Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

GAME OVER (B): AFTERMATH

Setelah beberapa bulan kejadian itu berakhir, segala bermula dengan kisah baru. Azizul Rahman dan Samantha Lee bakal lahirkan cahaya mata.

"Man, kami akan dapat anak perempuan! Anak perempuan!" kata Azizul Rahman dengan teruja.

"Oh, baguslah. Nak letak nama apa?" balas Luthman Harith.

"Aku cadang, nak letak nama... Aminah Safawiyah."

Luthman Harith ketawa sinis. "Cantik nama tu, macam orang yang aku pernah kenal."

"Kan? Kan?"

***

Sementara Ilyana Zhamuri pula, bersendirian tanpa pasangan hidup.

"Aku mula faham perasaan kau," kata Luthman Harith.

"Kalau kau nak simpati dekat aku, lupakan je la," pesan Ilyana Zhamuri.

"Tak, aku tak bermaksud macam tu. Bila makin lama kehilangan orang tersayang, hati makin kosong dan mengeras. Aku mula suaikan diri."

"Apa boleh buat? Kita boleh lari dari takdir. Kau pun tak boleh salahkan diri kau sendiri sebab keputusan kau. Kau buat benda betul. Selalu benda betul."

"Haih... Apalah yang Kak Aisyah buat sekarang ni?"

"Baba." Satu suara kecil menarik pandangan mereka.

Kelihatan kanak-kanak satu tahun berjalan sambil imbangkan badan. Luthman Harith menyambut anaknya itu.

"Ya, baba dekat sini," kata Luthman Harith, lembut.

Qamar, anak Luthman Harith melihat wajah Ilyana Zhamuri. Jari yang digigitnya dituding ke arah wanita itu.

"Mama," panggil Qamar tidak tahu apa-apa.

Ilyana Zhamuri terkejut. "Eh, aku... saya bukan mama ka... erm... haih... apa boleh buat?"

Luthman Harith ketawa melihat telatah Ilyana Zhamuri.

"Comel pula kau bila macam tu," puji Luthman Harith, perlahan.

"Apa?" Ilyana Zhamuri kemerahan.

Luthman Harith menahan tawanya.

"Dah la. Aku nak buat susu lat budak ni. Kang tak pasal-pasal panggil aku 'mama' lagi," kata Ilyana Zhamuri, dingin.

"Tapi, apasal kau tetiba ada sifat keibuan ni?" sinis Luthman Harith.

"Ah, diamlah kau!"

***

Jauh di tengah lautan, Aisyah Maisarah melakukan tugas-tugas harian walaupun batuknya makin teruk.

"Tuanku berehatlah. Biarlah Claude dan Rachel buat semua ni," kata Claude Thunder sambil membimbing Aisyah Maisarah.

"Tak apa. Sikit saja ni," balas Aisyah Maisarah sebelum kembali terbatuk.

Rachel Berlitz munculkan diri.

"Tuanku, patik sudah siapkan segala tugasan; cuci pinggan, lap tingkap, sapu sampah, cop tandatangan, cuci kereta, beri kuda makan, bersihkan kandang, derma harta kepada anak yatim dan selebihnya," terang Rachel Berlitz berwajah dingin.

"Eh, susah-susah saja. Janganlah kerja keras sangat. Pergi berehat tu," pinta Aisyah Maisarah.

Hanazono Suzuki munculkan diri di hadapan Aisyah Maisarah.

"Hana, ada apa?" soal Aisyah Maisarah.

"Ada berita baik dan berita buruk dari dunia luar," kata Hanazono Suzuki sambil memegang sepucuk warkah yang dihantar.

Aisyah Maisarah mengukirkan senyuman, sedia mendengar. Hanazono Suzuki menyemak surat yang ditulis Luthman Harith.

"Berita baiknya, dalang sebalik semua ni sudah ditumpaskan. Kedua, saudara Zoe dan Sam selamat berkahwin," kata Hanazono Suzuki.

"Gembira beta mendengarnya. Berita buruk pula?" balas Aisyah Maisarah masih tersisa dengan senyuman.

"Saudari Achara... sudah tiada."

"Ara ara... Dia mesti hadap hari yang sukar."

"Tuanku ada apa-apa hendak dibalas?"

"Tak apa. Biar beta yang tulis sendiri."

Susuk Aisyah Maisarah tiba-tiba lemah. Claude Thunder sempat menyambut susuk permaisuri itu.

"Tuanku!" Masing-masing terkejut.

Claude Thunder dan Rachel Berlitz segera memimpin Aisyah Maisarah ke tilam.

"Tuanku, patik sarankan tuanku pilih pengganti secepat mungkin," pinta Rachel Berlitz.

Aisyah Maisarah mengukirkan senyuman sebaik mendengar permintaan itu.

"Beta dah tentukan, tetapi... dia tidak mahu. Kalian tahu kan... siapa dia?" kata Aisyah Maisarah, lemah.

Senyap. Tiada kata-kata dilepaskan dari Aisyah Maisarah lagi.

"Tuanku. Tuanku!" Claude Thunder cuba kejutkan Aisyah Maisarah.

Badan Aisyah Maisarah digoyangkan.

"Tuanku, bangun!" seru Claude Thunder.

Rachel Berlitz menarik Claude Thunder. "Bawa bertenang, Claude. Tak ada guna lagi."

"Tapi... Tapi... Siapa pengganti tuanku?"

Hanazono Suzuki dalam diam mengalirkan air matanya. Dua beradiknya yang lain melihat gadis itu menangis.

"Hana..." Rachel Berlitz memanggil gadis itu.

Hanazono Suzuki didakap erat oleh kakaknya.

"Tahniah. Kakak bangga," ucap Rachel Berlitz.

Air mata Hanazono Suzuki semakin mengalir. Dia membalas dakapan. Mukanya disembam ke dada Rachel Berlitz.

"Dah sedia jadi pemerintah baru?" soal Rachel Berlitz.

Hanazono Suzuki melepaskan dakapan. Dia memandang wajah Rachel Berlitz.

"Sudah."

Dengan itu, pemerintahan baharu bermula atas pimpinan Hanazono Suzuki.

-TAMAT-

Tamat sudah cerita ni.
Macam mana?
Okey, tak?

Cer pilih pendapat anda dengan ending (B) ni, dan bagitau sebabnya 😆

(B)ad ending

(B)est ending

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro