FANTASY EXPLORER: BAB 5
Mata dicelik perlahan. Bunyi teriakan bayi kedengaran. Achara melihat bayi di depan matanya. Syukur selamat melahirkan anak. Dia bangun lalu duduk menghadap anaknya. Satu dakapan diberikan.
"Dah, sayang. Ibu ada sekarang," kata Achara cuba menenangkan anaknya.
Anak mata Achara meliar melihat sekeliling. Kelihatan rumah kayu tempat penginapannya musnah separuh. Cahaya pagi dari mentari menyuluh dua beranak itu. Matanya teruskan pencarian, tetapi terhenti pada susuk tubuh Alexander Monroe.
"Tok..." panggil Achara, perlahan.
Darah perlahan-lahan mengalir di lantai dari susuk lelaki tua itu. Mata Achara terbeliak.
"TAK!" jeritnya.
Si bayi itu teriak dengan kuat dek jerkahan dari ibunya. Achara memandang anaknya.
"Shh... diam sayang. Ibu ada ni. Shh..." pinta Achara cuba mendodoikan anaknya.
Achara bangkit berdiri lalu mendukung anaknya yang tak bernama. Dia mendekati jendela yang sudah tercabut sebelah. Tangannya menolak daun tingkap. Matanya melihat kemusnahan pekan Sedlec.
"Oh, Tuhan."
Tiada seorang pun yang hidup di situ. Apa yang dilihatnya hanyalah mayat yang bergelimpangan dalam keadaan badan seperti dibedah. Ada yang kepala separuh menampakkan otak dan biji mata. Ada juga yang hilang tangan dan kaki dalam keadaan bersilang. Ada pula yang dibiarkan tanpa organ dalaman.
"Apa dah jadi ni? Mana semua orang?"
Langkah diatur ke pintu depan rumah yang terbuka luas. Nafas dihela mencari ketenangan. Pekan yang sunyi diredahnya bersama si anak kecil itu.
"Helo!"
"Sesiapa!"
"Kalau ada, keluarlah!"
Tiada sahutan. Segalanya sepi.
"Mana semua orang?"
Woof! Woof!
Achara mengenal amat bunyi salakan itu.
"Yuri!"
Seekor anjing yang dikenali berlari ke arah Achara. Dia berhenti betul-betul di depannya.
"Yuri!"
Woof!
***
Greenfield Village, Creepy World
Pasangan kekasih baring berdua-duaan di atas padang rumput yang ditiup angin dengan lembut. Kepala sang wanita diletak lembut di atas jejaka segak. Mereka saling berpegangan tangan.
"Comelnya tangan awak. Lembut dan gebu," puji Kenny Spoon sambil mengusap tangan Cikgu Wan.
Cikgu Wan naik merak pada pipi dek terasa malu-malu kucing. "Eh, mana adalah."
"Oppa!" panggil Kenny Spoon, manja.
Tangan yang dipegang, diletakkan di celahan dada Kenny Spoon. Wanita itu sengaja membuatkan Cikgu Wan terangsang, malah semakin merah.
"Y... Ya?" balas Cikgu Wan berasa malu.
Kenny Spoon bergerak meniarap ke atas badan Cikgu Wan. Jari telunjuknya bergerak ke pipi comel Cikgu Wan.
"Boleh tak kita..." kata Kenny Spoon bermanja.
"Ya, nak apa?" Cikgu Wab dikawal nafsu miangnya.
Bibir dibasahi air liur dari lidah. Satu kucupan mendarat di bibir jejaka tampan itu. Muka Cikgu Wan merona merah. Lelaki itu mendakap tubuh wanita itu lalu membalas kucupan.
Dari jauh, Aya melihat pasangan itu bercumbuan.
"Wah! Apa yang kita ada di sini?" kata Aya melihat mereka bersama.
Aya mendekati pasangan itu. Pedang yang disandang, dikeluarkan.
"Hei, kamu berdua!" kata Aya dengan pedang diacu ke arah mereka.
Pasangan itu melihat Aya muncul lantas menjauhi sesama sendiri. Pandangan mereka tertumpu pada susuk elegan Aya.
"Siapa kamu berdua ni? Apa kamu buat di sini?" soal Aya dengan wajah serius.
Tubuh Cikgu Wan menggigil bukan kerana pedang di depan mata, tetapi buah dada Aya yang lebih besar dari Kenny Spoon. Mulutnya tercengang luas. Air liur mengalir laju dari mulutnya bak air terjun Niagara Fall.
Aya berasa pelik melihat kelakuan Cikgu Wan yang merona merah. Dia memandang titik tumpuan jejaka harimau itu, buah dadanya sendiri. Pipinya merona merah kerana malu.
"Dasar penggatal!" Tumbukan dilepaskan.
Namun, Cikgu Wan berjaya mengelak dakam sekelip mata. Dia berdiri di belakang Aya.
"Cubaan bagus, tapi tak selaju macam saya," kata Cikgu Wan dengan senyumannya.
Aya menoleh ke belakang lalu menyerang Cikgu Wan dengan pedang yang berat. Sayangnya, Cikgu Wan lebih pantas tindakannya.
"Kau guna ilmu apa ni?" Aya mula kepenatan.
"Hehe... Rahsia," balas Cikgu Wan tersengih.
"Hmm... Boleh kita pergi? Takutlah," pinta Kenny Spoon menyorok di belakang tubuh Cikgu Wan.
"Tunggu sekejap ya," pesan Cikgu Wan kepada Kenny Spoon.
Pandangan tajam tertumpu pada Aya.
"Bukankah kamu ni... pemenang dalam perlawanan tempoh hari?" soal Cikgu Wan kepada Aya.
"Oh, ya. Ya, saya. Macam mana kau tahu aku tinggal di sini?" Aya kehairanan lalu menyandang semula pedang besarnya.
"Hehe... Sebab kebolehan kamu bukan macam penduduk Freaky World. Jadi, saya syak pada kamu."
"Nani? Kau... dari dunia sebelah tu ke?" Raut wajah Aya berkerut sebaik mendengar penjelasan dari Cikgu Wan.
Cikgu Wan tertawa sinis. Kenny Spoon menarik tangan Cikgu Wan dengan manja.
"Jomlah," pinta Kenny Spoon.
"Kami pergi dulu. Jumpa lain kali," pinta Cikgu Wan.
Cikgu Wan memeluk tubuh Kenny Spoon lantas bergerak pantas meninggalkan Aya.
"Lajunya!" Aya terkejut sakan.
Hanya beberapa detik, susuk mereka lesap dari pandangan. Aya berfikir seketika.
"Jauh juga diorang berjalan. Portal ke dunia sebelah bukannya dekat sebab terletak jauh di timur laut. Sanggup diorang bergerak lepasi tujuh negeri!
Lepas sempadan dua dunia tu, akan hadap Redwood Forest yang dihuni puak Homicide. Asalnya Hutan Aokigahara yang dihuni puak Suicide.
Bio-City memang terkenal sebagai bandar robotik. Puak Cyborg nampak baik, tapi diskriminasi terhadap puak Majestic. Asalnya Bio-City ialah bandar Sedlec yang dihuni puak Skull.
Death Health Town atau The Helltown yang dulunya Isla de las Munecas, sekarang sudah menjadi tempat tinggal puak Mannequin, revolusi dari puak Doll. Asal dari pulau kecil dan kini menjadi pekan penghubung tiga negeri; Redwood Forest, Bio-City dan Metropolis Bloodz.
Metropolis Bloodz adalah gabungan dua negeri; Gyeonggi dan Pripyat, di mana puak Psycho dan puak Killjoy bersatu menjadi puak SK, Serial Killer. Satu-satunya bandaraya yang berhubung dengan Metrolantis dengan kereta api bawah tanah.
Metrolantis masih kekal dan dihuni puak Mermaid. Tiada sebarangan perubahan. Mereka lebih banyak membantu memajukan negeri lain.
Akodessewa sekarang sudah menjadi Tundra Valley, puak Voodoo pula lenyap menjadi puak Majestic.
Akhir sekali, Greenfield Village yang asalnya Battleship Island, sudah berubah menjadi pulau besar yang dihuni puak Leafy dan dipenuhi rumput dan bunga.
Jauh sudah pasti sebab Creepy World sudah tiga kali ganda besarnya dari Freaky World. Hmm..." Fikiran Aya sudah berserabut.
***
Bio-City, Creepy World
Air teh dihidangkan di atas meja. Hoshiko Friday mendakap talam sambil melihat empat madunya memeluk Kai.
"Berapa lama abang kenal dia ni?" soal Ayano Hiruka tersengih.
"Tak nak perkenalkan dia dekat kami ke?" kata Ferradossa Anvell, manja.
Kai melihat dua isteri yang paling digeruni itu. "Err..."
Zafina Sierra mengguman sinis melihat mereka. "Jadi, macam ni la gayanya bila beristeri lima."
Mereka hanya ketawa. Alane Admex melihat sekeliling.
"Abang Jimmy mana?" soal Alane Admex mencetuskan pertanyaan utama.
Masing-masing berdiam diri.
"Ermm... Hanazono pun tak ada," kata Yūki Taiga kehairanan.
"Diorang pergi mana?"
***
Metrolantis, Freaky World
Kepala Eman Mimi didakap erat Jimmy Foxe. Kewarasannya sudah hilang tetapi dia berdiam sahaja dengan senyuman yang sukar ditafsir. Ralph Kimmy pula berubah lebih baran. Apa yang mereka ada sebelum ini, sudah tiada. Ibu, ayah, isteri, anak, adik, kata mudah, keluarga. Segalanya bagai sepintas angin lalu.
"Argh! Kenapa semua ni berlaku dekat aku?" marah Ralph Kimmy tidak dapat terima hakikat.
"Hahahahaha!!! Kita cincang pembunuh tu jadi sate, nak?" kata Jimmy Foxe kehilangan waras sambil mengusap kepala adiknya.
Aura gengster dan psikopat dapat dirasai. Hanazono Suzuki melihat tatu harimau lengkap di belakang dua tubuh itu. Dari tadi bercahaya tanpa henti.
"Huwaaa... Siapa sanggup buat macam ni?" teriak Amy Cliff menangis.
Cindy Hawk dan Fatin Sumaiyah yang sudah sedar dari kelemasan, hanya melihat mereka.
Fatin Sumaiyah menepuk belakang badan abangnya. "Sabar ya, bang."
"Err... What's going on here?" Cindy Hawk tidak tahu apa-apa.
"We need to go. Kita gerak ke Battleship Island," kata Ferra Natalia, serius.
"Setuju," kata Price sepatah.
Anak mata Price mula berubah kehitaman.
"Baiklah kalau macam tu. Kita gerak sekarang," kata Ice Serra.
***
Battleship Island, Freaky World
Bang!
Samantha Lee menangkap peluru yang dilepaskan Ilyana Zhamuri lalu memusingkan badan bagi kurangkan momentum peluru pistol itu. Dia menggenggam peluru itu.
"Macam mana?" kata Ilyana Zhamuri menurunkan pistolnya.
Samantha Lee menunjukkan peluru yang ditangkapnya. "We did it!"
"Wah!" Ilyana Zhamuri terpegun.
"Okey, sekarang, guna rifle pula." Samantha Lee bersemangat.
"As you wish."
Pistol Desert Eagle di tangan Ilyana Zhamuri bertukar menjadi rifle AK-47.
"Ready?" Ilyana Zhamuri membuka kunci tembakan.
"Anytime I ready," balas Samantha Lee bersedia.
Ilyana Zhamuri melepaskan tembakan bertalu-talu. Mata Samantha Lee mengira pergerakan peluru itu.
Dengan pantas, Samantha Lee menangkap sebutir peluru dengan dua jari. Dia memusingkan badan bersama momentum peluru. Dia melepaskan peluru ke arah lain. Begitu juga dengan peluru lain. Hampir kesemua peluru dielak.
Sehabis sahaja satu kelopak rifle, Ilyana Zhamuri melihat Samantha Lee masih berdiri teguh. Rifle diturunkan.
"Macam mana?" Ilyana Zhamuri bertanya.
Samantha Lee melihat keadaan tangannya. Terdapat sedikit luka pada jari. Mungkin kerana haba dari peluru. Dia memandang kawannya itu.
"Kita rehat dulu," pinta Samantha Lee.
Pada masa yang sama, Ice Serra dan mereka yang lain muncul.
"Guys?" panggil Cindy Hawk melihat dua susuk itu.
Dua wanita itu memandang kemunculan mereka semua.
"Hawk? Korang pun datang juga?" kata Samantha Lee kehairanan.
"Kenapa ramai datang sini? Ada apa-apa ke?" Ilyana Zhamuri turut kehairanan.
Memandangkan Battleship Island tidak diserang sesiapa, Ice Serra berasa lega sedikit.
"Sebenarnya, dunia ni dah diserang," jelas Ice Serra, sungguh serius.
"Diserang? Siapa yang serang?" Samantha Lee terpegun.
Belum sempat Ice Serra menjawab, Jimmy Foxe mencelah.
"Sophea," jawab Jimmy Foxe tersisa tawa.
Ralph Kimmy menjeling tajam ke arah kembarnya. "Maksud kau..."
Jimmy Foxe memandang kembarnya juga. "Nenek tiri kita."
"Wait. Kalau nenek ada dekat sini, atok pun..." Amy Cliff berwajah pucat.
"Kau rasa?"
Mereka memahami apa yang dikatakan Jimmy Foxe. Price menundukkan pandangan. Perlahan-lahan ekor iblis dikeluarkan dari belakang badan. Sayap berupa kelawar turut tumbuh di belakang. Mereka yang lain terkejut melihat lelaki iblis itu.
"Faiz..." Fatin Sumaiyah terpegun dengan rupa abangnya.
Amy Cliff turut berubah susuk badan. Tubuhnya dipenuhi bulu kelabuan kebiruan. Anak mata bertukar warna kekuningan. Satu salakan serigala jadian bergema ke seluruh alam.
Ralph Kimmy sudah tidak terkawal dalam kemarahan. Tubuhnya diselubungi api marak hingga menutup satu badan.
Jimmy Foxe ketawa tidak henti-henti. Fikirannya terlintas detik sebelum itu.
~Throwback~
Alif Najmi hanya berdiam sambil melihat persekitaran kampung yang sunyi. Matanya tertumpu pada seekor haiwan yang duduk jauh dari mereka. Haiwan itu melarikan diri sebaik dirinya dikesan. Ekornya lebat tetapi bukan menjadi tarikan Alif Najmi. Apa yang menariknya ialah ekornya dua.
~End Throwback~
Dalam sekelip mata, Jimmy Foxe berubah menjadi seekor haiwan. Ekornya tumbuh kepada dua. Bulunya tumbuh kejinggaan di seluruh tubuh bak seekor musang.
Mereka yang lain melihat perubahan fizikal empat lelaki itu, kagum teramat.
"Jom tempah kubur dia," kata Price dengan wajah bertandak bak iblis.
"Kita bakar mayat dia sampai rentung," kata Ralph Kimmy menggenggam api.
Amy Cliff dan Jimmy Foxe tidak mampu bercakap, malah mendengus kelaparan.
"Oh, ya! Yang lain mana?" Ferra Natalia kehairanan.
Hanazono Suzuki memandang wanita bidadari itu. "Yang lain ke dunia sebelah. Hanya kita sahaja di sini."
***
Sedlec, Freaky World
Tangisan bayi masih kedengaran. Sepasang telinga menangkap bunyi esakan itu. Zoel berpisah dari Amy Cliff atas bertujuan untuk mencari Achara.
"Siapa tu?" jerit Zoel keseorangan.
Achara dari jauh dapat mendengar panggilan itu.
"Sini! Tolong!" jerit Achara sekuat mungkin.
Woof! Woof!
Salakan kuat dari Yuri turut kedengaran. Zoel bergerak pantas ke bunyi itu. Dia melihat Achara bersandar pada dinding bangunan. Kelihatan si anak didukung Achara. Yuri hanya duduk di sebelah mereka.
"Minah, mana Harith? Yang lain mana?" soal Zoel keresahan.
Achara menggeleng. Zoel mengeluh.
"Kita kena keluar dari..."
Woof! Woof! Woof! Yuri ternampak sesuatu.
Seekor zombi menyerang tiba-tiba. Dia menggigit tangan lelaki itu.
"ARGHH!!" raung Zoel kesakitan.
Yuri tidak habis menyalak ke arah zombi itu.
"Zul!!" Achara terkejut.
Si anak diletakkan di atas runtuhan konkrit. Achara terus mendekati zombi itu lalu menyepaknya ke tepi. Sarung tangan yang dipakainya menjadi mesin gergaji. Tanoa melengah, Achara membedah badan zombi itu dengan mesin gergaji hingga terbelah satu badan. Darah merecik ke badan tidak dihiraukan lagi. Puas hati.
"Arhh..." Zoel terbaring lemah tangan
dengan kesan gigitan pada tangannya.
Achara menghampiri rakan sebayanya itu. Zoel memandang wanita itu.
"Aku digigit. Aku dapat rasa dalam saraf. Bila-bila masa aku boleh jadi binatang tu. Kau pergilah dengan anak kau tu," kata Zoel, pasrah.
Achara tidak sanggup membiarkan Zoel begitu sahaja. Mesin gergaji masih di tangannya.
"Aku ada cara lain tapi maafkan aku. Aku terpaksa buat macam ni," terang Achara kerisauan.
"Hah?" Zoel kehairanan.
Mesin gergaji dihidupkan. Terbeliak mata Zoel melihat Achara mahu membedahnya.
"Tak! Jangan!"
Bersambung...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro