CIVIL WAR: BAB 6
Persisiran Sungai Dungun, Terengganu
Setelah jauh dibawa hanyut oleh ombak, Hanazono Suzuki sedar dari pengsan. Dia bangun berdiri dalam keadaan lemah sekali. Dia melihat sekelilingnya yang dikelilingi mayat yang bergelimpangan.
"Semua... okey, tak?" kata Hanazono Suzuki sedikit ketakutan.
Tubuh Minatozaki bergerak sedikit, menarik perhatian anaknya.
"Ibu!" teriak Hanazono Suzuki duduk di sisi ibunya.
Minatozaki memandang anaknya perlahan-lahan, tidak mampu bangun akibat tusukan pucuk pokok yang tajam pada dadanya. "Hana..."
Hanazono Suzuki mula sebak melihat keadaan ibunya yang menderita.
"Pergi saja. Ibu tak apa-apa," kata Minatozaki masih bisa tersenyum di saat nyawa-nyawa ikan.
Hanazono Suzuki menggeleng, menangis.
"Hana, rasanya, dah sampai masa ibu bagitau benda ni," kata Minatozaki, perlahan.
Anak itu berdiam.
"Puak Suicide memang susah nak mati; terjun bangunan ke, gantung diri ke, kena headshot ke, semua tu takkan buatkan puak kita mati, kecuali... bila jantung dia hancur, dia ada 30 minit untuk hidup," terang Minatozaki tersenyum.
Hanazono Suzuki tidak dapat terima hakikat. Tikaman pucuk tajam pada dada Minatozaki diusap sendiri.
"Hana tengoklah sekeliling. Itu saja yang Hana ada sekarang," pesan Minatozaki lagi.
Hanazono Suzuki melihat sekeliling dan ternampak Rachel Berlitz dan Claude Thunder masih hidup. Rachel Berlitz hanya senyap melihat Violet Alexander tidak bernyawa lagi, tiada guna menangis lagi. Claude Thunder pula melaung melihat susuk Yuki Taiga dan Ferradossa Anvell yang tidak sedar lagi.
"Mak! Yuki! Bangunlah!" jerit Claude Thunder, geram.
Tiada respons.
"Mak!! Yuki!!" jerit Claude Thunder.
Rachel Berlitz memegang bahu Claude Thunder dari belakang.
"Diorang dah tak ada," kata Rachel Berlitz, tiada perasaan.
Claude Thunder menoleh ke belakang lantas menumbuk pipi Rachel Berlitz, melepaskan kemarahan. Kepala Rachel Berlitz tertoleh sedikit ke tepi dek penangan kuat itu. Mereka berdiam seketika. Hanazono Suzuki tidak sanggup melihat mereka bergaduh. Dia segera memandang ibunya. Wajah Minatozaki kelihatan tersenyum sahaja di saat rohnya terpisah dari jasad. Segalanya terlambat.
"Ibu..."
***
Dungun, Terengganu
"Bonda, apa yang bonda buat ni?" kata Ice Serra, terpinga-pinga.
Rozepa berjalan mendekati anaknya. Matanya tajam melirik susuk Ice Serra, seperti dia hilang arah. Ice Serra berundur perlahan-lahan, tidak sanggup melawan ibunya sendiri.
"Bonda..." Ice Serra ragu-ragu.
Hati berkeras tidak mahu berganjak dari tempat itu. Air mata mula mengalir. Semakin hampir Rozepa dengan Ice Serra, makin jauh kaki mengundur ke belakang. Larian kencang dibuka meredah hutan tropika. Tangisan bersesak di dada. Sungguh tidak sanggup bertahan lama di situ. Rozepa berhenti melangkah, hanya memerhatikan mangsanya melarikan diri.
Ice Serra berlari selaju yang mungkin ke arah sungai di depan. Dia menjunam masuk ke dasar sungai lalu berenang ke hulu sungai. Laju dia berenang dengan genetik duyung dari ibunya. Telinganya menangkap bunyi tangisan yang bukan miliknya. Dia timbul di permukaan air. Matanya tertumpu pada sekumpulan remaja yang berkumpul di pinggir sungai. Ice Serra bergerak mendekati situasi yang menyedihkan. Dia melihat sahabatnya yang lain meninggalkan anak masing-masing.
Tanpa disangka, satu dakapan diberikan dari belakang. Rintihan air mata Hanazono Suzuki menusuk ke telinga Ice Serra.
"Mereka semua dah pergi," kata Hanazono Suzuki tersisa tangisan.
Rachel Berlitz berjalan mendekati Ice Serra dengan muka lebamnya dek kemarahan Claude Thunder tadi. Dia menundukkan pandangan. Kepalanya dibelai lembut.
"Kita akan pergi dari sini," kata Ice Serra berlembut.
"Ke mana?" soal Hanazono Suzuki semakin reda tangisan.
Ice Serra berdiam. Dia memandang Claude Thunder yang duduk meratap susuk sahabatnya. Lelaki itu memandang Ice Serra lantas berpaling muka, enggan melihat wajah wanita itu. Ice Serra berasa kesal.
"Jomlah gerak sekarang."
***
Alor Setar, Kedah
Syarifah Izzati melihat Menara Alor Setar yang sudah condong. Sunyi dan sepi. Malah, kerosakan teruk pada struktur bangunan terlihat.
"Berapa lama dah kita tinggalkan tempat ni?" kata Syarifah Izzati.
"Aku tak tahu. Rasanya beberapa bulan lepas kita tinggal dekat bawah air tu," jawab Alif Najmi masih merokok.
Syarifah Izzati memandang Alif Najmi. "Kita nak ke mana lepas ni?"
"Balik ke KL. Jumpa dengan yang lain," jawab Alif Najmi, serius.
Satu dakapan diberikan kepada lelaki itu. Alif Najmi berdiam.
"Maafkan aku... atas apa aku buat..." ucap wanita itu, perlahan.
"Tak payah minta maaf. Benda dah terjadi. Apa yang aku rasa sekarang ni cuma nak balas apa yang dia buat dekat keluarga aku," pintas Alif Najmi sambil menggenggam tangannya.
Syarifah Izzati melepaskan dakapan. Dia memandang Alif Najmi dengan air mata tersisa.
"Kau janganlah kasar sangat dengan Aisyah. Dia tu kawan kau juga," pesan Syarifah Izzati.
"Kawan? Kawan jenis apa yang sanggup bunuh keluarga aku?" Alif Najmi menjeling tajam.
"T... Tapi... kau bagi sebelah mata kau dekat dia, kan?"
Satu persoalan yang memainkan fikiran Alif Najmi. Memang benar sebelah mata bionik pemberian Siti Sarah digantikan ke sebelah mata Aisyah Maisarah.
"...dan sebelah mata kau satu lagi tu milik Aisyah. Betul, tak?" soal Syarifah Izzati lagi.
Alif Najmi mengeluh kecil. Dia bangkit berdiri dari duduk.
"Kita gerak sekarang," kata Alif Najmi.
Langkahnya diatur ke arah basikal berenjin motosikal. Syarifah Izzati sekadar mengekori lelaki itu.
"Sebelum tu, bawa la yang lain sekali. Kita pergi ke rumah Lin dulu," pinta Syarifah Izzati.
Alif Najmi berhenti melangkah. Pandangannya ditoleh sedikit. "Okey."
***
Tanah menimbus tiga mayat dalam satu liang lahad di laman rumah. Aminah Safawiyah mendodoikan anaknya di dalam rumah ditemani Samantha Lee.
Enjin motosikal kedengaran dari jauh. Terlihat basikal yang dikayuh Syarifah Izzati, berhenti di depan rumah. Alif Najmi bergerak turun dari basikal tersebut. Dia berjalan mendekati mereka yang berkumpul. Sempat lagi matanya tumpu pada kubur tiga anggota keluarganya. Keluhan kecil dilepaskan.
"Aku dah buat silap besar dalam hidup aku," kata Alif Najmi menyalahkan diri sendiri.
"Dah. Dah. Kau ada kami sekarang ni," pesan Ilyana Zhamuri menepuk bahu Alif Najmi.
Alif Najmi sekadar mengangguk kecil.
"Kita nak buat apa la ni?" tanya Azizul Rahman.
"Pergi KL. Kita kumpul dengan yang lain," jawab Alif Najmi, serius.
"Bila? Hari dah petang ni," soal Luthman Harith pula.
"Kita gerak sekarang juga. Ada orang tengah tunggu kita dekat sana," kata Alif Najmi berfirasat.
"Siapa?" Syarifah Izzati kehairanan.
"Aku tak tahu. Lebih baik kita pergi sana sekarang," terang Alif Najmi.
"Aku siapkan apa yang patut." Ilyana Zhamuri segera memasuki rumah, bersiap.
Dia berselisih dengan Samatha Lee. Gadis berkulit cerah itu kehairanan.
"Apa yang jadi ni?" Samantha Lee tertanya-tanya.
"Sam, siapkan trak. Kita akan pergi ke KL sekarang juga," arah Alif Najmi mula mainkan peranan sebagai ketua.
"B... Baik! Zul, tolong aku," balas Samantha Lee lalu berjalan ke arah trak Pajero. Sempat lagi mengarah Azizul Rahman.
Azizul Rahman mengeluh kecil, menurut perintah. Alif Najmi melihat mereka melakukan tugasan masing-masing.
"Waktu kita konvoi nanti..."
***
Sepanjang Lebuhraya Utara-Sekitar
Trak Pajero yang dipandu Ilyana Zhamuri, hanya meredah lebuhraya sunyi itu. Basikal yang diubahsuai, dimasukkan ke dalam ruang belakang trak. Syarifah Izzati hanya termenung keluar tingkap trak sambil melihat kehancuran sekeliling. Aminah Safawiyah pula sudah terlelap di bahu Luthman Harith yang terbuai mimpi. Si anak senyap sahaja dalam lena.
"Jauh termenung," ujar Alif Najmi memecahkan kesunyian.
Syarifah Izzati memandang punca suara itu. Kelihatan Alif Najmi memandangnya.
"Fikir pasal apa tu?" soal Alif Najmi memulakan perbualan.
Syarifah Izzati berpaling muka. "Tak ada apalah."
Alif Najmi kembali memandang depan. Senyap.
"Aku... bukan menyibuk. Cuma nak tanya. Korang ada apa-apa ke?" soal Ilyana Zhamuri sambil memandu.
Alif Najmi segera berpaling muka. "M... Mana adalah."
"Jim, kau tak boleh tipu aku. Muka kau nak jelas bagi jawapan," kata Ilyana Zhamuri, dingin.
"Betullah! Kitorang tak ada apa!" tegas Alif Najmi separa jerit.
"Shh... Senyap la sikit. Nanti, anak ni menangis," kata Syarifah Izzati berpesan.
Alif Najmi mengeluh kecil. Cermin pandang sisi diperhatikan. Kereta Nissan 370Z milik Samantha Lee mengekori mereka dari belakang. Apalah yang mereka buat di belakang?
Mereka hanya senyap. Samantha Lee tumpu pada memandu. Azizul Rahman hanya termenung menghadap lebuhraya. Dia masih ragu-ragu untuk meluah segalanya.
"Kau ada apa-apa nak cakap ke? Lain macam je aku tengok kau kebelakangan ni," kata Samantha Lee.
Azizul Rahman memandang buah hatinya. Sungguh mereka tidak tahu hendak melamar antara satu sama lain. Apa yang mereka tahu, menunggu.
"Aku tak tahu nak cakap apa," kata Azizul Rahman, buntu.
"Tak apa. Aku tunggu. Just take your time," balas Samantha Lee.
Azizul Rahman memandang Samantha Lee. "Kita kahwin nak?" Kasual.
Muka Samantha Lee merona kemerahan sedikit. Tangannya menggeletar memegang stereng.
"A... A... Apa ni?" Samantha Lee berebut perasaan.
Azizul Rahman menunjukkan cincin kepada Samantha Lee. "Terima aku, tak?" Kasual sahaja bahasa.
Samantha Lee semakin kemerahan.
'Kenapa sekarang? Kenapa waktu aku tengah memandu ni?' bisik hatinya.
"K... Kau... Kau diamlah! Nak terima apa kalau waktu macam ni?" getus Samantha Lee dengan geramnya.
Azizul Rahman terdiam. Dia kembali termenung keluar tingkap. "Tak apa. Aku faham."
Samantha Lee serba salah. "Err... Aziz..."
Pandangan Azizul Rahman ditarik ke arah Samantha Lee. "Ya. Awat?"
"Aku... terima je. Aku tak tahu nak reaksi macam mana lagi," kata Samantha Lee, jujur.
"Dalam hati ada taman rupanya," usik Azizul Rahman tersenyum kecil.
"Diamlah!"
Azizul Rahman tersengih sahaja dengan telatah buah hatinya yang baran.
"Aku suka perangai marah macam tu. Comel ja muka," puji Azizul Rahman, selamba.
"A... Apa kau mengarut ni? Kau... Kau okey tak ni? Tak pernah aku tengok kau macam ni," kata Samantha Lee kehairanan.
"Sam pun sama dua kali lima. Tak pernah aku tengok sayang gagap macam ni."
Mendengar perkataan sayang sudah cukup merah muka Samantha Lee.
"S... S... S... Sa... Sa... Say... Sayang?" Samantha Lee gagap teruk.
Nafasnya tidak teratur. Matanya cuba tumpu pada jalan di depan.
"Sayang, bagi la saya pandu. Nanti kang kemalangan, tak sempat nak kahwin." Lembut sahaja bicara lelaki itu.
Fikiran Samantha Lee makin menjadi-jadi. Sementara masih waras, dia menukar tempat duduk dalam keadaan kereta bergerak. Azizul Rahman mengambil alih pemanduan. Samantha Lee berpeluk badan, buntu akal dek fikiran.
"Sayang okey tak ni?" tanya Azizul Rahman.
"Diamlah! Bawa kereta pandanglah depan!" arah Samantha Lee.
Azizul Rahman memandang hadapan. Sekadar tersenyum sahaja. Rasa bahagia pun ada. Hakikat dari segi dalaman, dia merana sebab berkata spontan.
'Apa aku cakap tadi tu?'
Lampu kecemasan berkelip pada trak di depan.
"Awat pula tu?" Azizul Rahman kehairanan.
"Rasanya ada benda dekat depan diorang," kata Samantha Lee mengagak.
Memang benar jangkaan Samantha Lee. Terdapat sesuatu di hadapan mereka.
"Kita nak buat apa sekarang ni?" kata Ilyana memperlahankan trak Pajero.
Alif Najmi melihat sekumpulan manusia yang berkumpul di tengah lebuhraya kosong itu. Matanya turut melihat bendera putih berkibar.
"Kita berhenti dulu. Izz, siap sedia. Bagitau yang belakang," pinta Alif Najmi.
"Harith. Minah, bangun," ujar Syarifah Izzati kejutkan dua remaja di sebelah.
Luthman Harith mencelikkan matanya. Begitu juga dengan Aminah Safawiyah.
"Dah sampai ke?" ujar Aminah Safawiyah, mamai.
"Belum lagi. Ada emergency sekarang ni," terang Alif Najmi.
Ilyana Zhamuri memperlahankan trak. Syarifah Izzati memberi isyarat kepada mereka di belakang. Samantha Lee melihat isyarat tangan itu.
"Diorang nak berhenti. Kita siap sedia," kata Samantha Lee sambil bersedia dengan pistolnya.
Kenderaan masing-masing berhenti di hadapan empat manusia yang berkumpul di depan. Alif Najmi bergerak turun dahulu dengan senapang patah. Mereka yang lain turut munculkan diri di belakang Alif Najmi. Mereka berhadapan dengan sasaran yang dinantikan, Aisyah Maisarah.
"Apa kau buat dekat sini?" tanya Alif Najmi kepada Aisyah Maisarah di depannya.
Bersambung...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro