Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CIVIL WAR: BAB 2

Sudu perak jelas kelihatan dilibas ke muka. Namun, sebilah pisau tumpul berjaya menepis serangan itu. Cikgu Wan melihat Aliya Syakira muncul di depannya.

"A... Aliya?" Cikgu Wan tergamam.

Aliya OFF
Admex OFF
Alane ON
Aizad OFF
Syakira OFF

"Kau jangan apa-apakan dia!" kata Aliya Syakira menjadi psikotik.

Isma Fatieha berundur selangkah. Senyuman sinis terukir di bibir.

"Dah agak kau akan datang," kata Isma Fatieha, sinis.

Pisau tumpul diacu ke arah Isma Fatieha.

"Jadi, kau nak buat apa?" Aliya Syakira masih melindungi.

Sudu perak diacu pula.

"Kau rasa?" soal Isma Fatieha.

Aliya Syakira dapat membaca fikiran Isma Fatieha. "Kau nak bunuh aku? Aku bunuh kau dulu!"

"Yeke? Marilah!"

Cikgu Wan melihat dua wanita itu bergaduh dengan dahsyat sekali. Pisau tumpul berlawan dengan sudu perak. Lelaki bertubuh harimau itu hanya menyaksikan pergaduhan dalam bilik kecil itu.

"Bawa bertenang. Nanti, korang bangunkan yang lain nanti," kata Cikgu Wan cuba tenangkan keadaan.

Mereka degil. Dua logam berlaga kuat.

Tuk! Tuk! Tuk!

Pintu dibuka dari luar. Alif Najmi memjengukkan kepalanya.

"Apa yang bising-bising tu?" tanya Alif Najmi dengan muka mamai.

Kelihatan Cikgu Wan dipeluk Isma Fatieha dan Aliya Syakira dengan manjanya. Muka Cikgu Wan sudah berubah jadi kucing lagi.

"Hmm... saya salah bilik rasanya." Alif Najmi kembali tutup pintu.

Pintu kembali ditutup. Bunyi logam berlaga kedengaran semula. Alif Najmi menggumam kecil lalu beredar pergi dari situ. Dia memasuki kelas semula. Kelihatan Iskandar terjaga dari tidur.

"Bunyi apa tadi?" tanya Iskandar.

"Cikgu Wan. Dia tak tau nak kek dengan pisau atau sudu," kata Alif Najmi, selamba.

Iskandar mengangguk perlahan. Pandangan dibuang ke tiga wanita yang sudah terlelap tidak jauh dari mereka.

"Lepas ni... bukan... dalam Perang Saudara ni, siapa yang pergi pula nanti?" kata Iskandar tertanya-tanya.

Alif Najmi berjalan ke tingkap. Dia menjenguk melihat langit malam.

"Sama ada aku atau kau," kata Alif Najmi merenung.

Iskandar memandang lelaki berekor musang itu. "Apa kau cakap?"

Alif Najmi memandang sahabatnya. "Kita mungkin akan berlawan sesama sendiri juga."

Jelingan maut diberikan.

"...dan aku tak bagi muka nanti," sambung Alif Najmi habiskan ayatnya.

Iskandar membalas jelingan tajam, seperti dia terima cabaran. Senyuman sinis tercalit di bibir Alif Najmi.

"Aku tak kisah apa nak jadi. Lepas Mimi pergi, aku dah tak peduli semua benda... termasuk dua perempuan psiko tu," kata Alif Najmi dengan wajah dingin.

Kedengaran logam berlaga masih berbunyi lagi dari bilik guru yang kecil. Cikgu Wan bukannya mahu menghalang dengan tangannya, tetapi masih dengan mulut.

"Sudah la tu. Jangan bergaduh," pinta Cikgu Wan.

Malah, popcorn sempat disuap ke mulut sambil menyaksikan pergaduhan. Cikgu Wan bukannya mahu menghalang langsung.

***
Kawasan pedalaman negeri Perak

Khemah sudah siap dipasang. Unggun api tersedia menghangatkan persekitaran sejuk hutan rimba. Yūki Taiga dan Claude Thunder membawa hasil buruan. Rachel Berlitz dan Violet Alexander membawa hasil memancing pula.

"Kami dah balik," kata Yūki Taiga.

"Letak dekat situ. Nanti, mak cik masakkan," kata Minatozaki sambil mengasah anak panahnya.

Tiga ekor ayam dan sebaldi ikan air tawar diletakkan di sebelah unggun api. Claude Thunder tercari-cari seseorang.

"Mana mama?" tanya Claude Thunder kehairanan

***

Semak-samun diredahi. Kelihatan Aisyah Maisarah duduk termenung menghadap air sungai. Langkah diatur menghampirinya.

"Anvell, aku tau kau kat situ," kata Aisyah Maisarah, seperti tahu-rahu sahaja.

Ferradossa Anvell terkejut sedikit dengan teguran itu. "Err... maaf mengganggu."

"Takpe." Aisyah Maisarah masih enggan berpaling muka.

Dia melihat cerminan air sungai. Terlihat Ferradossa Anvell berdiri di belakangnya. Bahunya dipegang dari belakang.

"Jomlah. Makan malam dah nak siap," kata Ferradossa Anvell, lembut.

"Takpe. Aku dah kenyang," balas Aisyah Maisarah tiada selera.

Ferradossa Anvell menggaru kepalanya sendiri, rasa pelik dengan Aisyah Maisarah.

"Kenapa ni? Kau selalu termenung dekat air setiap kali benda sedih berlaku, macam Ayano pula," kata Ferradossa Anvell berpaling muka.

Aisyah Maisarah mendongak, melihat muka Ferradossa Anvell. "Apa?"

"Setiap kali Ayano sedih, dia akan lepak dekat rumah aku. Lepas tu, dia termenung tengok tasik, macam kau."

Aisyah Maisarah kembali merenung sungai. Dia tersenyum kecil mendengarnya.

"Perangai kamu lebih kurang sama je," tambah Ferradossa Anvell.

Aisyah Maisarah bangun dari duduknya. Dia melihat pemandangan sungai pada larut malam itu.

"Lepas selesai semuanya dekat sini, aku nak balik ke Metrolantis," kata Aisyah Maisarah bertekad.

"Ta... Tapi... sini tempat asal kau," kata Ferradossa Anvell.

"Aku tahu. Ni sebab kebanyakan orang yang aku sayang ada dekat sana."

"Ayano pula? Dia mati sini."

"Aku dah suruh hidupan laut hantar mayat dia ke Metrolantis."

Ferradossa Anvell menundukkan pandangan sedikit. "Baiklah kalau kau cakap macam tu."

Bahunya dipegang depan-depan. Mereka saling memandang.

"Aku akan pastikan kita semua selamat. Aku janji," kata Aisyah Maisarah tersenyum kecil.

Ferradossa Anvell tersenyum kecil. Aisyah Maisarah berjalan pergi dari situ.

Kakak dengan adik sama je perangai, bisik hati Ferradossa Anvell.

***
Kuala Lumpur

Pagi menyinari bangunan kayu yang masih teguh di bukit. Iskandar berjalan masuk ke dalam hutan. Kolam renang yang pernah dibina Cikgu Wan. Kelihatan Farah Yasmine sedang mandi.

"Awalnya kau bangun," tegur Iskandar.

Farah Yasmine memandang lelaki itu.

"Mandi sekali dengan kami," ajak Farah Yasmine tersenyum.

Iskandar sekadar mengangguk. Dia mencelupkan kakinya masuk ke dalam air kolam.

Tiba-tiba, satu tolakan buatkan dia terjatuh ke dalam air kolam. Iskandar timbul di permukaan lalu terlihat sang pelaku itu. Kelihatan Zafina Shahirah berduri di pinggir kolam.

"Apa kau ni?" geram Iskandar.

"Alaa... jangan marah. Bukannya Cikgu Wan ada dekat sini pun  dia tu dah la strict pasal kolam," kata Zafina Shahirah.

Priit! Priitt!

Bunyi wisel di sebelah telinga buatkan Zafina Shahirah bengang.

"Jangan main tolak-tolak dekat kolam!"

"Yasmine, jangan selam lama-lama!"

"Iskandar, jangan berendam je. Berenanglah sekali!"

Mereka bertiga bereaksi dingin demgan karenah Cikgu Wan. Dah mula dah perangai.

"Oh, ya. Mana Alif?" tanya Zafina Shahirah, hairan.

"Oh, dia pergi ke stor. Katanya, nak buat sesuatu," jawab Iskandar.

"Begitu."

***

Pintu yang sudah terbuka, dilepasi. Alif Najmi melihat Syarifah Izzati mencipta sesuatu. Lagu Kpop dari telefon bermain dengan rancak.

"Hei," sapa Alif Najmi, perlahan.

Syarifah Izzati memandang lelaki di muka pintu stor. "Oh, hai."

Alif Najmi memasuki stor, berjalan mendekati wanita itu. "Kau buat apa tu?"

"Oh."

Pandangan dibuang ke arah enjin diubahsuai.

"Aku tengah modified enjin. Asalnya, enjin motosikal biasa. Lepas ubahsuai enjin ni, aku nak pasang dekat basikal," terang Syarifah Izzati.

Alif Najmi menggumam kecil.

"Sebenarnya, apa yang kau dah buat dekat Kimmy?" soalnya.

"Hah?" Syarifah Izzati memandang tepat ke wajah lelaki itu.

"Maksud aku, apa Kimmy dah buat dekat kau sebelum ni?" Ubah soalan pula.

"Ermm... Sebenarnya, semua ni bermula dari salah faham aku sendiri. Mati-mati aku ingat dia bunuh adik aku. Rupanya, tak," kata Syarifah Izzati sedikit segan.

"Pasal Zai ke?"

"Ya."

"Tch. Lama tak dengar nama budak tu," kata Alif Najmi bernada sinis.

"Kau kenal dia?"

"Dia kawan sepakat aku untuk curi duit kongsi gelap. Aku pun ada sebab nak khianat Black Tiger."

Syarifah Izzati menyambung mengubahsuai enjin. Telinganya setia mendengar.

"Apa motifnya?" soal Syarifah Izzati.

"Aku nak selamatkan adik aku untuk bayar kos rawatan. Dia koma waktu tu," kata Alif Najmi.

Matanya melirik ke arah wanita itu.

"Tapi sekarang, dia dah tak ada," katanya lagi.

Syarifah Izzati berdiri menghadap lelaki itu. Dia mencekak pinggangnya.

"Aku faham sakit tu," katanya tersenyum.

Alif Najmi sekadar menjeling.

"Sebab salah faham ni, Iskandar tak sukakan aku," kata Syarifah Izzati lagi.

Lelaki di depannya mengeluh kecil. "Aku pun tak suka kau."

"Ya, aku tahu."

"Tapi..." Alif Najmi mengusap dagunya

"Tapi?"

"Ada yang benda yang aku suka pasal diri kau."

Syarifah Izzati merona merah sedikit. "Mana adalah. Kau dah kahwin ke belum?"

"Tak... Tak sempat. Tunang aku mati dalam kemalangan."

"Takziah."

Alif Najmi berpaling muka. "Tak perlu nak cakap takziah dekat aku. Aku dah... tak ada hati dengan semua orang."

"Sebab adik kau?"

Pandangan ditundukkan sedikit. Keluhan dilepaskan.

"Aku masih ada Kimmy lagi. Lin pun. Aku kesian tengok diorang hilang anak," kata Alif Najmi.

Syarifah Izzati turut berpaling muka. "Hmm..."

"This gonna be a dark storytelling to everyone."

Wanita itu sekilas memandang Alif Najmi lalu menumbuk bahu lelaki itu.

"Jangan cakap macam tu. Kita semua akan selamat," kata Syarifah Izzati, sungguh dan yakin.

Bahu lelaki itu dipegang depan-depan, menarik pandangan lelaki itu.

"Selamat apanya kalau sekarang tengah perang saudara?" kata Alif Najmi, dingin.

Syarifah Izzati terdiam seketika. Dia termenung. Perangai Alif Najmi tidak ubah seperti Syed Hamzah.

Ini ke kawan kau, Zai? Bisik hati Syarifah Izzati.

***
Jitra, Kedah

Hutan lipur Bukit Wang diredahi Ilyana Zhamuri. Sniper seberat hampir 10 kilogram disandang di belakang badan. Samantha Lee mengekori gadis Rusia itu bersama Azizul Rahman.

"Ermm..." Azizul Rahman sekali-sekala menjeling ke arah janda di sebelahnya.

Samantha Lee melihat telatah Azizul Rahman. "Apasal ni?"

Azizul Rahman terkejut. "Erkk... tadak apa aih."

"Tch. Yela tu." Pandangan dibuang ke depan.

Azizul Rahman berpaling muka. Tidak tahu macam mana hendak diluahkan. Sekotak cincin masih di dalam poket seluar.

"Sam," panggil Azizul Rahman.

"Zul," panggil Samantha Lee pada masa sama.

Mereka saling memandang.

"Ya?" Azizul Rahman kehairanan.

"Tak, kau cakap dulu," kata Samantha Lee.

"Mana ada apalah. Bukannya benda penting sangat pun."

Samantha Lee berpaling muka. "Macam tu juga aku pun."

Ilyana Zhamuri mendehem tanpa memandang mereka berdua. Pasangan itu melihat rambut perang Ilyana Zhamuri.

"Sweet nampak. Pergilah kahwin cepat tu. Tak adalah orang nak cemburu sangat," kata Ilyana Zhamuri, dingin.

Mereka berdua di belakangnya terdiam. Masing-masing merona merah.

"Kau tu bila lagi?" sindir Samantha Lee.

Giliran Ilyana Zhamuri pula merona merah.

"Lepas apa terjadi dekat Jennie, aku lagi suka macam ni. Hidup bersendirian dalam hutan, macam ni la aku teruskan kehidupan. Dari kecil, kami menangis sebelum jadi Ateis," kata Ilyana Zhamuri beritma.

Mereka berdiam sambil mendengar puisi kehidupan yang diungkap wanita Rusia itu.

"Dunia ni memang sadis."

***

Tasik Darulaman disinggahi pasangan remaja. Luthman Harith hanya duduk merenung ke tasik.

"Man?"

"Harith?"

"Luthman Harith!"

Lelaki itu sedar dari lamunan. Dia memandang Aminah Safawiyah yang duduk di sebelahnya.

"Jauh termenung. Fikir apa tu?" tanya Aminah Safawiyah.

Kepala digeleng. "Takde apalah."

"Pasal family?"

Luthman Harith menggunam kecil. Pandangan ditundukkan sedikit.

"Bukan tu," kata Luthman Harith.

"Pasal Zul?" Aminah Safawiyah meneka lagi.

"Bukan juga."

"Habis?"

"Pasal Aisyah tu. Apa yang dia rancang sekarang ni?"

Belakang badannya diusap.

"Jangan fikir bukan-bukan. Benda belum terlambat lagi," pesan Aminah Safawiyah.

"Ni bukan pasal cepat atau tak," balas Luthman Harith, sedikit tegas.

Aminah Safawiyah berdiam.

"Aku risau sekarang ni."

***
Alor Setar, Kedah

Emy Zulkifli pulang pada tengah hari. Wajahnya kelihatan ceria seperti selalu. Kelihatan Arif Hakimi berjalan keluar dari rumah sambil menyandang senapang patah.

"Baru nak balik? Ingatkan dah mati semalam," kata Arif Hakimi, dingin.

"Alaa... bukannya jauh pun aku keluar semalam," kata Emy Zulkifli acuh tak acuh.

"Habis tu, pergi mana semalam sampai tak balik?"

"Makan malam la. Takkan aku nak makan satu family kau kot?"

Senapang patah terus dibidik ke arah lelaki di depan mata.

"Kau makan family aku. Aku makan kau balik," pesan Arif Hakimi, serius.

"Fine, we will see," balas Emy Zulkifli, sinis.

Sepucuk anak panah muncul terpacak pada pintu pagar, nyaris mengenai mereka berdua. Kelihatan sekumpulan manusia muncul tidak jauh dari mereka. Aisyah Maisarah merenung tajam.

"Bunuh mereka semua."

Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro