Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CIVIL WAR: BAB 7

"Apa kau buat dekat sini?" soal Alif Najmi menghadap Aisyah Maisarah.

Aisyah Maisarah ragu-ragu untuk berkata. "Aku... erhh..."

"Apa?" tengking Alif Najmi naik angin.

"Dia cuma nak..." celah Rachel Berlitz, dingin.

Alif Najmi memintas. "Aku tak cakap dengan kau pun."

Bahunya ditepuk dari belakang, menarik perhatiannya.

"Jangan kasar sangat. Kita dengar apa yang Aisyah nak cakap," pinta Syarifah Izzati, lembut.

Alif Najmi menghela nafas. Dia memandang muka Aisyah Maisarah.

"Kalau kau nak cakap sesuatu, teruskan. Jangan bagi aku hilang mood," kata Alif Najmi, serius.

"Okey. Mula-mula sekali, aku nak minta maaf," pinta Aisyah Maisarah menyesal.

Sekelip mata, satu cekikan menghinggap leher Aisyah Maisarah. Puak-puak bawah air melihat pertelingkahan mereka. Masing-masing bersedia dengan kuasa sendiri. Mereka yang berdiri di belakang Alif Najmi terus bersiap dengan senjata api. Aisyah Maisarah biarkan sahaja lehernya dicekik. Tangannya memberi isyarat kepada mereka di belakang, cuba tenangkan keadaan.

"Lepas apa kau buat dekat keluarga aku, itu je ke kau nak cakap dekat aku?" kata Alif Najmi dengan sebelah mata merah menyala.

Mahu sahaja dia menghancurkan leher Aisyah Maisarah. Namun, bahunya ditepuk lagi.

"Benda ni takkan selesai kalau kau macam ni," ujar Ilyana Zhamuri, dingin.

Alif Najmi melepaskan leher Aisyah Maisarah lalu mengeluh. Wanita itu mengusap lehernya.

"Dengar. Kita ada masalah besar sekarang ni," ujar Aisyah Maisarah, serius.

"Masalah apa pula? Yang aku tahu, kau masalah besar aku sekarang ni," kata Alif Najmi, geram.

Aisyah Maisarah terdiam seketika sebelum kembali bersuara. "Korang nak ke mana?"

"KL. Kenapa tanya?"

"K... KL?" Berpeluh Aisyah Maisarah mendengar.

"Apa? Bukan hal kau pun. Jangan menyibuk sangat hal orang."

"Aku... Aku bukan apa. Aku tak rasa orang yang kau cari tu masih hidup dekat sana lagi."

Alif Najmi menarik pam senapang patah, bersiap. "Apa maksud kau?"

"Tunggu. Jangan salah faham. Sebenarnya, kami diserang," celah Hanazono Suzuki, gementar sedikit.

"Diserang? Siapa yang serang korang?" Samantha Lee kehairanan.

"Ratu Rozepa, bonda kepada Ice Serra," jawab Hanazono Suzuki, lembut.

"Hah? Siapa pula tu?" Alif Najmi kebingungan.

"Dengar. Walaupun ni cerita mengarut, benda ni ada kaitan dengan sejarah dunia kami," terang Aisyah Maisarah.

Alif Najmi berpaling muka. "Aku tak suka subjek sejarah. Tak ada topik lain ke nak cakap?"

"Dengarlah dulu apa tuanku nak sampaikan!" bentak Claude Thunder melepaskan amarah.

"Claude, diam sekejap boleh?" pinta Rachel Berlitz, dingin.

Claude Thunder berpaling muka, geram.

"Hmm... Rasanya, aku faham apa yang diorang rasa sekarang," kata Luthman Harith memahami situasi.

Masing-masing memandang Luthman Harith.

"Apa yang buatkan kau cepat faham ni?" soal Alif Najmi, dingin.

"Cer tengok betul-betul. Mana mak ayah diorang? Mana seorang lagi adik lelaki diorang tu? Apasal boleh ada empat orang?" ujar Luthman Harith sedar kekurangan golongan mereka.

Mereka memandang kaum bawah air itu. Jelas sekali hanya empat di kalangan mereka.

"Mereka sudah tiada sebab serangan bonda," terang Aisyah Maisarah menundukkan pandangan.

"Kami dah tak ada apa," tambahnya.

Aisyah Maisarah memandang Alif Najmi dengan wajah harapan. "Jadi, tolonglah kami."

"Tolong? Lepas apa kau buat?" Alif Najmi masih tidak terima hakikat.

"Sudah la tu!" bentak Samantha Lee.

Alif Najmi memandang wanita bersinglet hitam itu.

"Kau dah dengar kan cerita diorang? Tak kesian ke? Kau dah hilang keluarga. Diorang pun dah hiang keluarga. Apa kau tak puas lagi?" kata Samantha Lee mengongkong.

Lelaki itu terdiam. Dia memandang semula Aisyah Maisarah di depan. Kelihatan Aisyah Maisarah berwajah sayu. Keluhan dilepaskan. Satu dakapan diberikan.

"Aku maafkan." Itulah ungkapan yang diberikan.

Aisyah Maisarah menangis setelah mendengarnya. Sungguh perit untuk terima hakikat.

"Dah. Tak mau menangis. Rakyat kau tengok..." pinta Alif Najmi.

Tidak semana-mana, tiga beradik menangis melihat ratu menangis di depan mata. Mereka yang lain terpinga-pinga.

"Terima kasih," ucap Aisyah Maisarah cuba menahan sebak.

Tanpa dijangka, Aisyah Maisarah rebah dek pengsan. Dalam gelap, dia hanya mendengar suara menjerit.

"Aisyah!"

"Tuanku!"

"Tuan ratu!"

***
Selat Melaka

Cindy Hawk dan Aya berlayar dengan bot setelah tinggalkan negeri Johor akibat banjir besar dek tsunami.

"What a beautiful place here," ujar Cindy Hawk melihat keindahan pantai Port Dickson dari laut.

Aya membawa bot yang dicuri dari Singapura itu ke persisiran pantai. Bot terhenti di atas pasir. Cindy Hawk melompat turun dari bot. Sniper disandang kemas.

"So, where we should we go next?" tanya Cindy Hawk.

"Keep to the north. We almost there to meet another," terang Aya.

Mereka berdua berjalan keluar dari kawasan pantai.

Bang! Bang!

Tembakan dilepaskan mengenai cermin tepi kereta berjenama Ford. Cindy Hawk membuka pintu dengan mudah. Dia menaiki kereta tersebut, diikuti Aya. Dawai di sebalik stereng dibelek. Enjin dihidupkan menggunakan wayar.

"Alright. Let's go!" ujar Cindy Hawk

Kereta dipandu menuju ke utara. Aya menggilap pedang katananya. Sekali-sekala dia menjeling telatah Aya.

"Where did you get this sword?" soal Cindy Hawk.

"Oh, well. It was belong to my father. He taught me to use this," terang Aya

"What's the written mean?" soal Cindy Hawk lagi sebaik terlihat satu tulisan Jepun pada pedang.

Aya melihat tulisan yang tertera berdekatan dengan pemegang katana itu. Sebenarnya, itu namanya yang terukir di situ.

"It's my name, Aya Corris," jawab Aya.

"A beautiful name, I see," puji Cindy Hawk.

Aya sekadar tersenyum mendengar kata-kata Cindy Hawk, satu-satunya kawan yang tidak terasa asing lagi.

"Hmm... Whose the guy that we met  earlier?" soal Cindy Hawk memulakan topik.

Aya memandang Cindy Hawk dengan muka kosong.

"I... I don't know. He look powerful, but I never see him before," terang Aya, serius.

"I see. We need to talk to another. Maybe they know," cadang Cindy Hawk sambil memandu.

Kereta meredah masuk ke jalan utama, menuju ke utara.

***
Kuala Lumpur

Trak dipandu keluar dari lebuhraya. Syarifah Izzati mendahului konvoi dengan basikal berenjin motosikal. Alif Najmi membonceng di belakang. Trak Pajero dan kereta 370Z mengekori basikal tersebut ke kawasan pedalaman sampailah bangunan kayu dijumpai.

Anehnya, bangunan kayu tersebut separuh musnah dan banyak kerosakan. Alif Najmi terkejut sakan.

"Apa dah jadi dekat sini?" monolog Alif Najmi terbeliak mata.

Tiga kenderaan berhenti di perkarangan kelas kayu itu. Alif Najmi bergerak turun dari basikal lantas mencari mereka yang lain.

"Cikgu Wan!"

"Iskandar!"

"Isma!"

Sementara Alif Najmi mencari penghuni di situ, mereka yang lain berkumpul.

"Apa terjadi ni?" soal Ilyana Samantha Lee kepada Syarifah Izzati.

Syarifah Izzati memandang janda itu. "Aku tak tahu apa yang terjadi dekat sini. Sebelum ni, semuanya masih elok lagi."

Aisyah Maisarah melihat kerosakan pada struktur bangunan.

"Kita... dah terlambat," kata Aisyah Maisarah, kesal.

"Sekarang, bukan masa nak menyesal. Kita tolong Jimmy untuk cari yang lain," kata Ilyana Zhamuri, serius.

Ilyana Zhamuri segera meredah masuk bangunan kayu itu lantas sertai Alif Najmi mencari penghuni lain.

"Kita berpecah. Satu kumpulan ikut Alif cari dekat bangunan. Satu lagi kumpulan ikut aku cari dekat hutan. Kita gerak sekarang!" Syarifah Izzati segera bergegas ke hutan.

Rachel Berlitz mengekori Syarifah Izzati tanpa banyak kata. Begitu juga dengan Hanazono Suzuki. Mereka yang masih tercegat di situ, mula ragu-ragu.

"Kita cari dekat sini," kata Samantha Lee.

Mereka yang lain sekadar mengangguk faham lalu memulakan pencarian.

"Yasmine!"

"Aliya!"

Satu demi satu nama Alif Najmi menyeru.

Namun, tiada sahutan yang menyambut. Luthman Harith menyelongkar bilik guru dan kelas. Memang tiada orang di situ.

"Zafina!"

Ilyana Zhamuri menjeling ke arah Alif Najmi.

"Kita cari dekat..." Belum sempat Ilyana Zhamuri habiskan ayat, Alif Najmi sudah bergegas masuk ke dalam hutan.

"Jap... Kita baru je nak periksa kawasan ni," kata Aminah Safawiyah kehairanan dengan tindakan Alif Najmi.

"Dia dah datang sini," kata Aisyah Maisarah meneliti kesan kerosakan.

Claude Thunder memandang Aisyah Maisarah. "Siapa?"

Aisyah Maisarah memandang tajam ke arah satu-satunya rakyatnya di situ. "Death Dracula."

Senyap.

"Siapa tu?" kata Azizul Rahman bertanya.

"Ketua puak Voodoo dalam dunia kami. Dia dah mati sepatutnya di tangan aku, Faiz dan Ayano sebelum ni. Sekarang, dia dah bangkit sendiri," terang Aisyah Maisarah.

"Yang mati, hidup balik?" Samantha Lee ragu-ragu.

"Ada tiga orang; bonda aku, Dracula dan Natsume," jawab Aisyah Maisarah.

"Kita kena bersiap dari sekarang," celah Ilyana Zhamuri.

"Aku nak periksa dapur kalau ada apa-apa yang boleh kita makan," kata Syarifah Izzati lalu beredar.

"Aku tolong sekali," kata Aminah Safawiyah mengekori Syarifah Izzati.

Sempat lagi memberi anaknya kepada Luthman Harith sebelum beredar.

Sementara itu, Alif Najmi meredah hutan di belakang kelas. Dia meneruskan pencarian.

"Iskandar! Yasmine!"

Sepi.

"Zafina! Cikgu Wan!

Sunyi.

"Isma! Aliya!"

Senyap.

Perlahan-lahan, telinganya menangkap satu seruan.

"Alif. Alif!"

Pandangan ditoleh ke arah punca suara. Seperti suara perempuan.

"Siapa tu?" jerit Alif Najmi.

"Sini! Sini!" balas sahutan.

Suara semakin dekat dengan mereka. Alif Najmi mendekati pokok yang besar.

"Uhuk! Uhuk! Sini..."

Alif Najmi berdiri di hadapan satu susuk yang lemah. Dialah... Zafina Shahirah.

"Fina!" Alif Najmi segera mendekati gadis itu.

"Alif... diorang... Uhuk! Uhuk! Diorang kuat," kata Zafina Shahirah, lemah.

Alif Najmi memapah Zafina Shahirah. "Dekat kelas nanti kau..."

Baru sahaja hendak mengangkat Zafina Shahirah dari tanah, badan gadis itu terputus dua memisahkan pinggang. Alif Najmi tergamam.

"Werkk..." Zafina Shahirah memuntah darah.

"Kita balik dulu." Alif Najmi mendukung gadis itu.

"Tak... Tak perlu. Tinggalkan saja aku..."

"Tak. Aku tak nak!"

"Iskandar... Yasmine... ada dekat gua..." Batuk darah Zafina Shahirah makin menjadi.

"Jangan paksa diri. Kita balik dulu."

Zafina Shahirah menggeleng perlahan. Senyuman terukir di bibirnya.

"Aku gembira jumpa kau," kata Zafina Shahirah sebelum senyap selamanya.

Alif Najmi tergamam. Dia menggoyangkan badan Zafina Shahirah.

"Fina. Fina!" Alif Najmi cuba kejutkan gadis itu, tetapi sia-sia.

Tiada respons.

"Alif! Alif!" ujar Syarifah Izzati baru muncul.

Wanita itu mendekati Alif Najmi. Dia berdiri di sebelah lalu melihat mayat Zafina Shahirah separuh badan.

"Allahu..." ucap Syarifah Izzati.

Dalam diam, air mata Alif Najmi mengalir. Sebak kian terasa. Belakang badannya dibelai lembut.

"Serahkan benda ni dekat aku. Kau pergi dekat gua hujung sana. Kau akan jumpa yang lain," pinta Syarifah Izzati.

Alif Najmi memberikan mayat Zafina Shahirah kepada Syarifah Izzati. "Bawa dia pergi ke kelas. Kita akan tanam dia."

Lantas, dia beredar dari situ. Dia berlari ke arah gua yang dikatakan Syarifah Izzati. Wanita itu melihat sahaja tingkahlaku Alif Najmi. Sungguh kelakuan lelaki semakin menjadi.

Setibanya di gua, Alif Najmi melangkah masuk ke dalam gua gelap itu. Dia melihat kegelapan dengan mata bioniknya. Dia mengesan susuk menerusi suhu.

"Iskandar!" Alif Najmi bertindak berlari dalam kegelapan gua.

Turut terlihat susuk Hanazono Suzuki dan Rachel Berlitz di situ. Hanazono Suzuki cuba merawat Iskandar sebaik mungkin.

"Iskandar!" seru Alif Najmi

"Jimmy, bawa bertenang dulu. Bagi Hana rawar dia," ujar Rachel Berlitz menghalang Alif Najmi.

Kedengaran suara Alif Najmi, menarik pandangan. Iskandar memandang susuk itu.

"Alif? Kau ke tu?" kata Iskandar, lemah.

Alif Najmi melanggar bahu Rachel Berlitz. Dia mendekati susuk sahabatnya.

"Aku ada ni. Bertahan dulu. Mana Yasmine?" kata Alif Najmi, berpeluh.

Serta-merta, Iskandar menunjukkan kepala Farah Yasmine yang tinggal. Alif Najmi tergamam. Kejam!

"Sanggup diorang buat macam ni!" Alif Najmi naik geram.

"Tinggalkan aku dekat sini. Korang pergilah. Teruskan hidup," kata Iskandar, lemah.

"Jangan cakap macam kau nak pergi sekarang! Zafina dah takde. Yasmine dah takde. Aku tak nak kawan depan ni takde sekali!" Alif Najmi lepaskan geramnya.

Iskandar terdiam.

"Kita bawa dia balik dengan yang lain," kata Hanazono Suzuki kepada Alif Najmi.

Alif Najmi segera mendukung Iskandar. Tangan Iskandar terputus dengan mudahnya bagai ranting tercabut dari dahan. Iskandar meraung.

"Bertahan! Kita balik sekarang!" ujar Alif Najmi bergegas keluar dari khemah.

Hanazono Suzuki mengambil tangan Iskandar yang tercabut. Rachel Berlitz mengambil anggota badan Farah Yasmine yang berkecai. Mereka bergegas keluar dari gua tersebut.

"Cikgu Wan mana?" soal Alif Najmi masih meredah hutan.

"Dia takde juga. Dia dah cuba lindungi kami," jawab Iskandar dalam dukungan Alif Najmi.

"Sial!"

Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro