Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

GAME OVER (B): BAB 3

Luthman Harith berdiam sahaja di laman rumah. Matanya tertumpu pada secawan teh yang dihidang di atas meja di depannya. Ilyana Zhamuri melabuhkan punggung menghadap Luthman Harith.

"Masih fikirkan pasal Aminah lagi ke?" soal Ilyana Zhamuri, perlahan.

Luthman Harith berpaling muka. "Jangan cakap dengan aku."

Ilyana Zhamuri mengeluh kecil. "Aku bukan apa. Aku cuma tertanya-tanya."

Pemuda itu menjeling ke arah wanita itu. Senyap sahaja.

"Siapa perempuan tadi tu? Aku tak pernah nampak," kata Ilyana Zhamuri mulakan topik lain.

Luthman Harith pun turut berfikir benda yang sama. "Aku pun tertanya pasal tu."

Telefon dikeluarkan dari jaket.

"Aku tahu dia dekat mana sekarang." Ilyana Zhamuri menunjukkan lokasi pada skrin telefonnya.

"Hah?" Luthman Harith kehairanan.

"Waktu serangan depan masjid tadi, aku sempat tembak kereta tu dengan alat pengesan. Jadi, aku boleh tahu tempat diorang sekarang."

Luthman Harith bangkit berdiri. "Dah tu, tunggu apa lagi?"

"Bersemangat kau ya."

"Apa yang korang bualkan dari tadi?" celah Samantha Lee sambil mendukung anak Luthman Harith.

Mereka berdua memandang wanita Cina itu.

"Kitorang nak pinjam kereta kau boleh?" pinta Ilyana Zhamuri.

Samantha Lee kebingungan. "Nak buat apa?"

Seketika kemudian, bonet kereta Nissan 370Z dibuka. Senjata api yang tersimpan diambil Luthman Harith dan Ilyana Zhamuri.

"Jangan calarkan kereta aku," pesan Samantha Lee sambil memberi kunci kepada Ilyana Zhamuri.

Belum lagi Ilyana Zhamuri mengambil kunci itu, Azizul Rahman mengambilnya. "Bagi aku bawa."

"Zul, bahayalah!" kata Luthman Harith, tegas.

"Lepas apa yang dia buat dekat Minah, takkan aku nak senyap ja. Dia pun kawan aku juga. Kawan kita daei kecik lagi," kata Azizul Rahman, serius.

Luthman Harith terdiam. Bibirnya perlahan-lahan mengukirkan senyuman kecil. "Terima kasih."

"Jomlah. Lagi cepat, lagi bagus." Azizul Rahman menaiki kereta.

Disusuli dengan Luthman Harith dan Ilyama Zhamuri.

"Hei. Hei, kereta aku muat dua orang saja. Apasal tiga orang yang masuk ni?" kata Samantha Lee melihat mereka bertiga.

"Itupun nak berkira ke? Dekat Rusia, sepuluh orang naik sebiji kereta Mini Cooper, tak kata apapun," sindir Ilyana Zhamuri.

Samantha Lee mendingin. "Lantak koranglah. Janji jangan calarkan."

"Ya. Ya, aku tahulah."

"Zul, jomlah gerak," pinta Luthman Harith kepada Azizul Rahman.

Azizul Rahman memandu kereta keluar dari laman rumah. Samantha Lee melihat mereka bertiga menjalankan tugas terakhir.

***
Mergong, Kedah

Kereta dipandu di kawasan perindustrian. Ilyana Zhamuri menunjukkan arah ke lokasi tertentu.

"Berhenti dekat sini," arah Ilyana Zhamuri.

Azizul Rahman memberhentikan kereta di tepi jalan berhampiran dengan laluan masuk ke kawasan kilang.

"Betoi ka kat sini?" soal Azizul Rahman tertanya-tanya.

Ilyana Zhamuri bergerak turun dari kereta.

"Kau tunggu dekat sini," arah Luthman Harith.

Dia bergerak turun dari kereta, tinggalkan Azizul Rahman.

"Jomlah masuk," kata Luthman Harith kepada Ilyana Zhamuri.

"Hati-hati," pesan Ilyana Zhamuri dengan AKM di tangannya.

Mereka bergerak masuk ke kawasan kilang itu bersama. Seorang pengawal di situ mengesan mereka.

"Open fire!" arah Ilyana Zhamuri.

Lantas mereka melepaskan tembakan ke arah musuh. Siren kecemasan bergema. Luthman Harith menyerang mereka dengan SKS.

"Sniper!" kata Ilyana Zhamuri sambil teruskan menembak musuh di sekeliling.

Luthman Harith tumpu pada beberapa penyerang hendap di atas bumbung kilang. Dia menembak mereka tepat mengenai kepala.

"Clear!" ujar Luthman Harith seusai menembak mereka.

Begitu juga dengan Ilyana Zhamuri yang selesai menembak mereka di sekeliling. "Kita masuk dan cari perempuan tu."

Tidak semana-mana, enjin helikopter kedengaran. Masing-masing tertumpu pada helikopter yang berterbangan. Tembajan dilepaskan ke arah helikopter itu.

"Kau pergi dulu. Nanti, aku menyusul," arah Ilyana Zhamuri teruskan menembak helikopter itu.

"Kau pula macam mana?" kata Luthman Harith.

"Aku cari jalan lain. Sudah! Pergi! Ikut helikopter tu!"

Helikopter tersebut mula terbang jauh. Luthman Harith segera berlari keluar dari kawasan kilang. Dia segera menaiki kereta. Azizul Rahman yang menunggu, segera hidupkan enjin kereta.

"Mana..." Belum sempat Azizul Rahman berkata, Luthman Harith memintas.

"Kejar helikopter tu! Cepat!" arah Luthman Harith.

Akibat cemas, Azizul Rahman segera menekan pendikit. Dia memandu mengejar helikopter yang berterbangan di udara. Luthman Harith melancarkan tembakan ke arah helikopter tersebut. Tiada guna juga tembak pada bahagian badan helikopter. Dia mula tumpukan perhatian.

"Dia nak terbang pi mana pula tu?" soal Azizul Rahman.

"Kau boleh tak senyap sikit?" marah Luthman Harith hilang tumpuan.

Azizul Rahman terpaksa berdiam juga. Dia melihat helikopter itu terbang merentasi Sungai Kedah.

Pada masa sama, mereka sedang menyeberangi sungai. Luthman Harith melepaskan tembakan ke arah helikopter itu. Tembakan tepat mengenai kipas helikopter sudah cukup buatkannya hilang kawalan.

Mereka memasuki kawasan pekan Alor Setar. Helikopter yang hilang kawalan semakin terbang ke bawah. Luthman Harith teruskan menembak lagi.

Akhirnya, helikopter tersebut hilang kawalan sepenuhnya dan berputar-putar ke tanah. Helikopter terhempas di dataran Menara Alor Setar.

Azizul Rahman memberhentikan kereta di tepi jalan. Luthman Harith bergerak turun dari kereta lantas mendekati helikopter yang terhempas.

"Hoi, tunggulah aku!" kata Azizul Rahman segera turun dari kereta.

Luthman Harith berhati-hati sebaik hampiri helikopter itu. Kelihatan seorang wanita berusia merangkak keluar dari helikopter. Dia bangkit berdiri lantas mengacu revolver ke arah Luthman Harith.

Picu senapang ditarik. Malang tidak berbau, sudah kehabisan peluru. Luthman Harith buntu. Wanita itu mengukirkan senyuman sinis.

"Kirim salam dekat Farid," pesan wanita itu.

Picu revolver hendak ditariknya.

Namun konsentrasinya hilang sebaik sebuah lori merempuh masuk ke dataran itu. Wanita itu dirempuh sampai terpelanting sejauh lima meter.

Luthman Harith terpegun dengan kejadian tadi. Kelihatan Ilyana Zhamuri bergerak turun dari lori ais.

"Kau okey, tak?" tanya Ilyana Zhamuri.

Luthman Harith mengangguk kecil. Ilyana Zhamuri berjalan mendekati wanita misteri tadi. Mereka berdiri berdekatan susuk itu.

"Farid, tunggulah Fatin," ujar wanita itu, lemah.

Luthman Harith mengacu pistol ke arah wanita itu. Malangnya, perbuatannya dihalang Ilyana Zhamuri. Dia menggeleng kepala. Luthman Harith terpaksa akur.

"Dah habis ka ni?" kata Azizul Rahman, ragu-ragu.

Azizul Rahman melihat susuk wanita misteri itu dibiar mati.

"Rasanya, kita dah menang. Kita menang!" kata Azizul Rahman cuba ceriakan suasana.

Luthman Harith dan Ilyana Zhamuri beredar tanpa banyak kata. Masing-masing kemurungan.

"Hei. Mana sorakan kemenangan? Kita... Kita dah menang kot?" Azizul Rahman kebingungan dengan mereka berdua.

"Esok-esoklah," balas Ilyana Zhamuri.

Azizuk Rahman mengeluh kecil.

"Ikut suka hangpa la."

Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro