❥12
" Return my shine that you borrowed once , else i shall drag you into my darkness "
❤︎
Seunghee pov
Hari berganti hari , kini hanya tinggal sehari sebelum aku bergelar isteri kepada orang yang aku tak cintai , Choi Yeonjun . Tapi aku pelik , sejak kebelakangan ni , aku selalu diperhati .
Semalam , selepas aku balik dari buat persiapan perkahwinan , ada seorang lelaki berpakaian serba hitam dan bermask hitam di hujung lorong . Aku buat taktahu . Tipulah kalau aku kata aku tak takut . Tapi aku positif , orang gila kot . (Siot do dia ni AAHHAHA )
Sekarang dah malam . Aku menyarung hoodie dan seluar jeans . Kemana lagi aku nak pergi , mestilah Sungai Han . Tempat favourite aku .
Seungmin balik lambat dari rumah . Katanya ada VIP buat majlis kat restoran dia . Untung betul abang aku ni . Bukan kaleng-kaleng punya restoran .
Aku berjalan ke tempat fav aku tu . Malas la nak describe macam mana aku berjalan . Haritu kan aku dah cerita . Eh
Aku duduk di bangku tu . Angin kuat pulak malam ni . Aku stress sebenarnya . Yelah , esok dahla kena kahwin , pakwe tak muncul-muncul . Kau rasa ?
Tiba - tiba aku terasa nak buat perkara hanat . Aku ternampak sebuah kedai minum soju dekat tepi Sungai Han tu . Idea muncul dalam minda aku . Hehe sekali sekala minum tak salah yedok AHAHAH .
Aku pon menuju ke arah kedai itu . Sebelum tu aku text Yeonjun dulu .
Yeonjun
-Yeonjun , kau tak payah ambil aku kat Sungai Han malam ni . Aku nak bersendirian .
9.00 pm sent
Aku meletakkan phone dalam poket dan duduk di meja makan .
" Ye adik manis , nak order apa ? "
Seorang lelaki tua datang ke aku dan tanya aku nak order apa . Eh orang tua ni .
" Bagi saya 2 botol soju , pakcik "
" WOI AKU PEREMPUAN LA ! SAMPAI HATI KAU PANGGIL AKU PAKCIK ! "
Er anak teruna tua rupanya . Mana lah aku tau abang woi . Lain la kalau dia tulis kat muka dia 'saya tak kahwin lagi '.
Dia berlalu pergi sambil hentakkan kaki . Sekali pandang macam Sajat pun ada . Ke memang dia ?
Dia membawa dua botol soju dan segelas cawan dan letakkan atas meja aku dengan kuat . Eh tak sayang barang ke bang . Dia menjeling aku dan berlalu pergi ke pelanggan lain . Seram pulak aku .
Aku membuka botol soju pertama dan tuang dalam gelas . Aku minum dengan cepat . Dah lama aku tak minum menda ni . Last masa Jisung hilang aku minum benda ni . Jangan tanya aku camne rasa dia . Kau nak tau , kau minum sendiri .
Aku teruskan menuang air ke dalam gelas dan minum dengan rakus . Pergh bunyi cam liar sangat je . Sampai la habis botol pertama aku bukak pulak botol kedua . Aku dah rasa pandangan aku kabur . Kepala aku pun dah pening .
Tiba-tiba semasa aku tuang , ada tangan yang menghalang aku untuk berbuat demikian . Aku yang dah extra mabuk memandang gerangan manusia di hadapan aku ni .
" YAH ! KE-KENAPA KAU HALANG AKU MINUN HA ! BIARLAH AKU MINUM LAGI "
Aku ingin merampas botol itu tapi dia jauhkan botol tu lagi . Aku nak marah tapi disebabkan aku dah tak larat . Aku malas nak berlawan .
❤︎
Peter Han Pov
Aku perhati je si Seunghee ni masuk kedai soju tu . Gila ke apa dia ni ? Dahla sorang-sorang . Kalau dia mabuk macam mana ? Ish .
Nasib baik aku tergerak hati nak pergi Sungai Han ni . Sebab aku tahu dia ada kat sini . Aku mengikut langkah dia dari belakang . Aku duduk di meja jauh sikit supaya dia tak perasan aku .
Dia order 2 botol soju dari bangjat . Pergh ni bahaya ni . Kalau satu botol pon dah mabuk , ni dua botol .
Setelah habis botol pertama , aku dah nampak yang dia memang dah fully mabuk . Baik aku bertindak . Aku pergi ke meja dia dan duduk di depan dia .
Aku merampas botol tu dari dia . Dia dengan muka yang merah memandang aku dengan marah . Comel siut . Makwe sapa lah ni . Opss salah Jisung . 'Ex makwe'
" YAH KE-KENAPA KAU HALANG AKU MINUM HA ! BIARLAH AKU MINUM LAGI ! "
Dia ingin merampas botol dari aku . Tapi disebabkan dia yang mabuk tu , dia tak larat .
" Seunghee , awak dah mabuk ni , baik saya hantar awak balik "
Aku berkata kepada dia . Dia mengetuk meja itu dan hentakkan kaki dia . Oh macam ni lah Seunghee bila mabuk eh . Menarik HAHAAH .
" TAKNAK BALIK ! NANTI SEUNGMIN MARAH AKU MABUK ! AKU NAK MINUM LAGI LA ! "
Dia pukul aku di hadapannya . Aku dah tak tahan guys . Aku pun dengan gentlenya angkat budak ni dan keluar dari kedai ni . Mata yang memandang aku endahkan . Lantakla , taulah aku sweet uhu .
Aku menggendong dia di belakang aku . Dia yang mabuk tu hanya berpaut pada leher aku . Jangan tanya aku camne dia naik . Kau fikir la sendiri .
" Bau awak sama macam Han Jisung la , awak Han Jisung eh , hihihi "
Dia berkata sambil mukanya berada di leher aku . Jangan kata aku tak geli guys . Dada aku berdebar sekarang ni . Nasib budak ni mabuk .
" Jisung , awak pergi mana selama ni , saya rindu awak tahu tak ? Hikhik "
Aik dia menangis ke ? Asal bunyinya pelik sangat ?
" awak tahu tak setiap hari saya doa dekat tempat fav kita yang awak akan muncul , tapi apa pun takde . Awak tetap tak muncul "
Aku rasa bersalah sekarang ni . Maafkan saya Seunghee , saya terpaksa .
" Esok dahla saya kena kahwin dengan dia . Saya tak cintakan dia langsung tahu tak ? Awak jahat ! "
Dia pukul dada aku . Aku hanya membiarkan perlakuan dia . Pukullah Seunghee , baru saya tahu betapa sakitnya hati awak .
Tapi sekejap je , dia berhenti . Aku telek muka dia . Dah tidur rupanya .
Aku berjalan sampailah rumah Seunghee . Kelihatan Seungmin baru turun dari kereta . Dia memandang aku dan buat muka extra jungshook part 2 kepada aku .
" PERGH JISUNG , SIAPA PULAK KAU BAWAK KAT BELAKANG TU ? ASAL MACAM AKU KENAL ? "
Aku rasa nak lempang Seungmin . Dah sah-sah la ni adik dia bodoh .
" KAU JANGAN SAMPAI AKU LEMPANG KAU BERTUBI-TUBI KAT SINI , NI ADIK KAU LAH HANAT ! "
" Oh adik aku , jap asal adik aku ada dengan kau , bukan dia duduk rumah jeke tadi ? "
Dia meletakkan tangan didagunya seolah-olah sedang berfikir . Haish adik beradik Kim memang macam ni eh , bebal tahap babi . HAHAHAHA .
" Adik kau mabuk dekat Sungai Han tadi kau tahu tak ? Nasib baik aku ikut dia . Kalau tak , dah lama dia kena ngap ngan boye darat tahu tak ?"
Seungmin hanya membuat muka toya . Dia membuka pintu rumah . Aku membawa Seunghee di belakang ni hanya menunggu je . Nasib ringan budak ni .
" Kau pergi la letak dia kat bilik dia . Pintu warna coklat tu "
Aku mengangguk dan naik ke atas dengan gagahnya . Sampai kat pintu yang dikatakan Seungmin , aku bukak . Wangi gila bilik dia siot .
Aku meletakkan tubuh Seunghee perlahan-lahan di atas katil supaya dia tak terjaga . Aku menyelimutkan dia . Rambut yang menghalang mukanya aku selitkan kat telinga dia . Aish Seunghee , tidur pun comel . Aku tatap muka dia sekejap . Wajah yang akan jadi milik orang lain esok .
" Mianhae , sayang . Saya terpaksa buat semua ni , demi keselamatan awak . Saya rindu awak sangat-sangat "
Aku mencium dahinya . Dahi jelah dulu woi nak lelebih pulak . Baru je aku nak pergi . Aku dengar dia merengek .
" Jisung , don't leave me . Jangan pergi ! Saya sayang awak ! "
Dia berkata sambil matanya tertutup . Sah-sah dia mengigau . Aku tak sanggup nak duduk lama-lama dekat sini . Aku pandang meja belajar dia . Ada frame gambar aku dan dia ketika kami masih bersama . Aku usap gambar tu dan pandang Seunghee . Aku pun keluar dari bilik dia .
Aku turun dan nampak Seungmin sedang nonton televisyen .
" Puas dah tatap muka adik aku ? "
Dia memandang aku sambil membuat muka extra annoying . Dia tak habis-habis nak usik aku .
" Kau sedar tak adik kau dah nak kahwin esok ? Kau boleh buat rilek lagi "
Dia mengangguk dan memandang aku semula .
" Aku rilek la sebab aku abang dia . Yang aku pelik sekarang ni kau . Kau sedar tak awek kau nak kahwin esok ? Kau tak sedih ke ? "
Dia tanya aku . Aish dia ni . Komfem lah aku sedih . Cinta separuh mati kot .
" Entahla Seungmin . Aku kena terima hakikat , dia bukan milik aku "
Seungmin mengangguk saja . Aku meminta diri untuk pulang .
" Kau , datang kan perkahwinan dia esok ? Aku harap kau tabah bro "
Seungmin memberi kata-kata semangat untuk aku . Aku keluar dari rumah dan menjeling sekilas bilik Seunghee . Aku taktahu kenapa aku rasa tak sedap hati . Macam , akan ada benda buruk yang akan berlaku esok . Aku buka mesej yang aku baru dapat tadi dari nombor yang sama .
Uknown number
- SEDIH MAKWE KAU KAHWIN DENGAN ORANG LAIN ? TCH KAU JANGAN RISAU . JUST WAIT FOR IT , THE GAME WILL START TOMORROW
Seen .
Tuhan , lindungilah Seunghee .
❤︎
Uknown pov
Aku memerhatikan kad yang aku dapat kemarin . Aku tersenyum senget . Nampaknya ni lah peluang aku . Jangan ingat kau akan terlepas eh Kim Seunghee .
Aku tengok pula mesej yang aku hantar kepada Han Jisung pagi tadi . Tch seen je ? Nampak sangat takut .
" KAU AKAN MATI ESOK KIM SEUNGHEE ! KAU TUNGGU AKU AKAN BALAS DENDAM UNTUK DIA ! "
Aku mengoyak kad yang aku dapat tu . Hati aku retak bila nampak nama pengantin lelaki tu .
" Semua benda kau nak rampas , kau ingat kau menang ke KIM SEUNGHEE ! ARRGGHH "
Aku baling pasu kaca tu ke lantai . Aku puas tengok benda macam ni . Aku mengambil serpihan kaca tu dan genggam dengan kuat sehingga darah mengalir keluar dari tangan aku .
Aku siat gambar Seunghee yang ada di dinding menggunakan kaca tadi . Gambar Seunghee kini berlumuran dengan darah .
Aku tersenyum melihat hasil kerja aku . Oh ya sebelum aku terlupa . Aku menelefon seseorang .
" Hello ? "
" kau jangan lupa plan kita esok . Aku akan pastikan Kim Seunghee mati di tangan aku "
" ok but jangan lupa payment aku "
" ISH YELAH ! AKU TAK TIPU PUNYA ! "
Aku end call dan campak fon aku di atas katil . Tangan yang luka aku basuh kat sink . Aku memerhatikan bekas luka yang terdapat di tangan aku .
" Eonnie , jangan risau . Aku akan balas dendam untuk eonnie "
TO BE CONTINUED
Nampaknya cerita ni dah nak habis guys . Excuse my typos and cerita aku yang mengarut . Korang rasa siapa uknown tu ?
Special tag ; YJEONGINTEARS
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro