Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 4

Tokyo, Jepun

Alif Najmi dan Aisyah Maisarah duduk di meja yang berlainan sambil memerhatikan Faiz Azzudin dan Isma Fatieha yang sedang hangat berborak. Erisya Qarma bermain di tempat permainan kanak-kanak.

"Jadi,... kau dah ada anak. Baguslah," kata Isma Fatieha tersengih.

Situasi terasa janggal di situ dengan renungan maut dari pasangan masing-masing.

~Throwback~

Alif Najmi dan Aisyah Maisarah meletakkan hidangan di depan pasangan mereka.

"Awak berbual la dengan anak buah awak. Bukan selalu nak berjumpa," kata Alif Najmi tersenyum manis.

"Betul tu. Korang kan lama tak jumpa? Ambillah masa ni untuk bersama ya," kata Aisyah Maisarah tersengih.

"Err... Okey," balas Isma Fatieha ragu-ragu.

"Jangan risau. Kami duduk dekat meja lain okey," kata Alif Najmi lalu beredar.

Isma Fatieha melihat cintanya duduk di meja yang agak jauh darinya. Begitu juga dengan Aisyah Maisarah. Erisya Qarma dibiarkan bermain di tempat permainan.

~End Throwback~

"Kau... tak kerja dah ke?" soal Faiz Azzudin menghilangkan kejanggalan.

"Saya berhenti jadi ketua syarikat tu," jawab Isma Fatieha mendayu.

"Kenapa?"

"Sebab... saya buat silap besar dalam hidup saya. Saya kena tanggung malu semua ni. Jadi, saya lari ke Seoul dan menetap di sana sejak tujuh lalu. Sekarang ni pun saya jadi penulis skrip drama atau filem Korea."

"Wah, aku kagum!" ucap Faiz Azzudin terpegun.

Isma Fatieha mengukirkan senyuman kecil. "Terima kasih."

Dari jauh, dendam kesumat mula tersemat di dalam hati.

Kau senyum kat laki tu? Desis hati Alif Najmi.

Kau kagum kat perempuan tu? Desis Aisyah Maisarah pula.

Lalu mereka berdua yang memerhati itu terus berjalan keluar dari kafe itu tanpa disedari mereka yang seronok berbual.

"Haih..." keluh Alif Najmi sambil mencekak pinggang.

Aisyah Maisarah berdiri di sisi lelaki kurus itu. "Seronok tengok diorang berbual tadi?"

Alif Najmi bertindak dingin, berdiam sahaja. Sekotak rokok dikeluarkan dari poket seluar. Sebatang ditarik keluar dengan gigi kancing. Pemetik api dikeluarkan lalu dinyalakan. Hujung rokok dibakar. Alif Najmi menghisap nikotin lalu menghembus asap keluar. Aisyah Maisarah hanya mampu berdiam dengan soalannya yang terbiar tanpa jawapan. Topi yang dipakainya dipusing ke belakang bagi menampakkan wajahnya.

"Aku cakap dengan kau ni," kata Aisyah Maisarah menyilangkan tangannya paras dada.

Alif Najmi menjeling ke arah wanita dengan rupa dingin. "So?"

"Dia tu isteri kau ke?" soal wanita berusia 34 tahun itu.

"Tak. Lagipun, aku tak kahwin lagi," jawab Alif Najmi yang dua tahun lebih tua daripada Aisyah Maisarah.

"Oh. Habis tu, macam mana korang boleh berjumpa?"

"Sebab aku cari dia... selama ni. Tujuh tahun lalu, aku buru dia sebab dia bunuh kawan aku. Dalam diam tu, aku rasa sayang kat dia walaupun dia pembunuh. Entah kenapa aku boleh cintakan dia. Sampai suatu masa tu, aku cuba bunuh dia. Tapi... aku biar dia terlepas dan aku pula tertangkap. Selama lima tahun, aku habiskan masa tu dalam penjara. Lepas keluar penjara, aku cari dia lagi. Aku pergi ke situ ke sini. Lastly, terbawa diri sampai ke Seoul untuk cari," luah Alif Najmi, muram.

Rokok dihisap lagi. Asap dihembus keluar dari mulut.

"Begitu. Jadi, macam mana korang sekarang?" kaya Aisyah Maisarah.

"Kami okey. Cuba nak baiki kesilapan lalu," kata Alif Najmi.

"Tapi aku tengok dia rapat dengan laki aku. Aku rasa macam... cemburu."

"Aku pun cemburu."

Mereka berdiam seketika. Sebuah kereta yang bergerak di depan mereka, tidak dipandang.

"Jadi, nak buat apa sekarang?" soal Aisyah Maisarah.

"Kau rasa, laki kau marah tak kalau aku ajak kau jalan-jalan kat sini?" kata Alif Najmi memandang wanita itu.

"Nani? Jangan haraplah! Baka!"

Alif Najmi memberi pandangan serius. "Kau tu yang baka!"

"Nani kore?" Aisyah Maisarah berasa hairan.

"Nandemonai. Nak gaduh ke?"

Aisyah Maisarah terasa dicabar. "Marilah!"

Alif Najmi mencemuh wanita itu untuk menyerangnya. Aisyah Maisarah dalam gerakan kilat, menyepak bebola.

Krakk! Hanya lelaki memahami kesakitan ini.

Alif Najmi melutut sambil memegang celah kangkang. Dia rebah tertiarap dengan kesakitan perit itu. Aisyah Maisarah terus membuat tendangan kapak ke atas kepala Alif Najmi di depan kakinya.

Dbakk!! Darah merecik ke lantai jelas dilihat.

"Dah puas?" kata Aisyah Maisarah tiada perasaan.

Alif Najmi terdiam terkaku. Tangannya bergerak sedikit, masih bernyawa. Aisyah Maisarah mengeluh kecil lalu mengangkat Alif Najmi. Wajah Alif Najmi jelas kelihatan berdarah hidung.

"Ya Allah, kuat sangat aku sepak ni!" keluh Aisyah Maisarah, mula cemas.

Alif Najmi menjadi pitam lalu rebah ke atas dada Aisyah Maisarah kerana lemah.

"Hei, bangun! Aduhai! Aku bawa kau ke klinik!" kata Aisyah Maisarah membawa Alif Najmi pergi dari situ.

***
Kuala Lumpur, Malaysia

Ilyana Zhamuri dan adiknya melangkah masuk ke dalam rumah milik Luthman Harith. Beg pakaian dibawa masuk ke dalam bilik Azizul Rahman oleh Jennie Zhamuri.

"Terima kasih sebab bagi kitorang singgah sehari dekat sini," ucap Ilyana Zhamuri menjinjing beh pakaiannya.

"Tak apa. Malam ni, kitorang tidur dekat bengkel je la. Kalau ada apa-apa, boleh call aku atau Auntie Sam," kata Luthman Harith.

"Okey."

Luthman Harith melangkah keluar dari rumahnya. Dia menaiki trak Mitsubishi Pajero. Azizul Rahman yang menunggu di dalam trak, terus memandu pergi dari situ.

"Jadi, malam ni, kita tidur dekat bengkel ke?" kata Azizul Rahman.

"Ya," kata Luthman Harith mengeluarkan batang rokok.

Telefon Luthman Harith berdering lalu dikeluarkan dari poket seluar jean. Panggilan dari Aminah Safawiyah dijawab.

"Helo, sayang," kata Luthman Harith tersengih.

Azizul Rahman memandang sekilas ke arah kawannya lalu kembali memandang ke depan.

"Helo, Man. Saja call. Rindulah," kata Aminah Safawiyah.

"Alaa... Baru berapa hari dah rindu," balas Luthman Harith, manja.

"Habis tu, aku ni tak rindu ka?" Tengkingan Azizul Rahman dapat didengari Aminah Safawiyah.

"Siapa tu? Orang Bangla jual karpet ke?" kata Aminah Safawiyah sengaja memperli.

Azizul Rahman terkejut sakan mendengarnya. Luthman Harith hanya ketawa melihat karenah mereka.

"Awak buat apa tu?" kata Luthman Harith kembali berbual.

"Tak ada apa. Saya sebenarnya dapat tawaran belajar kat UniKL," kata Aminah Safawiyah seperti teruja.

"Wah, baguslah. Belajarlah elok-elok."

"Insyaallah. Dalam bulan depan, baru saya start belajar. Tapi, minggu ni, saya nak pergi KL untuk cari rumah sewa."

"Oh, boleh je. Datanglah sini. Bolehlah kita sembang."

"Sembang ke dating?" celah Azizul Rahman sambil memandu, selamba.

Luthman Harith memandang sekilas ke arah kawannya lalu kembali tumpu pada panggilan.

"Okey, saya datang dengan KTM tau, bukan bas. Esok malam atau lusa baru saya sampai sebab saya gerak waktu petang esok," terang Aminah Safawiyah.

"Baik, sayang," balas Luthman Harith.

Panggilan ditamatkan. Luthman Harith merenung tajam ke arah kawannya lalu menyerangnya.

"Kau tak habis-habis kacau hidup aku kan?" kata Luthman Harith geram.

"Adeh, sakitlah! Orang tengah pandu ni!" kata Azizul Rahman hilang tumpuan memandu.

Trak yang dipandu melelong ke kiri dan kanan.

"Lain kali jangan kacau hidup orang!" kata Luthman Harith, marah.

Pakk!!! Satu tamparan kuat menghinggap ke pipi Azizul Rahman.

***
Los Angeles, Amerika Syarikat

Jam sekarang sudah hampir pukul tiga pagi. Elizabeth Foxe selamat tiba di kota kelahirannya. Dia memasuki pusat bandar. Lampu merah di hadapan membuatkan dua berhenti memandu kereta Nissan GT-R. Lapan buah kereta dipandu laju melintasi persimpangan di hadapannya, berlumba. Salah sebuahnya kereta Aston Martin Vanquish S Volante milik Emy Zulkilfi.

"Wait. Is he?" Elizabeth Foxe kehairanan.

Lalu kereta litar dipandu ke arah lapan pelumba jalanan itu, mengejar si suami. Emy Zulkifli mendahului perlumbaan. Fatin Sumaiyah hanya duduk berdiam sambil menikmati kelajuan 'rollercoaster' itu. Sambil melihat suasana penuh kelajuan itu, dia mendengar beat menggunakan fon kepala.

"Hmm... Pandai abang buat beat," puji Fatin Sumaiyah, tenang.

"Tengok oranglah," kata Emy Zulkifli, angkuh.

Sambil mendengar beat karya abangnya, Fatin Sumaiyah menulis puisi dalam nota untuk dijadikan lirik lagu hip-hopnya. Tenang sahaja dia menulis puisi.

I live in Los Angeles.
Don't be so jealous
'Cuz many people famous
Than Instafamous.
In the Watt of famous,
I ain't Watt-o-famous.
If I do a crime, I will kill eyewitness.
Better don't disturb my business.
Hari Krismas, aku bagi hadiah.
Jangan tanya, 'Apa dia?'
Sebab ianya sulit lagi rahsia.
Di LA, aku rule it, tidak di Malaysia.
In GTA, Los Angeles be Los Santos.
Weed of spiceless need to roast the toast.
Rap until speechless if wanna loss the boss.
C.R.E.A.M stay in East Coast but, Thug Life forever in West Coast.
This is life in LA...

Angan jadi bintang Angel Valley
Macam rapper Makavelli.
Samseng LC, Niko Bellic
Perang hadap GS Families.
Bintang filem masuk Netflix,
Budak sekarang lupa Felix.
Malam buta culik Triks,
Masa sama tawan Grove Streets.
Buku CB bab 2 tajuk Love Trip.
Duduk bilik sampai tua tulis manuskrip.
Sampai masa Bloods lawan Crips,
Aku henti main Assassin's Creed.
I just walk and run with my feet.
Just shoot me and watch me bleed
Before the time become to late.
All you have to know, this is my fate
In the city of LA...

My rap was lyrical
And now it's critical,
Cynical in psychical
To be a criminal.
My words are illegal.
I wanna kill Eagle,
Weasel and General
Because I lost my mental.
I walk in LA to find my momentum.
You find the gold, I find the platinum.
Dream to have a billion buck
While ride a million f**k
On the girls of naughty,
Pussy, horny and hotty
'Cuz this is a wild wild west story,
Not a mythical far east story,
'Cuz this is LA...

"Okey, cuma tinggal bahagian korus sahaja," kata Fatin Sumaiyah.

Fatin Sumaiyah memandang abangnya. Dia melihat abangnya tiada. Dia memandang sekeliling lalu melihat Emy Zulkifli meraikan kemenangan. "Eh! Bila masa lepas garis penamat ni?"

Elizabeth Foxe muncul mendekati suaminya. Dia menutup mata Emy Zulkifli dari belakang. "Guess who?"

Emy Zulkifli tersenyum. "Maya, sejak bila tangan sejuk ni?"

"No, I am not Maya."

Fatin Sumaiyah bergerak turun dari kereta lalu mendekati mereka berdua. Dia berdiri di depan abangnya. "Abang Zul?"

"Haa... Betullah Maya," kata Emy Zulkifli yakin dengan mata terkatup.

Elizabeth Foxe membuka mata suaminya. Emy Zulkifli melihat adiknya berada di depannya.

"Kan betul Maya," kata Emy Zulkifli menjongketkan keningnya.

Fatin Sumaiyah mengerutkan dahinya. "Betul apa?"

Bahu Emy Zulkifli ditepuk dari belakang. Lelaki itu memusing ke belakang. Elizabeth Foxe serta-merta memberi kucupan ke bibir suaminya. Fatin Sumaiyah berpaling muka ke arah lain, malas melayan drama abangnya.

"Haih, bilalah aku nak berpunya ni? Harapkan boyfriend... Eh, silap. Harapkan ex, dia tinggalkan kita. Apalah nasib," monolog Fatin Sumaiyah mengeluh.

***
Alor Setar, Kedah

Aini Farhana bermain dengan seronoknya di taman permainan. Nurul Fadzelin memerhatikan anaknya dari bangku. Arif Hakimi muncul lalu menghulurkan secawan air milo.

"Nah," kata Arif Hakimi.

Nurul Fadzelin memandang suaminya lalu mengambil minuman dari tangan lelaki itu. Arif Hakimi melabuhkan punggung di sisi isterinya.

"Ayah dah sampai LA ke?" soal Arif Hakimi.

"Ya, baru semalam sampai sana," jawab Nurul Fadzelin.

Air dihirup menggunakan penyedut minuman.

"Harith macam mana?" soal Arif Hakimi tiba-tiba.

Pfft! Air milo dari mulut tersembur keluar dari mulut Nurul Fadzelin.

Cepat-cepat Nurul Fadzelin mengesat mulutnya. "Ermm... Dia okey kot. Pandai-pandailah dia jaga diri. Dia pun dah 18 tahun."

"Hmm... Yalah. Harap-harap dia tak macam abang waktu dulu sudah," kata Arif Hakimi.

Nurul Fadzelin menjeling ke arah mata suaminya lalu memicit hidungnya, manja. "Jahat eh abang ni."

Arif Hakimi menepis tangan isterinya. "Eleh... Dia tu jahat lagi. Dah la curi hati abang. Sayang tau tak mencuri tu hukumnya haram?"

"Eh, nak ceramah pula! Dia tu waktu dulu suka tumbuk orang, culik orang, bunuh orang tu... bukan haram ke?" Nurul Fadzelin berwajah geram.

"Haa... Yelah. Yelah. Abang salah."

Riak wajah Nurul Fadzelin bertukar manja semula. "Alololo... Comelnya."

Pipi Arif Hakimi pula dicubit. Arif Hakimi terpaksa terima cubitan manja isterinya.

***
Ashkhabad, Rusia

Trak dipandu masuk ke dalam penjara yang besar pada jam subuh. Danial Nabil dan Farah Yasmine digari, menantikan nasib mereka. Tayar trak berdecit dek tekanan brek kuat.

Seorang tentera musuh mengarah semua tahanan bergerak turun dari trak. Mereka yang di bawah tahanan terpaksa ikut perintah termasuk Farah Yasmine dan Danial Nabil. Mereka melangkah masuk ke dalam penjara. Yang lambat berjalan terus ditolak kasar. Mereka berjalan ke pusat tahanan moden yang dipenuhi banduan.

Namun, Farah Yasmine dan Danial Nabil dibawa ke pusat tahanan khas kerana mereka tentera. Mereka berdua ditolak kasar masuk ke dalam bilik berasingan lalu dikunci dari luar. Farah Yasmine mengeluh lalu melabuhkan punggung di katil keras. Danial Nabil pula cuba berfikir langkah untuk keluar dari bilik yang tidak banyak cahaya masuk.

Tiba-tiba, dua orang tentera musuh menolak satu kotak besar dengan troli ke bilik sebelah Farah Yasmine. Disebabkan dinding bilik penjara diperbuat daripada kaca, lebih mudah Farah Yasmine melihatnya. Danial Nabil turut memerhatikan mereka juga. Seorang tahanan yang dikurung, hanya melihat tentera musuh bersenjata raifal AKM meletakkan kotak besar di dalam biliknya. Dia kehairanan.

"Present for you. Have a nice day," ucap tentera musuh tersenyum sinis sebelum melangkah keluar dari bilik.

Sebaik tentera itu melangkah keluar, pintu bilik dikunci lagi. Tahanan itu mendekati kotak saiz manusia itu. Farah Yasmine dan Danial Nabil melihat sahaja.

Belum sentuh kotak itu lagi, kotak itu bergerak dengan sendirinya. Tahanan tersebut berundur. Tanpa senjata, dia tidak mampu berbuat apa. Suatu benda terus bergerak keluar dari kotak itu tetapi dapat dilihat dengan jelas. Seorang zombi terus membaham tahanan itu dengan rakus. Mereka yang melihat terus gugur jantung melihat tahanan itu dimakan sehingga keluar organ dalaman. Farah Yasmine sudah lemah melihat darah pekat merecik ke dinding kaca. Danial Nabil hanya berdiam dengan dahinya dikerut.

Seusai membaham mangsanya, dua tentera musuh tadi menembak zombi itu bertalu-talu tanpa perasaan. Dengan mayat tahanan sekali pun ditembak. Zombi itu rebah dengan keadaan badan bertompok dengan peluru. Dua tentera itu beredar dari situ bersama tawa jahat mereka. Farah Yasmine masih terpinga-pinga dengan seksaan yang terjadi terhadap si mangsa.

"Aku kena keluar dari sini!"

Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro