GAME OVER (A): BAB 1
"Aku nak berunding dengan dia." Luthman Harith menetapkan jawapannya.
"Apa?" Samantha Lee terkejut.
"Fikir dua kali dulu. Jangan ikutkan hati sangat," pinta Aminah Safawiyah.
"Dah fikir masak-masak sekarang ni. Biar aku pergi berunding dengan dia," kata Luthman Harith.
"Kalau abang pergi, sayang ikut sekali," kata Aminah Safawiyah, sungguh.
"Tak payah. Siapa nak jaga anak kalau ada apa-apa terjadi nanti?" pesan Luthman Harith.
Bahu Aminah Safawiyah dipegang.
"Jangan risau. Abang akan balik," pesan Luthman Harith.
Tangan Luthman Harith ditepis ke tepi.
"Aku benci kau!" amarah Aminah Safawiyah sebelum beredar pergi ke tingkat atas.
Bam! Pintu ditutup kuat.
Luthman Harith mengeluh kecil.
"Kau ada masa nak ubah fikiran, tapi terpulang dekat kau," kata Samantha Lee, selamba.
Luthman Harith pasrah. "Biarkan je la. Aku gerak dulu."
Dia berjalan ke pintu depan rumah.
"Hei," panggil Ilyana Zhamuri.
Luthman Harith menoleh ke belakang. Sepucuk pistol dibaling ke arahnya lalu disambut kemas.
"Nanti-nantilah nak terima kasih. Selesaikan tugas kau dulu," kata Ilyana Zhamuri.
Luthman Harith melangkah keluar dari rumah. Trak Pajero dinaiki lalu dipandu pergi. Entah mengapa dia boleh keras kepala sebegitu.
"Kau rasa, dia akan okey, tak?" kata Samantha Lee.
"Dia akan okey. Yang tak okey cuma si Minah tu. Kau tau kan dia tu macam mana?" balas Ilyana Zhamuri.
"Hmm... Sekurang-kurangnya, dia buat cara betul, kan?" kata Azizul Rahman mencelah.
Samantha Lee memandang Azizul Rahman. "Apa maksud kau dengan 'cara betul' tu?"
"Daripada berdendam, baik berunding dan memaafkan. Betul, tak?" kata Azizul Rahman.
"Hmm... Ada betul juga." Samantha Lee mula merenung.
"Apa-apa je la. Kita tunggu Harith balik nanti," kata Ilyana Zhamuri.
***
Kuala Kedah, Kedah
Trak berhenti di depan kampung nelayan. Luthman Harith bergerak turun trak. Dia berjalan merentasi nelayan untuk ke jeti. Sepucuk pistol disorokkan di pinggang, sebagai persediaan hadapi serangan mengejut.
Setelah berjalan merentasi perkampungan, terlihat susuk lelaki tua berdiri di atas jeti kayu. Luthman Harith mendekati lelaki itu.
"Nak berunding apa sebenarnya?" soal Luthman Harith.
Farid Sattar memusingkan badan lalu menghadap Luthman Harith.
"Pertama sekali, atok minta maaf sebab jadi punca kekecohan semua ni. Kedua, atok nak bagi sesuatu sebagai tanda minta maaf," ucap Farid Sattar berdiri dengan tongkatnya.
Pandangan dibuang ke arah sebuah bot nelayan di sebelahnya. Terdapat sebuah beberapa buah beg bimbit di situ.
"Ambil semua tu sebagai bekalan hidup nanti," pesan Farid Sattar.
"Ada apa dalam beg tu?" soal Luthman Harith ragu-ragu.
Farid Sattar mengambil salah satu beg bimbit itu. Dia membukanya. Terdapat snek dan makanan ringan. Ada juga ubat-ubatan.
"Barang keperluan hidup saja," jawab Farid Sattar.
"Macam la orang lain tak boleh ambil dari pasaraya," kata Luthman Harith.
"Semua dalam tu dah luput. Dah setahun benda ni terjadi."
"Setahun?"
Memang sudah setahun. Aminah Safawiyah mengandung dan mempunyai anak itulah buktinya. Padahal, perkara itu terjadi sebab kuasa sakti.
"Dalam asyik kamu kembara ke luar dunia sana, kamu tak sedar masa berlalu pantas," kata Farid Sattar.
"Cepat masa berlalu," kata Luthman Harith.
"Ambillah sebagai tanda minta maaf."
Luthman Harith tanpa ragu-ragu mengambil semua buah tangan dari orang tua itu.
"Terima kasih," ucapnya.
"Jangan jatuhkan benda tu. Ada barang mudah pecah," pesan lelaki tua itu lagi.
"Ya, tok."
Sungguh aneh. Tiada perangkap pun.
"Saya balik dulu," ujar Luthman Harith.
Farid Sattar mengukirkan senyuman sahaja. Luthman Harith berlalu pergi dengan membawa lima beg bimbit. Dia berjalan mendekati trak Pajero. Pintu belakang trak dibuka. Satu demi satu beg dimasukkan ke dalam trak.
"Dalam beg lain ada apa eh?" Fikiran Luthman Harith mula syak sesuatu.
Sebuah beg dibuka. Terlihat cahaya merah berkelipan dengan bom yang tertampal. Luthman Harith terkejut lantas menjauhkan diri dari beg itu.
Kaboom!
Tubuh Luthman Harith jatuh tertiarap. Mujurlah tiada kecederaan serius.
"Tak guna!" Luthman Harith menumbuk tanah.
Dia bangkit berdiri lalu kembali ke jeti. Susuk Farid Sattar sudah hilang dari pandangan. Bot tadi pun hilang. Barangkali dia larikan diri.
"Dasar orang tua!" marah Luthman Harith.
Tidak semana-mana, segerombolan penduduk kampung bertopeng bandana muncul dari rumah kampung di situ.
Ratatatat! Peluru dilepaskan.
Luthman Harith mengeluarkan pistol lalu menembak penduduk kampung bersenjata AKM. Seingat dia, sudah tiada orang lain lagi hidup di sini. Dia terpaksa berlari keluar dari kampung sambil berbalas tembakan. Badannya terkena peluru waktu melarikan diri. Mana mampu dia menghadap semua ini seorang diri.
Seorang lelaki bersama RPG berdiri di laluan keluar dari kampung. RPG dibidik ke arah Luthman Harith. Belum sempat dia melancarkan tembakan, Luthman Harith terus menembak peluru RPG.
Kaboom!
Habis berkecai badan lelaki itu dek letupan dari senjata sendiri. Luthman Harith berlari selagi mampu. Peluru pistol kehabisan pula.
Akibat trak Pajero meletup, dia terpaksa berlari juga. Seorang penunggang motosikal berhenti di depan Luthman Harith.
"Naik cepat!" arah Ilyana Zhamuri yang menunggang motosikal itu.
Luthman Harith segera menaiki motosikal berkuasa 250cc itu. Dia menoleh ke belakang. Kelihatan beberapa buah motosikal dan kereta mengejar mereka berdua.
"Ambil magazine dekat pinggang aku," kata Ilyana Zhamuri.
Luthman Harith meraba pinggang Ilyana Zhamuri yang sibuk menunggang motosikal. Kelopak peluru diambil lalu mengisi pistol yang kehabisan peluru.
Pemuda itu menembak mereka yang mengejarnya. Setiap tembakannya tepat mengenai kepala musuh macam John Wick. Seorang penunggang terkena tembakan lalu jatuh bersama pembonceng. Penunggang motosikal lain terlanggar mereka lalu terjatuh sekali. Mereka yang lain berjaya mengelak.
Seorang pemandu kereta cuba merempuh dari belakang. Mujurlah Ilyana Zhamuri berjaya mengelak. Luthman Harith membidik pistol ke arah pemandu itu. Sebaik pemandu itu cuba merempuh dari tepi, Luthman Harith menembak kepala pemandu itu. Ilyana Zhamuri mengelak dari dilanggar lagi. Kereta itu terlanggar penghadang jalan lalu dirempuh penunggang motosikal lain.
Jalan 78 dari Kuala Kedah ke Simpang Kuala agak tidak rata, tetapi tidak menjadu halangan Ilyana Zhamuri untuk terus menunggang laju.
"Jalan ni tak rata. Hati-hati," pesan Luthman Harith.
"Aku tahu," balas Ilyana Zhamuri.
Dengan kelajuan melebihi 180 kilometer sejam, mereka berjaya lepaskan diri dari musuh-musuh yang hanya menggunakan motosikal murahan. Mereka berdua berhenti seketika di pekan. Ilyana Zhamuri menanggalkan topi keledar.
"Kau okey, tak?" soal Ilyana Zhamuri.
"Aku okey. Terima kasih," ucap Luthman Harith.
"Apa terjadi tadi?"
"Orang tua tu tipu aku. Katanya, nak bagi bekalan untuk kita hidup. Rupanya, dia cuba nak bunuh kita semua."
Dia mula tertanya-tanya.
"Kenapa kau ikut aku?" soalnya pula.
"Aku ragu-ragu. Jadi, aku ikut kau untuk keselamatan," jawab Ilyana Zhamuri.
"Terima kasih... sekali lagi."
"Dah. Tu tak penting. Yang lebih penting sekarang ni, Aminah dah hilang."
"Hah? Apa?"
Bersambung...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro