Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 7

Istanbul, Turki

Trak dipandu laju menerusi kotaraya islamik itu. Sebuah jambatan yang menghubungkan dua benua; Benua Asia dan Benua Eropah, dilalui mereka. Danial Nabil memandu dengan tenang sekali. Sekali-sekala dia menoleh ke arah Farah Yasmine, melihat gadis itu tidur dengan nyenyak sekali. Pandangan dibuang ke depan semula.

"Haih, ni mesti perjalanan yang jauh," kata Danial Nabil memandu.

Vroom! Enjin trak berderum laju melalui jambatan, memasuki Benua Eropah.

***
London, England, United Kingdom

Burung-burung berkicauan pada tenga hari itu. Zafina Shahira berjalan-jalan di sekitar kotaraya yang aman sejahtera itu. Sedang asyik bermain telefon, Ruby muncul dalam skrin telefonnya.

"Zafina!" seru Ruby tiba-tiba.

"Eh, kau ni... buat terkejut je. Kenapa ni?" kata Zafina Shahira kehairanan.

"Farah Yasmine dan Cikgu Danial dalam perjalanan ke sini."

"Farah Yasmine dan Cikgu Danial? Dalam perjalanan ke sini? Nak buat apa?"

"Pasal wabak yang sedang berlaku sekarang ni. Fina pun kena sedia untuk hadap ni nanti."

"Wabak apa? Aku tak tahu pun pasal ni."

Segera, Ruby memaparkan peta dunia. Wabak zombi itu hampir memasuki Timur Eropah. Lokasi Farah Yasmine turut ditunjukkan.

"Wabak ni hampir dekat dengan negara Timur Eropah. Yasmine pula dah memasuki Istanbul dan dah masuk ke Eropah," terang Ruby.

"Yang lain macam mana?" soal Zafina Shahira.

"Masih di Malaysia, tapi Alif dalam perjalanan ke Hokkaido."

***
Iwaki, Jepun

Kereta dipandu menerusi lebuhraya, menuju ke utara Jepun. Alif Najmi masih lagi memandu kereta dengan laratnya. Isma Fatieha sudah terlelap di sebelahnya. Tidak semana-mana, kepala gadis itu tersengguk ke bahu Alif Najmi, mengingatkan Alif Najmi kepada seseorang. Dia memandang gadis itu.

"Insyi..." monolog Alif Najmi, perlahan.

Kemudian, muncul pula sebuah memori hitam di kotak fikiran lelaki itu; kemalangan. Pandangan dibuang ke hadapan semula. Keluhan dilepaskan.

***
Kuala Lumpur, Malaysia

Trak Pajero berhenti di tidak jauh dari lapangan terbang. Ilyana Zhamuri dan adiknya bergerak turun dari trak tersebut dengan senjata raifal AKM.

"Okey, semoga berjaya!" ucap Samantha Lee.

Dua beradik Rusia itu melihat trak dipandu pergi. Mereka saling memandang.

"Okay. Let's go!" arah Ilyana Zhamuri.

Mereka berdua mendekati pagar yang tinggi itu. Jennie Zhamuri mengeluarkan penyembur khas lalu menyembur pagar itu menjadi bulatan. Ilyana Zhamuri mencabut sebahagian pagar itu. Mereka berdua memecah masuk ke dalam kawasan lapangan itu tanpa disedari sesiapa.

Sebuah stor penyimpanan kapal terbang dihampiri mereka. Dua beradik itu memasuki stor besar itu dari pintu belakang. Sebuah pesawat didekati mereka. Jennie Zhamuri terlebih dahulu menaiki pesawat itu. Pintu depan yang besar itu dibuka akhirnya. Siren berkumandang ketika pintu sedang membuka luas.

"Hei! Berhenti!" arah seorang pengawal yang muncul dari pintu belakang.

Ilyana Zhamuri menembak pengawal itu. Sementara Jennie Zhamuri cuba bersiap dengan kelengkapan pesawat itu, Ilyana Zhamuri bergerak keluar dari stor untuk 'melayan' para pengawal. Peperangan kecil berlaku di antara dua pengganas dan beberapa pengawal. Tembakan dilepaskan dengan tepat ke sasaran. Ilyana Zhamuri menyerang secara solo. Sebiji bom tangan dilontar ke arah pengawal.

Kaboom!

Wanita Rusia itu menyerang lagi. Satu pukulan mengenai belakang kepala Ilyana Zhamuri. Wanita itu mengaduh kesakitan lalu memusing ke belakang. Seorang pengawal memukulnya lagi. Mujurlah Ilyana Zhamuri sempat menahan serangan lalu menyerangnya. Raifal diletakkan di belakang badan.

Ilyana Zhamuri menyerang pengawal itu dengan tangan kosong. Serangan dari pengawal itu berjaya dielak. Ilyana Zhamuri membalas serangan dengan langkah Muay Thai. Dia mendakap lawannya lalu menyepak perut lawan berkali-kali. Dia menolak lawannya lantas memberi tendangan puting beliung; memusingkan badan lalu menyepak lawan. Lawannya rebah, tidak mampu bangun lagi.

Bunyi enjin pesawat jelas kedengaran. Ilyana Zhamuri berlari masuk ke dalam stor penyimpanan pesawat tadi. Dia meluru ke pesawat itu lantas menaikinya. Helmet keselamatan dipakainya. Pintu deoan sudah terbuka luas. Jennie Zhamuri memandu pesawat itu keluar dari stor, menuju ke landasan.

Sebaik tiba di landasan, pesawat sedia untuk penerbangan. Beberapa buah kenderaan pihak berkuasa memasuki lapangan itu untuk menghentikan mereka.

"Alright. Home sweet home," ucap Jennie Zhamuri menggerakkan pesawat ke hadapan.

Pesawat dipandu laju sambil dikejar kenderaan pihak berkuasa. Jennie Zhamuri menarik stereng pesawat bagi menaikkan pesawat ke udara. Akhirnya, pesawat tersebut terbang ke udara, meninggalkan mereka di belakang. Ilyana Zhamuri bersorak kagum.

"Yeay! We did it!" ucap Ilyana Zhamuri.

Dua beradik itu menepuk tangan sesama sendiri; give me five.

Kelihatan pesawat terbang menerusi langit malam. Luthman Harith duduk di tangga rumah sambil melihat langit malam. Azizul Rahman muncul dengan bungkusan plastik. Dia meletakkan sebiji burger ke sisi kawannya lalu duduk di sebelahnya.

"Hang rasa Minah ada laki lain tak bila dia sambung belajar tu?" soal Azizul Rahman bersahaja.

Jelingan maut dituju ke arah Azizul Rahman.

"Yalah, kan? Laki dekat U memang handsome, pandai pula tu. Hang tak jealous ka?" tambah Azizul Rahman selamba sambil membuka bungkusan burger.

"Kau nak makan flying kick ke axe kick?" kata Luthman Harith menahan geram.

"Laa... tanya ja. Tak payahlah maqah!"

"Masalahnya, kau tanya soalan macam minta kaki."

"Yalah. Yalah." Azizul Rahman menikmati burger ayam di tangannya.

Luthman Harith membuka bungkusan burger lalu menikmatinya.

"Kau suka siapa sebenarnya ni?" soal Luthman Harith tiba-tiba.

"Apa hang meqapu ni?" Azizul Rahman menjongketkan keningnya.

"Dekat bengkel tadi, mata kau lain macam."

"Apa?"

"Kau suka Ilyana eh? Dia dara tua tu," usik Luthman Harith tersenyum nakal.

"Tak."

"Sam? Dia janda tu."

"Tak juga." Azizul Rahman menggeleng.

"Jennie? Dara lagi."

"Mestilah... tak!"

"Hmm..."

"Hang dah pasaipa tanya bagi soalan meqepek ni?"

"Abang pilih yang mana? Perawan atau janda? Perawan nampak cantik. Janda lagi menarik," usik Luthman Harith menyanyi.

Azizul Rahman bereaksi dingin.

Pandai hang mainkan aku balik noh, desis hati Azizul Rahman.

Luthman Harith merenyuk plastik bungkusan burger selesai makan. Dia masuk ke dalam rumah. "Aku nak tidur ni. Kalau nak main PS3, ajaklah aku sekali."

"Yalah," balas Azizul Rahman menggulingkan matanya.

***
Ichinoseki, Jepun

Keesokan paginya, Isma Fatieha mencelikkan matanya setelah berjam-jam dia lelapkan mata. Dia meregangkan badannya. Dia melihat sekelilingnya dalam keadaan mamai. Mereka berada di perhentian sebelah lebuhraya.

"Kita dekat mana ni?" soal Isma Fatieha ingin tahu.

Pandangan dibuang ke kusyen pemandu. Alif Najmi sudah tiada di situ.

"Eh! Mana dia ni?" kata Isma Fatieha kehairanan.

Cermin tingkap sebelah Isma Fatieha diketuk, mencuri pandangan wanita itu. Alif Najmi rupanya. Isma Fatieha bergerak turun dari kereta.

"Sekarang, kita dekat mana ni, awak?" soal Isma Fatieha.

"Ichinoseki. Separuh perjalanan lagi baru sampai Hokkaido," jawab Alif Najmi sambil memegang beg plastik.

Makanan dari beg plastik dikeluarkan lalu dihulurkan kepada Isma Fatieha.

"Nah, roti," kata Alif Najmi, lembut.

Isma Fatieha mengambil bungkusan roti itu lalu membukanya. Dia menikmati roti kecil itu.

"Kalau nak, ada lagi dekat bonet," kata Alif Najmi lagi.

"Ermm... tak ada orang ke dekat sini?" kata Isma Fatieha melihat persekitaran yang penuh kesunyian sambil menghabiskan roti di tangan.

"Entahlah. Kerajaan Jepun dah keluarkan amaran larangan keluar rumah. Jadi, apa lagi? Musang rompaklah makanan. Minyak kereta pun Musang rompak juga."

Isma Fatieha terpinga-pinga mendengar kata-kata itu. "Biar betul!"

"Dahlah. Jom gerak! Awak pandu."

"Yelah," balas Isma Fatieha menggulingkan matanya.

Mereka menaiki kereta semula. Isma Fatieha mengambil alih pemanduan. Alif Najmi pula duduk di kusyen penumpang, sebelah Isma Fatieha. Kereta Suzuki Swift dipandu pergi dari situ. Mereka berdiam seketika dalam perjalanan ke utara.

"Kalau awak nak tidur, tidurlah. Mesti penat kan satu malam memandu?" kata Isma Fatieha, lembut.

"Tak apa. Najmi okey," kata Alif Najmi.

Kusyen direndahkan. Tingkap dibuka luas. Kasut ditanggalkan. Alif Najmi membaringkan badannya lalu meletakkan kakinya ke luar tingkap. Lagu nyanyian Eminem dimainkan dari radio menerusi Bluetooth dari telefon Alif Najmi.

https://youtu.be/lgT1AidzRWM

In my shoes, just to see
What it'd be like, to be me
I'll be you, let's trade shoes
Just to see what I'd be like to
Feel your pain, you feel mine
Go inside each other's mind
Just to see what we find
Look at shit through each other's eyes

But don't let 'em say you ain't beautiful oh
They can all get fucked. Just stay true to you so
Don't let 'em say you ain't beautiful oh
They can all get fucked. Just stay true to you so

Beautiful
-Eminem

Isma Fatieha yang mendengar Alif Najmi menyanyikan bahagian korus itu memandang seketika ke arah Alif Najmi lalu kembali memandang hadapan.

"Macam sedih je lagu ni. Tak ada lagu lain ke?" kata Isma Fatieha.

"Apa? Lagu je kot," kata Alif Najmi hairan.


"Tahulah, tapi... apasal lirik sedih sangat?"

"Alaa... Isma tak tahu lagi waktu Alif dalam penjara dulu."

Isma Fatieha tertarik dengan kata-kata lelaki itu. "Macam mana?"

Alif Najmi merenung ke langit pagi, mengenangkan kisah lamanya.

~Throwback~

"Terima kasih untuk kawan kita, Karl. Seterusnya, siapa pula?" kata Hariz Danial duduk berkumpul dengan kawan banduan.

Mata Hariz Danial tertumpu pada Alif Najmi.

"Musang, ada apa-apa nak kongsikan?" kata Hariz Danial.

"Pass," balas Alif Najmi acuh tak acuh.

"Alaa... kau selalu macam ni. Share la sikit pasal hidup kau... walaupun agak private."

Alif Najmi mengeluh kecil. "Yela..."

Dari tempat duduknya, Alif Najmi berhujah.

Ibu ayah aku mati kemalangan.
Aku ibarat anak buangan.
Tiada lagi satu ruangan
Untuk diberi kesayangan.
Aku jadi ahli Black Tiger waktu 15 tahun
Sebab mahu lihat adik sedar dari koma 15 tahun.
Aku menanti bertahun-tahun.
Sayangnya, aku dipenjara 5 tahun.
Aku berhenti jadi samseng ketika usia 20.
Aku mahu jalan gelap aku disuluh.
Ambil yang jernih, buang yang keruh.
Tanam benih, tunggu daun tumbuh.
Bak kata arwah cikgu,
'Jangan ulang kesilapan macam dulu.'
Aku masih ingat lagi waktu dulu
Di mana aku cuba bunuh cikgu.

Sepanjang aku bernafas,
Aku seringkali kurang waras.
Biarlah cinta tidak kenal rupa dan paras
Kerana ia kabur dan kurang jelas.
Namun, segalanya makin jelas bila dipertemukan dengan satu gadis.
Dia bekerja sebagai anggota polis.
Dia sanggup korban nyawa dan masa untuk satu kes
Untuk menangkap suspek dalam blacklist.
Nama dia agak kompleks
Tapi ada dalam konteks
Kali pertama aku jadi mangsa seks
I feel like, 'What the heck?'
Bila Insyi datang selamatkan aku.
Sayangnya dia kalah dengan Hantu Sudu.
Aku biarkan suspek lari diri dulu
Dan biarkan aku dihantar ke Penjara Pudu.

-Alif Najmi

Mereka yang mendengar, berasa kagum dengan hujahan Alif Najmi. Hariz Danial menepuk tangan kepada rakan sebiliknya itu.

"Sungguh menyentuh hati," kata Hariz Danial.

~End Throwback~

"Lepas tu, diorang suruh aku jadi rapper. Haha... kelakar," kata Alif Najmi ketawa sinis.

Mendengar kata-kata Alif Najmi tadi, Isma Fatieha berasa bersalah pula.

"Ermm... awak," kata Isma Fatieha, perlahan.

Alif Najmi memandang wanita di sebelahnya. "Ya."

"Err... minta maaflah pasal sebelum ni. Saya bunuh orang yang awak sayang. Saya culik awak. Saya... rogol awak. Saya betul-betul minta maaf."

Alif Najmi bangun dari baring sambil meletakkan kakinya turun dari tingkap. Dia memandang wanita itu lalu mengusap tudung yang dipakainya. Senyuman tercalit di bibirnya.

"Saya tak kisah benda tu... sebab saya ada awak je sekarang," kata Alif Najmi tersenyum.

"Habis tu, polis tu?" kata Isma Fatieha kurang senang.

Senyuman di bibir Alif Najmi pudar serta-merta. Alif Najmi menjenguk keluar tingkap. Sekali lagi, memori hitam bermain di fikirannya.

"Dia... err..." Alif Najmi tidak sanggup habiskan ayatnya.

Isma Fatieha memandang lelaki itu sekilas lalu kembali memandang hadapan. "Abang okey?"

"Abang okey."

Isma Fatieha terpaksa berdiam tentang Insyirah. Dia cuba menukar topik perbualan.

"Jauh lagi ke nak sampai Hokkaido?" soal Isma Fatieha bersahaja.

"Dalam 11 jam baru sampai. Kalau Isma bawa lambat macam bawa dekat kampung, 24 jam baru sampai rasanya," perli Alif Najmi tersengih.

Isma Fatieha menggulingkan matanya. Dia teringatkan sesuatu.

"Oh, ya! Hari tu, abang keluar dengan bini Faiz, kan? Korang buat apa?" soal Isma Fatieha memberi renungan maut.

"Mana ada buat apapun," balas Alif Najmi berkerut dahi.

"Tipu!" Sekilas, sudu perak diacu ke leher Alif Najmi.

Alif Najmi mengalihkan sudu perak ke tepi. "Betul. Tak tipu."

"Eleh. Yelah tu. Bini Faiz tu kan cantik? Ya, tak?"

Alif Najmi terdiam seketika. "Isma cakap macam ni macam Isma suka si Faiz tu je."

Giliran Isma Fatieha pula berkerut dahi. "Mana adalah! Tak tergamak Isma nak kacau laki orang."

"Yelah tu. Nak merajuk."

"Alaa... abang ni... janganlah merajuk!"

"Pandulah kereta. Jangan banyak cakap!"

Isma Fatieha terdiam lalu tertumpu pada pemanduan. Kereta dipandu laju menerusi lebuh raya yang hening pada pagi indah. Suhu permukaan menurun sebaik memasuki bahagian utara Jepun.

Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro