Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

FANTASY EXPLORER: BAB 3

Perjalanan bermula sebaik melangkah lepasi sempadan dunia. Padang rumput dilalui mereka. Rusa separuh pelanduk berlari berkumpulan. Angin lembut menghinggap wajah mereka.

"Hmm... Creepy World taklah nampak creepy sangat," kata Horizon, hairan.

"Jadi, apa yang creepy sangat dengan dunia ni?" kata Yūki Taiga, turut hairan.

"Hmm... nanti, kawan ayah jelaskan semuanya. Ayah ada kenalan dekat sini. Dia akan tolong kita dalam dunia ni," kata Kai dengan senyuman seribu makna.

"Kita nak ke mana ni?" tanya Ferra Jasmine tertanya-tanya.

"Ke Bio-City."

***
Battleship Island, Freaky World

Izzy masih menanti jawapan dari Alexander. Matanya melirik ke ombak yang menghempas tembok.

"Dah ada jawapan?" kata Izzy dengan tangannya bersilang di paras dada.

Alexander berpaling badan. "Aku dah ada yang lain."

Langkah diatur pergi, meninggalkan Izzy. Wanita itu terdiam lalu memandang tajam ke susuk lelaki itu.

"Siapa?" Itulah persoalannya.

Alexander berhenti berjalan. Kepalanya ditoleh sedikit sehingga anak matanya dapat melihat wanita itu.

"Perempuan yang lebih baik dari kau," jawab Alexander dengan jelas.

Izzy terasa retak di hati menanti masa untuk pecah. Dia mengurut dada sendiri.

"Tapi siapa? Kenapa?" Izzy cuba menahan air mata.

"Rakan sekelas aku. Situasi dia sama situasi kau. Kakak dia mati depan 'penjahat'. Macam tu juga dengan adik kau yang mati depan 'penjahat'. Situasi sama je. Bezanya akal dan hati manusia. Dia masih mendengar isi hati 'pembunuh' dengan air mata, tapi kau dengar isi hati 'pembunuh' dengan api amarah. Sebab tu, aku pilih dia dari kau. Kau dah tak macam dulu lagi," jelas Alexander lalu berjalan pergi.

Izzy jatuh melutut, terasa dadanya ditusuk kata-kata panah. Empangan air mata pecah membanjiri pipi. Tanah dibasahi tangisan. Muka ditutup dengan tapak tangan. Sakit, lebih dari itu.

"Apa yang patut aku buat?" kata Izzy menangis.

Seseorang berdiri di belakang Izzy lalu memegang bahu wanita itu. Izzy memandang susuk itu. Dia segera menyeka air matanya lalu bangun berdiri.

"Kau okey?" kata Ilyana Zhamuri, dingin.

Tubuh dingin itu segera dipeluk.

"Tolong aku," rayu Izzy dalam sebak.

Ilyana Zhamuri membalas dakapan itu. Belakang tubuh Izzy ditepuk.

"Kau kena berubah. Aku sendiri pernah ada adik. Tapi... dia dah tak ada," kata Ilyana Zhamuri sambil mengusap belakang badan Izzy.

Pelukan dieratkan lagi. Tangisan berbunyi lagi, tetapi ombak menenggelamkan suara esakan itu.

***
Bio-City, Creepy World

Gerbang berupa robotik dilihat oleh para peneroka itu. Kai memandang mereka yang lain.

"Baiklah, kita dah sampai," kata Kai tersenyum.

"Mana kawan ayah tu?" soal Claude Thunder, dingin.

Satu susuk bionik berjalan mendekati Kai. "Abang!"

Kai memandang wanita separuh robot itu. "Ya, sayang."

"Sayang?" Empat anak Kai terkejut sakan. "Ayah kahwin lain?"

Kai memandang anak-anaknya. "Dia ni Hoshiko Friday, bini kelima ayah."

***
Pripyat, Freaky World

Sedang asyik memotong bahan masakan, tangan tiba-tiba terhenti. Pandangan didongak ke sesama sendiri.

"Korang dengar apa-apa, tak?" soal Ferradossa Anvell dengan jelingan tajam.

"Kau rasa?" kata Violet Alexander dengan rupa dingin.

"Saya rasa, saya pun dengar apa kau dengar," kata Minatozaki bersetuju.

"Aku terdengar kecurangan," kata Ayano Hiruka dengan senyuman bergigi tajam.

Pisau pemotong daging, parang, kapak kayu dan pisau dapur digenggam erat untuk seorang satu.

"KITA CARI LAKI DAYUS TU SAMPAI KE LUBANG CACING!!!"

***
Bio-City, Creepy World

"Kenapa?" kata Kai, hairan.

"Ayah kahwin lima?" Empat beradik itu terkejut.

Kai hilang kata. Bahunya disentuh dari belakang. Kelihatan Cikgu Wan tersenyum dengan mesranya.

"Kau ni..." Cikgu Wan berwajah bengis.

Air liur diteguk membasahi tekak Kai.

"Tolong ajar saya macam mana nak pikat hati perempuan," pinta Cikgu Wan berhajat.

Mereka yang lain kekok dengan gelagat Cikgu Wan yang berubah angin.

"Cikgu Wan tak pernah berubah," kata Zafina Sierra.

"Setuju," sokong Jimmy Foxe.

"Oh. Jadi, nama dia Cikgu Wan ya," kata Kenny Spoon baru mendapat info.

Jimmy Foxe memandang wanita itu. "Ya. Kenapa?"

Kenny Spoon mendekati susuk lelaki harimau itu. Satu dakapan erat dari belakang melembutkan lelaki itu. Ekor mata Cikgu Wan tertumpu pada susuk wanita itu.

"Cikgu Wan," panggil Kenny Spoon, lembut.

"Ya," balas Cikgu Wan, janggal.

"Awak nampak comel."

"Eh!" Cikgu Wan terkejut.

Pelukan dieratkan lagi, membuatkan Jimmy Foxe bertambah cemburu. Lelaki itu berpaling muka lalu mengeluh. Zafina Sierra memandang lelaki dingin itu.

"Kau okey, tak?" kata Zafina Sierra, sedikit hairan.

"Tak ada apa." Jimmy Foxe berjalan masuk ke kotaraya robotik itu.

***
Sedlec, Freaky World

"Uwekk..."

Muntah hijau melimpah ke sinki tandas. Achara memicit kepalanya. Pening masih terasa.

"Ugh... aku makan apa sebelum ni?" monolog Achara kehairanan.

Paip sinki dibuka. Air paip bercampur muntah lalu mengalir ke lubang sinki. Wanita memegang perutnya, terasa badan semakin besar. Dia sedar sesuatu.

"Jap... Takkanlah..." Achara berpeluh.

"Akak?" tegur Kivot muncul di muka pintu tandas.

Gugur jantung dibuatnya mendengar teguran mengejut itu. Dia memandang adiknya itu.

"Akak... makin gemuklah. Akak makan apa? Kan adik dah kata, jangan makan banyak." Kivot mencekak pinggangnya.

"Eh! Akak makin gemuk eh?" Achara berpura-pura terkejut, walaupun itu masalahnya.

"Habis tu, apa lagi? Ni mesti makan senyap-senyap."

Achara tersengih paksa.

"Dah la. Adik nak keluar jalan-jalan. Nak ikut, tak?" ajak Kivot, hairan.

"Eh, tak apalah. Akak nak rehat," kata Achara menolak ajakan.

Kivot beredar dengan rupa dingin. "Hmm... Yela..."

Achara melihat adiknya berjalan keluar dari bilik. Nafas dihembus lega. Namun, itu belum tentu dapat melegakan dirinya. Dia sedar, dirinya sudah berbadan dua.

"Aku mengandung."

***
Battleship Island, Freaky World

Samantha Lee melihat biji mata bionik yang terletak di atas meja, atas pemberian Violet Alexander. Dia masih ingat pesanan wanita itu.

~Throwback~

"Mata ni boleh baca setiap pergerakan. Kalau peluru datang pun, dia boleh analisis semuanya dalam sekali imbas. Tumbukan, tikaman, malah tembakan, semuanya boleh dikira tepat," pesan Violet Alexander.

"Jadi, dia boleh ramal masa depan?" balas Samantha Lee, bingung.

"Ya, sebab ni mata Time Travel. Sebenarnya, mata ni dari ayahanda Ayano Hiruka, iaitu Raja Hamashita Natsume. Jadi, guna sebaik mampu."

~End Throwback~

Anak mata berupa jam dilirik dari tadi.

"Cantik," puji Samantha Lee.

Penutup mata kiri ditanggalkan. Biji mata yang diberikan diambil lalu dipakai. Mata dikedip beberapa kali. Samantha Lee melihat sekeliling.

Mata baharunya dapat mengesan bayang gerakan. Bengang dan pening rasanya. Segera mata kirinya ditutup.

"Fuh... Apa benda tu?" kata Samantha Lee, cemas.

Dia mencelik mata kirinya perlahan-lahan. Sekali lagi bayang objek dilihatnya.

"Argh! Pening!" Samantha Lee menutup semula mata kirinya.

Mata kanannya meliar mencari sesuatu. Pintu bilik juga ditumpu. Mata kiri dicelik kecil. Gerakan bayang dapat dilihat pada pintu tersebut, seakan-akan dibuka dari luar. Kemudian, muncul pula Alexander.

"Hah?" Mata kiri dikatup balik.

Walhal, pintu itu masih ditutup.

"Pelik."

Pintu bilik dibuka dari luar. Kemunculan Alexander sama seperti yang dilihat mata kirinya. Samantha Lee terkejut sakan.

"Kenapa ni?" Alexander kehairanan melihat wajah pucat si janda itu.

"Err... tak ada apa," balas Samantha Lee yang lagi terpinga-pinga.

"Hah?" Alexander perasan sesuatu.

Dahinya dikerut.

"Mata baru ke?" Alexander tertanya-tanya.

Samantha Lee hanya mengangguk. "Ya, Violet yang bagi."

"Oh, begitu. Cantik. Tapi, eyepatch lagi nampak sesuai dengan kau.," puji Alexander tersengih kecil.

"Err... Terima kasih." Pipi janda itu merona merah kecil.

Jarang dia dipuji. Selalunya di Kuala Lumpur, dia akan dikeji hingga digelar lanun. Kali ni, entah apa yang dirasa sebaik dipuji. Perasaan malu bertukar berang pula.

"Kau nak try aku ke apa, hah? Aku pernah berkahwin la!" marah Samantha Lee.

"Eh! Tak! Mana ada! Lagipun, saya dah ada orang lain," jelas Alexander cuba menenangkan keadaan.

Samantha Lee berpaling muka dengan tangan bersilang paras dada.

"Err... Kau kata, kau pernah berkahwin. Mana laki kau?" tanya Alexander kehairanan.

Samantha Lee mengeluh. Jelingan dibuat tanpa perasaan.

"Dia dah mati waktu menjalankan tugas... tujuh tahun lalu, tahun 2019. Kalau aku datang waktu tu, mungkin aku boleh selamatkan dia," kata Samantha Lee menundukkan pandangan.

"Laki kau polis?" Alexander menjongket kening.

"Hmm... Dia pernah tolong aku lari dari mata polis. Aku tak tahu kenapa dia tolong aku waktu tu. Lepas mata kiri aku buta, dia masih layan aku dengan baik. Aku sendiri... Aku sendiri..." Sebak cuba ditahan.

Alexander melihat air mata bertakung di mata janda itu.

"Aku sendiri tak boleh nak menipu lagi. Kita boleh palsukan perkataan, tapi kita tak boleh palsukan perasaan. Aku terima dia..."

Dada diurut bagi mengurangkan esakan.

"...dan dia ubah diri aku. Sejak aku peluk Islam, aku masih jahat lagi. Merayau setiap malam, drive malam-malam, lumba haram tengah malam. Itulah yang aku buat sepanjang perkahwinan kami... tapi, dia tak marah. Siap bagi info kedudukan roadblock. Dia pernah ajak aku untuk sertai JPJ, tapi aku reject. Betapa bodohnya aku waktu tu."

Fikiran Alexander mula mengaitkan kisah Samantha Lee dengan seseorang; macam Danial Nabil dan Niratcha.

"Sekarang, aku masih menunggu," sambung Samantha Lee.

***
Hutan Aokigahara, Freaky World

Pokok-pokok hijau direnung. Daun-daun berterbangan ditiup angin. Tasik kuning menjadi tempat mendarat. Zoel melihat pulau kecil di tengah tasik itu. Sunyi sahaja persekitaran. Sebiji batu dilempar ke tengah tasik. Zoel menoleh ke arah si pembaling itu. Amy Cliff duduk di sebelah remaja itu.

"Sorang je ke?" kata Amy Cliff bersahaja.

"Ha'ah," balas Zoel acuh tak acuh.

Pandangan tertumpu pada pulau di depannya. Kelihatan Ralph Kimmy duduk di pinggir pulau itu.

"Eh, tu bukan Arif ke?" kata Amy Cliff melihat susuk lelaki sasa itu.

"Kenapa dia dekat situ? Merajuk dengan bini lagi ke?" Zoel membuat andaian.

"Hmm... Nampaknya la. Teruk sangat kes dia ni. Bini dengan anak habis pulau dia."

"Saya tak rasa dia akan buat benda tu."

"Haih... Jadi lelaki pun complicated juga eh."

"Setuju." Zoel mengangguk.

Zoel sedar sesuatu.

"Oh, ya. Mana yang lain? Sunyi je."

***
Gua Lewisburg, Gunung Fuji, Freaky World

Kivot berjalan-jalan di dalam gua gelap itu. Tangannya masih bersenjatakan sarung tangan berbilah tiga.

"Hmm... dalam juga gua ni," monolog Kivot.

Suaranya bergema hingga bergegar tanah.

"Apakah?" Kivot berkerut dahi.

Bunyi tapak kaki kedengaran dengan kuat. Suara manusia lain turut kedengaran. Mereka seakan-akan dalam kemarahan.

"Suara tu dari sini!"

"Kejar dia sampai dapat!"

"Kita buatkan dia jadi lauk malam ni!"

Peluh mengalir banyak dari dahi. Kakinya bergetar kuat. Nafas dihembus, cuba mencari ketenangan. Senjata di tangan, apa gunanya, kan?

Langkah Muay Thai dibuka. Kivot bersedia untuk menghadap musuhnya. Matanya melirik ke ruang gelap gua itu.

"Dapatkan dia!" arah Ayano Hiruka dengan hilang waras.

Anak mata Kivot menjadi kecil. Rupa-rupanya, empat isteri Kai yang muncul, berlari ke arahnya.

"Eh, nanti! Jangan apa-apakan aku!" rayu Kivot.

Walhal, empat isteri Kai berlari melepasi Kivot tanpa menyentuh langsung. Kivot kebingungan. Dia melihat mereka yang lari entah ke mana.

"Diorang nak ke mana?"

Segera, Kivot mengekori empat wanita itu. Cahaya kecil dapat dilihat mereka. Jalan keluar!

Langkah terhenti di hadapan sempadan dua dunia itu.

"Maaf mengganggu. Korang tengah cari siapa?" soal Kivot mencelah.

Empat wanita itu merenung tajam ke wajah remaja itu dengan wajah geram beraura seram.

"Cari laki kami!"

***
Akodessewa, Freaky World

Pasangan suami isteri berjalan-jalan di tengah pasar bangkai haiwan. Kepala rusa diambil lalu diusap lembut.

"Comel rusa ni, kan?" puji Sophea Aika tersengih.

Si suami menggumam sinis mendengar kata-kata isterinya. Buku berkulit hitam muncul di tangannya bersama bulu burung gagak.

"Sayang suka rusa tu ke?" kata Fred Star tersengih.

"Suka sangat," balas Sophea Aika dengan nada manja.

Lelaki hampir satu kurun itu menulis sesuatu di bukunya.

"Bangkai-bangkai binatang dihidupkan bagaikan mayat hidup."

Sebaik meletakkan titik noktah di hujung ayat, terjadilah satu magik hitam di mana semua bangkai haiwan di pasar itu dihidupkan semula. Mereka yang melihat keajaiban itu terpegun dengan lelaki berusia itu.

"Raja baru dah sampai!" ujar seorang rakyat di situ sambil menuding jari ke arah Fred Star.

Fred Star tersenyum puas melihat mereka menunduk ke arahnya.

"Setelah sekian lama kita berdiam, sudah tiba masanya untuk kebangkitan semula. Ayuh, rakyatku!"

"Yeah!"

Fred Star menulis satu dua ayat di bukunya lagi.

"Puak Voodoo menerima kuasa dari raja baharu mereka. Barangkali kuasa yang sukar dikalahkan oleh puak lain lagi."

Dalam sekelip mata, satu puak Voodoo dilengkapi tubuh robotik di dalam badan. Aura hitam menyelubungi setiap seorang. Raungan menjadi laungan bagi mereka yang bersemangat untuk membalas apa yang dihadam.

"Masa untuk koyakkan mental para pembaca. Muahahahahahahahaha!!!"

Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro