Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

amanda furqaen - 1

HANYA DISIARKAN 5 BAB SAHAJA SEBAGAI PROMOSI. SELEBIHNYA AKAN DIEDARKAN DALAM BENTUK EBOOK. ENJOY READING!













































KAKI melangkah masuk ke dalam ruangan besar dan gelap. Tanganku meraba-raba mencari suis. Aku menekan butang suis dan seraya dengan itu bilik yang gelap itu menjadi terang-benderang. Terus laju kakiku melangkah menghampiri katil sebelum tubuhku direbahkan kasar di atasnya. Penat akibat seharian bekerja.

Sepasang mataku tegak memandang syiling yang berwarna putih itu. Tidak semena-mena aku tersenyum. Otak teringat akan sesuatu.

Posisi baring aku ubah sebelum tangan mencapai telefon di dalam tas tangan yang berada disebelahku. Terus butang hidup ditekan sebelum bibirku kembali tersengih.

Gallery phone dibuka. Jemariku menari-nari di atas permukaan telefon untuk mencari sesuatu. Setelah menjumpai apa yang dicari bibirku terus menyimpul satu senyuman yang paling lebar.

Aduhai, Dina Amanda! Kenapa dengan kau ni?
Sebelah kepalaku ditongkat menggunakan tangan kiri. Tersengih-sengih aku melihat sebuah gambar yang terpampang di atas dada skrin telefon aku. Gambar seorang lelaki yang segak mengenakan baju melayu berwarna maroon dan bersampin. Alahai, kacaknya!

Dia lelaki yang bernama Dany Furqaen bin Ahmad Ferhad.

Lelaki yang aku minat sejak dari lapan tahun yang lalu. Walaupun aku tahu sekarang ini dia sudah berkahwin, hatiku masih berkeras mahu mencintai lelaki itu. Tetapi tidak adalah sampai mahu mencerai-beraikan rumah tangga orang. Aku ni masih waras tahu? Masih waras dan gila kerana masih menunggu suami orang. Katakanlah apa-apa pun kerana aku tidak kesah!

Dany Furqaen merupakan seorang lelaki ataupun rakan sekelas aku ketika sekolah menengah. Kami sudah saling mengenali walaupun kami tidak bercinta. Mataku kembali merenung skrin telefon. Sekali lagi bibirku mengorak senyum. Aduhai, aku sudah tidak tahu berapa banyak kali aku tersenyum harini. Biarlah malas aku nak fikir. Baik lagi aku fikir tentang esok hari.

Esok aku akan bermula kerja part-time di sebuah tadika. Sebenarnya aku kena cari kerja baru kerana pagi tadi aku dipecat kerana berdebat dengan pelanggan. Mahu tak marah bos aku lepas dapat tahu pasal benda ni. Tak sampai sesaat terus aku-

“Dina Amanda! You are fired!”

Huh! Apa dia ingat aku hadap sangat nak kerja kat situ? Dengan senior tempat kerja aku pun toxic nak mampus dan memang patut pun pelanggan tu kena dengan aku. Sudah la bising kata masakan Kak Aini tak sedap. Bila aku datang dekat nak tanya kenapa disimbahnya aku dengan mee kari. Tak guna betul.

Aku pulak memang sejenis tak boleh nak tahan sabar terus capai jus oren segar di atas meja dia tu. Tak bagi isyarat dah terus jus oren itu aku simbah kasar ke muka dia. Geram! Puas hati aku tengok muka terkejut dia.

Salah oranglah kau nak cari pasal dengan Dina Amanda! Bila aku dah kena pecat aku memang frust gila. Kalau aku jumpa minah tu lagi memang aku siat-siat muka dia. Dalam tengah marah itulah aku terjumpa kerja kosong. Itupun di tadika. Hai, pelanggan pun dah tak boleh nak tahan sabar inikan pula budak-budak yang kencing berak merata tu?

Sanggup ke kau Dina Amanda?

Insha-Allah aku sanggup. Tolong doakan aku. Huhu.

Tapi alhamdulillah aku jumpa jugak kerja walaupun separuh masa sebab dia kata tadi
Puan Nafisah yang jaga budak-budak tu cuti bersalin jadi apa salahnya kan? Teringin pulak nak cuba jaga budak-budak. Jadi mummy express. Haha!

Tidak sabar pula aku nak tunggu esok. Walaupun aku ni sebenarnya tidak berapa penggemar budak tapi aku suka tengok pipi budak-budak. Tembam. Comel. Gemok. Jalan terkedek-kedek. Alahai, mesti comel! Terlalu teruja sehingga mataku mula memberat. Kantuk mula menguasai dan beberapa saat selepas itu aku sudah hilang dari radar.









Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro