BAB 6
Ankara, Turki
Tidur lena yang nyenyak diganggu dengan satu bunyi bising. Farah Yasmine mencelikkan matanya lalu bangun. Matanya digosok.
"Apa bising-bising ni?" kata Farah Yasmine mamai.
Matanya terbuntang luas sebaik melihat Danial Nabil bertarung hebat dengan seekor zombi hanya bertangan kosong.
"Cikgu!" seru Farah Yasmine.
Seorang daripada dua tentera yang berdiri di depan bilik Danial Nabil, memandang Farah Yasmine. Dia mendekati bilik Farah Yasmine. Jarinya ditunding ke arah wanita itu.
"You stay quiet!" arah tentera lawan itu.
Tiba-tiba, segerombolan zombi muncul lalu menyerang dua tentera di situ. Habis badan mereka dimakan rakus. Danial Nabil yang bertarung habis-habisan dengan zombi di dalam biliknya, terus mengambil kesempatan keluar dari bilik. Pintu bilik ditutup lalu dikunci, membiarkan seekor zombi terkurung di dalamnya. Danial Nabil melihat zombi-zombi meratah daging dua tentera itu. Dua senjata milik tentera musuh diambilnya. Dia mendekati bilik Farah Yasmine lalu membuka pintu bilik. Farah Yasmine melepaskan diri. Danial Nabil memberi raifal AKM kepada anak muridnya.
"Jom keluar dari sini!" kata Danial Nabil.
Farah Yasmine mengangguk faham. Mereka berdua terus berlari keluar dari situ. Zombi-zombi di situ dibiarkan meratah daging mangsa.
Danial Nabil berlari keluar dari kawasan penjara. Farah Yasmine yang mengekori dari belakang, melihat mereka yang lain cuba berlawan dengan zombi. Mereka menaiki trak pick-up. Danial Nabil memghidupkan enjin dengan wayar bawah stereng. Trak dipandu pergi dari situ. Suasana tengah hari di situ sungguh terik.
Trak dipandu laju menuju Istanbul.
***
Kuala Lumpur, Malaysia
Bulu anjing dibelai lembut oleh Samantha Lee.
"Jadi, tak apa ke?" kata Aminah Safawiyah berwajah harapan.
"Mestilah boleh. Dah lama tak bela anjing," kata Samantha Lee tersenyum ikhlas.
Woof! Woof!
Ilyana Zhamuri dan adiknya muncul di pejabat bengkel itu.
"Wah, anjing baru!" kata Ilyana Zhamuri mencekak pinggangnya.
Aminah Safawiyah memandang dua beradik Rusia itu. "Zhamuri!"
"Tak silap aku, tu anjing German Shepherd kan?"
"Ya."
"Anjing jenis selalunya digunakan untuk pemburuan. Polis akan guna anjing jenis ni untuk mengesan jejak suspek. Boleh dikatakan juga ni anjing pemburu. Hmm... korang dah letak nama dah ke?"
"Tengah fikirkan ni."
Azizul Rahman tiba lalu mencelah perbualan. "Anjing German Sheperd ya. Apa kata letak nama Makarov."
"Aku takkan letak nama orang jahanam tu!" marah Aminah Safawiyah geram.
"Nama Gaz?" cadang Luthman Harith.
"Ghost?" cadang Azizul Rahman pula.
"Captain Price?"
"Nikolai?"
"Soap?"
"General Sheperd!"
Luthman Harith menumbuk bahu kawannya. Azizul Rahman mengaduh kesakitan.
"Tu nama watak jahatlah!" kata Luthman Harith.
"Hmm... nama Yuri?" kata Aminah Safawiyah tersengih.
Luthman Harith memandang wajah kekasihnya. "Boleh juga."
"Jap... apasal Yuri? Macam nama perempuan Jepun je," celah Azizul Rahman kebingungan.
Sekali lagi Luthman Harith menumbuk bahu kawannya. "Tolong main game Call of Duty (COD): Modern Warfare 3."
"Alaa... aku baru habis main game COD: Modern Warfare 2 dua minggu lepas."
"Lagipun, ni anjing betina. Tak apalah juga letak nama Yuri," kata Aminah Safawiyah, mesra.
"Sekejap... ada maksud ke Yuri tu?" celah Samantha Lee merawat kaki anjing yang tercedera itu.
"Entahlah. Tapi, Yuri dipermainkan dari COD: MW lagi. Dalam jilid pertama, Yuri sertai Makarov. Dalam jilid kedua, dia dikhianati Makarov. Bila masuk jilid ketiga, Yuri bersatu dengan Captain Price untuk membunuh Makarov," terang Aminah Safawiyah menjelaskan tentang watak Yuri dalam permainan video bersiri itu.
Mereka yang lain mengangguk faham.
"Sebab tu, aku tak suka letak nama... MAKAROV!!!" marah Aminah Safawiyah kepada Azizul Rahman.
Azizul Rahman berpeluh sedikit. Dia tersenyum paksa. "Yelah."
"Korang dengan game tak boleh berpisah eh?" kata Ilyana Zhamuri sinis.
Aminah Safawiyah memandang Ilyana Zhamuri. "Mestilah. Minah lebih kepada shooting game, Man kepada fighting game, Zizul pula racing game. Kalau akak nak tahu, waktu kami kecil dulu, Minah selalu guna Lesley, Man guna Chou, Zizul pula Johnson semasa main ML."
Luthman Harith dan Azizul Rahman membuat aksi dab, berlagak. Tiga wanita dewasa itu hanya mengeluh dengan tiga sahabat itu.
"Apapun, penerbangan ke Rusia dibatalkan. Rasanya, berpunca daripada wabak tu. Malam nanti, kitorang berdua akan pecah masuk lapangan terbang," jelas Ilyana Zhamuri.
"Oh! Semoga berjaya," ucap Aminah Safawiyah, ceria.
***
Tokyo, Jepun
Senja melabuh tirai. Suasana di lapangan terbang menjadi sepi. Alif Najmi dan Isma Fatieha bersandar di belakang badan sesama sendiri.
"Nampak apa-apa, tak?" kata Alif Najmi menggenggam pisaunya.
"Negatif," kata Isma Fatieha memegang sudu perak.
Senjata diturunkan. Alif Najmi menyimpan pisaunya seraya berjalan keluar dari lapangan terbang yang dipenuhi mayat. Isma Fatieha mengekori lelaki itu.
"Kau nak ke mana?" kata Isma Fatieha melangkah keluar dari lapangan terbang.
Alif Najmi memecahkan cermin kereta yang terletak di tepi jalan. Dia memandang wanita tadi. "Hokkaido. Tokyo dah tak selamat rasanya."
Alif Najmi memecah masuk ke dalam kereta. Isma Fatieha menaiki kereta Suzuki Swift biru muda itu. Enjin dihidupkan dengan wayar sahaja. Kereta dipandu pergi dari situ menerusi jalan yang tidak bertemankan cahaya lampu. Ada juga lampu jalan yang berkelipan. Kereta dipandu memasuki lebuhraya.
Kereta sedan itu terus dipandu laju menerusi Lebuhraya Wangan. Isma Fatieha melihat kenderaan-kenderaan di situ terbabas di merata tempat. Maklumlah lebuhraya paling merbahaya di Tokyo tetapi kini menjadi lebuhraya paling menyeramkan di Tokyo. Alif Najmi memandu kereta menuju ke utara Jepun.
"Kita akan sampai sana bila?" soal Isma Fatieha.
"Jarak Tokyo dan Hokkaido lebih kurang dua kali ganda jarak Alor Setar dan Johor Bahru. Mungkin dalam sehari atau lebih kita akan sampai ke sana," jawab Alif Najmi.
Vroom! Enjin kereta berderum laju menerusi lebuhraya.
***
Sedlec, Freaky World
Loceng sekolah menandakan waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Para pelajar memilih pasangan masing-masing. Yūki Taiga berpasangan dengan Claude Thunder, seperti selalu.
"Baiklah, murid-murid. Siapa nak mulakan dahulu," kata guru PJK itu.
Claude Thunder mengangkat tangan.
"Ya, kamu boleh ambil pedang kayu tu."
Dua beradik tiri itu mengambil pedang kayu dari kotak. Mereka mengambil tempat, saling menghadap. Guru PJK melihat mereka berdua sudah bersedia.
"Hmm... boleh mula," kata guru PJK.
Serta-merta, dua beradik itu menyerang sesama sendiri dengan penuh emosi. Claude Thunder menyerang dengan penuh amarahnya manakala Yūki Taiga menyerang dengan psikonya. Mereka yang lain termasuk Hanazono Suzuki dan Rachel Berlitz hanya menyaksikan mereka berlawan. Hanazono Suzuki terfikir sesuatu.
"Betulkah permaisuri Ice Serra akan datang sini?" kata Hanazono Suzuki.
"Kemungkinan besar. Lagipun, permaisuri Ice Serra pemerintah dunia ni. Raja Ayano Hiruka pula adik dia. Pasti tuan permaisuri datang juga nak tengok kerajaan dia," kata Rachel Berlitz dengan riak wajah dingin sambil menonton perlawanan epik itu.
"Kalau betullah apa yang atok cakapkan tu, Hana tak tahu nak buat apa."
"Jangan risau. Permaisuri pernah jumpa ibu-ibu kita sebelum kita lahir lagi. Baginda mesti rapat dengan kita."
Hanazono Suzuki sekadar mengangguk.
***
Air teh dihirup dengan selera. Kai meletakkan semula secawan teh ke atas meja. Dia memandang bapa mertuanya.
"Betulkah Ice Serra akan datang sini?" soal Kai.
"Kemungkinan besar juga sebab suasana di luar dunia mula huru-hara sekarang ni," jawab Alexander Monroe.
"Huru-hara macam mana tu?" soal Ayano Hiruka ingin tahu, duduk di sisi Kai sambil memegang tangan.
"Tak pastilah. Rasanya, muncul satu puak baharu."
"Puak baharu?" kata pasangan suami isteri itu serentak.
Violet Alexander muncul kemudian. Baru sahaja hendak duduk di sebelah suaminya, Ayano Hiruka memberi jelingan maut ke arah madunya. Violet Alexander yang merasai aura itu hanya bereaksi dingin. Dia hanya mampu mengeluh lalu mengambil tempat duduk lain. Kai hanya berdiam melihat perang dingin itu. Dia kembali memandang Alexander Monroe.
"Jadi,... apa nama puak baru tu?" soal Kai teringin tahu.
"Namanya..." Alexander Monroe belum habis kata lagi.
Dum! Pintu rumah ditendang kuat dari luar.
Tercabut terus pintu kayu itu. Ferradossa Anvell memasuki rumah itu dengan kemarahannya yang berapi.
"Ayano!!" jerit Ferradossa Anvell marah.
"Alamak!" Ayano Hiruka terkejut.
"Berani kau baling mercun dekat rumah aku waktu aku tengah tidur! Dah lima belas kali tau!"
Minatozaki yang baru muncul dengan penat lelahnya, cuba menenangkan keadaan. "Sabar dulu, Anvell."
Kai kehairanan. "Betulkah say..."
Baru sahaja menoleh ke tempat duduk Ayano Hiruka, isteri pertama itu sudah berjaya larikan diri menerusi tingkap yang terbuka. Kemarahan Ferradossa Anvell bertambah parah. Dia berjalan mendekati tingkap itu.
Namun, langkahnya terhenti di hadapan Kai. Ferradossa Anvell memandang suaminya. Anginnya berubah ceria.
"Hai, abang. Sihat? Hari ni, Anvell ada masak lauk ayam masak merah kuah kicap kegemaran abang. Nanti, datanglah rumah ya," kata Ferradossa Anvell, ceria.
"Err... okey," balas Kai, janggal.
"Okeylah. Anvell pergi dulu. Bye-bye."
Ferradossa Anvell memandang tingkap semula. Kemarahan kembali membara. "Ayano!"
Lantas, wanita itu melompat keluar dari rumah menerusi tingkap. Mereka yang memerhati hanya mampu mengeluh. Sehari kalau tak gaduh, memang tak sah. Minatozaki mendekati Kai. Dia berdiri di belakang suaminya lalu mengurut bahu. Kai memandang isteri ketiganya.
"Terima kasih," ucap Kai tersenyum.
Minatozaki membalas senyuman itu. Kai kembali memandang Alexander Monroe.
"Jadi, apa nama puak tu?" soal Kai berulang.
"The Undead," jawab Alexander Monroe.
Violet Alexander yang duduk di sebelahnya, hanya mengerutkan dahi. "The Undead?"
"Puak Undead dari dunia luar. Mereka mungkin akan masuk ke dunia ni semasa Ice Serra datang sini. Mereka lebih kejam dari puak Voodoo sebab mereka pemakan daging. Yang anehnya mereka hanya makan daging tertentu. Pasal ni, saya tak pasti."
"Menyeramkanlah," kata Minatozaki, perlahan.
Violet Alexander menerima mesej dari Ferradossa Anvell. Dia mengeluh lalu bangun dari tempat duduknya. "Okeylah. Saya pergi dulu ya. Takut dua orang tu bergaduh lebih teruk pula."
"Yelah. Jaga diri," pesan Alexander Monroe.
Violet Alexander mengambil jaket yang tergantung di belakang pintu. Dia memakainya lalu melangkah keluar dari rumah. Kai memandang bapa mertuanya semula.
"Ayah ada pedang baru, tak?" soal Kai tersengih.
Alexander Monroe mengeluh kecil. "Dah agak kamu akan cakap macam tu."
***
Puncak Gunung Fuji, Freaky World
Pedang dipikul ke arah sebatang pokok yang besar. Kai hanya mengekori Alexander Monroe, ditemani Minatozaki. Lelaki tua itu berhenti berjalan.
"Okey, cuba kamu serang pokok ni," pinta Alexander Monroe.
"Baik," balas Kai mengangkat pedangnya.
"Semoga berjaya!" sorak Minatozaki.
Kai menarik lajak dengan pedangnya. Minatozaki berdiri jauh dari suaminya, berdiri di sebelah Alexander Monroe.
Shing! Pedang dihayun ke batang pokok besar itu.
Jelas kelihatan pedang Kai terpacak pada batang pokok itu. Kai pula terjatuh akibat serangan sekuat tenaga itu.
"Boleh tahan," puji Alexander Monroe mendekati pokok itu.
Huruf 'S' dilakar ke atas kesan serangan itu lalu ditekan Alexander Monroe. Kai dan Minatozaki terpegun melihat kuasa itu.
"Wah! Ilmu apa tu?" ucap Kai kagum.
Alexander Monroe memandang lelaki kecil itu. "Ni bukan ilmu. Ni dipanggil 'Panggilan Sistem' atau 'System Call'."
"System Call?" Minatozaki kehairanan.
"Sistem ni tuan permaisuri Ice Serra yang serahkan kepada saya sementara menunggu ketibaan baginda. Semua orang boleh guna, tapi ini benda asas."
"Wah! Macam mana nak gunakan?" kata Kai tertarik.
"Macam ni..."
Alexander Monroe melakar semula huruf 'S' ke atas batang pokok itu dan pedang milik Kai.
Giant Tree
Level: 12
Class: A
Strength: 389630/400000
Dark Red Sword
Level: 15
Class: A
Strength: 20000/20000
"Dari sini, kita dapat lihat kekuatan pokok ni menurun lebih kurang 10 ribu. Kesan serangan boleh berubah kalau tahap sesuatu barang berubah," terang Alexander Monroe.
Minatozaki mengeluarkan anak panah dari belakang badan. Dia melakar huruf 'S' ke atas anak panah kayu itu.
Wooden Arrow
Level: 7
Class: B
Strength: 7500/7500
"Kalau kamu nak kuatkan senjata kamu, kamu perlu tukar atau ubahsuai senjata menjadi lebih kuat," tambah Alexander Monroe.
Minatozaki hanya mengangguk faham.
"Selebihnya, hanya Ice Serra yang tahu."
***
Kuala Lumpur, Malaysia
Kababoom!
Letupan kecil dari dapur mengeluarkan asap yang banyak. Faiz Azzudin bergegas ke dapur.
"Kenapa tu?" soal Faiz Azzudin, resah.
Aisyah Maisarah membuka tingkap dapur lalu mengipas asap keluar. Dia memandang suaminya. "Tak ada apalah. Api besar sangat tadi."
Faiz Azzudin mengangguk faham. "Hati-hatilah memasak tu. Letup rumah di kang."
"Yelah, abang."
Si suami berlalu pergi. Aisyah Maisarah kembali fokus dalam masakan.
"System call! Generate thermal element. Form element, arrow shape. Fly straight. Discharge!" seru Aisyah Maisarah mengeluarkan kuasanya dari jarinya.
Lima anak panah berapi dilancarkan dari jari Aisyah Maisarah, ke arah dapur. Api dinyalakan tanpa letupan, seperti tadi. Akhirnya, berhasil.
"Yosh!" kata Aisyah Maisarah tersenyum.
Aisyah Maisarah kembali memasak nasi goreng kesukaan suaminya. Tidak sia-sia Alif bagi sistem ni dekat aku. Alahai, sukanya.
Bersambung...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro