Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

FANTASY EXPLORER: BAB 8

"Bunyi apa tu?" Itulah persoalan yang bermain di fikiran mereka.

Satu cahaya muncul dari satu arah. Sebuah kereta api muncul dengan rentak lagu yang deras.

"Aneh. Kereta api elektrik boleh bergerak waktu tak ada elektrik?" Ice Serra kehairanan.

"Siap pasang lagu kuat pula tu," tambah Hanazono Suzuki turut bingung.

"Oh, tu kuasa dari saya," celah Fatin Sumaiyah yang mempunyai kuasa tenaga muzik.

Baru mereka memahami. "Oh, begitu."

"Jomlah naik!" kata Fatin Sumaiyah melangkah masuk ke dalam kereta api itu.

Mereka yang lain turut menaiki kereta api bawah tanah itu. Pintu tren ditutup semula. Fatin Sumaiyah berdiri di bahagian kepala tren bawah tanah itu. Dia memetik, munculkan turntable di depannya. Begitu juga fon kepala.

"Okay. Let's go!" Fatin Sumaiyah bersemangat.

Tangannya terus memutarkan turntable seperti disc-jockey, DJ. Lagu rock 60an di'remix'kan.

Tren bergerak ke hadapan. Amy Cliff yang mendengar lagu tersebut segera berubah menjadi manusia biasa.

"Kenapa pasang lagu remix ni?" jerit Amy Cliff, geram.

"Chill. Relax," kata Fatin Sumaiyah, tenang.

Bukan apa. Amy Cliff sememangnya benci terhadap lagu rock. Inikan pula lagu rock yang diremix. Dia terus menutup telinganya.

"Abang tak sukalah!" jerit Amy Cliff, geram.

Fatin Sumaiyah mengeluh kecil. "Yela... adik tukar."

"WHYYYYYYY!!!!!????" jerit Amy Cliff tidak dapat terima hakikat.

***
Greenfield Village, Creepy World

Bilik bawah tanah menjadi tempat perbincangan mereka. Senjata-senjata tajam sudah diletakkan di meja.

"Ini sahaja yang aku ada. Pilihlah," kata Aya mencekak pinggangnya.

Masing-masing mengambil senjata tajam di situ. Horizon mengambil sarung tangan yang berhujungkan pisau tajam bak Wolverine.

"Nice..." Horizon kagum.

Yūki Taiga memandang sekeliling. Dia baru sedar kehilangan sesuatu.

"Err... Mana Suzuki?" tanya Yūki Taiga, hairan.

Mereka saling memandang.

"Musang pun tak ada dekat sini," kata Zafina Sierra baru sedar.

"Diorang pergi mana?" Ferra Jasmine tertanya-tanya.

***
Metrolantis, Creepy World

Kelihatan stesen yang tergendala dek ketiadaan elektrik di Metropolis Bloodz, ditutup buat sementara waktu. Kereta api yang bergerak menggunakan tenaga muzik, berhenti jua di stesen. Mereka yang lain berjalan keluar dari perut tren sebaik pintu dibuka. Mereka menjejakkan kaki ke platform.

"Apa dah terjadi di sini?" soal Alexander kehairanan.

Apa yang disaksikan mereka hanya barang-barang yang sudah bersepah di merata tempat. Mayat-mayat bertempiaran dengan kesan bedah pada tubuh badan.

"Kita... dah terlambat," kata Ayano Hiruka, sayu.

Ice Serra terkesima melihat rakyatnya di situ mati. Price melihat isterinya tercengang, sudah tahu pemikiran wanita itu. Satu dakapan diberikan kepada wanita tersebut.

"Sabar, sayang. Bawa bersabar. Okey?" pinta Price cuba menenangkan fikiran isterinya.

Ice Serra teriak. "Tak!"

Mana mungkin seorang pemerintah membiarkan rakyatnya mati sebegitu sahaja. Pandangan tajam dituju ke arah Ferra Natalia.

"Ferra, buatlah sesuatu!" arah Ice Serra mendesak.

"Ampun tuanku, patik tak boleh buat berbuat apa," kata Ferra Natalia dengan wajah dingin.

"Akak, apa kata kita ke istana," cadang Ayano Hiruka.

Ice Serra menghela nafas kecil, cuba tenangkan diri. "Baiklah."

Mereka semua bergerak keluar dari stesen bawah tanah lalu melihat kekacauan yang melanda kotaraya Metrolantis. Sebentar tadi, puak Voodoo 2.0 menyerang Metropolis Bloodz. Kali ini, puak Majesty pula menyerang Metrolantis.

"Dasaq qoti mayat," kata Dzell pecah loghat ibunda.

"Dah! Kita kena cari permaisuri Serra!" kata Nicolas Friday bergegas ke satu arah.

Mereka hanya mengekori lelaki itu dengan reaksi terkejut.

"Permaisuri Serra?" Minatozaki kebingungan.

"Dia hidup lagi... dalam 100 tahun akan datang?" Ferradossa Anvell terkejut sakan.

"Nanti, aku ceritakan. Kita ke sana dulu," kata Nicolas Friday dengan langkah segera ke istana.

"Korang kena ingat, Creepy World ialah Freaky World 100 tahun akan datang," pesan Hoshiko Friday mengingat.

Ice Serra semakin terpinga-pinga dengan situasi. Apakah dia akan temui dirinya masa hadapan?

***

Dari dalam kamar istana, seorang permaisuri tua memerhati kotaraya diserang puak Majesty. Kulitnya sudah berkedut. Rambutnya sudah beruban.

"Tuanku, ada orang..." kata seorang pengawal muncul di muka pintu.

"Beta tahu," celah permaisuri itu memotong kata.

Tongkat dipegang erat. Langkahnya diatur keluar dari kamarnya. Perlahan-lahan dia berjalan ke ruang tamu bersama dayang dan pengawal.

Sementara itu, mereka yang lain memasuki ruang istana sambil melihat sekeliling. Segalanya masih sama.

"Zaman Freaky dengan Creepy, tak jauh beza ya," komen Violet Alexander, dingin.

"Hmm... Mana dia?" tanya Jimmy Foxe kepada Hoshiko Friday.

Akhirnya, susuk wanita tua berjalan memasuki ruang itu bersama tongkat saktinya.

"Selamat kembali, semua," ucapnya dengan lembut.

Mereka memandang permaisuri itu. Alangkah terkejutnya mereka melihat wajahnya yang serupa dengan Ice Serra. Cuma, lebih berusia.

"Ka... Kau?" Ice Serra seperti tidak percaya melihat dirinya masa depan.

Ratu Serra hanya mengukirkan senyuman manis. "Aisyah 100 tahun lalu."

"Tak mungkin!" Ice Serra meramas rambutnya menjadi serabai.

Kakinya mengorak langkah mendekati Ratu Serra Mereka yang lain hanya melihat pertemuan itu.

"Kau... diri aku 100 tahun akan datang?" kata Ice Serra inginkan kepastian.

Ratu Serra mengangguk. Pipinya diusap lembut oleh Ice Serra yang masih muda.

"Mana Faiz 100 tahun akan datang? Baroqah pula?" tanya Ice Serra.

Kepala ratu itu bergeleng kecil tetapi kekal dengan senyuman.

"Mereka dah terkorban," jawab Ratu Serra, perlahan.

Ice Serra hilang kata. Mereka yang lain turut terdengar perbualan mereka. Price dan Ayano Hiruka terkejut dengan jawapan itu.

"Jemputlah makan di ruang makan. Biarkan mereka berbual ya," pinta seorang dayang.

"Haa... bagus juga. Saya tengah lapar ni," kata Zoel mengidam.

"Kau tak habis-habis nak makan je," kata Samantha Lee, dingin.

Maka, mereka pun berarak ke ruang makan, meninggalkan pasangan kembar berlainan zaman itu.

"Boleh ikut saya?" pelawa Ratu Serra.

"Ke mana?" Ice Serra kebingungan.

Ratu Serra tersenyum kecil. berjalan pergi dari situ, diekori Ice Serra.

Sebuah ruang yang dipenuhi lukisan mereka, dilalui. Ice Serra melihat setiap lukisan yang terdapat di situ.

"Sebenarnya, apa dah terjadi?" soal wanita muda itu.

Ratu Serra mengeluh kecil. Pandangan dibuang ke arah dirinya yang muda seabad itu.

"Benda ni terjadi semasa peperangan, macam kau hadap sekarang," kata Ratu Serra, perlahan.

Wajah Ice Serra ditarik tepat ke muka ratu itu. Jelas sekali dia pucat.

"Apa?"

"Kalau aku bagitau pun, benda tu akan terjadi juga," terang Ratu Serra dengan wajah tertunduk.

"Bagitau saja. Biar aku ubah semuanya," kata Ice Serra, sungguh.

Ratu Serra menggeleng. Bahunya dipegang wanita muda itu.

"Bagitau je la," desak Ice Serra.

Permaisuri berusia itu terdiam seketika. Keluhan dilepaskan.

"Selepas apa yang terjadi dekat sini, akan berlaku perang saudara. Dalam perang saudara tu, kau akan nampak seorang demi seorang saudara kau mati dibunuh sesama sendiri," terang Ratu Serra.

"Faiz? Ayano? Apa diorang mati sekali?" tanya Ice Serra ingin tahu.

"Disebabkan kematian Ayano, bermulalah perang saudara yang mencetuskan dua dunia bertelingkah."

"Maksudnya, Freaky World berlawan dengan Creepy World?"

"Bukan. Tapi, dunia luar berlawan dengan dunia dalam. Aku memang bodoh waktu tu. Hanya kerana salah faham, aku isytiharkan perang tu."

Ratu Serra menutup wajahnya dengan tangannya. Suara esakan kedengaran perlahan.

Tiba-tiba, satu dakapan lembut diberikan kepada ratu tua itu. Belakang badannya diusap.

"Benda dah terjadi. Biarkan je," pujuk Ice Serra.

Ratu Serra menolak bahu Ice Serra perlahan. Air mata disekanya.

"Bagi aku, itu dah terjadi. Padahal, benda tu akan terjadi bagi kau," kata Ratu Serra, perlahan.

Benar apa yang dikatakan ratu itu. Ice Serra menundukkan pandangan.

"Ingat lagi tak waktu muda kita tu dulu?" tanya Ratu Serra bersahaja.

"Kita pernah kemalangan," jawab Ice Serra menaikkan wajahnya.

"Ciuman pertama dekat Faiz?"

"Dekat kawasan kemalangan depan sekolah."

Senyuman kecil tercalit di bibir mereka sebaik mengenang kisah lama.

"Masakan pertama untuk Faiz?" Giliran Ice Serra pula bersoal.

"Nasi goreng," jawab Ratu Serra.

Pecah tawa mereka terkenang cerita lama yang penuh drama itu.

"Alang-alang cakap nasi goreng ni. Jomlah kita pergi makan."

"Boleh juga."

***
Greenfield Village, Creepy World

Pedang diasah setajam yang boleh. Apatah lagi sudu besar milik Kenny Spoon. Sudah bagaikan kapak.

"Aku rasa pelik. Kenapa kau pilih sudu?" tanya Alane Admex kehairanan sambil bermain pisau dapur.

Kenny Spoon memandang tajam ke arah wanita psiko itu. Senyuman seribu makna muncul di wajahnya.

"Nak cedok air sirap untuk diminum nanti," jawab Kenny Spoon tersengih sahaja.

"Begitu ya. Okey," balas Alane Admex faham mentah-mentah.

Alane Admex berpaling pandangan. Kenny Spoon pula menyorok aura psikopat. Cikgu Wan hanya memerhatikan dua wanita psiko itu.

"Hmm..." Cikgu Wan berfikir.

"Kenapa?" celah Aya berdiri di sebelah lelaki harimau.

Aya melihat dua wanita yandere itu. Dia mendapat idea nakalnya. Dia memandang Cikgu Wan.

"Hei," panggil Aya dengan senyuman simpul.

Cikgu Wan memandang Aya. "Ya?"

Tiba-tiba, sambaran kilat menghinggap bibir Cikgu Wan. Satu kucupan diberikan.

"Sike!" Cikgu Wan terkejut.

Dua wanita yandere itu membuang pandangan ke arah mereka berdua. Renungan maut diberikan melihat Aya berciuman dengan Cikgu Wan.

Aya menarik tangan Cikgu Wan ke buah dadanya yang besar. Wajah Cikgu Wan berubah miang. Dua wanita tadi menjadi tidak keruan. Mereka terus berpaling muka. Perasaan membunuh membuak-buak.

"Berani dia cium Wan?" kata Kenny Spoon, perlahan.

"Apakah dia dah lama hidup ke?" monolog Alane Ademx pula.

"Nak kena suap dengan kapak sudu ke?"

"Rasanya dia dahaga pisau dapur ni."

Masing-masing memendam niat untuk membunuh wanita bertubuh elegan itu.

"Okey, sayang. Kalau nak rehat, tidurlah dalam bilik saya," kata Aya menguji.

Naik darah dua wanita itu dibuatnya. Cikgu Wan pula semakin miang.

"Okey, awak~♡" balas Cikgu Wan tersengih dengan air liur nafsu meleleh.

Aya berlalu pergi, membiarkan dua wanita itu merana dalam fikiran. Aura pembunuh dari mereka sedikit pun tidak menggentarkan dirinya.

***
Metrolantis, Creepy World

Hidangan sudah habis di meja bulat besar.

"Wah, sedapnya nasi goreng ni!" puji Price kekenyangan.

"Nanti, korang semua nak pergi ke mana nanti?" tanya Ratu Serra.

"Greenfield Village," jawab Hoshiko Friday.

"Oh! Korang nak berjumpa dengan seseorang, kan?"

"Ya," balas Nicolas Friday pula.

"Pada masa yang sama, korang berundur."

Mereka terdiam. Ice Serra memandang dirinya seabad itu di sebelahnya.

"Kau ikutlah kami sekali," pelawa Ice Serra dengan tangannya memegang lengan Ratu Serra.

Ratu Serra tersenyum. "Saya dah agak kau akan cakap macam ni. Jawapannya..."

Ice Serra menunggu jawapan wanita itu.

"...tak."

Ice Serra terkejut. "Doushite?"

"Saya lebih rela mati dengan rakyat sendiri. Kamu semua pergilah. Biar saya yang turun padang nanti," kata Ratu Serra, rela hati.

"Tak, patik takkan biarkan permaisuri pergi macam tu!" tegas Ferra Natalia menghentam meja makan.

Ratu Serra memandang pengawal peribadi yang sudah lama tidak bertemu itu. Price bangkit berdiri dengan keluhan kecil.

"Aku takkan biarkan kau bersendirian. Kita akan pergi sekali," kata Price bersemangat.

Ice Serra memandang suaminya dengan dahinya berkerut. "Abang."

Price memandang Ice Serra yang duduk di sebelahnya dengan senyuman sinis.

"Biarlah abang pergi. Lepas kita hilang Erma, kita buat jalan masing-masing," kata Price tersenyum.

Ice Serra hilang kata. Jalan masing-masing?

Kaboom!

Satu letupan memecahkan dinding istana sekaligus menggegarkan satu istana.

"Bunyi letupan dari mana tu?" kata Zoel terpinga-pinga.

Ratu Serra berdiri. "Dia dah datang!"

"Siapa?" Fatin Sumaiyah tertanya-tanya.

Pintu ditendang kuat hingga terbuka luas.

"Bon appetit! (Selamat menjamu selera!)" ucap Sophea Aika memegang senjata M134.

Tembakan rambang dilepaskan bertalu-talu. Fatin Sumaiyah yang dekat dengan suspek, menerima puluhan butir peluru senjata gatling itu. Ina Hana yang tidak tahu hendak berbuat turut menerima butir peluru tanpa perasaan.

"Maya!" Amy Cliff terkesima.

"Nana!" teriak Dzell menangis.

Mereka segera menterbalikkan meja besar itu lalu berlindung di sebaliknya.

"Dia ni..." Ralph Kimmy naik darah.

"...memang nak kena!" Jimmy Foxe yang memahami perasaan kembarnya, turut naik angin.

Amy Cliff berubah menjadi serigala jadian manakala Jimmy Foxe menjadi musang ekor dua. Tubuh Ralph Kimmy semakin berapi. Apinya yang merah bertukar biru.

Seusai 200 peluru dilepaskan, Sophea Aika mengisi peluru. Pada masa yang sama, tiga lelaki tadi bertindak menyerang wanita itu.

"Banzai!"

Sophea Aika mendongak lalu melihat tiga lelaki itu menerkam.

"Oh, tak," keluh wanita itu.

Segalanya gelap-gelita.

***

Dbukk! Pakk!! Arghh!!!

Tumbukan berganti raungan kedengaran dari bilik kurungan. Sophea Aika diikat pada kerusi besi dengan tangan dan kaki diikat.

"Heh!? Dengan seksa aku, korang dapat apa?" sindir Sophea Aika dengan lebam pada muka.

"Diamlah kau!" marah Ralph Kimmy lantas melepaskan tumbukan ke perut Sophea Aika.

Sophea Aika terbatuk darah.

"Hmm... siapa nak seksa dia? Aku tak seberapa rapat dengan nenek baru aku ni," tanya Jimmy Foxe tersengih sambil memegang sos lada hitam.

Mereka saling memandang.

"Kalau aku, makan dia je," kata Amy Cliff menyilangkan tangan di dada.

"Kalau boleh, aku nak hisap darah dia tu," kata Price mengeluarkan aura iblis.

"Huh!? Bakar je dia ni," kata Ralph Kimmy menggenggam penumbuk berapi.

"Jadi, siapa nak seksa dia?" soal Jimmy Foxe menanti jawapan.

A) Ralph Kimmy

B) Amy Cliff

C) Price

D) Jimmy Foxe

E) ???

Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro