku memandang wajah pujaan hati. Apa ni? Kenapa aku tak dapat nak faham apa yang dia katakan?
“Tapi tidak jadi masalah untuk kita kahwin betul tak?” Sekali lagi aku tersedak. What the heck?
“Saya kenal awak dan awak kenal saya. Awak single saya duda. Jadi macam mana?”
Ternganga mulutku mendengar penjelasan Dany. Terlalu laju dan padat sehingga otak aku tidak dapat menerima maklumat itu dengan baik. Tunggu, apa dia cakap tadi? Duda?
Dany Furqaen seorang duda?
“Awak duda?” soalku terkejut. Biar betul? Aku ingatkan dia masih beristeri sampai sekarang.
Aku pun sudah tidak dengar apa-apa berita setelah Dany Furqaen sah menjadi suami orang. Aku pun malas nak ambil tahu kerana aku sudah tidak lagi mempunyai peluang. Wajah Dany aku pandang.
Wajah lelaki itu kelihatan keruh sahaja selepas aku membangkitkan isu duda. Tiba-tiba aku rasa bersalah.
“Maaf, saya tak bermaksud nak...”
“Tak apa. Saya okay.” balas Dany sambil membetulkan postur duduknya. Matanya tegak merenung aku.
“Hannah dia disahkan meninggal dunia empat tahun yang lalu. Masa tu Zara masih kecil. Dia baru setahun dan dia perlukan kasih sayang seorang ibu. Tapi, apa saya boleh buat kalau Allah lagi sayangkan mummy dia? Hannah telah disahkan kanser rahim selepas lima bulan lahirkan Zara.” Aku menekup mulutku. Sungguh aku tidak menduga latar belakang kehidupan keluarga Dany seperti itu. Aku tidak membalas apa-apa. Hanya mampu mendoakan kesejahteraan buat Hannah.
“Saya tak tahu nak cakap apa masa tu. Saya terkejut. Kami dah cuba macam-macam rawatan. Pergi overseas, buat treatment itu dan ini. What can I do? Allah lebih sayangkan Hannah.” Aku tengok Dany cuba tahan perasaan. Mahu tunjuk yang dia lebih kuat berbanding dulu namun dia salah sama sekali. Aku jatuh simpati dengan nasib yang dilalui Dany, Hannah dan Zara. Kau kuat Dany. Aku tahu kau kuat.
“Sebelum dia meninggal, dia bagitahu saya untuk cari pengganti dia. Saya tak nak buat semua tu tapi bila dia cakap ini adalah amanah terakhir dia saya terpaksa setuju. Zara masih perlukan kasih sayang dari seorang ibu.” kata Dany lagi. Aku tengok wajahnya yang putih itu sudah bertukar kemerahan. Nampak benar tengah tahan perasaan.
“Four years has been through. Saya masih tak jumpa. Dinie pun selalu bagi calon dan semua tu Zara sendiri yang tolak.
Tapi kalau dengan awak dia gembira. Dia mahukan awak. Saya nampak macam mana awak layan dia dan macam mana Zara terima layanan awak. Dinie dah ceritakan segalanya dekat saya.” kata Dany berakhir dengan keluhan nipis. Panjang lebar dia cakap sampai aku pun tidak ada ruang untuk mencelah. Wajah kacak Dany menjadi tatapan mataku. Dari reaksinya aku boleh baca yang dia sepertinya mahu katakan sesuatu dan aku disini masih menanti dengan sabar.
“Dina Amanda.” panggil Dany penuh sopan dan hormat buatkan nafasku mula berubah rentak. Kencang dan semakin menggila bagaikan tiada hari esok. Kelopak mata tidak lagi berkelip kerana menanti Dany menyambung bicara.
Adakah dia mahu melamar aku menjadi isterinya? Adakah dia mahu berkahwin dengan aku? Adakah impian aku yang satu itu akan menjadi kenyataan?
“Sudikah awak jadi pembantu rumah saya? Kerja dengan saya untuk jaga makan, pakai dan minum Zara?” Wajahku bagaikan ditampar sekali. Aduhai, aku rasa aku dah cukup gila membayangkan Dany akan melamar aku disini. Sedarlah diri kau tu Dina Amanda. Kau tak layak!
“Sa... Saya.” Lidahku terkelu. Mungkin terlalu terkejut dengan ‘lamaran’ yang terbit dari celahan bibir Dany Furqaen. Aku memandang lantai bersama jari-jemari yang bermain dengan hujung blouse yang dipakai aku. Aku tidak tahu untuk membalas apa. Terlalu terkedu dan terkejut. Tidak sepatutnya aku berharap betul tak?
Tidak semena-mena aku terduduk sendiri tanpa ada sesiapa yang tarik aku untuk berdiri kembali.
“Awak jangan risau tentang gaji. Sebab saya akan uruskan kesemuanya. Apa yang awak perlu buat adalah beri kasih sayang yang secukupnya kepada Zara.” kata Dany buatkan aku menggenggam erat hujung blouse. Aku langsung tidak kesah tentang gaji yang aku akan dapat.
Apa yang aku peduli sekarang ialah perasaan aku terhadap dia. Macam mana aku nak hidup kalau hari-hari aku kena hadap muka dia dan dia langsung tidak sedar tentang perkara tersebut?
Itu akan menjadi luka yang begitu dalam untuk aku.
“Saya tak boleh...”
“Tolong saya Dina. Zara memang betul-betul perlukan awak.” potong Dany laju buatkan aku tiada pilihan lain selain menerima sahaja.
Apabila nama Zara naik buatkan aku tidak sampai hati untuk menolak. Aku sudah anggap Zara seperti anak aku sendiri walaupun kami baru sahaja berjumpa.
“Baiklah saya terima.” Dengan rela hati saya terima ‘lamaran’ awak, Dany Furqaen.
⋇⊶⊰❣⊱⊷⋇
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro