BAB 8
Kuala Lumpur, Malaysia
Langkah diatur keluar dari kelas. Aminah Safawiyah berjalan bersama Sakinah dan Sabrina.
"Korang pergilah café dulu. Aku nak ke tandas ni," kata Sabrina meminta diri.
"Haih," keluh Sakinah menggulingkan matanya.
"Pergilah. Orang tak larang pun," usik Aminah Safawiyah.
Sabrina segera melangkah ke tandas berdekatan. Aminah Safawiyah dan Sakinah bergerak ke cafeteria sambil berbual. Mata Aminah Safawiyah tertumpu pada susuk tubuh seorang pelajar lelaki.
"Wei, Kinah! Kau tak nak try dia ke?" usik Aminah Safawiyah menolak bahu Sakinah.
Sakinah memandang kawannya dengan dahinya dikerut. "Siapa?"
Mulut Aminah Safawiyah dimuncung ke arah lelaki tadi. Sakinah menoleh muka ke arah lelaki tersebut. Matanya terpaku melihat ketampanan lelaki segak itu.
Segaknya, desis hati Sakinah.
Pandangan dibuang ke arah Aminah Safawiyah semula. "Dia tu kan budak hot kat sini. Mesti awek dia berlambak kat luar sana."
"Alaa... tahu mana? Kau pun perempuan hot kat sini juga?" balas Aminah Safawiyah selamba.
"Tak ada. Tak ada. Aku tak nak try sesiapapun. No and... never for anyone!"
Sebaik sahaja Sakinah memusing ke hadapan, badannya terlanggar susuk tubuh seseorang yang kurus. Punggungnya terhempap ke lantai. Dia mengaduh kesakitan. Buku-bukunya habis terjatuh ke lantai.
"Err... sorry," ucap lelaki itu.
"It's okay," balas Sakinah enggan mendongak.
Buku-buku dipungut dari lantai bersama. Sakinah kembali berdiri dengan buku di tangannya. Lelaki tadi memberi buku milik Sakinah yang terjatuh tadi. Sakinah memandang wajah lelaki itu. Matanya terpaku lagi melihat lelaki tadi kini berada betul-betul di depannya. Jantungnya bagaikan terhenti berdegup. Suaranya hilang entah ke mana.
"Awak okey, tak?" soal lelaki itu.
Sakinah menjadi tidak keruan. "Err... ermm... hmm..."
Lelaki itu bertambah hairan. "Saya... salah cakap ke?"
"Eh, tak! Err... ermm... sebenarnya... err..."
Aminah Safawiyah terus menolak Sakinah pergi dari situ sambil berkata kepada lelaki itu. "Dia okey. Jangan risau ya."
Sakinah hilang kata terus. Lelaki tadi meneruskan langkahnya pergi.
"Kau ni teruk juga cakap dengan laki," perli Aminah Safawiyah, dingin.
Dua kawan itu memasuki cafeteria. Sakinah yang terpinga-pinga dari tadi dipaksa untuk duduk.
"Kau tunggu sini," pesan Aminah Safawiyah lalu beredar pergi dari situ.
Sabrina tiba, bertembung dengan Aminah Safawiyah. "Nak ke mana pula?"
"Ada hal kejap."
Sabrina melihat Aminah Safawiyah berlalu pergi begitu sahaja. Aminah Safawiyah bergegas ke kawasan belakang universiti. Lelaki tadi menunggu ketibaannya.
"Macam mana tadi? Okey, tak?" kata Aminah Safawiyah bersahaja.
"Aku malulah. Tak tahu nak cakap apa," kata lelaki tadi, skandal rupanya.
"Alaa... cakaplah benda apapun. Kau tu laki. Tua tujuh tahun dari aku kot. Senior pula tu."
Ahmad Hamidi, lelaki itu berasa malu. "Masalahnya, aku tak ada idea."
Aminah Safawiyah mengeluh kecil. "Apalah dia ni."
***
Puntung rokok dibuang ke tanah lalu dipijak. Luthman Harith melihat seorang lelaki bermisai putih bergaul dengan dua lelaki muda. Dia hanya duduk di pinggir bar bersama Azizul Rahman.
"Dialah tu. Hang nak buat apa la ni?" kata Azizul Rahman memandang Luthman Harith.
"Bunuh dialah. Apa lagi?" balas Luthman Harith bersedia dengan tugasan dari Samantha Lee.
Luthman Harith bangun dari tempat duduknya lalu berjalan mendekati sasaran. Lelaki berbadan besar itu melihat Luthman Harith mendekatinya.
"Ada masalah ke?" kata lelaki berusia itu.
Dua lelaki muda itu berdiri, menghadap Luthman Harith seperti diarah lelaki tua itu. Tidak semana-mana, tumbukan pantas menghinggap ke pipi lawannya. Sekali tumbuk sudah pun rebah. Seorang lagi pemuda menyerang Luthman Harith. Lelaki berusia tadi mengambil kesempatan untuk melarikan diri menerusi pintu belakang. Luthman Harith berlawan tumbuk dengan pemuda.
Satu serangan dielak Luthman Harith. Tangan lawan sempat ditangkap lalu dipatahkan. Kaki lawan disepak dengan kuat. Muka lawan dihempas ke meja makan. Habis hidungnya berdarah. Luthman Harith memandang pintu belakang lalu mengejar sasaran utama.
Di sebalik lorong kecil, Luthman Harith melihat lelaki tadi melarikan diri dengan kereta.
"Tak guna!" keluh Luthman Harith.
Pin! Pin! Hon trak Pajero berbunyi dari belakang.
Luthman Harith memusing ke belakang lalu melihat Azizul Rahman memandu trak Pajero. Dia menaiki trak itu.
"Kejar kereta tu!" arah Luthman Harith.
Azizul Rahman menekan pendikit minyak habis-habisan. Luthman Harith sedia dengan pistolnya. Mereka berkejaran di tengah metropolis. Luthman Harith melepaskan tembakan ke arah sasaran. Tembakannya memecahkan cermin kereta sasaran. Azizul Rahman menambahkan lagi kelajuan lalu memandu di sebelah kereta sasaran. Luthman Harith mengacu pistol ke arah sasaran.
Bang!
***
Yan, Kedah, Malaysia
Farid Sattar menulis manuskrip di dalam biliknya seorang diri. Kini, usianya 99 tahun. Safiyah Zulaikha memasuki bilik lalu mendekati suaminya. Dia berdiri di belakang Farid Sattar, mengurut bahunya.
"Abang tak tidur lagi? Dari semalam abang tulis manuskrip tu. Dahlah tu. Abang pergilah rehat," pujuk Safiyah Zulaikha, lembut.
"Nantilah abang pergi rehat. Okey?" balas Farid Sattar.
Dakapan erat diberikan dari isteri seusia 25 tahun. Farid Sattar memandang isterinya. Satu kucupan kecil menghinggap ke bibir lelaki tua itu.
"Sayang buat kopi eh?" kata Safiyah Zulaikha tersenyum.
"Okey," balas Farid Sattar.
Safiyah Zulaikha mengatur langkah beredar, meninggalkan suaminya di dalam bilik. Farid Sattar kembali menulis manuskrip. Apa yang ditulisnya dalam manuskrip itu pasti menjadi kenyataan.
"Kisah ni pasti menarik."
***
Jitra, Kedah, Malaysia
Iman Shamimi bekerja di francais KFC. Dia memasak di dapur. Ketulan ayam goreng diletakkan di atas pinggan. Talam disediakan lalu terhidanglah makanan di atasnya. Arif Hakimi membuat bayaran. Nurul Fadzelin mengambil hidangan itu lalu membawanya pergi. Aina Farhana membimbing tangan bapanya. Mereka sekeluarga mengambil tempat duduk di tingkat atas. Hidangan diletakkan di atas meja bersebelahan dengan tingkap. Masing-masing melabuhkan punggung.
"Aina, jom ikut ummi basuh tangan," kata Nurul Fadzelin.
Aina Farhana mengikut perintah. Arif Hakimi dibiarkan keseorangan untuk menjaga makanan. Dalam senyap, dia mencuri makan kentang goreng. Garam terlebih.
"Mimie letak berapa sudu garam ni?" monolog Arif Hakimi hairan.
Dua beranak tiba kemudian. Nurul Fadzelin meletakkan dua piring sos cili lalu duduk di sebelah Aina Farhana. Mereka lalu menikmati hidangan bersama. Iman Shamimi muncul tidak lama kemudian untuk sertai mereka.
"Hari ni, tak ramai sangat. Jadi, tak sibuk sangatlah," kata Iman Shamimi duduk di sebelah abangnya.
"Hari ni kan Jumaat? Takkan sikit je pelanggan?" kata Arif Hakimi hairan.
"Memanglah hari Jumaat. Kat sini pun kebanyakannya pelajar. Kalau dekat pekan, ramailah," terang Nurul Fadzelin mencelah.
"Lagipun, ada yang pergi kat Marrybrown," kata Iman Shamimi memandang sebuah bangunan Marrybrown di seberang jalan.
Pandangan dibuang ke arah Arif Hakimi semula.
"Macam manalah abang Jimmy sekarang eh?"
***
Aomori, Jepun
Suhu menurun. Isma Fatieha masih memandu kereta. Alif Najmi pula masih berjaga. Masing-masing mengunci mulut, tidak tahu hendak berkata apa. Snek dari kusyen belakang diambil. Bungkusan jajan dibuka. Alif Najmi menikmatinya sedikit lalu menghulurkan ke arah Isma Fatieha.
"Isma nak?" kata Alif Najmi perlahan.
Mata Isma Fatieha tertumpu pada snek itu lalu kembali ke depan.
"Tak apalah. Tak lapar lagi," balas Isma Fatieha.
"Hmm... pelik. Selalunya perempuan suka makan," kata Alif Najmi memulakan topik.
"Hah?"
"Kalau satu jam tak makan, mesti meroyan kan?"
"Baik sikit! Kami pun kena jaga badan juga. Tak boleh makan selalu!" marah Isma Fatieha.
"Yela. Yela. Kalau makanan habis, jangan salahkan abang pula," balas Alif Najmi selamba.
"Eh! Salah abang jugalah! Siapa suruh makan bagi habis?"
"Sebab tu, abang ajak makan. Tapi Isma tak nak!"
"Dah orang tak lapar lagi!"
"Dah tu, bagilah orang makan puas-puas!"
Tiba-tiba, kaki Isma Fatieha menekan brek secara mengejut. Alif Najmi terhumban ke depan. Dia memandang wanita itu.
"Dah kenapa ni?" kata Alif Najmi hairan.
"Kau pandu," ugut Isma Fatieha dengan sudu perak.
"Kalau tak nak?"
"Aku bunuh kau."
"Kalau tak nak juga?"
"Aku rogol kau!"
"Kalau masih tak nak?"
"Aku makan kau!"
"Dan kalau tak akan nak?"
Isma Fatieha serta-merta duduk di atas badan Alif Najmi.
"Wei, apa ni?" Alif Najmi menjadi terkejut.
"Ssh... kau ni banyak bunyi tau, Musang!" balas Isma Fatieha meletakkan jarinya ke bibir Alif Najmi.
Alif Najmi terdiam. Tubuh badannya diraba.
"Hentikan... tak nak!! Tidaaaaaaaaakkkkkkkkkkk!!!!!"
***
Tashkent, Rusia
Sebuah pesawat terhempas ke dalam hutan iklim sejuk. Ilyana Zhamuri dan adiknya berjalan jauh darinya. Jennie Zhamuri mengalami kecederaan pada kakinya, dipapah kakaknya. Mereka berjalan keluar dari hutan. Suasananya sunyi dan sejuk. Sinaran mentari baru muncul dari ufuk timur.
"Hey. There is the house. We can stay there," kata Jennie Zhamuri menuding jari ke arah sebuah rumah kayu.
Ilyana Zhamuri turut melihat rumah kayu yang tidak jauh dari situ. Mereka mendekati rumah itu. Tubuh Jennie Zhamuri diletakkan di tepi dinding. Ilyana Zhamuri mengambil raifal AKM dari belakang. Dia menendang pintu masuk rumah lalu menyerbu. Dia memeriksa setiap ruang. Tiada seorang pun di dalam rumah kayu itu. Dia kembali keluar rumah untuk mendapatkan Jennie Zhamuri. Adiknya dipapah semula.
"All clear," kata Ilyana Zhamuri yakin.
Mereka memasuki rumah itu. Tubuh Jennie Zhamuri diletakkan di atas sofa pula. Ilyana Zhamuri menutup pintu rumah. Dia kembali ke arah adiknya. Kaki si adik dilihat sekali lagi.
"You stay here. I will find medic," pesan Ilyana Zhamuri.
Ilyana Zhamuri bergerak di sekitar rumah kayu itu. Dia memasuki dapur dan bilik tidur. Laci pada almari dibuka semuanya. Pakaian tersedia di situ. Senjata AK-47 turut tersimpan di dalam almari. Sekotak kit kecemasan pun ada di dalam almari itu, terus diambil. Ilyana Zhamuri kembali ke ruang tamu. Jennie Zhamuri melihat kakaknya tiba dengan kit kecemasan. Kakinya dirawat.
"Where are everyone?" soal Jennie Zhamuri, hairan.
"I don't know. We should go to Siberia back tomorrow, by the way," balas Ilyana Zhamuri merawat kaki adiknya.
***
Milan, Itali
Giliran Farah Yasmine pula memandu meredah jalan malam. Danial Nabil masih berjaga.
"Kalau cikgu nak tidur, tidurlah. Mesti cikgu penat kan?" pelawa Farah Yasmine, lembut.
"Tak apa. Lagi tiga jam baru subuh. Lagipun, benda tu mesti tengah kejar dalam gelap," balas Danial Nabil.
Mata Danial Nabil tertumpu pada cermin sisi kereta lalu ternampak susuk tubuh berlari mengejar mereka dari belakang. Dia terus keluarkan kepala pada tingkap kereta untuk melihat ke belakang. Farah Yasmine kehairanan.
"Kenapa tu?" soal Farah Yasmine hairan.
"Ada benda kejar kita," jawab Danial Nabil melihat beberapa zombi mengejar mereka.
Danial Nabil segera memasukkan kepala ke dalam kereta semula. Senjata diambil dari kusyen belakang.
Bum! Seekor zombi merangkak di atas bonet belakang kereta.
"Kyaaa!!! Dia dekat bonet!" kata Farah Yasmine terkejut kecil.
Danial Nabil kembali menjenguk keluar tingkap lalu menembak zombi di belakang kereta. Zombi itu terjatuh. Namun, bukan penyelesaian baginya. Zombi-zombi berlari ke arah mereka berdua. Danial Nabil menembak habis-habisan.
"Laju lagi, Yasmine!" arah Danial Nabil.
Farah Yasmine memandu kereta lebih laju menerusi jalan tenang, menuju ke banjaran. Sebuah terowong diredah masuk. Danial Nabil kembali masuk ke dalam kereta setelah menembak zombi di belakang.
"Rasanya, benda tu dah jauh ke belakang," kata Danial Nabil.
Farah Yasmine kembali memandu secara normal. Mereka berdua melepasi terowong meredah banjaran. Kini, mereka memasuki negara Perancis.
***
London, England, United Kingdom
Pakaian dikemas ke dalam beg. Sedang sibuk mengemas, Ruby muncul di kaca telefon di atas tilam. Dia kehairanan.
"Kau nak ke mana?" soal Ruby.
"Pergi dari sini," jawab Zafina Shahira mula cemas.
"Nak lari ke mana lagi? Malaysia pun akan diserang juga."
"Lari ke Amerika."
"Tapi, Yasmine dan Cikgu Danial macam mana? Diorang dah masuk Perancis."
Zafina Shahira memandang telefonnya. "Ya, kita pergi sekalilah nanti. Lagipun, aku bukan lari ke Amerika sekarang."
"Habis tu, lari ke mana?"
"Lake District. Aku boleh cari rumah baru dekat sana sementara diorang dalam perjalanan ke sini."
Ruby melihat Zafina Shahira bersiap.
***
Bangkok, Thailand
Niratcha mengajar Arasy Rayyan ilmu Muay Thai. Kali ini, lebih lasak. Tony hanya memerhati dua beranak itu berlawan.
Dbush! Satu tendangan kuat ditepis Niratcha.
"Wah, dah pandai anak mama ni!" kata Niratcha memuji.
Satu dakapan erat diberikan. Wajah Arasy Rayyan terbenam ke buah dada ibunya sampai lemas. Niratcha pula memeluk lebih erat.
"Sayang anak mama ni," kata Niratcha tersenyum.
Arasy Rayyan melepaskan pelukan. "Ya. Ya, sayang mama juga. Kovit pergi dulu ya."
"Okey, hati-hati."
Arasy Rayyan mengambil jaketnya lalu memakainya. Dia berjalan keluar dari gimnasium Muay Thai milik Tony. Dia mengeluarkan telefonnya. Nombor kakaknya didail sambil dia berjalan ke suatu tempat.
"S̄wạs̄dī xā khārā. (Helo, Achara.)" sapa Arasy Rayyan.
"s̄wạs̄dī, (Hai.)" balas Aminah Safawiyah.
"Khuṇ xāyu thèā h̄ịr̀ (Apa khabar, kak?)"
"Mī s̄uk̄hp̣hāph thī̀ nī̀ thảmị t̂xng thorṣ̄ạphth̒ nī̂. (Kakak sihat je. Kenapa telefon ni?)"
"Thèānận pheìng xxk cāk kār f̄ụk mwythịy xạcc̄hrā klạb pị krungtheph meụ̄̀x dı (Saja. Baru habis latihan Muay Thai. Bila Achara nak balik Bangkok ni?)"
"Yạng mị̀rū̂ Achara kảlạng reīyn rū̂ s̄ìng nī̂ (Tak tahu lagilah. Achara tengah belajar ni.)"
"Chı̀ phī̀ chāy (Yalah, kak.)"
"Pị h̄ā fæn khn nī̂ khuṇ mị̀ dị̂ xyū̀ khn deīyw (Pergilah cari girlfriend tu. Taklah kau lonely sangat.)"
"What?"
"Okay? Bye-bye."
Panggilan ditamatkan. Arasy Rayyan kebingungan sedikit dengan kata-kata Aminah Safawiyah. Keluhan kecil dilepaskan. Telefon disimpan ke dalam poket seluar semula. Langkahnya diatur mendekati motosikalnya.
"Excuse me," celah seorang wanita berdiri di belakang Arasy Rayyan.
Arasy Rayyan menoleh ke belakang lalu melihat wanita melayu 20an itu. "Yes."
"Can you speak English?"
"Sure. What's up?"
"Do you know where the Beauty Inn Hotel?"
"Yes, I do. I can send you there."
"Thanks."
Arasy Rayyan mengeluarkan helmet simpanan dari kotak belakang motosikalnya lalu memberikannya kepada wanita itu. Dia menaiki motosikal lalu memakai helmet miliknya. Wanita itu membonceng motosikal. Enjin dihidupkan. Arasy Rayyan menunggang motosikal pergi dari situ.
"What is your name, young lady?" soal Arasy Rayyan.
"Farah Natasha from Malaysia," jawab Farah Natasha, wanita itu.
"Oh, orang Malaysia rupanya. Cakap Melayu jelah."
"Oh! Awak orang Malaysia juga ke?"
"Tak, saya memang orang sini. Cuma, ayah orang Malaysia. Ibu pula orang sini."
Farah Natasha mengangguk faham. "Kerja apa sekarang?"
"Maaf, saya belajar lagi. Baru 15 tahun."
"Oh!"
"Kakak buat apa dekat sini? Maksud adik, buat apa datang sini?"
"Mengembara. Saya jurnalis sebenarnya. Saya nak teroka negara ni. Itu je."
"Oh..."
Motosikal berhenti di hadapan destinasi.
"Sini, kan?" soal Arasy Rayyan.
"Ya, terima kasih," jawab Farah Natasha.
Wanita itu bergerak turun dari motosikal lalu menanggalkan helmet. Arasy Rayyan memberi sesuatu kepada Farah Natasha; sebatang pen.
"Nah, pen untuk jurnal kau," kata Arasy Rayyan, prihatin.
Farah Natasha mengambil pen itu, ragu-ragu. Dia menarik lengan Arasy Rayyan sekali. Nombor telefonnya ditulis pada lengan lelaki sasa itu. Pertama kali Arasy Rayyan dilayan sebegini.
"Nah, nombor saya," kata Farah Natasha tersenyum.
"Terima kasih," ucap Arasy Rayyan.
Farah Natasha berjalan masuk ke dalam hotel, meninggalkan Arasy Rayyan. Lelaki itu terpinga-pinga sedikit. Aku baru dapat nombor perempuan ke?
Bersambung...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro