Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CIVIL WAR: BAB 9

Malam semakin larut di kotaraya Kuala Lumpur. Mereka-mereka yang berehat, dibuai mimpi di atas lantai bangunan kayu. Hanya Ilyana Zhamuri dan Aisyah Maisarah sahaja yang berjaga.

"Kau pernah ada adik, kan?" soal Aisyah Maisarah memecahkan kesunyian.

"Ya, tapi jarang nak berkomunikasi sebab konflik adik-beradik," jawab Ilyana Zhamuri.

Aisyah Maisarah ketawa kecil. "Ada konflik pun, berjumpa juga."

"Air yang dicincang, memang takkan putus, sama macam Jimmy dan Kimmy."

Wanita separuh robot itu memandang wanita berambut blonde platinum itu. "Kau suka dia?"

Ilyana Zhamuri berpaling muka, sedikit merah. "M... Mana ada. Aku keliru dengan kembar pada mulanya. Macam tu juga dengan Sam."

"O kawaii koto..."

"Aku lagi suka Jimmy sebab dia tahu berlawan. Aku suka Kimmy pula sebab dia tahu atur strategi. Aku jadi buntu masa tu," kata Ilyana Zhamuri.

"Ara ara..."

"Dan sekarang, diorang dah ada yang lain. Aku pula masih bersendirian macam serigala dalam salji."

"Nanti adalah orang yang akan jaga kau lepas ni."

"Cakap pasal benda ni, kau nak ke mana lepas semua ni?"

"Balik ke laut dengan rakyat aku. Kau pula?"

"Heh. Balik ke kampung halaman."

"Dekat Rusia?"

"Tak, kampung aku dekat sini, Malaysia."

Senyuman kecil terukir di bibir Aisyah Maisarah. "Ikut suka kau. Pilihan kau. Bukan hak aku untuk halang."

Dari jauh, kelihatan dua susuk melepasi hutan. Anak mata Ilyana Zhamuri menangkap susuk tersebut.

"Ada orang datang," kata Ilyana Zhamuri.

Senjata AK-47 sedia di tangan. Aisyah Maisarah memandang susuk yang dilihat Ilyana Zhamuri. Memang benar terdapat dua susuk sedang menghampiri bangunan kayu itu. Mata bionik mengesan dua susuk tersebut. Identiti dikenal pasti.

"Aya dan Cindy yang datang," kata Aisyah Maisarah.

"Oh, dua orang tu. Tak sangka pula diorang hidup," kata Ilyana Zhamuri menurunkan senjata.

Cindy Hawk berjalan di sisi Aya sambil memegang M4A1. Aya pula melambai tangan ke arah mereka. Aisyah Maisarah membalas lambaian. Akhirnya, mereka bersua muka.

"Tuanku, kami dah datang," ujar Aya melapor diri.

"Pergilah berehat dulu," pinta Aisyah Maisarah.

"Please take some rest. We are overnight here," balas Ilyana Zhamuri.

"Well... That's great idea. It's taking long time to search this location. See you tomorrow," kata Cindy Hawk meregangkan badannya.

Dua wanita yang baru tiba itu berjalan masuk ke dalam bangunan, mengambil tempat untuk berehat.

"Sekarang, semua dah berkumpul," kata Ilyana Zhamuri.

"Pagi esok, mesti akan sibuk," kata Aisyah Maisarah menyilang tangannya.

***

Seperti dijangka, pagi itu memang sibuk. Masing-masing mendengar penceritaan dari Aya tentang Hamashita Natsume.

"Tak sangka, dia bawa tsunami sampai tenggelam Singapura," kata Aisyah Maisarah mengusap dagunya.

"Kita tak boleh mengalah walaupun kita tahu kuasa mereka jauh lebih kuat daripada kita," kata Claude Thunder memberi semangat.

"Betul tu." Alif Najmi menyokong.

"Jadi, kau ada rancangan?" soal Syarifah Izzati.

"Setakat ni, aku tak ada rancangan... melainkan..."

"Melainkan?"

Masing-masing tertumpu pada Alif Najmi. Telinga bersedia dipasang untuk mendengar kata-kata lelaki itu

"Kita ikut apa yang Aisyah katakan," kata Alif Najmi menghabiskan ayat.

"Eh?" Mereka terkejut mendengarnya termasuk Aisyah Maisarah sendiri.

"Tunggu. Kenapa kita kena ikut orang yang dah bunuh keluarga kita?" kata Luthman Harith membantah.

"Entahnya. Kenapa kau pilih dia pula?" Samantha Lee turut membangkang.

Alif Najmi mengeluh dengan pembantahan itu. "Korang tak sedar lagi ke?"

Masing-masing berdiam.

"Aisyah kan Ratu Metrolantis. Seorang ratu main peranan penting di sebelah raja, macam dalam catur, bukan?" kata Alif Najmi, selamba.

"Apa kena mengena pula?" Azizul Rahman kurang faham.

"He got a point. Aisyah boleh menyerang ke pelbagai arah sebab dia ada kuasa yang setanding dengan dua lawan kita ni, macam buah ratu. Tapi, siapa main buah raja?" balas Ilyana Zhamuri kepada Alif Najmi.

"Iskandar main buah raja sebab keadaan dia yang cuma boleh bergerak satu petak," terang Alif Najmi.

"Apa? Kau nak kata aku tak boleh gerak banyak?" ujar Iskandae memboikot.

Alif Najmi tertawa kecil. Dia mengukirkan strategi di tanah dengan ranting. Segi empat sama bersaiz papan catur dilakar.

"Okey, kita main posisi ni." Alif Najmi mainkan peranannya.

"Aisyah dan Iskandar akan main sebagai queen dan king. Cindy dan Yana main sebagai bishop. Aya dan Izzati pula, knight. Sam dan Zul jadi castle. Selebihnya, jadi pawn termasuk aku," terang Alif Najmi memberi posisi.

"Kejap. Apasal aku dengan Cindy kena jadi bishop? Kenapa bukan castle?" Ilyana kebingungan.

Alif Najmi tersengih sinis. "Kau akan tahu nanti. Budak noob takkan faham betapa pentingnya bishop dalam chess."

"Soalan. Apa peranan 'pawn' dalam perang ni nanti? Aku tak nak Minah mati dalam perang ni," kata Luthman Harith.

Alif Najmi menjeling tajam lalu memberi kata-kata yang bermotivasi. "Give up on your dreams and die."

"Macam pernah dengar ayat tu," kata Aisyah Maisarah, samar-samar.

"Sudah. Kita bersiap dari sekarang. Kali ni saja. Dua musuh. Kita mesti menang. Hidup mati terletak di tangan korang sendiri."

Alif Najmi beredar dari situ dengan aura kedinginan.

"Apa yang dia rancangkan? Aku tak faham," kata Ilyana Zhamuri, keliru.

"Adalah sebabnya tu. Ayat dia selalu tunggang-langgang," kata Iskandar, tenang.

"Rasanya, aku tahu kenapa kau dengan Cindy main peranan bishop," celah Aya mula bersuara.

Ilyana Zhamuri memandang wanita berkulit cerah itu. "Apa dia?"

"Bishop boleh serang hendap dan jarang diserang oleh musuh sebab gerakan buah bishop memang condong. Memang susah orang akan perasan. Lainlah kalau buah castle yang selalu gerak secara menegak. Orang lain akan sedar gerakan dengan jelas. Aku pun tahu kenapa Zul dan Cindy main peranan tu." Aya menerangkan segalanya.

"Apa dia?" Azizul Rahman tertanya-tanya.

"Sebab korang berdua tahu bawa kereta. Jadi, lebih senang kalau korang main peranan buah castle. Musuh boleh tahu gerakan korang. Korang kena bersedia dengan aggression dari musuh nanti sebab korang akan jadi tumpuan utama musuh," tambah Aya.

Masing-masing memahami.

"Tapi apa yang dia sampaikan tentang kitorang yang jadi pawn tadi?" celah Hanazono Suzuki, hairan.

"Give up on your dreams and die. Apa dia gila ke?" Claude Thunder mengomel.

"Itu ayat motivasi untuk korang buang semua impian dalam perang nanti. Kalau korang asyik fikirkan impian untuk terus hidup semasa peperangan nanti, kau akan mati dalam angan-angan tu. Pada masa sama, kau akan ragu-ragu untuk menyerang musuh yang terlampau kuat nanti. Jadi, ketepikan impian dulu. Tumpu pada objektif utama," celah Rachel Berlitz menghuraikan segalanya.

Masing-masing terdiam. Ada benar juga huraian yang disampaikan.

"Kalau korang hidup, lebih baik lari macam pengecut," pesan Rachel Berlitz lagi.

"Tch..." Claude Thunder sedikit terkesan.

"Erm... Kita semua akan hidup, kan?" kata Aminah Safawiyah sambil mendukung anaknya.

"Tak pasti lagi. Aku jangka dua ke tiga orang akan tumpas sekurang-kurangnya," kata Aisyah Maisarah, dingin.

Air liur diteguk kasar.

"Aku nak bersiap dengan pedang aku," kata Aya sebelum beredar.

Cindy Hawk masih tercegat di situ. "Where the others? I mean, Emy and the others."

"They are dead," jawab Luthman Harith.

"I see. Sorry."

"It's okay."

Bahu Luthman Harith ditepuk lembut. Cindy Hawk beredar pergi dari situ, ikut Aya.

"Wait for me." Ilyana Zhamuri ikut Cindy Hawk.

"Well... Aku nak siapkan kereta. Zul, ikut aku," kata Samantha Lee sambil mengarah.

Azizul Rahman mengikut sahaja kekasihnya.

"Korang carilah tempat untuk sembunyikan anak korang tu. Kalau letak dekat sini, agak bahaya sebab tempat ni akan jadi medan perang," pesan Aisyah Maisarah kepada Luthman Harith.

Luthman Harith mengangguk faham. "Baik."

Tangan Aminah Safawiyah dipegang erat. Luthman Harith beredar dari situ bersama cintanya.

"Bagi aku masa nak siapkan senjata," kata Syarifah Izzati.

"Aku teman kau. Mana tahu aku boleh tolong," balas Iskandar meminta izin.

"Ah, tak payah. Kau duduk diam je."

"Alaa... Kali ni je." Iskandar berdegil.

Syarifah Izzati mengeluh kecil, terpaksa mengalah. "Ya... Ya..."

Mereka berdua beredar dari situ. Apa yang tinggal hanya empat manusia dari Freaky World. Isma Fatieha dan Aliya Syakira sudah lesap entah ke mana.

"Urmm... Apa tuanku nak kami buat sekarang?" kata Hanazono Suzuki, sedikit janggal.

"Kamu semua berehatlah. Kumpul tenaga untuk perang nanti. Beta nak asingkan diri buat seketika," balas Aisyah Maisarah.

"Baik. Hati-hati."

Aisyah Maisarah berjalan pergi dari situ. Tiga beradik itu pula berjalan memasuki bangunan kayu, rehatkan diri.

***

Alif Najmi duduk berehat di tepi tebing, seperti biasa. Aisyah Maisarah munculkan diri lalu melihat Alif Najmi termenung.

"Kau ada dekat sini rupanya," kata Aisyah Maisarah.

Alif Najmi menoleh muka ke arah wanita itu. "Macam mana kau tahu aku dekat sini?"

"Aku cuma... nak tenangkan fikiran."

"Oh, silakan. Aku takkan kacau."

"Nak join sekali?"

Alif Najmi melihat Aisyah Maisarah duduk bersila menghadap pemandangan hutan dan kotaraya. Dia mendekati wanita itu lalu bersila di sebelahnya.

Mata dipejam. Nafas ditarik sedalam-dalamnya lalu dihembus perlahan. Aisyah Maisarah bertafakur. Alif Najmi melihat sahaja karenah wanita itu.

Baru sahaja membuka mulut, Aisyah Maisarah memintas. "Shh... Aku dengar sesuatu."

Fokus telinga menangkap bunyi.

Alif Najmi cuba mendengar dengan telinga musang. Kedengaran orang berlawan. Lebih tajam lagi, logam berlaga. Sudah pasti Aliya Syakira dan Isma Fatieha berlawab sesama sendiri.

"Kau dengar, tak?" soal Aisyah Maisarah.

"Ya," balas Alif Najmi sepatah.

"Bunyi apa?"

"Sudu perak berlawan dengan pisau tumpul."

"Bukan yang tu. Dengar betul-betul."

Alif Najmi berkerut dahi. Dia memejamkan matanya lalu mengambil angin ketenangan. Telinganya menangkap bunyi lain. Kedengaran pedang diasah oleh Aya, peluru sniper diisi Ilyana Zhamuri dan Cindy Hawk, enjin kereta diuji oleh Samantha Lee dan Azizul Rahman, suara Syarifah Izzati bertelingkah dengan Iskandar, bunyi dengkuran tiga beradik, teriakan anak Aminah Safawiyah dan... tapak kaki milik legenda Freaky World.

"Diorang... makin dekat," kata Alif Najmi menemui jawapan.

Senyap.

"Aisyah?"

Mata Alif Najmi dicelik sedikit. Dia melihat wanita di sebelahnya. Kelihatan mutiara jernih mengalir di pipi Aisyah Maisarah.

"Kau okey tak ni?" Alif Najmi kerisauan.

"B... Bonda..." Aisyah Maisarah membiarkan air matanya mengalir.

Sakit melihat Rozepa bertindak sebegitu. Satu dakapan diberikan secara tiba-tiba. Wanita itu membuka matanya. Dia melihat lelaki di sebelah memeluknya. Lembut sahaja dakapan. Itulah yang mampu menenangkannya.

"Walau apa yang terjadi, kita kena hadap juga," pesan Alif Najmi.

Aisyah Maisarah mengangguk kecil.

"Dia... bukan bonda yang aku kenal lagi," kata Aisyah Maisarah bermasam muka.

Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro