Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

FANTASY EXPLORER: BAB 1

"Selamat datang ke Freaky World."

Mendengar ucapan itu, mereka terasa takjub. Apatah lagi sejak mereka memasuki ruangan istana di kota Metrolantis.

"Err... terima kasih." Arif Hakimi kekok.

Emy Zulkifli mencuit bahu Faiz Azzudin, menarik pandangan lelaki itu. "Bini kau ke tu?"

"Hmm... ya," kata Faiz Azzudin, dingin.

Mereka berarak ke taman di belakang istana. Ferra Natalia dan Ayano Hiruka menjadi pengawal Ice Serra, mendampingi permaisuri itu.

"Sekarang, dah sampai masanya untuk beta beritahu tentang 'Panggilan Sistem' a.k.a. 'System Call'," kata Ice Serra memandang mereka semua.

Ayano Hiruka memasang telinga. Sudah lama dia ingin perkara ini.

"Dunia ni ada empat elemen; air, api, angin dan tanah. Setiap elemen ada sub-elemen macam tumbuhan dari gabungan air dan tanah, kilat dari angin dan air, solar dari api dan angin, dan begitu juga dengan yang lain. Namun, ada sub-elemen yang boleh hasilkan kegelapan," kata Ice Serra berhujah.

Kegelapan ya, desis Syarifah Izzati.

"Cara nak gunakan kuasa ni. Perlu disebut dalam bentuk mantera," kata Ice Serra.

"System call. Fire element, object ID Fireball," katanya sambil menadahkan tangan kanannya.

Sebiji bola berapi muncul di tangan wanita itu. Mereka yang takjub.

"Bagi mereka yang dah semula jadi dengan kuasa, tak perlu disebut, macam Ayano ada kuasa cahaya dan beta ada kuasa air. Jadi..."

Bola berapi di tangan terus digenggam hingga terpadam. Ice Serra menampar air.

Pakk!

"Aduh! Sakitlah!" marah Nurul Fadzelin menerima tamparan jarak jauh itu.

Renungan tajam diberikan ke arah wanita itu.

"Kau ni memang suka cari pasal ke?" Nurul Fadzelin mendekati permaisuri itu.

Tangannya mula mengeluarkan api, tetapi tidak terasa bahangnya. Mereka kagum melihat keajaiban itu.

"Makan ni!" Nurul Fadzelin melancarkan serangan tanpa berfikir tentang kuasanya.

Ice Serra dengan tenangnya mengangkat tangannya ke atas, menghasilkan tembok air. Mereka yang melihat hanya terpegun.

"Kamu semua dah ada kuasa tersendiri. Nanti, beta akan perintahkan Ferra untuk buatkan identiti baharu kamu semua," kata Ice Serra.

"Err... Dekat sini... ada tempat mengasuh, tak?" kata Iman Shamimie, janggal.

"Oh, ada. Ayano, tolong tunjukkan jalan," pinta Ice Serra memandang adiknya.

Ayano Hiruka mengikut perintah. Dia memandang Iman Shamimie. "Jom ikut saya."

Iman Shamimie tersenyum kecil lalu membimbing tangan Aina Farhana. Dia memandang Nurul Fadzelin.

"Tak apa. Biar saya jaga dia," kata Iman Shamimie.

"Okey. Jaga diri," kata Nurul Fadzelin.

"Aku ikut sekali," kata Elizabeth Foxe mendukung Brian Ramlee.

Ayano Hiruka mengatur langkah beredar, diekori Iman Shamimie dan Elizabeth Foxe. Mereka yang lain memandang Ice Serra semula.

"Jadi, kita nak ke mana lepas ni?" soal Alif Najmi.

"JPN," jawab Ice Serra.

"JPN?" Mereka semua kebingungan.

"Jabatan Pendaftaran Negara. Buat IC kamu semua."

"What? Dekat sini pun kena ada kad IC ke?" Samantha Lee terasa pelik.

"Itu wajib, sebab sebelum ni, ada makhluk Tuhan dari dunia lain masuk ke dunia ni."

***
Sekitar Creepy World

Aya berjalan pulang ke rumahnya setelah merantau di Freaky World. Seorang kanak-kanak melihat kepulangan si ibu.

"Yeay! Kaasan dah balik!" kata Haruko dengan nada teruja.

Mereka yang lain melihat Aya pulang. Mereka terus berlari ke arah ibunya itu.

"Sukanya semua. Ibu baru seminggu keluar," kata Aya tersengih.

"Kami rindu ibu," kata Flora mendakap wanita serba hitam itu.

"Hmm... yelah. Tengok ibu bawa apa?"

Sebuah medal ditunjukkan. 30, mungkin 50 kanak-kanak di situ melihat medal yang bersinar dengan reaksi kagum.

"Ibu menang perlawanan dekat dunia sebelah. Nanti, bila anak-anak ibu dah besar nanti, buat lebih baik dari ibu ya," pesan Aya tidak pudar dengan senyuman.

***
Metrolantis, Freaky World

"Okey, semua. Sila beratur ya. Semua orang akan dapat kad IC baru," pinta Ferra Natalia, dingin.

Mereka bergilir-gilir memasuki pejabat di yang tidak jauh dari istana. Masing-masing mendapat nama baharu.

Doll
Luthman Harith → Horizon
Arif Hakimi → Ralph Kimmy
Nurul Fadzelin → Dzell
Aina Farhana → Ina Hana

Skull
Aminah Safawiyah → Achara
Arasy Rayyan → Kivot

Suicide
Azizul Rahman → Zoel
Emy Zulkifli → Amy Cliff
Farah Yasmine → Ferra Jasmine
Brian Ramlee → Brian Lee

Alone
Samantha Lee → Samantha Lee★
Ilyana Zhamuri → Ilyana Zhamuri★
Iskandar → Alexandre
Syarifah Izzati → Izzy

Mermaid
Elizabeth Foxe → Elizabeth Foxe★
Faiz Azzudin → Price
Iman Shamimie → Eman Mimi
Erisha Carma → Erisha Karma

Psycho
Isma Fatieha → Kenny Spoon
Aliya Syakira → Alane Admex

Killjoy
Zafina Shahirah → Zafina Sierra
Alif Najmi → Jimmy Foxe

Ps. Nama bertanda ★ dikekalkan

Setelah semua mendapat kad identiti masing-masing, mereka kembali berkumpul.

"Sebenarnya, apa function adanya nama puak dekat kad kami ni?" Zafina Sierra kehairanan.

Ice Serra memulakan penjelasan. "Biar beta bagi penjelasan. Ada lapan puak. Yang pertama, puak Mermaid seperti yang kamu lihat. Kami ni hanyalah tulang belakang bagi semua puak, di mana kami boleh merawat luka.

Yang kedua, puak Killjoy. Puak yang suka mengganggu kebahagiaan dan kegembiraan. Ketiga, puak Skull. Puak yang kuat agama tetapi suka sembah tulang manusia.

Keempat, puak Suicide. Puak yang sukar dibunuh sebab mereka sudah dilatih untuk dihidupkan kembali, sebab mereka kerap bunuh diri. Kelima, puak Doll, di mana mereka semua begitu kebal dan sesuai menjadi benteng pertahanan.

Enam, puak Alone. Sebenarnya, puak ni tinggal dekat dengan negeri ni. Satu-satunya puak yang tinggal di kepulauan. Tujuh, puak Psycho. Mereka ni suka serang sesuatu macam orang hilang akal.

Terakhir sekali, puak Voodoo. Puak ni masih ada. Cuma dikuarantin. Semua puak di dunia ni takut akan mereka sebab mereka belajar ilmu hitam. Jangan sesekali kamu pergi tempat mereka!"

Habis sudah penjelasan dari Ice Serra.

"Baiklah. Kamu semua akan diberikan tempat tinggal yang disediakan. Kamu boleh bergerak ke rumah masing, masing," kata Ice Serra.

"Tapi di mana?" Ferra Jasmine kehairanan.

Pap! Pap! Permaisuri itu menepuk tangannya.

Tiba-tiba, muncul sebuah bulatan di bawah tapak kaki masing-masing. Mereka terkejut lalu terjatuh ke dalam lubang itu sambil menjerit. Lubang tersebut kembali ditutup.

"Apa kau dah buat?" kata Elizabeth Foxe, kasar.

"Jangan risau. Mereka tak apa-apa," balas Ice Serra, lembut

Eman Mimi dan Elizabeth Foxe yang tidak ditelan lubang tadi, terasa kehairanan.

"Kenapa... kami tak kena?" Eman Mimi, hairan.

"Memandangkan kamu berdua terpilih menjadi puak Mermaid, kamu dibenarkan tinggal di istana beta," kata Ice Serra.

Senyuman tercalit sendiri.

"Terima kasih!"

***
La Isla de las Munecas

Tubuh Dzell jatuh ke tanah. Dia mengaduh kesakitan.

"Tak guna punya..."

Dbush! Satu hempasan kuat menghinggap belakang badan wanita.

Ralph Kimmy mengaduh kecil. Dia melihat isterinya yang dibawah badannya.

"Sayang?" Ralph Kimmy terkejut.

"Adoi~" Dzell mengeluh.

Ralph Kimmy segera bingkas lalu membimbing isterinya. Dzell melihat sekeliling. Kelihatan anak-anak patung tergantung di dahan dan ranting pokok.

"Kita dekat mana ni?" celah Horizon sambil membimbing tangan Ina Hana.

"Abang, ada pondok," kata Ina Hana sambil menuding jari ke arah pondok kecil.

Mereka melihat pondok kayu itu. Barangkali rumah kediaman. Kelihatan Claude Thunder bergerak keluar dari rumahnya. Remaja itu memandang pendatang asing itu.

"Siapa pula tu?" monolog Claude Thunder dengan ranting daun di celah gigi.

Claude Thunder mendekati mereka dengan wajah berkerut. "Korang ni siapa, hah?"

Kletuk! Satu pukulan mengenai kepala Claude Thunder.

"Aduh!" Claude Thunder mengaduh kesakitan.

Dia menoleh ke belakang lalu melihat Ferradossa Anvell di belakangnya. "Mak."

"Jangan kurang ajar dengan tetamu kita boleh, tak?" marah Ferradossa Anvell.

Claude Thunder menundukkan wajahnya. "Maaflah."

Ferradossa Anvell memandang mereka yang lain. Senyuman paksa terukir. "Maafkan kami ya."

"Eh, tak apa," ucap Ralph Kimmy, janggal.

"Jemputlah masuk. Mesti kamu dah penat berjalan jauh. Tak apa. Pergilah berehat. Buat macam rumah sendiri."

"Terima kasih," ucap Horizon.

Mereka berempat memasuki rumah kayu milik Ferradossa Anvell. Dua beranak tadi saling memandang.

"Boleh tak jangan kasar dengan orang luar?" kata Ferradossa Anvell memarahi anaknya.

"Ermm... maaflah," ucap Claude Thunder.

***
Sedlec

Achara dan Kivot melihat sekitar gereja yang dipenuhi tulang manusia. Tengkorak, tulang rusuk, tulang punggung, semuanya dihias rapi di situ.

Tidak lama kemudian, muncul Alexander Monroe. Dua beradik itu melihat lelaki tua itu muncul dengan kitab Bible. Mereka sedia untuk berlawan.

"Siapa kau?" soal Achara, lantang.

"Jangan takut. Saya hanyalah ahli nujum buat Permaisuri Ice Serra. Kamu berdua mesti rakan baginda, bukan?" kata Alexander Monroe.

Achara menurunkan tangannya.

"Ya," kata Kivot, perlahan.

Alexander Monroe hanya tersenyum.

"Apa kata kamu tinggal di rumah saya."

***
Hutan Aokigahara

Mereka meredah hutan tebal itu. Ferra Jasmine memotong semak samun dengan parang, membuat laluan. Zoel dan Amy Cliff berjalan di belakang wanita itu. Brian Lee didukung oleh bapanya.

"Tebal juga hutan ni," kata Zoel melihat panorama hutan yang cantik itu.

"Cantik pula tu," puji Amy Cliff.

Brian Lee yang didukung tinggi di bahu Amy Cliff, terlihat satu susuk. Jarinya dituding ke arah susuk tersebut.

"Papa, apa tu?" kata Brian Lee, hairan.

Mereka yang lain melihat hujung telunjuk kanak-kanak itu. Mata masing-masing tidak buta lagi. Apa yang di depan mata hanyalah mayat yang tergantung di dahan.

"Ma... Mayat?" kata Amy Cliff berkerut dahi.

Bukan itu sahaja yang memeranjatkan mereka. Tangan 'mayat' itu tergerak sedikit.

"Dia hiduplah!" Ferra Jasmine terpegun.

"Cepat tolong dia!" kata Zoel, cemas.

Tali yang menggantung tubuh 'mayat' itu terputus. 'Mayat' itu terjatuh kuat. Mereka yang melihat, tergamam.

"Aduh," keluh Hanazono Suzuki merasai kesakitan di belakang badan.

Mereka mendekati remaja itu.

"Kau okey, tak?" Ferra Jasmine menghulurkan tangan.

Hanazono Suzuki melihat mereka yang muncul di situ. "Eh!"

Tangan disambut. Hanazono Suzuki bangkit berdiri.

"Siapa kamu semua ni?" soal Hanazono Suzuki, hairan.

"Kami dihantar ke sini. Tadi, kami dekat istana Aisyah... eh! Istana Ice Serra. Adik kenal, kan?" jelas Amy Cliff.

Hanazono Suzuki terkejut sakan. "Hah! Kamu rupanya."

Mereka terdiam.

"Jom ikut saya ke rumah. Ibu saya kawan kepada permaisuri suatu ketika dulu," pelawa Hanazono Suzuki.

"Okey. Tunjukkan jalan," kata Zoel.

Hanazono Suzuki berjalan ke depan, mendahului gerakan. Mereka yang lain hanya mengekori remaja itu dengan tanda tanya.

Jatuh dari kena gantung pun, masih mampu bergerak macam tiada apa berlaku?

***
Battleship Island

Alexandre berjalan di sekeliling pulau sunyi itu sungguhpun terdapat penduduk di situ. Suasananya tenang dan nyaman. Apa yang menghairankan hanyalah situasi yang sunyi.

"Sunyi tempat ni," kata Izzy berdiri di sebelah Alexandre.

Alexandre mengangguk setuju. Ilyana Zhamuri dan Samantha Lee hanya berdiam diri sambil memerhatikan sekeliling.

"Kamu semua ni dari dunia luar, kan?" celah Violet Alexander.

Mereka berempat memandang wanita dingin itu. Violet Alexander berjalan menghampiri mereka.

"Macam mana kau tahu?" Samantha Lee mencekak pinggang.

Violet Alexander memandang wajah Samantha Lee yang bagaikan lanun. "Kenapa dengan mata tu?"

"Kena tembak," jawab Samantha Lee, ringkas.

"Begitu. Aku rasa macam ada mata simpanan dekat apartmen aku. Alang-alang nak ke rumah aku, kamu boleh tinggal dekat apartmen aku."

"Okey."

"Sini. Ikut aku." Violet Alexander mendahului pergerakan.

Mereka yang lain hanya mengekori wanita itu. Dingin sahaja wanita itu, memang sepadan dengan situasi sekarang.

***
Gyeonggi

Kenny Spoon dan Alane Admex melihat suasana sekeliling. Mata Kenny Spoon melihat tulisan hangul di setiap papan tanda.

"Kita... dekat Korea ke?" Kenny Spoon terpinga-pinga.

"Kalau ya, kau nak buat apa?" kata Alane Admex, dingin.

"Hei. Kita ni kan musuh? Kenapa kita berdua boleh bersama dekat sini?"

Jelingan maut dituju ke arah Kenny Spoon. Begitu dengan Kenny Spoon.

"Kau fikir apa aku fikir?" soal Alane Admex dengan renungannya.

"Aku fikir apa kau fikir," jawab Kenny Spoon menjeling tajam.

Pantas mereka berdua mengeluarkan senjata masing-masing. Pisau lawan sudu.

"Aku pastikan abang Najmi milik aku," kata Alane Admex bertekad.

"Huh? Abang Najmi dah jadi milik aku la!" balas Kenny Spoon, sinis.

Baru sahaja hendak berlawan, muncul pula dua makhluk lain. Sebilah pedang menikam kaki dua pesaing itu.

"Arghh!!" jerit Alane Admex dan Kenny Spoon, kesakitan.

"Dilarang gaduh dekat sini," kata Yūki Taiga yang menikam kaki Alane Admex.

"Baru masuk dunia ni, dah gaduh," kata Ayano Hiruka yang menikam kaki Kenny Spoon.

"Bonda kenal ke mereka ni?" Yūki Taiga memandang Ayano Hiruka tanpa melepaskan tusukan pedang.

Ayano Hiruka memandang anaknya. "Mereka ni la pendatang dari dunia luar yang permaisuri Ice Serra kata tu."

"Oh." Yūki Taiga mengangguk faham.

Kot ya pun nak sembang, keluarlah pedang dari kaki aku ni, desis hati Alane Admex.

Nak sembang pun biar kena situasi, desis hati Kenny Spoon.

***
Pripyat

Zafina Sierra melihat roda Ferris yang terletak tidak jauh dari situ. Jimmy Foxe berdiri di sebelah wanita itu sambil melihat sekeliling. Bandar itu memang sunyi. Dari dalam bangunan itu juga dia dapat melihat seluruh bandar yang besar itu.

"Dah jauh kita berjalan ya," kata Zafina Sierra dengan senyuman kecil.

"Ya," balas Jimmy Foxe dengan tangan di poket seluar.

Fon telinga dikeluarkan dari poket seluar laku disumbat ke telinga. Zafina Sierra memasang sebuah lagu genre R&B. Nafas dihela perlahan, menarik perhatian lelaki di sebelahnya.

"Semua orang dah tak ada. Hanya kau, aku, Yasmine dan Iskandar saja. Kalaulah Cikgu Wan ada buat masa sekarang, dia akan muncul di depan..."

Mereka berdua melihat Cikgu Wan mengelap tingkap dengan selambanya.

"...kita." Zafina Sierra menghabiskan ayatnya.

Situasi menjadi janggal. Cikgu Wan memandang mereka berdua lalu melambai tangan.

"Ohayou gozaimasu!" ucap Cikgu Wan tidak hilang senyumannya.

"CIKGU WAN!!!"

Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro