Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CIVIL WAR: BAB 4

Situasi menjadi pilu setelah pemergian Arif Hakimi dan Nurul Fadzelin dalam keadaan mengejamkan. Aminah Safawiyah hanya mampu berdiam melihat Luthman Harith yang berdiam sahaja dari tadi. Dua mayat masih di tempat sama, seperti tidak berganjak.

Kereta Nissan 370Z berhenti di depan rumah separuh hangus. Ilyana Zhamuri, Samantha Lee dan Azizul Rahman bergerak turun dari kereta. Mereka hairan. Struktur rumah mewah kelihatan terdedah dan hangus.

"Apa yang dah jadi ni?" Azizul Rahman terpinga-pinga.

Ilyana Zhamuri melihat trak Pajero di sebelahnya. "Diorang ada dekat sini?"

Segera, wanita Rusia itu merempuh masuk ke dalam rumah.

"Yana! Tunggu!" Samantha Lee mengejar Ilyana Zhamuri.

Azizul Rahman pula sekadar mengekori dua wanita itu. Mereka bertiga menemui pintu ke bilik bawah tanah. Cahaya lampu kelihatan.

"Kita tengok apa dekat bawah tu?" kata Samantha Lee bercadang.

Perlahan-lahan, Ilyana Zhamuri mendahului langkah. Pasangan di belakang hanya mengekorinya, memasuki ruang bawah tanah. Masing-masing membuang pandangan ke arah penghuni bilik rahsia itu. Kelihatan dua mayat bergelimpangan di lantai.

"Ki... Kimmy... Lin..." Sayup sahaja suara Samantha Lee.

Ilyana Zhamuri mendekati Luthman Harith. Kilar baju remaja itu dipegang wanita Rusia.

"Apa dah jadi dekat sini?" kata Ilyana Zhamuri, separuh tengking.

Senyap.

"Bagitau la!" marah Ilyana Zhamuri.

Tiada respons juga. Fikiran Luthman Harith sudah kosong.

"Kau dengar tak ni?" kata Ilyana Zhamuri lagi.

Ilyana Zhamuri menarik tumbukan.

"Budak ni..."

Satu tumbukan mengenai pipi Luthman Harith dengan penuh amarah. Luthman Harith seperti tiada reaksi, malah biarkan dirinya ditumbuk bertalu-talu.

"Sudah la tu!" arah Aminah Safawiyah separuh tengking.

Si anak kecil menangis dek tengkingan ibunya. Aminah Safawiyah memandang anaknya, cuba tenangkan anaknya.

"Jangan nangis. Ibu tak marah sayang," kata Aminah Safawiyah berlembut.

Hakikatnya, makin kuat pula si kecil itu menangis. Samantha Lee menarik Ilyana Zhamuri, cuba menghalang pergaduhan.

"Sudah la tu! Tak ada guna kau marah dia!" tengking Samantha Lee kepada Ilyana Zhamuri.

Ilyana Zhamuri berhenti mengganas. Dia menarik nafas dengan dalam lalu menghembus perlahan. Dia cuba tenangkan fikiran.

"Kalau Jimmy tau pasal ni, celaka la dunia," kata Ilyana Zhamuri, perlahan.

"Kita tanam diorang sebelum Jimmy datang," kata Samantha Lee mendesak.

Ilyana Zhamuri mengangkat badan Arif Hakimi. Samantha Lee pula mengangkat bahagian kaki Arif Hakimi.

"Zul, tolong la angkat sekali," kata Samantha Lee, geram.

"Eh!?" Azizul Rahman terasa jijik untuk mengangkat mayat Nurul Fadzelin yang terbelah pada badan.

Usus kecil jelas terjuntai keluar dari badan macam ulat. Rasa muak pun ada.

"Angkat je la!" marah Samantha Lee.

Azizul Rahman terpaksa mengikut arahan. Dia mendukung mayat wanita berhijab hijau itu. Mereka bergerak keluar dari bilik bawah tanah.

Sementara mereka bergerak ke pintu depan rumah, Emy Zulkifli muncul dengan luka pada badan. Dia memasuki rumah agam itu.

"Emy!" kata Samantha Lee berkerut dahi.

Emy Zulkifli melihat dua mayat di tangan mereka. Pandangan ditundukkan.

"Maafkan aku," ucap Emy Zulkifli.

Dia melutut ke lantai. Kedua-dua tangan diletak ke atas lantai juga.

"Maafkan aku..." rayunya lagi.

Mereka yang lain terdiam seketika.

"Apa dah jadi sebenarnya?" kata Samantha Lee mahukan jawapan.

Luthman Harith muncul tidak lama kemudian bersama bimbingan Aminah Safawiyah. Mereka melihat kemunculan Emy Zulkifli yang menghilang tadi.

"Diorang dah datang sini tadi," kata Emy Zulkifli memandang tepat ke wajah mereka.

"Siapa?" soal Ilyana Zhamuri, ingin tahu.

"Aisyah."

Satu jawapan jelas mengejutkan mereka di situ.

"A... Aisyah datang?" Samantha Lee tergagap.

"Sebab dia balas dendam apa yang Lin dah buat dekat adik dia," kata Emy Zulkifli, sungguh.

Mereka masih ingat detik itu.

~Throwback~

Kuasa fantasi dikeluarkan biarpun di dunia realiti. Pisau belati di tangan Ferradossa Anvell terus dirampas. Nurul Fadzelin berlari ke arah Farid Sattar yang hanya memegang buku dan pena.

"Matilah kau!" Nurul Fadzelin menjadi tidak terkawal.

Kuasa api dikeluarkan. Dada sasaran mengenai tusukan pisau tajam.

"Yes!" Nurul Fadzelin tersenyum puas.

Tubuh Farid Sattar berubah menjadi tubuh Ayano Hiruka. Mereka yang melihat Ayano Hiruka yang menjadi mangsa tikaman, menjadi terkejut yang amat. Tubuh Ayano Hiruka rebah ke atas pasir putih.

"Apakah?" Nurul Fadzelin terpinga-pinga.

~End Throwback~

"Tapi semua tu cuma salah faham," kata Azizul Rahman mencelah.

"Wait. Wait. Wait. Habis tu, macam mana kau boleh hidup?" kata Samantha Lee, hairan.

Emy Zulkifli mengeluh kecil. "Aku tak nak imbas balik apa terjadi tadi, tapi... dah korang nak tau sangat, aku ceritakanlah."

"Haa... cepatlah cerita."

~Throwback~

"Bunuh mereka semua!" arah Aisyah Maisarah, tegas.

Minatozaki melancarkan anak panah berapi ke bumbung rumah. Api mula memakan struktur bumbung rumah lalu merebak pantas. Arif Hakimi masih memandang kumpulan Aisyah Maisarah, tidak memandang bumbung yang sedang terbakar.

"Abang!" Muncul Nurul Fadzelin di muka pintu.

"Pergi! Jangan datang sini! Bahaya!" arah Arif Hakimi dengan tegas.

Nurul Fadzelin terdiam. Dia menurut arahan. Pintu depan segera ditutup. Langkah diundur jauhi dari pintu. Dia segera bergegas ke bilik bawah tanah, satu-satunya tempat di mana dia boleh selamat. Buku pada almari ditarik sedikit. Sebuah pintu rahsia dibuka sebaik almari dialihkan sendiri. Nurul Fadzelin segera memasuki bilik rahsia bawah tanah.

Sementara Nurul Fadzelin bergerak ke bawah tanah, Arif Hakimi dan Emy Zulkifli sedang berkawal di depan rumah.

"Jangan harap kau boleh masuk!" kata Arif Hakimi, mengeluarkan kuasa api.

Aisyah Maisarah tersenyum sinis. "Yakinnya kamu."

Pandangan dibuang ke arah kumpulannya.

"Kamu uruskan dua lelaki ni. Biar aku uruskan betina tu," arah Aisyah Maisarah.

Tanpa berkata apa, mereka bertindak menyerang Arif Hakimi dan Emy Zulkifli. Serangan pisau belati dari Ferradossa Anvell berjaya ditepis Arif Hakimi. Seutas rantai muncul mengelilingi Arif Hakimi lantas mengikat tubuh lelaki itu.

"Ugh..." Arif Hakimi sudah tidak mampu bergerak lagi dalam keadaan diikat.

"Finish him. Don't waste your time," pesan Aisyah Maisarah berjalan melepasi pergaduhan.

"Sukacitanya," balas Violet Alexander dengan rupa dingin.

Rantai menjerut lebih ketat lagi hingga sesak nafas. Violet Alexander menarik rantai sekuat yang boleh. Ferradossa Anvell mengeluarkan kuasa kilatnya lalu melancarkan serangan elektrik pada rantai besi itu.

"Argh!" Arif Hakimi meraung keperitan.

Serta-merta, badan Arif Hakimi terbelah dua bahagian. Emy Zulkifli terkejut dengan serangan maut.

"Ami!" Emy Zulkifli tidak mampu hendak menolong dalam keadaan sedang berlawan dengan Yūki Taiga dan Kai.

Emy Zulkifli pula hanya mengelak dan mengelak dengan pantasnya bak serigala. Dia melihat Aisyah Maisarah berjalan tenang ke pintu rumah.

"Kak, sudah la! Semua ni tak beri kesan apapun dekat kak!" kata Emy Zulkifli mula mainkan peranan sebagai adik angkat Aisyah Maisarah.

Aisyah Maisarah bereaksi dingin. "Berhenti semua."

Dengan menurut perintah, mereka berhenti berlawan dengan Emy Zulkifli. Serigala jadian itu terpinga-pinga.

"Aku lepaskan kau kali ni. Dengan syarat, bawa mayat tu ikut aku," kata Aisyah Maisarah dingin bak ais.

Pintu ditendang kasar dari luar oleh Claude Thunder hingga terpelanting ke dalam. Mereka memasuki rumah yang sedang terbakar.

"Cari betina tu. Jangan bunuh dia lagi. Biar aku sendiri yang buat," kata Aisyah Maisarah, seperti bukan dulu.

"Baik!" balas mereka yang lain, terus menyerbu masuk ke dalam rumah.

Emy Zulkifli mengangkat bangkai Arif Hakimi yang terbelah dua. Mahu sebak rasanya melihat sepupunya dilayan sebegitu rupa. Pandangan dibuang ke arah Aisyah Maisarah yang berdiri di muka pintu. Kelihatan urat wayar terdedah pada leher Aisyah Maisarah.

"Aisyah," panggil Emy Zulkifli, perlahan.

"Nama aku sekarang Ice Serra. Jadu, boleh berhenti sebut nama Aisyah Maisarah. Dia dah mati," kata Ice Serra menjeling maut ke arah Emy Zulkifli.

"What?"

Ice Serra melangkah masuk ke dalam rumah dengan tubuh robotik yang separuh terdedah. Dia melihat kawan mereka yang lain sedang mencari mangsa. Matanya mula mengesan mangsa menerusi imbasan suhu. Kelihatan satu susuk sedang meringkuk di bawah, seperti berada di bilik bawah tanah.

"Sasaran dijumpai." Ice Serra melihat sekeliling.

"Apa?" Emy Zulkifli terkejut.

Tangan diangkat. Tembakan peluru machinegun dilepaskan ke arah almari. Pintu rahsia musnah, mendedahkan laluan ke bawah tanah.

"Ikut aku," arah Ice Serra, bermuka kosong.

Ice Serra berjalan ke arah laluan ke bawah tanah. Emy Zulkifli sekadar mengekori wanita itu sambil membawa mayat Arif Hakimi. Tangga dijejak satu demi satu ke tingkat bawah. Nurul Fadzelin terdengar bunyi tapak kaki.

"Abang?" Nurul Fadzelin berharap.

Ice Serra menjejak kaki ke bawah tanah. Nurul Fadzelin berkerut dahi melihat kemunculannya. Belum cukup dengan itu, bangkai Arif Hakimi kelihatan di tangan Emy Zulkifli.

"Abang!" Nurul Fadzelin menjerit, mula menangis.

Ice Serra mendekati Nurul Fadzelin dengan rupa kosong. Tangan machinegun tadi bertukar menjadi sebilah pedang panjang. Nurul Fadzelin berundur dek ketakutan.

"Jangan apa-apakan aku!" rayu Nurul Fadzelin menangis.

Pandangan dibuang ke arah Emy Zulkifli.

"Emy, buatlah sesuatu," kata Nurul Fadzelin separa jerit.

Emy Zulkifli menggeleng perlahan. Tiada guna hendak berlawan dengan Ice Serra apabila di bawah kawalan puak Freaky World sepenuhnya.

"Emy!" jerit Nurul Fadzelin.

Satu tikaman menembusi perut Nurul Fadzelin. Wanita muslimah itu berdiam seribu bahasa.

"Ini... untuk adik aku," kata Ice Serra, dingin.

Pedang di perut ditolak ke atas, torehkan badan Nurul Fadzelin. Darah manusia habis tersembur ke dinding dan lantai. Pakaian Ice Serra yang terkena darah, tidak dihiraukan lagi. Nurul Fadzelin sudah tidak bernyawa lagi. Ice Serra menolak mayat Nurul Fadzelin ke lantai. Mudahnya di mencabut nyawa.

"Letak mayat laki dia dekat sebelah," arah Ice Serra melihat mayat berlumuran.

Emy Zulkifli meletakkan bangkai Arif Hakimi di sebelah Nurul Fadzelin dengan sopannya. Picu pistol diacu dari belakang kepala.

"Sekarang, giliran kau," kata Ice Serra tiada perasaan lagi.

Diam.

"Ada ayat terakhir?"

Emy Zulkifli memusingkan badan lantas mencakar muka Ice Serra.

"Argh!" raung Ice Serra.

Terdedahlah kepala robot Ice Serra. Urat wayar turut kelihatan. Dia cuba mengesan Emy Zulkifli, tetapi matanya hilang akibat dicakar tadi.

"Kai!" jerit Hanazono Suzuki.

Kelihatan Kai tersandar ke dinding sejurus dilempar ganas oleh Emy Zulkifli. Serigala jadian itu sempat melarikan diri sebelum lesap.

"Kau terlepas kali ni."

~End Throwback~

Sebak menguasai Luthman Harith yang mendengar penceritaan dari Emy Zulkifli. Aminah Safawiyah mendakap kekasihnya sambil mendukung anaknya. Dia cuba menenangkan pasangannya.

"Aku... tak tahu nak kata sekarang ni," kata Ilyana Zhamuri.

"Dah la. Kita kena tanam diorang sebelum..." kata Samantha Lee belum habis bicara.

Sebuah basikal berenjin motosikal berhenti di hadapan rumah. Syarifah Izzati dan Alif Najmi bergerak turun dari kenderaan. Mereka yang lain melihat ketibaan dua manusia itu.

"Diorang dah datang," kata Azizul Rahman.

"Macam mana ni?" Samantha Lee mula gelabah.

"Takpe. Biarkan diorang tengok," kata Ilyana Zhamuri sedia terima kenyataan yang bakal terjadi.

Alif Najmi dan Syarifah Izzati memasuki rumah tersebut.

"Allah..." Syarifah Izzati terkejut sungguh melihat dua mayat yang diangkat.

Alif Najmi senyap sahaja sambil melihat mayat keluarganya.

"Benda ni berlaku tengah hari tadi," kata Emy Zulkifli bersandar pada dinding.

"Kau dengan diorang kan tengah hari tadi?" kata Alif Najmi dengan aura dingin.

"Jujur aku cakap, aku nak makan diorang sebenarnya," kata Emy Zulkifli terus-terang.

Satu tumbukan mengenai pipi Emy Zulkifli. Sakit tidak bawa bincang.

"Apa kau fikir sebenarnya, hah?" marah Alif Najmi mula bertindak di luar kawalan.

Emy Zulkifli ditolak jatuh ke lantai. Pasu bunga dari kabinet dibaling tepat ke kepala Emy Zulkifli. Alif Najmi memijak kepala serigala itu tanpa belas kasihan.

"Kau... pergi... mati!" Alif Najmi menjadi psikotik.

Mereka yang melihat kekejaman seekor musang membunuh serigala, tidak sanggup menghalang mereka.

Syarifah Izzati beranikan diri menarik Alif Najmi. "Sudah la tu! Berhenti!"

Alif Najmi semakin liar. Dia menolak Syarifah Izzati ke tepi. Punggung terhempas kuat ke lantai.

"Aduh..." keluh Syarifah Izzati menggisik punggungnya.

Pandangan Alif Najmi dibuang ke arah Luthman Harith.

"Apa pesanan terakhir dia?" tanya Alif Najmi menjeling tajam.

Luthman Harith berdiam seketika melihat mata jingga Alif Najmi. "Senyum." Dingin.

Alif Najmi menggumam sinis. "Tak pernah berubah rupanya."

Langkahnya diatur keluar dari rumah. Syarifah Izzati bangkit berdiri dengan sendiri. Dia melihat Alif Najmi berjalan bersendirian pergi dari situ.

"Kau cakap dunia ni akan jadi celaka kalau Jimmy tahu pasal ni," kata Samantha Lee, dingin.

Ilyana Zhamuri bernada sinis. "Dia dah masuk tahap ketiga. Kita tak ada hak nak halang dia buat masa sekarang.

***

Alif Najmi berjalan berseorangan dengan mata sebelahnya yang tersisa dengan mata bionik pemberian Insyirah dan Fauzi ketika dahulu kala.

***

"Tahap ketiga? Maksud kau?" Syarifah Izzati kehairanan.

"Dia dah berubah sekelip mata," kata Ilyana Zhamuri bermuka kosong.

***

Mata jingga Alif Najmi jelas kelihatan angka seperti memberi maklumat sekeliling.

9 February 2027 (Tuesday)
Time: 2:26 P.M.
Weather: Cloudy

***

"Dia... bukan Jimmy lagi," kata Ilyana Zhamuri lagi.

***

Alif Najmi mula setkan objektif.

Objectives
Eliminate Ice Serra


***

"Dia... Ami."

***

Alif personality OFF
Farid personality OFF
Musang personality OFF
Hoshiko personality OFF
Najmi personality OFF
Jimmy personality OFF
Ami personality ON

"Time to terminate."

Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro