Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

FANTASY EXPLORER: BAB 12

Situasi senyap tiba-tiba.

"Pahlawan Tiga Serangkai?" Horizon menjongketkan kening.

Ferradossa Anvell memandang tajam ke arah Aya. "Kau biar betul!?"

Aya memandang Ferradossa Anvell pula lalu memandang tiga sahabat itu semula.

"Kau tengok diorang ni," pinta Aya memerhatikan mereka bertiga.

Mereka yang penghuni asal Freaky World, turut melihat tiga sahabat itu.

"Kan dalam buku sejarah ada mengatakan akan ada Pahlawan Tiga Serangkai generasi terakhir," kata Aya cuba memberi penerangan.

"Jadi, apa buktinya?" kata Violet Alexander, dingin.

Belum sempat berkata apa, Ayano Hiruka mencelah. "Buktinya, diorang dari dunia luar."

"Tapi, diorang pun dari dunia luar juga," kata Minatozaki melihat mereka yang selebihnya.

"Jap. Jap. Jap! Apa maksud korang, 'Pahlawan Tiga Serangkai'?" Kivot mencelah kerana tidak faham.

"Terus-terang aku cakap. Generasi ketiga atau yang terakhir muncul lebih lama dari generasi kedua di mana dunia ni tidak lagi menjadi Freaky World, tetapi menjadi Creepy World. Setelah kematian generasi kedua, generasi ketiga muncul dari satu tempat yang dinamakan sebagai Ganu yang terletak di dunia luar. Mereka ni puak kacukan Skull-Doll, Killjoy-Suicide dan Voodoo-Alone.

Mereka akan masuk ke Creepy World untuk pulihkan dunia ni semula dengan bangkitkan semula pahlawan generasi pertama dan kedua. Sayangnya, generasi pertama tidak lagi berbaik seperti dahulu dan mereka juga akan cuba kuasai Creepy World bersama. Generasi kedua pula masih tersisa semangat setiakawan untuk tumpaskan generasi pertama bersama generasi ketiga. Peperangan yang melibatkan pertumpahan darah yang dahsyat itu meragut banyak nyawa sampaikan bayi baru lahir menjadi mangsa.

Akhir cerita, hanya seorang sahaja yang akan hidup di dunia ni. Cuma, dia akan berhijrah ke Ganu dan menetap di dunia luar. Dia ni merupakan pahlawan terakhir dan merupakan cucu kepada Tiga Pahlawan Serangkai generasi ketiga menerusi generasi kacukan. Dan di situlah, titik noktah untuk Pahlawan Tiga Serangkai dan bermulalah Pahlawan Solo generasi pertama dan terakhir," terang Aya dengan panjang lebar.

Mereka terpegun penghujahan dari Aya.

"Ayat kau sama dengan ayat bapa aku," kata Violet Alexander.

"Alaa... ni kan dah tercatat dalam sejarah dunia ni," kata Aya, selamba.

"Tak kisah la apapun, tapi... diorang dari Ganu ke? Ganu tu dari dunia luar kalau diikutkan dalam kitab tu?" soal Minatozaki tertanya-tanya.

"Memang ya, dan aku pernah pergi ke sana," kata Ayano Hiruka mengaku.

"Dekat mana tu, bonda?" tanya Yūki Taiga.

"Terengganu."

"Terengganu? Maksud kau Terengganu, Malaysia?" Ralph Kimmy berpendapat.

"Ya."

"Sekejap. Balik ke poin asal, diorang ni puak kacukan Skull-Doll, Killjoy-Suicide dan Voodoo-Alone. Betul, kan?" kata Hanazono Suzuki mahu kepastian.

"Ya, betul tu. Kenapa?"

"Hana kan puak kacukan Killjoy-Suicide? Tapi bukan dari dunia luar," kata Hanazono Suzuki lagi.

Mereka yang lain terkejut dengan kata-kata gadis pendiam itu. Baru nak sedar tentang kewujudan salah seorang Pahlawan Tiga Serangkai.

"Kalau anak kami ni?" Achara masih mendukung anaknya.

"Ya tak ya juga. Achara dari puak Skull dan Horizon dari puak Doll. Ada anak kacukan Skull-Doll. Tak cukup dengan tu korang dari dunia luar. Kebetulan apa ni?" Kata-kata Claude Thunder menjadi masuk akal.

"Tapi... macam mana pula dengan Voodoo-Alone? Tak ada ke dalam kalangan korang dekat sini?" soal Rachel Berlitz memandang mereka yang lain.

Mereka senyap. Alexander mengangkat tangannya.

"Iskandar?" Ferra Jasmine kehairanan melihat lelaki itu.

Alexander menundukkan wajahnya. "Sebenarnya..."

Kedengaran bunyi bayi menangis menusuk telinga mereka. Pandangan mereka tertumpu pada susuk seorang wanita. Mereka terkejut denga kehadiran wanita yang sepatutnya sudah mati.

"Izz!?"

***
Death Health Town, Creepy World

Bala tentera puak Voodoo 2.0 berarak ke kawasan lawan. Pergerakan mereka jauh lebih pantas. Serangan dari gabungan kuasa sihir dan elektronik sudah cukup menggerunkan musuh.

"Cole, cover akak!" kata Hoshiko Friday yang sedang berperang.

"Baik, akak!" balas Nicolas Friday, adiknya.

Nicolas Friday melindungi kakaknya, menembak tentera musuh yang datang menyerang. Hoshiko Friday mengisi peluru Bazooka yang lebih canggih. Dia membidik ke arah sasaran. Nicolas Friday membantu kakaknya.

"Sedia?" kata Hoshiko Friday sedia untuk menembak.

"Sedia!" balas Nicolas Friday turut bersedia.

"Tembak!!!" jerit dua beradik itu.

Sebutir peluru berpandu dilancarkan ke arah ketua musuh, Deadly Dracula. Lelaki durjana itu menepis serangan dengan mudah dengan kuasanya.

"Tak guna!" kata Nicolas Friday gagal menyerang.

Tiba-tiba, satu makhluk halus menyerang dua beradik itu dengan pantas. Hoshiko menukar tangan bioniknya menjadi pedang laser lantas memotong badan setiap lawan. Nicolas Friday yang berkaki bionik, menyerang lawan dengan kakinya itu.

"Charlie down!" jerit satu suara dari fon telinga.

"Akak, macam..." Nicolas mula cemas.

"Alpha down!! Alpha down!! Argh!" jerit satu suara yang lain pula.

"Habislah. Kebanyakan tentera kita dah mati," kata Hoshiko Friday turut mula cemas.

"Macam mana sekarang?" kata Nicolas Friday.

"Kita akan lari dari sini!" Hoshiko Friday menekan butang pada tangan bioniknya, setkan lokasi dan masa.

Nicolas Friday melihat Deadly Dracula muncul di belakang kakaknya. "Hati-hati!"

Hoshiko Friday menoleh ke belakang, ternampak musuh utama muncul. "Oh, tak!"

Satu serangan terus dibuat. Dua beradik itu terpelanting jauh ke belakang lalu terhempas ke dinding.

"Aduh!" keluh Nicolas Friday menggosok belakang kepalanya lalu mencari kakaknya. "Kak!"

"Sini!" kata Hoshiko Friday tidak jauh dari adiknya.

Nicolas Friday berjalan ke arah suara itu. Dia melihat kaki Hoshiko Friday ditimpa dinding. "Kak!"

"Tolong angkat dinding ni! Kaki akak tersepit!"

Nicolas Friday cuba mengangkat dinding tersebut tetapi terlalu berat baginya. "Tak boleh!"

"Kalau macam tu, tarik akak!"

Nicolas Friday menarik Hoshiko Friday dari dinding.

"Adedeh! Sakit!! Kaki akak macam nak tercabut!" kata Hoshiko Friday terasa keperitan.

"Kalau macam tu,..." Nicolas Friday mendapat idea gilanya.

"Kau nak buat apa?"

Kaki bionik Nicolas Friday bertukar menjadi kapak. Hoshiko Friday tahu tujuan adiknya, cuma sedikit gerun.

"Baik, potong kaki akak!" kata Hoshiko Friday menukar tangan bioniknya menjadi kapas lalu menggigitnya, bersedia menghadapi kesakitan teramat itu.

Nicolas Friday menyasarkan kaki kanan kakaknya. Tendangan kapak dibuat ke atas kaki yang tersepit itu dan serta-merta memotong kaki tersebut. Hoshiko Friday cuba menahan keperitan itu dengan menggigit kapas. Darah memancutkan keluar dari kakinya dengan banyaknya.

"Tahan sekejap, akak!" pinta Nicolas Friday.

Kaki bionik milik si adik dicabut lalu dipasang pada tubuh si kakak. Hoshiko Friday melihat adiknya tiada kaki kanan lagi, hanya mampu berdiri dengan kaki kiri.

"Cole," kata Hoshiko Friday tidak terasa sakit lagi.

"Baju akak dah terkoyak. Pakailah baju adik ni," ujar Nicolas Friday memberikan pakaiannya kepada kakaknya.

Hoshiko Friday bangun lalu mengambil baju milik adiknya. Sasa juga badan si adik biarpun separuh robot.

"Akak larilah. Biar adik duduk di sini!" pinta Nicolas Friday mengukirkan senyuman ceria seraya setkan masa dan tempat pada tangan bionik kakaknya.

"Tak, Cole kena ikut akak! Cole tu adik akak!!" kata Hoshiko Friday.

Ting! Butang merah ditekan pada tangan bionik.

"Semoga berjaya!" ucap Nicolas Friday mengukirkan senyuman manis.

"COLE!!!" jerit Hoshiko Friday sebelum lesap dari dunia itu.

***
Tahun 2018
Battleship Island, Freaky Island

Hoshiko Friday menjerit sekuat yang mampu sebaik dirinya terjunam dari langit. Air mata mengalir deras. Perasaan bercampur baur antara ketakutan pada ketinggian dan kesedihan atas pengorbanan seorang adik.

BAMM!!!

Dalam kegelapan, dia terdengar suara latah seseorang. "Opocot mak Farz!"

***
Tahun 2026 (Sekarang)
Battleship Island, Freaky Island

Situasi keruan dengan kepulangan Izzy.

"Izz?" Alexander mendekati wanita itu.

Izzy mengukirkan senyuman janggal. Lehernya diurut di belakang. Tawa hambar kedengaran kecil.

"Kuat juga kesan letupan. Sampai terpelanting tadi," kata Izzy tersengih.

"Kau... Macam mana boleh dekat sini?" Alexander kebingungan.

Izzy tersengih-sengih menampakkan gigi putih.

~Throwback~

"Let's do this," monolog Izzy, perlahan.

Tangan diangkat. Izzy melafaz mantera.

"System call: Dark Nuclear, Self-Explode. Burst!"

Satu letupan besar mengegarkan negeri itu. Tubuh Izzy terpelanting ke langit merah.

"HUWAAAARGH!!" jerit Izzy di udara.

Namun, jeritannya tiada siapa dapat mendengar. Izzy melihat Greenfield Village di depan matanya. Jeritannya tidak putus langsung. Susuk itu menghempas tingkap kecil bilik bawah tanah lalu mendarat di atas kotak. Dia berasa pening lalu terlelap.

Tidak lama kemudian, matanya dicelik sebaik terdengar perbualan. Izzy mengintai bilik itu lalu melihat mereka berbincang. Mereka tidak sedar akan kewujudannya.

"Aku akan bawa korang ke Freaky World," kata Hoshiko Friday mula memetik butang di skrin lutsinar.

"Tapi... kau macam mana?" Minatozaki kerisauan.

"Biarkan aku dan adik aku di sini."

"Korang ubah Freaky World. Dengan ni, Creepy World takkan lahir lagi," terang Nicolas Friday.

"Kalau Creepy World tak ada..." Minatozaki terkejut.

"Korang takkan lahir juga!" Ferradossa Anvell turut terkejut.

"Dah pergi! Ikut cakap aku!" Hoshiko Friday bertegas.

"Baik, Jeneral!" balas Aya dengan lantang.

"Jeneral!?" Semua orang terkejut.

"Pergi!" Hoshiko Friday segera menekan satu butang.

Mereka yang berada di bilik bawah terus lesap ditelan cahaya putih termasuk Izzy.

~End Throwback~

"Kau... guna kuasa hitam tu?" Ayano Hiruka seperti tidak percaya.

"Ya, kenapa?" Izzy kebingungan.

"Kuasa tu hanya puak Voodoo yang boleh buat tahu, tak?"

"Eh! Yeke?"

"Lia dah bagi informasi tepat rasanya. Dalam kad tu tertulis kau dari puak Alone, kan?"

Izzy mengangguk sahaja. Perutnya diusap lembut, mencuri pandangan Alexander.

"Kau mengandung?" Alexander meneka.

"Ya," balas Izzy, perlahan.

Jimmy Foxe memandang Alexander dengan wajah tertanya-tanya. "Anak kau ke?"

Sekilas Alexander memandang wajah Jimmy Foxe. "Bukanlah!"

"Tak, bukan anak Iskandar pun, tapi..." Izzy cuba menafikan.

Mereka memasang telinga.

"Ni anak Farid."

***
Pripyat, Freaky World

Ice Serra selamat tiba di pelabuhan. Matanya tertumpu pada Battleship Island yang berada di tengah lautan itu. Sayapnya dikeluarkan lalu menerbangkan tubuh ratu duyung robotik dengan kelajuan pesawat.

***
Batleship Island

"Apa maksud kau anak Farid? Dia dah tua kot! Dah nak satu kurun dah dia tu!" Dzell tidak faham.

Izzy mengeluh. "Benda ni berlaku sebelum aku bertembung dengan korang semua lagi."

"Maksud kau... korang dah..." Amy Cliff menangkap sesuatu.

"Dah dua anak termasuk ni," pintas Izzy mengaku.

Alexander berundur perlahan-lahan, menjauhi Izzy. Dia tidak mahu berkata apa-apa lagi. Baginya, Izzy sudah rosak.

"Dua?" Alexander bermasam muka.

"Satu gugur, dan sekarang, aku rasa gugur juga sebab kuasa letupan gelap tadi," jawab Izzy menunduk.

Bum!

Dentuman kuat menarik pandangan mereka yang lain. Kelihatan Ice Serra terhempas ke tanah dek penerbangan di luar kawalan. Dia bangkit berdiri.

"Aduh..." rintih Ice Serra.

"Kakanda!" Ayano Hiruka mendekati kakaknya.

Ice Serra memandang mereka yang lain. Wajahnya jelas sekali serius.

"Kita kena balik ke dunia luar!" tegas Ice Serra.

Tanpa disangka, puak Voodoo 2.0 memanjat tembok tinggi, memasuki Battleship Island. Mereka berlari ke arah manusia-manusia yang masih hidup lagi.

"Kita nak buat apa sekarang!?" Zoel panik.

Tiba-tiba, Cikgu Wan terbang ke udara dengan kelajuan dahsyat.

"Cikgu nak ke mana?" Jerit Ferra Jasmine.

"Sudah! Kita dah tak ada masa!" Ilyana Zhamuri bersuara tegas.

Ice Serra mengangkat tongkatnya.

"World Travel: Destination, Ganu!"

Hujung tongkat dihentak ke tanah.

Satu bulatan besar muncul mengelilingi di bawah tapak kaki mereka. Cahaya putih menyinari seluruh alam sehinggakan mata musuh menjadi silau.

"Tunggu! Cikgu Wan!" jerit Kenny Spoon.

Akhirnya, tubuh mereka lesap entah ke mana, membuatkan musuh tercari-cari.

***
Gyeonggi, Freaky World

Cikgu Wan mendarat di atas permukaan bumi. Dia mendongak ke langit. Nafas dihela.

"Sudah tiba masanya."

Hanya dengan memetik jari, tubuhnya meletup, memusnahkan segalanya di Freaky World. Tiada lagi kehidupan di atas bumi itu.

***
Death Health Town, Creepy World

Kerana letupan di Freaky World seratus tahun lalu, Nicolas Friday dapat merasakan dirinya semakin lenyap. Dia turut dapat merasakan Creepy World. Matanya samar-samar untuk melihat sekeliling. Tidak lama kemudian, lenyaplah Creepy World di matanya. Tiada lagi dunia bernama Creepy World lagi.

***
Dungun, Terengganu

Mereka-mereka terhempas ke atas pasir pantai. Masing-masing bangun dengan sendiri.

"Ini ke Ganu yang dikatakan dalam kitab tu?" soal Rachel Berlitz melihat sekeliling.

"Ya," jawab Aisyah Maisarah, yakin.

"Kita dah balik," kata Emy Zulkilfi melihat kampung nelayan, tempat asalnya.

Seekor anjing muncul mendekati Aminah Safawiyah.

"Hei, Yuri!" Aminah Safawiyah duduk bercangkung.

Bulu kering Yuri diusap manja.

"Anjing yang baik," puji Aminah Safawiyah.

Woof! Woof!

Satu susuk muncul melangkah di atas pasir bersama tongkat.

"Home sweet home!" ucap Farid Sattar.

Suara itu mencuri pandangan mereka. Masing-masing berwajah pucat lesi. Senjata dikeluarkan bagi persediaan awal.

"Bersedialah kau!" tengking Arif Hakimi naik berang.

Farid Sattar mengeluarkan buku kecilnya berwarna hitam dan sebatang pena.

"Buku tu!" kata Syarifah Izzati.

"Cepat dapatkan buku tu!" kata Aisyah Maisarah.

Kuasa fantasi dikeluarkan biarpun di dunia realiti. Pisau belati di tangan Ferradossa Anvell terus dirampas. Nurul Fadzelin berlari ke arah Farid Sattar yang hanya memegang buku dan pena.

"Matilah kau!" Nurul Fadzelin menjadi tidak terkawal.

Kuasa api dikeluarkan. Dada sasaran mengenai tusukan pisau tajam.

"Yes!" Nurul Fadzelin tersenyum puas.

Tubuh Farid Sattar berubah menjadi tubuh Ayano Hiruka. Mereka yang melihat Ayano Hiruka yang menjadi mangsa tikaman, menjadi terkejut yang amat. Tubuh Ayano Hiruka rebah ke atas pasir putih.

"Apakah?" Nurul Fadzelin terpinga-pinga.

Aisyah Maisarah yang melihat adiknya dibunuh Nurul Fadzelin, mula tidak terkawal. Dia berjalan pantas menghampiri susuk wanita berhijab itu. Nurul Fadzelin menoleh ke belakang, melihat ratu itu marah.

"Tunggu, Syah. Aku..." Nurul Fadzelin tidak habiskan ayatnya.

Satu tamparan kuat melambungkan tubuh Nurul Fadzelin ke persisiran air laut.

"Aku dah hilang mak aku. Aku dah hilang suami aku. Aku dah hilang anak aku. Aku hilang sahabat aku. Sekarang, aku hilang adik aku. Mulai saat ni..." Aisyah Maisarah merenung tajam ke arah Nurul Fadzelin.

Muka Nurul Farzelin yang tersembam ke air laut, segera diangkat. Wanita itu berpaling badan menghadap Aisyah Maisarah, menanti kata-katanya.

"Aku isytiharkan Perang Saudara!"

-TAMAT-
(untuk Musim Ketiga)

Senarai mereka yang masih selamat;
1) Luthman Harith
2) Aminah Safawiyah
3) Azizul Rahman
4) Samantha Lee
5) Ilyana Zhamuri
6) Arif Hakimi
7) Nurul Fadzelin
8) Emy Zulkifli
9) Aisyah Maisarah
10) Ferradossa Anvell
11) Claude Thunder
12) Violet Alexander
13) Rachel Berlitz
14) Minatozaki
15) Hanazono Suzuki
16) Kai
17) Yūki Taiga
18) Cindy Hawk
19) Syarifah Izzati
20) Iskandar
21) Farah Yasmine
22) Zafina Shahirah
23) Alif Najmi
24) Isma Fatieha
25) Aliya Syakira
26) Yuri (anjing)

Salam takziah kepada mereka yang pergi buat selamanya :'(

AKAN DATANG
MUSIM 4: CIVIL WAR

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro