BAB 9
Bangkok, Thailand
Masa terus berlalu. Arasy Rayyan meratapi nombor telefon Farah Natasha. Agak ragu-ragu untuk menghubungi perempuan. Telefon di atas meja dicapai. Jari-jemari menaip nombor pada skrin. Nombor Farah Natasha didail. Arasy Rayyan menunggu panggilan terjawab.
"Helo," ucap Farah Natasha menjawab panggilan.
"Helo. Ni Arasy, laki tadi yang hantar awak balik hotel," balas Arasy Rayyan janggal.
"Oh! Hahaha." Hambar.
"Jadi,... nak keluar, tak?"
"Boleh juga. Datanglah sini sementara saya bersiap."
"Okey."
Panggilan ditamatkan. Arasy Rayyan terus bergerak turun dari katil. Dia menganbil jaketnya lalu bergegas keluar dari bilik. Niratcha melihat anaknya berjalan keluar rumah.
"Nak ke mana tu?" soal Niratcha memasak di dapur.
"Keluar sekejap," balas Arasy Rayyan.
"Balik awal sikit."
"Ya." Arasy Rayyan melangkah keluar dari rumah lalu mendekati motosikalnya.
Motosikal dinaiki lalu dihidupkan enjin. Arasy Rayyan menunggang motosikal pergi ke hotel yang didiami Farah Natasha.
Sementara Arasy Rayyan dalam perjalanan, Farah Natasha bersolek di biliknya. Dia memilih pakaiannya dari almari. Entah apa yang hendak dipakainya.
Tuk! Tuk! Tuk! Pintu bilik diketuk.
"Arasy," kata Arasy Rayyan dari luar rumah.
"Oh! Err... masuklah," kata Farah Natasha ragu-ragu.
Pintu dibuka perlahan. Arasy Rayyan memasuki bilik hotel. Dia melihat persekitaran kemas. Farah Natasha muncul dengan baju yang menampakkan bentuk badan. Arasy Rayyan berwajah kosong melihat penampilan wanita itu.
"Okey, jom keluar," kata Farah Natasha ceria.
"Err... okey," balas Arasy Rayyan kekok.
Maka, mereka berdua pun keluar dari hotel itu.
Di luar bandar Bangkok, mereka singgah di sebuah pasar malam. Banyak barangan murah dijual di situ. Tangan Arasy Rayyan dipegang erat Farah Natasha.
"Awak selalu buat apa waktu malam?" kata Farah Natasha.
Arasy Rayyan enggan memandang wanita itu. "Tak buat apa."
"Kerja sekolah?"
"Selalu buat lepas sekolah."
Tanpa disedari, beberapa orang mengawasi mereka dari jauh.
"Wah, rajinnya. Teringat pula zaman saya waktu sekolah," kata Farah Natasha tersenyum.
Arasy Rayyan memandang wanita itu. "Awak ada boyfriend?"
"Dulu adalah. Sekarang, tak ada. Dia dekat UniKL tapi saya teroka dunia luar. Bila mak ayah cakap pasal kahwin, saya macam gelabah. Saya belum sedia lagi pasal tu."
Tanpa disangka, pinggang Farah Natasha dipegang erat oleh Arasy Rayyan. Wanita itu memandang remaja tinggi itu.
"Awak..." kata Farah Natasha perlahan.
Arasy Rayyan memandang Farah Natasha. "Ya."
"Rasa macam... ada orang perhatikan kita."
Langkah mereka diteruskan. Mata Arasy Rayyan tertumpu pada cermin yang dijual. Terlihat sekumpulan samseng mengekori mereka dari belakang. Langkah terus diorak ke hadapan.
"Kita jalan je. Jangan pusing ke belakang," pesan Arasy Rayyan.
Farah Natasha hanya mengikut arahan. Sebaik sahaja dia menoleh ke belakang, matanya terbuntang luas melihat seorang samseng menyerang mereka.
Dbush! Mujurlah Arasy Rayyan sempat selamatkan keadaan.
Farah Natasha melihat Arasy Rayyan menyerang balas. Orang awam di situ berundur sambil menyaksikan pergaduhan itu. Arasy Rayyan menyerang lima lawannya yang bersenjata kayu dan besi. Entah apa yang mereka mahukan.
Arasy Rayyan menyerang lawannya dengan ilmu Muay Thai. Dia menendang lawannya dengan kuat. Seorang lagi lawan menyerang Arasy Rayyan dari belakang. Arasy Rayyan membalas serangan lalu memghempuk kepala lawan ke atas meja penjaja. Pisau pemotong daging milik penjaja diambil. Arasy Rayyan terus memotong tangan lawannya. Samseng meronta kehilangan tangannya.
Satu pukulan dari belakang sempat dielak Arasy Rayyan. Lelaki itu membalas serangan. Kayu dari tangan lawan dirampas. Arasy Rayyan memukul muka lawan sampai rebah. Seorang lagi lawan muncul dari tepi. Arasy Rayyan mengelak serangan lalu memukul perut lawan. Lawannya terbongkok ke hadapan lalu kepalanya dipukul kuat dari atas. Dia rebah tertiarap.
Dua orang lelaki muncul menangkap Farah Natasha dari belakang.
"Lepaslah!" jerit Farah Natasha.
Arasy Rayyan memandang wanita itu. "Tasha."
Dbukk! Satu pukulan mengenai belakang kepala Arasy Rayyan.
Arasy Rayyan rebah lalu dipukul lagi oleh samseng-samseng di situ. Farah Natasha melihat lelaki itu dipukul.
"Lepaslah dia!" arah Farah Natasha menangis.
Dua lelaki yang menahan Farah Natasha tiba-tiba diserang. Farah Natasha mengembangkan sayapnya lalu menyerang samseng di situ dengan kelajuan menakjubkan. Arasy Rayyan melihat Farah Natasha bersayap putih seperti burung sebelum dia pengsan. Apakah aku tengah berkhayal atau bermimpi?
Dalam sekelip mata, habis samseng di situ diserang teruk oleh Farah Natasha. Bukan samseng sahaja diserang, malah roh jahat yang mampu dilihat Farah Natasha turut dilihat. Tubuh Arasy Rayyan didukung Farah Natasha. Wanita itu terus terbang meninggalkan kawasan itu.
Tiba di hotel semula, tingkap bilik dibuka. Farah Natasha memasuki biliknya lalu meletakkan tubuh Arasy Rayyan di atas katil. Dia mengecutkan sayapnya sebelum Arasy Rayyan sedar dari pengsan.
"Aduh! Kenapa aku tunjuk sayap?" monolog Farah Natasha memicit kepalanya.
"Harap-harap dia tak nampak apapun tadi."
Farah Natasha mendekati tingkap yang terbuka. Dia melihat orang ramai berlari entah kenapa. Jeritan bergema di sana-sini.
"Dah kenapa tu?" soal Farah Natasha kehairanan.
Kelihatan segerombolan manusia berlari lintang-pukang dikejar sesuatu. Mata Farah Natasha tertumpu pada sekumpulan besar zombi mengejar manusia yang berdarah segar.
"Oh, Tuhan!" ucap Farah Natasha terpegun.
Tingkap segera ditutup. Kain tirai turut ditutup menggelapkan suasana. Pintu bilik sudah ditutup dan dikunci. Hanya mereka berdua sahaja terkurung di dalam bilik hotel itu. Semoga tidak apa-apa berlaku terhadap mereka.
***
Paris, Perancis
Hari yang cerah mewarnai kota indah itu. Farah Yasmine duduk bersandar pada kereta sambil melihat Menara Eiffel berdiri megah di tengah kotaraya.
"Nah, roti," kata Danial Nabil menghulurkan roti.
Farah Yasmine memandang gurunya lalu mengambil roti dari tangan lelaki itu. "Terima kasih."
Bungkusan roti dibuka. Farah Yasmine mengisi perutnya dengan roti buatan negara Perancis. Enak dan berselera.
"Tak sangka kita sampai sejauh ni," kata Farah Yasmine memandang menara ikonik itu.
"Hmm... tak lama lagi kita akan sampai UK. Kita gerak tak lama lagi," kata Danial Nabil.
"Ya, baik."
Macam mana dengan Zafina sekarang? Dia okey ke? Desis hati Farah Yasmine.
***
Sekitar Lake District, England, United Kingdom
Kereta dipandu menerusi lurah dan lembah di luar kota London. Suasana yang damai dan masuk ke anjung banglo rumah. Zafina Shahira meletakkan kereta klasik 60an di anjung rumah. Dia bergerak turun dari kereta lalu berjalan masuk ke dalam rumah.
"Wah, cantik juga rumah kau ni!" puji Ruby muncul di kaca televisyen.
"Well... hasil dari belajar jauh. Aku pun belilah rumah dekat sini," kata Zafina Shahira.
"Hmm... kawasan dekat sini cantik. Pandai kau pilih rumah eh."
"Tempat ni dekat dengan negeri Scotland. Memanglah cantik."
"Oh, ya! Sebelum terlupa. Yasmine dengan Cikgu Danial dah sampai Paris. Diorang dalam perjalanan ke London."
"Wah, baguslah tu."
***
Los Angeles, Amerika Syarikat
Berita dunia telah menggemparkan satu rumah di mana wabak zombi sudah tiba di selatan Thailand.
"Hmm... nampaknya, kita tak boleh balik Malaysia," kata Emy Zulkifli.
"Apa? Kenapa?" kata Zainab, hairan.
"Sebab dekat sana dah tak selamat. Dekat sini je selamat. Kalau mak balik Malaysia, nanti kena makan dengan... zombi."
"Hah? Zombi? Binatang apa tu?"
"Mak tengoklah Train to Busan kalau nak tahu."
Sementara mereka bising di ruang tamu, Fatin Sumaiyah sibuk membuat lagu di delan kolam renang.
"Hmm... macam mana nak buat lagu baru ni?" keluh Fatin Sumaiyah berfikir.
Gadis itu bergerak turun dari kerusi malas lalu berjalan ke garaj. Dia menaiki kereta Ford Mustang GT '15.
"Buat apa dekat dalam kereta abang tu?" tegur Emy Zulkifli muncul di tepi adiknya.
Fatin Sumaiyah memandang abangnya. "Angah, jom jalan-jalan."
"Pergi mana?"
"Dekat mana-mana."
"Hmm... Haih, yelah."
Emy Zulkifli menaiki keretanya lalu menghidupkan enjin. Dia memandu kereta pergi dari rumah agam. Elizabeth Foxe yang asyik membasuh kereta, melihat suaminya pergi.
"Pergi manalah dua beradik tu?" kata Elizabeth Foxe.
***
Kuala Lumpur, Malaysia
Malam yang sunyi di kotaraya. Luthman Harith dan Azizul Rahman sedang hebat bermain permainan video Mortal Kombat 11 di ruang tamu.
"Makan ni!"
"Ambil ni!"
"Serangan penamat!"
You win! Flawless Victory! Fatality!
Azizul Rahman mengeluh dengan kekalahannya. Sudah 43 kali dia kalah dalam permainan tumbuk-menumbuk.
"Zizul, bila kau nak menang ni? Asyik kalah je," usik Luthman Harith, sinis.
"Tak ada game lain ke? Burnout ke? Need for Speed ke? Flatout ke? Asyik fighting game je," balas Azizul Rahman acuh tak acuh.
Dum! Dum! Dum! Pintu diketuk kasar, menarik perhatian dua penghuni rumah itu.
"Sekejap. Aku buka pintu," kata Azizul Rahman.
Azizul Rahman bangun lalu mendekati pintu rumahnya. Bunyi riuh jelas kedengaran.
Sebaik sahaja membuka pintu, muncul segerombolan zombi menyerang Azizul Rahman. Terkejut beruk dibuatnya. Mujurlah Azizul Rahman berundur. Batang penyapu dari sebelah pintu rumah diambilnya. Azizul Rahman terus melibas penyapu ke arah zombi.
"Kenapa tu?" kata Luthman Harith selamba bermain permainan video PS3.
"Ada orang nak berayalah," jawab Azizul Rahman bermati-matian berlawan.
"Oh, bagi je duit raya tu."
Azizul Rahman memandang Luthman Harith lalu menjerit kemarahan. "Zombi datang menyeranglah, bodoh!"
Luthman Harith terus memandang pintu rumah lalu melihat seekor zombi menyerangnya. Gerakan tinju dibuka. Luthman Harith terus menumbuk zombi di situ.
"Dari mana diorang datang ni?" soal Luthman Harith.
"Dari kuboq tok hang," balas Azizul Rahman, selamba.
Tiba-tiba, seseorang tiba menyelamatkan mereka berdua. Bunyi mesin gergaji jelas kedengaran. Zombi-zombi di situ terus dicincang dengan mesin pemotong pokok itu. Dua lelaki itu melihat seorang gadis yang dikenalinya itu.
"Minah?" kata mereka berdua serentak.
Mesin diletakkan di atas lantai, terpacak dengan kesan darah. Aminah Safawiyah melihat dua lelaki itu.
"Hai, korang," sapa Aminah Safawiyah tersengih.
"Macam mana kau tahu kami dekat sini?" kata Azizul Rahman kehairanan.
"Aku share location dekat dia tadi. Nak ajak keluar," jawab Luthman Harith selamba.
"Dah. Jomlah keluar. Ramai tengah tunggu dekat luar tu," kata Aminah Safawiyah tersenyum.
"Siapa?" soal Azizul Rahman kebingungan.
Aminah Safawiyah bergerak keluar dari rumah. Luthman Harith mengambil pisau dari dapur. Azizul Rahman pula mengambil kayu hoki dari sebelah kabinet televisyen. Mereka bergerak keluar dari rumah. Tiga remaja itu melihat zombi-zombi berkeliaran di sekitar kawasan perumahan itu.
"Launch attack!" seru Luthman Harith terpengaruh permainan Mobile Legends.
***
Sapporo, Jepun
Kereta berhenti di tepi jalan. Alif Najmi memandang Isma Fatieha berbaring dengan selesanya. Kepala wanita itu terletak di ribanya. Wanita itu melihat wajah lelaki itu.
"Kita dah sampai," kata Alif Najmi.
"Sampai mana?" kata Isma Fatieha meletakkan jari di atas dada lelaki itu.
"Hokkaido. Sekarang ni, kita kena cari tempat tinggal sementara ni."
Isma Fatieha bangun lalu duduk menghadap lelaki itu. Alif Najmi tidak dapat melihat depan.
"Hei, tepilah. Tak nampak depan ni," arah Alif Najmi.
Jari wanita itu diletakkan ke bibir lelaki itu.
"Apa kata kita tidur dalam kereta ni je. Nak?" kata Isma Fatieha perlahan.
"Dah. Cukuplah tu. Dah tiga kali kau makan aku tau, tak?" kata Alif Najmi dingin.
"Dah tu. Ikut je cakap aku."
"Yelah."
"Bagus." Satu kucupan mesra menghinggap ke dahi lelaki itu.
Haih, nasib baik aku bagi cip tu dekat si Aisyah. Kalau tak, dah lama aku psiko dengan minah ni, desis hati Alif Najmi.
***
Kuala Lumpur, Malaysia
Faiz Azzudin mengintai keluar rumahnya dari tingkat atas. Dia melihat zombi berkeliaran di luar rumah. Dia memandang Aisyah Maisarah. Isterinya sudah lama terlelap di atas katil bersama Erisha Carma. Faiz Azzudin bergerak keluar dari biliknya lalu melangkah ke dapur. Segelas air kosong diambil lalu diteguk membasahi tekak. Seseorang mendekati Faiz Azzudin lalu mendakap erat dari belakang.
"Shah, tak tidur lagi?" kata Faiz Azzudin enggan memusing ke belakang.
Senyuman simpul tercalit di bibirnya.
"Kenapa tak tidur lagi?" kata Faiz Azzudin mengambil segelas lagi air kosong.
Erisha Carma yang baru muncul melihat Farzana mendakap bapanya.
"Ayah, siapa tu? Mama dah tidur dalam biliklah," celah Erisha Carma.
Faiz Azzudin terkejut lalu memusing ke belakang. Terlihat orang yang dipeluknya bukan isterinya, tetapi orang lain.
"Siapa kau?" soal Faiz Azzudin.
Roh Farzana cuba menjelaskan kebenaran. "Sekejap. Jangan salah faham."
Erisha Carma dipeluk erat Faiz Azzudin. Lelaki itu memandang roh itu.
"Kau dah kenapa peluk aku malam-malam buta ni? Siapa kau hah?" kata Faiz Azzudin kehairanan.
"Ermm... jangan marah," balas roh Farzana tidak aman.
Erisha Carma mendekati roh itu lalu menghulurkan tangannya. Kanak-kanak itu kelihatan cuba bermesra dengan roh itu.
"Erma, mari sini!" arah Faiz Azzudin.
Farzana menghulurkan tangannya lalu bersalaman dengan kanak-kanak itu. Satu dakapan diberikan kepada roh itu.
"Tidak pernah ku dilayan sebegini. Huhu..." Roh Farzana menangis mendapat layanan mesra dari kanak-kanak itu.
Faiz Azzudin melihat roh menangis. "Hantu menangis? Pelik..."
Bersambung...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro