Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

GAME OVER (B): BAB 2

Baju dibelek di setiap kedai baju di kompleks beli-belah. Luthman Harith memakai baju Melayu dan sampin.

"Man, cantik tak?" ujar Aminah Safawiyah.

Luthman Harith memandang kekasihnya itu. Baju kebaya yang dipakai Aminah Safawiyah sungguh cantik sekali.

"Cantik," balas Luthman Harith sepatah.

Aminah Safawiyah mendekati lelaki itu. Tengkolok di tangan disarungkan ke kepala Luthman Harith.

"Hmm... Nampak segak sikit," puji Aminah Safawiyah tertawa kecil.

Luthman Harith melihat penampilannya pada cermin. Sudah macam lelaki Melayu terakhir.

"Diorang tunggu dekat mana tu?" soal Luthman Harith sambil betulkan tengkolok.

"Masjid Zahir. Jomlah pergi sana," kata Aminah Safawiyah.

Si anak kecil yang diletakkan di sebalik kaunter, diambil Aminah Safawiyah.

"Ya, jomlah."

***

Setibanya di perkarangan Masjid Zahir, terlihat pasangan pengantin baharu bergambar.

"Seronoknya tengok diorang," kata Aminah Safawiyah.

"Itulah, kan?" balas Luthman Harith tumpang gembira.

Azizul Rahman terlihat mereka berdua.

"Hoi, mai la sini!" jeritnya.

Luthman Harith tertawa kecil dengan seruan itu.

"Jomlah ke sana," kata Aminah Safawiyah.

Mereka berpegangan tangan lalu berjalan mendekati mereka yang lain.

"Amboi, dok jauh-jauh buat apa la," usik Azizul Rahman.

"Alaa... Aku tak nak kacau orang bahagia," kata Luthman Harith menyindir.

Azizul Rahman terus menggosok rambut Luthman Harith. "Apa gunanya bahagia kalau tak ada kawan macam hangpa ni, kan?"

"Eii, sweetnya. Meh sini nak cium kau," usik Luthman Harith lalu muncungkan mulutnya.

"Tak payah! Gelilah!"

Aminah Safawiyah ketawa melihat telatah dua kawannya. Ilyana Zhamuri sempat lagi mengambil ganbar mereka bertiga.

"Bahagia aku tengok diorang bertiga," kata Samantha Lee berdiri di sisi Ilyana Zhamuri.

"Apa boleh buat? Cuma kita berdua je dekat sini," balas Ilyana Zhamuri, pasrah.

"Kau cakap, kau ada sesuatu nak bagitau dekat Jimmy tu. Apa dia?"

Ilyana Zhamuri tersengih dengan keluhan kecil. "Lupakan je la. Benda dah jadi. Lagipun, kau takkan faham."

"Alaa... Cakap je la."

Wanita Rusia memandang rakannya yang berbangsa Cina. Senyuman yang tersorok ribuan kesakitan terukir di bibir.

"Terima kasih," ucapnya.

Samantha Lee menjongketkan kening. "Hah?"

"See... Kau takkan faham."

"Err... Terima kasih untuk apa?"

"Sam, join la kitorang," ajak Aminah Safawiyah.

Samantha Lee memandang mereka bertiga yang lain. "Kejap!"

Dia kembali memandang Ilyana Zhamuri, mahukan jawapan. Matanya tertumpu pada air mata yang bertakung.

"Yana..." Samantha Lee tergamam.

Ilyana Zhamuri melebarkan senyumannya. Satu dakapan erat diberikan.

"Dah. Dah. Jangan menangis dekat sini," pesan Samantha Lee kepada Ilyana Zhamuri.

Ilyana Zhamuri menolak susuk Samantha Lee perlahan-lahan. Dia mengesar air matanya.

"Pergilah dekat diorang tu. Diorang tengah tunggu," katanya.

"Oh, ya." Segera Samantha Lee menghampiri tiga rakan sebaya itu.

Dari jauh, Ilyana Zhamuri melihat dua pasangan bergambar kenangan. Dia pula bersendirian tanpa pasangan hidup.

"Sadisnya hidup ni."

Kedengaran mereka bergembira menarik perhatian Ilyana Zhamuri. Entah apa yang mereka bualkan.

"Yana, jomlah masuk," pelawa Luthman Harith.

"Eh, awainya?" Azizul Rahman kekalutan.

"Wah, kawan aku nak nikah dah," kata Aminah Safawiyah, teruja.

Samantha Lee memandang wanita Rusia yang serba kekurangan. "Yana, jomlah."

Ilyana Zhamuri sekadar tersenyum. "Aku datang ni."

Langkahnya diatur ke arah mereka. Mereka berlima berjalan memasuki masjid yang masih tersergam indah walaupun sebahagiannya mengalami kerosakan.

***

Seusai majlis akad nikah, mereka berjalan keluar dari masjid. Azizul Rahman kelihatan teruja sekali.

"Tahniah ya, korang berdua," kata Aminah Safawiyah tumpang gembira.

"Haih... Tak pasal-pasal aku jadi tok kadi korang," kata Luthman Harith tersengih.

"Terima kasih la hangpa semua. Aku tak tau nak balas apa," ucap Azizul Rahman, sopan.

"Sejak bila laki aku ni jadi sopan sangat ni?" kata Samantha Lee mengusik Azizul Rahman.

Ilyana Zhamuri melihat sahaja mereka bahagia, tumpang gembira. Dia memandang sekeliling. Matanya tertumpu pada sebuah kereta hitam yang dipandu di depan perkarangan masjid. Tingkap kereta diturunkan. Kelihatan seorang wanita tua mengeluarkan revolver.

"Ini untuk laki aku!" jerit wanita itu sebelum melepaskan tembakan ke arah Luthman Harith.

Luthman Harith yang mendukung anaknya, tidak dapat keluarkan pistol dengan tangan penuh. Akhirnya, Aminah Safawiyah menghalang tembakan tersebut. Dia rebah. Mujurlah sempat disambut Luthman Harith dengan sebelah tangan.

Bang! Bang!

Ilyana Zhamuri membalas tembakan. Kereta tersebut dipandu pergi dari situ.

"Tak guna. Dia lari," keluh Ilyana Zhamuri.

Suasana yang senyap seketika tadi mula disuarai dengan tangisan bayi di tangan Luthman Harith. Masing-masing tumpu kepada Luthman Harith dan Aminah Safawiyah. Luthman Harith melihat kesan tembakan pada jantung Aminah Safawiyah. Dia memeriksa nadi, mahu kepastian. Nafas di mulut dan hidung turut diperiksa. Tiada angin dirasai. Mandatori sudah mati. Luthman Harith menundukkan pandangan.

"Man, dia okey, tak?" soal Azizul Rahman macam orang bodoh.

"Dia dah mati!" jawab Luthman Harith menengking.

Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro