Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

amanda furqaen - 3

HARI ini tiba lagi. Hari dimana aku akan bertemu dengan si Zara yang comel. Tidak sabarnya aku rasa! Heh. Nak jumpa Zara atau pakcik dia yang terlajak laris di pasaran tu?

Aku menggeleng laju. Kalau aku berkenan dekat si Dinie tu mana aku nak campak Dany Furqaen? Aku melepaskan tawa yang kuat. Terhibur dengan diri sendiri.

Aku angkat wajah pandang cermin yang berada di hadapan aku. Aku senyum sendiri melihat pantulan diri sendiri disitu. Hai, aku ni dah la cantik, kelakar pula tu. Kenapalah tidak ada sesiapa yang nak kahwin dengan aku?

“Sebab kau asyik tidur ja kakak!” jerit angah dari luar bilik tidur aku. Aku mendecit halus sambil memandang tajam luar pintu bilik bagaikan boleh tembus ke luar. Mulut adik aku yang seorang itu memang tiada insurans. Ada sahaja idea dia mahu membantai aku. Cis!

Apalah nasib aku dapat adik macam ni?

Malas aku mahu membalas akhirnya aku mengambil keputusan untuk bersiap dan terus bergerak ke tadika. Aku dah mandi sebelum subuh tahu? Cuma selepas subuh tadi aku kembali beradu di atas katil. Nasib baik aku tidak lambat untuk ke tadika. Kalau tidak sudah tentu aku dibuang kerja untuk kali kedua gara-gara aku lambat ke tempat kerja.

Sampai sahaja aku dihadapan pintu tadika aku sudah nampak tubuh kecil Zara bertenggek dihadapan pintu. Apabila wajahku menyapa anak matanya terus wajah kanak-kanak itu bersinar ceria. Berlari-lari kanak-kanak itu mendapatkan aku yang berada 10 langkah dari pintu masuk tadika.

“Kak Amanda!” jerit Zara girang sambil memeluk kakiku erat. Aku tersenyum lucu melihat karenah anak kecil ini. Manja betul. Aku pun nak bermanja juga dengan suami aku nanti. Erk?

“Zara rindu kakak cantik!” kata Zara lagi buatkan aku tersipu malu. Alahai anak kecil ini suka benar memuji aku ya? Dia pun apa kurangnya? Wajah yang putih kemerahan. Rambut panjang yang disanggul ekor kuda. Mini dress berwarna biru muda seperti Elsa dalam cerita Disney. Zara memang kena dengan definisi comel.

“Kakak.” Panggil Zara sambil kepalanya mendongak merenung aku yang lebih tinggi darinya. Aku geram sehingga tangan aku naik mencucuk-cucuk pipinya yang gebu itu.

Comelnya!

“Daddy cakap dia nak jumpa kakak petang ni.” Tangan yang masih mencucuk pipi gebu Zara masih berterusan melakukan kerjanya. Apa yang Zara katakan itu bagaikan masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

“Okay, okay. Kakak pun nak jumpa daddy petang ni.” balasku senada. Aku tarik tangan Zara untuk masuk ke dalam tadika. Apa yang aku baru katakan tadi pun aku sudah tidak ingat. Apa yang aku tahu aku akan meluangkan masa dengan semua kanak-kanak yang ada di dalam tadika. Masa untuk mula bekerja!

⋇⊶⊰❣⊱⊷⋇

Aku memandang Zara yang merengek lagi apabila melihat orang yang menyambut dirinya pulang semalam datang lagi hari ini.

Sekali lagi juga aku melihat Dinie berusaha memujuk hati Zara. Zara itu dah macam ratu drama. Merengek sahaja kerjanya. Apabila Zara menyoal dimana daddynya jawapan yang sama terpacul keluar dari celahan bibir Dinie.

“Daddy sibuk sayang.”

Mendengarkan jawapan itu Zara terus membentak tidak puas hati. “Daddy dah cakap dekat Zara yang daddy nak jumpa kakak cantik. Kakak cantik pun dah cakap yang dia pun nak jumpa daddy.” luah Zara buatkan dahiku berkerut halus. Bila masa aku cakap aku nak jumpa daddy dia? Ini semua fitnah!

“Ya, achik tahu. Tapi, daddy sibuk juga harini. Tapi esok daddy datang hantar dan ambil Zara dari tadika okay?” pujuk Dinie buatkan Zara kembali senyap. Mungkin cuba memujuk hati sendiri. Zara pandang aku kemudian kaki kecilnya terkedek-kedek merapati aku. Tangan kanan aku dicapai sebelum dicium hormat.

“Esok daddy datang tau. Kakak cantik jangan sedih-sedih.” Walaupun aku tidak setuju dengan apa yang Zara katakan aku hanya layankan sahaja kehendaknya. Wajahnya aku usap lembut. Dahinya aku kucup penuh kasih dan sayang. Aku memegang kedua belah pipinya supaya turut sama memandang aku.

Aku satukan dahi kami berdua. Mata kami saling merenung antara satu sama lain.

“Kakak tak sedih pun. Tak apa, daddy kan sibuk kerja. Esok daddy datanglah tu. Zara tu yang jangan sedih.” kataku lembut bersama satu senyuman memujuk buatkan Zara turut tersenyum. Belakang Zara aku pandang lama sebelum aku mula tersedar yang aku tidak bersendirian disini.

Macam mana yang aku boleh terlupa Dinie disini?

Laju aku berdiri sambil membetulkan kedudukan bajuku. Aku tersemyum kekok memandang Dinie yang sudah tidak berkelip merenung aku. Habislah aku!

“Awak kenal abang saya?” soal Dinie bersama wajah yang tertanya-tanya. Laju aku menggeleng kepala menafikan kenyataan Dinie.

Tidak! Aku langsung tidak mengenali mereka. Aku rasa aku baru jumpa mereka semalam. Tetapi kenapa aku seperti pernah nampak wajah Dinie dan Zara? Aku langsung tidak ingat dimana dan bagaimana. Wajah mereka terlalu familiar dimataku.

“Ataupun sebenarnya awak memang kenal abang saya.” kata Dinie lagi masih mahu mencuba nasib. Laju aku menggeleng lagi. Sungguh aku tidak mengenali salah seorang daripada mereka apatah lagi abangnya itu....

“Awak kenal Dany Furqaen?”

⋇⊶⊰❣⊱⊷⋇

Dany Furqaen. Dinie Farhaen. Dany Furqaen. Dinie Farhaen. Patutlah nama lebih kurang sama. Rupa-rupanya Dinie merupakan adik lelaki kepada Dany Furqaen! Macam mana aku boleh tidak perasan eh, aduh!

Tunggu kejap. Kiranya Zara Iersya itu anak kepada Dany Furqaen? Aku sudah rasa macam nak pengsan. Aku tak nak pergi kerja esok tolonglah!

Sudah tentu-tentu esok Dany Furqaen akan datang untuk jumpa aku kan? Zara sendiri yang cakap macam tu betul tak?

Aduhai hati kenapa berdebar semacam ni? Tolong jaga perangai esok. Kenapa aku nak kena rasa takut? Sepatutnya aku kena gembira betul tak? Eh, apa yang aku merepek ni! Dany tu suami orang. Jangan memandai dah pasang niat nak hancurkan rumah tangga orang ya Dina Amanda!

Semoga Dina behave esok!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro