Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 3

Kuala Lumpur, Malaysia

Kapal terbang selamat mendarat di lapangan. Ilyana Zhamuri dan Jennie Zhamuri berjalan keluar KLIA 2. Mereka menaiki teksi ke destinasi.

Sementara itu, Azizul Rahman membaiki kenderaan pelanggannya. Cekap juga dia membaiki automobil keluar Hummer itu. Sepana kecil diambil dari poket seluarnya. Luthman Harith muncul tidak lama kemudian dengan beg plastik hitam.

"Selamat pagi, Zizul!" sapa Luthman Harith melangkah dingin ke bilik bosnya.

"Pagi, Man," balas Azizul Rahman masih di bawah SUV sedang membaiki lalu terhidu sesuatu. "Apasal bau bangkai?"

Luthman Harith meneruskan langkahnya ke pejabat. Samantha Lee yang asyik menghadap komputer, menjelingkan mata ke arah Luthman Harith. Dia kembali melihat skrin komputer.

"Harith, macam mana tadi?" soal Samantha Lee.

Luthman Harith mengeluarkan sesuatu dari beg plastik lalu mencampakkan tangan kanan seseorang ke atas meja. "Dia dah kudung."

"Kau seriuslah?" Samantha Lee seperti tidak percaya.

Luthman Harith tersenyum sinis. "Jadi,... ada apa-apa lagi?"

Samantha Lee menggelengkan kepalanya. "Tak ada."

"Kalau macam tu, aku gerak dulu." Luthman Harith beredar terus.

"Alright." Samantha Lee kembali memandang komputer.

Luthman Harith berjalan keluar dari bengkel. Sekali lagi Azizul Rahman terhidu bau yang tidak menyenangkan.

"Ughh, kuat gila bau ni! Minyak bangkai ke apa dia guna ni?" kata Azizul Rahman.

Sebuah teksi berhenti di hadapan bengkel itu. Dua beradik dari Rusia bergerak turun dari teksi itu. Teksi itu berlalu pergi. Luthman Harith menemui dua wanita itu.

"Hey!" sapa Luthman Harith mengeluarkan sebatang rokok dari kotaknya.

"Hai! Sam ada tak kat dalam?" ujar Ilyana Zhamuri menggalas begnya.

"Ada."

"Okay, thanks!"

Dua beradik itu berjalan masuk ke dalam bengkel. Jennie Zhamuri berdiam sahaja, enggan bersuara. Luthman Harith meletakkan rokok di bibirnya. Api mancis dinyalakan lalu membakar hujung rokok.

"Wah! Smoke weed everyday!" kata Luthman Harith menikmati rokok tembakau.

SUV Hummer H2 dipandu keluar dari bengkel itu setelah siap dibaiki.

Azizul Rahman menghampiri Luthman Harith lalu menepuk bahu kawannya. "Meh sebatang."

Satu keluhan dilepaskan. Luthman Harith memberi sebatang rokok dan sekotak mancis kepada Azizul Rahman.

"Macam manalah dengan Minah?" soal Luthman Harith terfikir.

Api dinyalakan lalu membakar hujung rokok. Azizul Rahman menghisap nikotin lalu menghembus asap rokok. "Entahlah, Man. Harap-harap dia okey."

Luthman Harith memandang Azizul Rahman dengan senyuman kecil. "Kau bila lagi?"

"Err..."

Luthman Harith meletakkan bahagian siku pada leher Azizul Rahman, memegang bahu kawannya. "Alaa... bos kau tu janda. Tunggu apa lagi?"

Sekilas Azizul Rahman memandang Luthman Harith dengan riak wajah terkejut. "Wei! Agak-agaklah nak ship aku dengan bos kita tu."

"Apa? Seriuslah!" jerit Samantha Lee terkejut.

Dua lelaki yang terdengar jeritan itu memandang suara itu. mereka kehairanan.

"Apasal doh?" kata Azizul Rahman, hairan.

"Entah. Jom pergi tengok." Luthman Harith berjalan masuk ke dalam bengkel.

Mereka memasuki pejabat lalu menemui tiga wanita itu. Kelihatan Jennie Zhamuri menaip sesuatu pada papan kekunci komputer manakala Ilyana Zhamuri berbual sesuatu dengan Samantha Lee.

"Betul. Letupan tu besar mengalahkan nuklear," kata Ilyana Zhamuri, serius.

"Ilyana!" panggil Jennie Zhamuri dengan mata fokus pada monitor.

Ilyana Zhamuri berjalan mendekati adiknya. Dia melihat skrin monitor buatan Lenovo itu. Matanya terbuntang luas. "Oh, Jesus!"

"Apa dah jadi ni?" soal Azizul Rahman mencelah.

Ilyana Zhamuri memusingkan monitor. Mereka bertiga yang lain melihat skrin monitor yang memaparkan peta dunia dengan satu bulatan yang besar.

"Gelombang letupan tu dah masuk Iran dan China. Dalam esok atau lusa, gelombang tu masuk Malaysia," terang Ilyana Zhamuri, serius.

***
Tabriz, Iran

Peperangan terjadi di negara Iran. Farah Yasmine dan Danial Nabil yang berpihak pada tentera Iran, berperang terhadap tentera Rusia. Peluru dilepaskan tepat ke kepala musuh. Farah Yasmine menembak hendap dari jauh dengan sniper Barrett. Danial Nabil pula berlawan tumbuk dengan musuh yang cuba menyerang dengan pisau.

"Arghh!!" raung musuhnya lalu rebah.

Seorang tentera musuh datang berlari ke arah Danial Nabil, mahu memukul kepalanya dengan AKM. Danial Nabil mengelak pukulan itu lantas menarik lawannya sebagai tebusan. Tentera musuh yang cuba menembaknya, tersasar rakan sekumpulannya. Danial Nabil merampas senjata dari tangan musuh lantas membalas tembakan. Matanya tertumpu pada seorang tentera musuh yang agak jauh dari situ. Apa yang jadi kejutannya ialah tentera itu bersejata RPG. Danial Nabil memandang tempat Farah Yasmine menembak hendap.

"RPG!!!" jerit Danial Nabil, kuat.

Tembakan dilepaskan ke arah Farah Yasmine. Wanita itu melihat peluru RPG dilancarkan ke arahnya. Matanya terbeliak.

Kababom! Tembakan RPG itu mengenai dinding bangunan.

Farah Yasmine yang berada di tingkat atas merasakan bangunan itu bakal runtuh. Dia segera bangkit lalu berlari ke tingkap. Belum sempat bangunan itu runtuh, Farah Yasmine berjaya melompat keluar dari bangunan tersebut lalu mendarat di atas bumbung bangunan sebelah. Dia lalu bergerak terjun dari bangunan satu tingkat itu. Dia membuka larian ke arah Danial Nabil.

"Kita kena gerak cepat," kata Danial Nabil sebaik Farah Yasmine berdiri di sebelahnya.

"Nanti! Ada ribut pasir!" kata Farah Yasmine melihat ribut pasir berada tidak jauh di depannya.

Danial Nabil turut melihat ribut pasir itu. Dia tidak mampu melihat apa-apa di dalam pasir itu. Dia segera meniarap. Farah Yasmine menurut sahaja.

Akhirnya, ribut pasir tiba menyelubungi zon peperangan. Sepanjang ribut pasir berlaku itu, bunyi tentera meraung ditembak jelas kedengaran. Farah Yasmine hanya mampu berdoa sahaja. Mayat tentera Iran jatuh betul-betul di sebelahnya. Hampir terjerit dibuatnya.

Setelah berlalunya ribut pasir itu, Farah Yasmine kembali membuka matanya. Dia melihat tentera musuh menembak pasukannya yang nyawa-nyawa ikan. Apa yang dia mampu buat, berpura-pura mati. Seorang tentera musuh melihat keadaan Farah Yasmine. Baginya, Farah Yasmine pasti sudah mati. Tentera musuh terus berlalu, meninggalkan mereka. Sebaik mereka hilang dari pandangan, Farah Yasmine merangkak perlahan ke satu arah. Dia melihat Danial Nabil mati tersandar. Hampir menangis dia dibuatnya.

"Ssh..." arah Danial Nabil yang berpura-pura mati tadi.

Perlahan-lahan, Danial Nabil merangkak ke arah sebuah kereta yang sudah meletup. Baru lega hati Farah Yasmine melihat gurunya masih hidup.

"Keluarkan sniper," arah Danial Nabil.

Farah Yasmine meletakkan snipernya di atas hud bangkai kereta.

"Bila kau dah sedia, tembak."

Farah Yasmine memahami arahan itu. Nafas ditarik dalam-dalam lalu dihembus perlahan. Sasaran ditetapkan. Picu sniper ditarik. Tembakan senyap dilepaskan lalu menembusi bahagian tangki minyak trak tentera musuh.

Kaboom! Satu letupan besar berjaya mematikan tentera di sekitarnya.

"Tembak lagi!" arah Danial Nabil.

Tembakan dilepaskan lagi. Kali ini mengenai kepala tentera musuh.

Woof! Woof! Seekor anjing milik tentera lawan berlari ke arah Farah Yasmine.

Farah Yasmine cuba menembak anjing itu tetapi tersasar. Anjing itu menerkam Farah Yasmine. Mujurlah wanita itu sempat menahan mulut haiwan buas itu dari digigit.

Bang! Satu tembakan mengenai badan anjing itu.

Anjing itu mati lalu ditolak ke tepi. Farah Yasmine memandang Danial Nabil yang menembak anjing itu.

"Kau tak apa-apa?" kata Danial Nabil menghulurkan tangannya.

Farah Yasmine menyambut tangan lelaki sasa itu lalu bangun. "Saya okey."

"Dah. Jom pergi!"

Segera, dua tentera pengaman itu bergerak pergi dari situ. Mereka memasuki sebuah bangunan yang gelap tiada lampu lalu bersembunyi di sebalik dinding. Kelihatan tentera musuh sedang mencari mereka yang terselamat. Farah Yasmine mahu melepaskan tembakan tetapi dihalang Danial Nabil.

"Hold your fire," arah Danial Nabil.

Farah Yasmine mengikut perintah. Sniper diturunkan.

"Ikut cikgu," arah Danial Nabil lagi.

Danial Nabil meredah masuk ke dalam kegelapan bangunan itu. Farah Yasmine mengekori dari belakang. Sniper disandangnya. Pistol Glock dikeluarkan. Takut berlaku serangan berhadapan.

Dalam keadaan gelap-gelita ditemani lampu siling yang berkelipan, dua tentera itu melangkah ke depan. Telinga Danial Nabil tergerak-gerak menangkap bunyi sesuatu sedang melahap rakus. Serta-merta, dia berhenti melangkah. Farah Yasmine turut berhenti melangkah, memandang gurunya. Danial Nabil mengarah Farah Yasmine untuk bergerak ke hadapan sahaja dengan bahasa isyarat tangan. Farah Yasmine faham. Mereka meneruskan langkah.

Seseorang muncul dari belakang mereka berdua. Langkahnya diatur perlahan menghampiri mereka. Pakaiannya koyak-rabak. Badannya penuh dengan darah. Rambutnya botak licin. Kulitnya kekelabuan dan berkedut. Farah Yasmine yang berada di belakang Danial Nabil, berasa sesuatu yang tidak menyenangkan. Dia segera menoleh ke belakang lalu melihat satu makhluk menyerangnya dengan tangan kosong.

Bang! Satu tembakan mengejut itu bergema ke setiap sudut bangunan itu.

Danial Nabil menoleh ke belakang lalu melihat Farah Yasmine merenung ke arah makhluk itu. Dia sekilas memandang ke depan semula. Matanya terbeliak melihat beberapa makhluk yang menggerunkan berdiri di depannya. Dia kembali mendapatkan Farah Yasmine.

"Yasmine, kita kena pergi!" arah Danial Nabil, cemas.

Farah Yasmine mengangguk faham. Mereka berdua terus berlari ke pintu keluar tadi. Hakikatnya, makhluk-makhluk tadi menutup laluan keluar, mengepung mereka.

"Tak guna!" keluh Danial Nabil.

Serta-merta, Danial Nabil melepaskan tembakan ke arah makhluk yang cuba menyerang mereka dalam gelap. Farah Yasmine turut membantu. Bunyi tembakan jelas kedengaran dari luar bangunan, menarik perhatian tentera musuh.

Setelah beberapa minit menembak di dalam bangunan, Farah Yasmine kehabisan peluru pistol. Terpaksalah dia gunakan sniper biarpun di ruang kecil dan gelap.

"Kita kena gerak!" kata Danial Nabil teruskan menembak.

Farah Yasmine bergerak ke depan, diekori Danial Nabil. Makhluk lain yang masih bernyawa, terus mengejar mereka. Danial Nabil menyimpan senjatanya lalu menepuk bahu Farah Yasmine untuk berlari. Farah Yasmine melihat ketuanya berlari lalu turut serta. Snipernya yang berat terus dicampak ke lantai bagi melajukan lariannya. Pintu belakang dirempuh Danial Nabil. Mereka berdua terus melompat keluar dari bangunan itu. Farah Yasmine segera melihat pintu keluar bangunan itu. Kelihatan seekor makhluk menerkam Farah Yasmine secara berhadapan. Wanita itu sempat lagi menahan mulut makhluk itu dari digigit.

"Benda apa ni!?" Farah Yasmine cemas.

Segera, Danial Nabil menyepak makhluk itu jauh dari tubuh Farah Yasmine lalu menembaknya. Makhluk mati dengan keadaan mulut ternganga. Dua manusia itu terpinga-pinga dengan kehidupan makhluk yang sudah mati. Cahaya mentari menyinar tubuh makhluk itu, membuatkan makhluk itu terbakar lalu berubah menjadi debu.

"Benda apa tu?" soal Farah Yasmine terpinga-pinga. "Takkanlah zo... zombi!"

"Zombi apa jadi debu?" balas Danial Nabil membantu Farah Yasmine untuk berdiri.

"Habis tu, zombi drakula?"

Tiba-tiba, tentera musuh tiba mengelilingi mereka berdua. Senjata diacu ke arah mereka. Tentera musuh mengarah mereka untuk menyerah. Dua tentera pengaman itu tidak mampu berbuat untuk saingi lima tentera itu, hanya boleh menyerah sahaja. Danial Nabil mencampak senjatanya ke tanah lalu melutut. Farah Yasmine turut melutut. Tangan diletakkan di belakang kepala sebelum mereka digari, ditangkap.

***
Tokyo, Jepun

Aisyah Maisarah membimbing Erisya Qarma sambil berjalan bersama Faiz Azzudin.

"Mak, Doraemon," kata Erisya Qarma menunding jari ke arah replika Doraemon yang diletakkan di depan sebuah kafe.

Aisyah Maisarah memandang kafe tersebut lalu memandang suaminya. "Abang, kita singgah situ boleh, tak?"

"Haa... Jomlah! Lagipun, abang tengah lapar," kata Faiz Azzudin bersetuju.

Pada masa yang sama, Isma Fatieha dan Alif Najmi yang baru tiba di Tokyo, berjalan ke arah kafe itu.

"Comel juga eh anak patung Doraemon yang diorang buat," puji Isma Fatieha tersenyum.

"Comel macam awaklah," puji Alif Najmi mengusik.

Pipi Isma Fatieha naik merah. "Ma... Mana adalah!"

Tanpa disengaja, Isma Fatieha dan Faiz Azzudin berlanggar sesama sendiri ketika hendak memasuki kafe Doraemon. Mereka sekilas saling memandang.

"Oops! Sorry!" kata Isma Fatieha terlebih dahulu.

Faiz Azzudin melihat wajah Isma Fatieha, ketua penerbit syarikat buku tidak lama dahulu. "Isma?"

"Jap... Macam kenal. Faiz ke?" kata Isma Fatieha ragu-ragu.

"Puan rasa... siapa penulis buku Penulis Malam tu?"

Isma Fatieha mengukirkan senyuman teruja. "Betullah! Faiz Azzudin kan?"

"Betul." Faiz Azzudin mengukirkan senyuman kecil.

"Wow! Tak sangka kita boleh jumpa kat sini!"

"Itulah kan. Haha..."

Tiba-tiba, dua manusia berdehem di belakang mereka yang berbual rancak. Mereka menoleh ke belakang. Faiz Azzudin melihat Aisyah Maisarah berdiam sahaja dengan renungan mengerikan. Begitu juga Isma Fatieha yang melihat Alif Najmi sebegitu.

=Split Personality Mode=

Empat personaliti Alif Najmi melihat Musang memendam perasaan.

"Sabar Musang. Bawa bertenang," kata Alif cuba menenangkan Musang.

"Lagipun, diorang cuma rakan sekerja je. Tak lebih dari tu. Lagipun, laki tu dah kahwin," kata Farid pula.

Najmi dan Hoshiko hanya mampu berdiam, tidak tahu hendak berbuat apa.

"Tak apa. Aku cuba kawal diri aku," kata Musang cuba mengawal dirinya.

"Kalau macam tu, baguslah," kata Najmi baru bersuara.

=End Split Personality=

Alif Najmi merenung tajam ke mata Faiz Azzudin manakala Aisyah Maisarah merenung ke mata Isma Fatieha. Mereka serentak bertanya kepada pasangan masing-masing, "Siapa dia tu?"

"Err... Kawan." Isma Fatieha dan Faiz Azzudin berasa ragu-ragu.

Alif Najmi mendekati Faiz Azzudin sedangkan Aisyah Maisarah menghampiri Isma Fatieha. Senyuman diberikan.

"Alaa... Jangan malu-malu. Jomlah masuk. Boleh la korang bual lebih lama lagi," kata mereka berdua serentak mengajak musuh masing-masing.

"Err... Ya," balas Faiz Azzudin dan Isma Fatieha, janggal.

Tiba-tiba, mereka berdua dipeluk.

"Bloods are red," kata Alif Najmi memeluk Faiz Azzudin.

"Tears are blue," kata Aisyah Maisarah mendakap Isma Fatieha.

"If you touch her,..." kata Alif Najmi berbisik.

"...I will kill you," bisik Aisyah Maisarah tersenyum.

Faiz Azzudin dan Isma Fatieha terasa diancam. Pelukan dilepaskan. Alif Najmi dan Aisyah Maisarah kembali berwajah ceria lalu menepuk bahu musuh mereka.

"Kami masuk dulu ya," kata Alif Najmi dan Aisyah Maisarah tersengih.

Lalu, mereka berdua memasuki kafe itu. Erisya Qarma dibimbing Aisyah Maisarah untuk masuk ke dalam kafe. Isma Fatieha dan Faiz Azzudin terasa gentar sedikit apa yang berlaku tadi.

"Apa benda tadi tu?"

Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro