Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

amanda furqaen - 4

Aku tarik selimut menutupi seluruh tubuhku. Dah serupa mayat bungkus sahaja aku ni. Ah, aku tak nak pergi kerja hari ini. Aku tak nak! Huaa... Mama!

“Kakak! Bangun pergi kerja. Jangan nak melingkar dalam selimut tu, bangun!” kejut mama aku. Aduh, bising! Sumpah aku tak nak!

“Mama, kakak tak nak pergi kerja boleh tak?” soalku meminta simpati semoga mama aku faham. Diam. Tiada respon. Aik? Kenapa senyap ni. Perlahan aku tarik selimut agar ada ruang untuk aku mengendap. Terkejut aku melihat wajah mamaku betul-betul berada dihadapan wajahku. Automatik aku menjerit kuat.

“Mama!” jeritku lantang. Mama hanya sengih seperti kerang busuk. Terlihat dia mencekak pinggang dihadapan aku dengan riak wajah mengejek.

“No excuse.” jawab mamaku bersahaja.

Bibirku mencebik minta simpati lagi. Sumpah aku tak nak pergi ke tadika tapi aku rindu si kecil Zara. Rindu dengan telatah comel budak itu. Tapi aku tidak mahu jumpa daddy dia walaupun hati aku meronta-ronta nak jumpa.

Ceh... Cakap sahajalah nak jumpa. Tak nak mengaku.

“Mama tak kira. Dina kena juga pergi kerja.
Kalau tak mama halau keluar dari rumah!” ugut mamaku. Terus berdesup laju aku menghilang disebalik pintu bilik air. Kalau mama aku dah mengeluarkan arahan seperti itu aku sudah tiada pilihan lain selain turutkan sahaja. Mama aku tu lain sikit. Nak tak nak memang aku kena juga ke tempat kerja hari ini. Aduh, parah!

⋇⊶⊰❣⊱⊷⋇

Aku melangkah perlahan ke arah tadika yang sudah dipenuhi dengan kanak-kanak. Berat kakiku melangkah, ringan lagi hatiku yang mahu berjumpa dengan sang pujaan hati.

Aduhai!

Kiri dan kanan aku pandang. Memastikan keadaan selamat untuk aku terus memecut laju ke dalam tadika tanpa perlu berjumpa dengan sesiapa ataupun ditegur oleh sesiapa. Aku tidak mahu berjumpa dengan Dany Furqaen. Aku belum bersedia!

Setelah memastikan keadaan selamat laju si kaki melangkah ke arah tadika. Aku mahu senyum kerana aku sudah berjaya melepasi pintu pagar tadika. Aku harap sangat yang aku sudah cukup lambat datang ke tadika atau Zara sudah datang dan melihatkan aku tiada buatkan daddynya itu memilih untuk pergi ke tempat kerja. Bijak kan aku?

“Kakak Amanda!” Suara Zara! Terus aku membatu di tempat aku berdiri. Hanya tinggal lagi beberapa langkah sebelum aku tiba di garisan penamat ataupun lebih tepat aku katakan pintu masuk tadika. Jantungku laju mengepam darah. Buku lima aku kepal kuat. Aku tak nak pusing! Aku tak nak pusing!

Tolong lah!

“Daddy cakap dia nak jumpa kakak cantik!” It’s so sial kan? Aduh, penat lah macam ni! Aku menghembuskan nafas agar jantungku mengepam darah dengan lebih tenang.

Perlahan-lahan aku menoleh kebelakang.
Tersedak aku melihat wajah daddy kepada Zara. Wajah matang seorang lelaki yang bergelar bapa. Sangat kaca dengan kemeja biru gelapnya. Aduh, parah ni! Mana ice box?

“Dina Amanda?” Tertelan cicaklah aku.

⋇⊶⊰❣⊱⊷⋇

Awkward. Itu yang apa aku rasakan sekarang ketika berdua-duaan dengan Dany Furqaen. Bukan! Maksud aku di tempat awam dekat sebuah meja di dalam sebuah restauran hanya aku dan dia sahaja di meja ini. Hanya berdua.

Zara pula sudah tentulah di dalam tadika. Boleh pulak si kecil itu melemparkan fitnah terhadap aku kepada daddy dia?

“Kakak cantik cakap dia pun nak jumpa daddy!”

Sejak bila aku cakap macam tu Zara sayang?

Sudah dua minit berlalu aku hanya memandang bawah. Takut dan janggal. Aku dapat rasakan mata Dany tidak lepas dari memandang wajahku. Tolonglah ingat bahawa dia ada isteri. Sebab itu aku sudah pasang niat siap-siap untuk tidak pandang wajah kacak Dany. Aku tahu batas aku.

“Awak tak berubah langsung.” Laju aku angkat kepala. Aku nampak bibir seksinya mengulum senyum. Senyumannya seperti adiknya juga.

Senyuman versi pencair hati tetapi sudah tentulah si abang ini lagi power! Lembik lutut aku dibuatnya. Nasib baik aku tengah duduk sekarang. Kalau aku tengah berdiri sekarang ini aku rasa sudah lama aku terjelopok ke bawah. Okay tidak dapat dinafikan bahawa aku rindu senyuman dia!

⋇⊶⊰❣⊱⊷⋇

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro