Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

PROLOG

Suasana sunyi di ibu kota setelah berlaku letupan nuklear dari negara matahari terbit beberapa hari yang lalu. Radiasi letupan dibawa arus ke seluruh dunia menerusi udara. Kini, radiasi letupan sudah lenyap dari udara tetapi memberi kesan terhadap kehidupan. Kesannya tiada seorangpun berjalan-jalan di luar rumah pada siang hari seperti sebelum ini kecuali makhluk-makhluk yang masih terselamat dari radiasi itu.

"Semua ready?" soal Luthman Harith memegang sniper Dragonouv.

Aminah Safawiyah meneropong sasaran. "Sasaran negatif bukan jangkitan. Jam 12. Arah timur."

Azizul Rahman bersedia mengikat sasaran dengan tali untuk dibawa ke rumah. "Tali dah ready!"

Tiga sahabat itu berlindung di sebalik trak Mitsubishi Pajero yang sudah diubahsuai mengikut raid spec milik Luthman Harith.

"Bagus!" kata Luthman Harith bersedia lalu membidik sniper Dragonouv ke arah sasaran.

Luthman Harith melihat seekor rusa memakan rumput liar yang tumbuh di tengah kota raya.

"Angin tiup arah utara. Tunggu isyarat aku," pesan Aminah Safawiyah.

Aminah Safawiyah melihat bendera dikibar mengikut arus angin. Sebaik bendera dikibar menuju ke timur, dia terus berkata, "Tembak!"

Bang!

Burung-burung berterbangan dek bunyi tembakan yang kuat itu. Rusa yang sesat itu mati ditembak dari jarak jauh.

"Target's down," kata Aminah Safawiyah.

"Yeay! Winner winner chicken dinner!" sorak tiga sahabat itu.

"Yuri, pergi," arah Aminah Safawiyah kepada anjing jenis German Shepherd jagaannya, Yuri.

"Woof!" salak Yuri.

Yuri bergerak pergi ke arah bangkai rusa tadi. Dia menghidu lalu menyalak.

"Woof!... Woof!"

"Semua clear!" balas Aminah Safawiyah memahami isyarat salakan anjing itu.

"Bagus! Jom ikat rusa tu," kata Luthman Harith berdiri lalu menyandang sniper.

"Camna hang tau bahasa anjing ni?" soal Azizul Rahman kepada Aminah Safawiyah, tidak lupa daratan untuk berdialek Kedah.

"Aku sendiri ajar dia... dan aku pun cuba faham bahasa dia. Kalau 'Woof!', bermaksud 'Ya, tuan/puan.'. Kalau 'Woof!... Woof!', bermaksud 'Semuanya okey.'. Kalau 'Woof! Woof!', bermaksud 'Hati-hati!'. Kalau 'Woof! Woof! Woof!' bermaksud 'Bahaya!'," terang Aminah Safawiyah.

Azizul Rahman memahami penjelasan itu. Mereka bertiga mendekati bangkai rusa segar itu. Giliran Azizul Rahman menjalankan tugasnya. Dia mengikat rusa itu dengan bantuan Luthman Harith. Yuri dibelai lembut Aminah Safawiyah.

"Okey, jom gerak!" kata Luthman Harith.

Rusa disumbat masuk ke dalam bonet trak. Mereka bertiga bergerak pergi dari situ dengan habuan. Tidak lupa juga dengan Yuri.

***

Rusa dicampak ke atas lantai rumah Luthman Harith yang dahulunya rumah milik Arif Hakimi, bapa angkatnya.

"Okey, hari ni, kita masak macam biasalah," kata Luthman Harith mengeluarkan pisau pemotong.

"Apa-apalah, Man. Hang ketua kami," kata Azizul Rahman.

"Okey."

Dua lelaki itu menjalankan tugas penyembelihan. Aminah Safawiyah menutup semua pintu dan tingkap. Pagar bertombak sudah lama dipasang di sekeliling kawasan rumah bagi mengelak serangan yang mengerikan. Yuri sedia menjaga kawasan rumah bujang itu. Gadis 18 tahun itu melihat matahari makin terbenam ke bumi lalu menutup tingkap kayu yang terakhir. Dia meluru ke bilik mandi.

"Boys, aku nak mandi ni," kata Aminah Safawiyah dengan kain tuala di bahunya.

"Ya," balas dua remaja lelaki itu acuh tak acuh.

"Jangan intai!" amar gadis itu.

"Ya."

Aminah Safawiyah memasuki bilik mandi. Dua lelaki itu menjalankan tugas mereka menyembelih rusa dan memasak.

Satu jam kemudian, Aminah Safawiyah melangkah keluar dari bilik mandi dengan tubuh badan diselimuti kain mandi. Dia melihat hidangan yang masih tersisa di atas meja makan lalu mendekati hidangan untuknya itu.

"Man! Zul! Semua ini untuk aku ke?" ujar Aminah Safawiyah.

"Ya," balas Luthman Harith.

Aminah Safawiyah berjalan ke bilik tidur. Dari muka pintu, dia melihat dua sahabatnya bermain konsol PlayStation 2 dengan permainan video Grand Theft Auto: San Andreas.

"Haih, zaman sekarang ada juga main PS2 walaupun sekarang dah zaman PS5," monolog Aminah Safawiyah sebelum melangkah masuk ke dalam bilik.

Sementara Aminah Safawiyah memakai baju, dua lelaki itu khusyuk bermain permainan.

"Shortcut belah kanan," pesan Luthman Harith sebagai homie.

"Okey. Belah kiri ada orang tu," balas Azizul Rahman sebagai pemandu, bekerjasama.

"Ya."

Mereka bertiga sahaja tinggal di rumah itu. Luthman Harith bekerja sebagai samseng seperti bapa angkatnya. Aminah Safawiyah meneruskan pembelajaran ke peringkat diploma di UniKL (Universiti Kuala Lumpur). Azizul Rahman pula bekerja di bengkel kereta Samantha Lee, kawan kepada Arif Hakimi.

Aminah Safawiyah berjalan keluar dari bilik tidur dengan rambutnya diikat tocang.

"Minah, tolong pakai tudung kat rumah kami," pesan Luthman Harith dengan matanya tertumpu pada skrin televisyen.

Aminah Safawiyah mengeluh kecil. "Yelah."

Gadis itu kembali memasuki bilik tidur.

"Macam tu ka hang tegoq makwa hang?" kata Azizul Rahman selamba dengan mata tertumpu pada TV.

"Hang diamlah," balas Luthman Harith.

Tiba-tiba, Aminah Safawiyah muncul di depan mereka, menghalang pandangan mereka terhadap skrin televisyen. Dia bertudung kali ini tetapi singkat.

"Minah, tepilah sikit," tegur Luthman Harith dingin sambil mencari ruang melihat skrin TV.

"Kami tak nampak ni," tegur Azizul Rahman pula.

Aminah Safawiyah serta-merta mencabut plag konsol PlayStation 2 dan televisyen.

"Alaaaaaaaaaaaaaaa..." jerit dua lelaki itu kecewa.

"Dah solat ke belum?" soal Aminah Safawiyah sedikit tegas.

"Belum..." jawab dua lelaki itu, segan.

"Pergi solat dulu."

"Ya la..." Dua lelaki itu bangun dari duduk.

Aminah Safawiyah melihat mereka meluru ke bilik mandi untuk berwudhuk. Dia menyambung plag semula lalu mengambil alih kusyen depan televisyen. Dia bermain konsol PlayStation 3 pula. Permainan video Lollipop Chainsaw dimainkan. Gadis remaja itu bermain permainan dengan rancak sekali. Luthman Harith dan Azizul Rahman muncul di belakangnya sambil kagum melihat sahabat perempuannya bermain.

"Padu, beb," puji Azizul Rahman.

Tidak semana-mana, mesin gergaji diacu ke belakang dengan tangan kiri Aminah Safawiyah. Gadis itu bermain dengan sebelah tangan sahaja.

"Dah solat ke belum?" tanya Aminah Safawiyah.

"Eh! Err... Dah makan ke belum?" balas Luthman Harith pula.

"Dah."

Azizul Rahman sudah menggigil ketakutan.

"Kalau belum solat, pergi lekas," kata Aminah Safawiyah lagi.

Luthman Harith terus mengheret Azizul Rahman ke bilik untuk solat Maghrib. Aminah Safawiyah kembali fokus dalam permainan.

"Haih, macam-macamlah korang ni," rungut Aminah Safawiyah.

***

Ketika malam makin larut, Luthman Harith terjaga dari tidurnya. Dia dan Azizul Rahman tidur di bilik tidur pertama manakala Aminah Safawiyah tidur di bilik kedua. Luthman Harith bangun dari pembaringan lalu melihat Azizul Rahman tidur dengan buasnya. Dia mengeluh kecil. Dia bergerak keluar dari biliknya lalu melangkah ke tandas di belakang rumah. Dia memasuki ruang dapur sebelum mendekati pintu belakang. Batang kayu besbol diambilnya. Pintu belakang rumah dibuka. Selipar dipakainya. Luthman Harith melangkah keluar dari rumah lalu menutup pintu semula. Dia berjalan ke tandas yang terletak tidak jauh dari pintu belakang. Dia memasuki tandas kecil itu.

Ggrrrrr... Ggrrrrr...

Bunyi orang sedang kelaparan jelas didengar dari dalam tandas. Luthman Harith tidak menghiraukan bunyi itu malah terlalu khusyuk melepaskan hajatnya.

"Wah~ Lega~," kata Luthman Harith lega.

"Woof! Woof! Woof!" Salakan Yuri jelas kedengaran.

Luthman Harith terpinga-pinga dengan salakan yang kuat itu, seperti Yuri mengisyaratkan sesuatu.

"Kalau 'Woof! Woof! Woof!' bermaksud 'Bahaya!'."

Luthman Harith mencapai kayu besbol yang dibawa tadi, bersedia menghadap serangan. Pintu tandas dibuka perlahan dengan kayu besbol. Kelihatan mayat hidup cuba membuka pintu belakang rumahnya. Yuri dari tadi menyalak di belakang mayat hidup yang satu-satunya di situ. Luthman Harith bergerak keluar dari tandas lalu berjengket mendekati mayat hidup itu.

Bakk! Satu pukulan kuat mencabut kepala zombi itu sehingga terpelanting keluar dari kawasan rumah.

Yuri berhenti menyalak juga. Luthman Harith membelai anjing peliharaan Aminah Safawiyah.

"Good boy," puji Luthman Harith.

Badan zombi tadi dicampak keluar dari pagar tinggi. Zombi-zombi sudah banyak berkeliaran pada malam, di lorong gelap apatah lagi. Luthman Harith kembali masuk ke dalam rumah, membiarkan Yuri berjaga di luar rumah. Dia berjalan ke bilik tidur semula.

Sepanjang dia berjalan ke bilik tidur, dia melihat pintu bilik Aminah Safawiyah terbuka sedikit dengan lampu bilik dibuka. Luthman Harith mendekati bilik itu. Dia menolak sedikit pintu bilik lalu melihat Aminah Safawiyah duduk di birai katil.

"Hei," panggil Luthman Harith. "Tak tidur lagi?"

Aminah Safawiyah memandang Luthman Harith. "Eh, Luthman."

Luthman Harith berdiri di muka pintu. "Kenapa ni?"

"Err... Boleh masuk tak?" kata Aminah Safawiyah, ragu-ragu.

Luthman Harith mengikut perintah, memasuki bilik.

"Tutup pintu," arah Aminah Safawiyah.

Pintu ditutup.

"Kunci."

Selak pintu dikunci.

"Duduk sebelah saya."

Luthman Harith melabuhkan punggung di sisi Aminah Safawiyah, seperti disuruh. Aminah Safawiyah memandang lantai, malu.

"Ingat lagi tak waktu kita kecil dulu?" soal Aminah Safawiyah tersenyum kecil.

"Ya, aku ingat lagi," jawab Luthman Harith.

"Kita sesat dekat Seoul sama-sama. Kita lawan orang jahat sama-sama. Kita mandi sungai sama-sama. Apa yang kita buat semuanya bersama termasuk si Zul tu. Dan sekarang, kita lawan zombi bersama."

"Kita tak boleh dipisahkan... sebab kita sahabat. Okey?"

Aminah Safawiyah tersenyum kecil, malu. Namum, senyumannya pudar tiba-tiba.

"Kenapa ni?" soal Luthman Harith kehairanan.

"Sebenarnya,... saya nak balik," kata Aminah Safawiyah.

"Oh..."

"Saya risau pasal abah dengan mami."

"Aku pun macam tu. Risau pasal abah dengan ummi kat sana. Pasal adik, aku pun risau," kata Luthman Harith.

"Jadi, awak nak balik Kedah, tak?"

"Sudah tentu. Esok pagi kita bertolak. Okey?"

"Okey."

Pelukan hangat diberikan kepada Luthman Harith.

"Terima kasih, Luthman," ucap Aminah Safawiyah lembut.

Luthman Harith tersenyum malu, merah muka. Dia membalas dakapan. "Sama-sama."

"Saya sayang awak, Luthman dari dulu lagi."

Luthman Harith bertambah merah muka. "Sayang awak juga."

"Tidur dengan saya malam ni."

"Err... Okey."

Aminah Safawiyah memandang wajah buah hatinya. "Jangan kasar sangat tau... sebab first time."

"Tak apa. Se... Sebenarnya, ni pun... first time juga... bagi aku," kata Luthman Harith tergagap.

"Kenapa gagap? Tak sabar dah ke?" Aminah Safawiyah mencuit hidung Luthman Harith. "Nakal ni."

"Nakal? Marilah!"

Sementara mereka bermesra-mesraan di dalam bilik, Azizul Rahman terjaga dari tidurnya. Dia melihat Luthman Harith tiada di sebelahnya.

"Eh! Mana Man ni?" monolog Azizul Rahman kehairanan.

Kedengaran desahan dari bilik sebelah, membuatkan Azizul Rahman tertarik perhatian.

"Man. Jangan kasar, Man!" jerit Aminah Safawiyah hingga ke bilik sebelah.

Azizul Rahman berasa bengang dengan pasangan kekasih itu. Dia mengeluh.

"Pasangan bahagia. Apapun, dapat aku rembat tempat tidoq dia," monolog Azizul Rahman berpuas hati dengan tempat tidurnya yang lapang.

Bantal milik Luthman Harith menjadi bantal peluk. Dengan puas tanpa gangguan, Azizul Rahman menikmati tidurnya dengan nyenyaknya.

***

Keesokan pagi, barang dipunggah ke dalam bonet Mitsubishi Pajero. Bahu Luthman Harith ditepuk, menarik perhatian lelaki itu. Kelihatan Azizul Rahman hendak bertanya sesuatu.

"Hah, apa dia?" kata Luthman Harith, dingin.

"Macam mana semalam? Okey tak?" soal Azizul Rahman tersengih.

Luthman Harith berbisik. "Gila wei semalam. Dia punya jerit..."

Ketang! Satu hayunan batang ekzos mengenai belakang kepala Luthman Harith.

"Ah, sakit!" keluh Luthman Harith, kasar.

Azizul Rahman menjongketkan keningnya. "Bukan bunyi 'ah' tu haluih ka? Awat bunyi 'ah' tu kasaq ngat?"

Luthman Harith memusing ke belakang lalu melihat Aminah Safawiyah mencampak ekzos kereta ke tepi. "Hei, sayang."

"Apa sayang sayang? Mengumpat apa pagi ni? Kata nak balik Kedah?" kata Aminah Safawiyah mencekak pinggang.

"Ya. Ya, nak kemas ni."

"Cepatlah kemas."

Aminah Safawiyah meletakkan mesin gergaji ke dalam bonet trak. Luthman Harith dan Azizul Rahman meletakkan beg pakaian ke dalam bonet trak. Pintu bonet ditutup. Dua lelaki menaiki trak, duduk di depan. Luthman Harith menghidupkan enjin. Dia melihat Azizul Rahman duduk di sebelahnya lalu melihat Aminah Safawiyah duduk di belakang bersama Yuri.

"Alright. Are you ready?" soal Luthman Harith.

"Dah," balas dua kawannya.

"Woof!" salak Yuri mengiakan.

"Okay, let's go!" Luthman Harith memandang ke depan.

Luthman Harith memandu trak Mitsubishi Pajero pergi pada pagi itu. Mayat yang dicampak semalam dibiarkan terkaku di situ, menjadi debu akibat sinaran mentari.

Kehidupan baharu mereka bermula di sini.

***

👆Wajah baharu Aminah Safawiyah (atas), Azizul Rahman (bawah) dan Luthman Harith (kanan) bersama Yuri

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro