Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 2

Kuala Lumpur, Malaysia

Luthman Harith dan Azizul Rahman mencari kerja di sekitar kotaraya. Segala temu bual ditolak majikan. Hampir seluruh tempat mereka teroka.

"Haih, nak cari kat mana lagi?" kata Azizul Rahman kepenatan.

"Hmm... Kat mana lagi nak cari kerja? KL ni dah la besar," balas Luthman Harith.

"Kau rasa, kat mana lagi ada kerja kosong?"

"Ermm... Jap. Tak silap aku... tempat tu mesti ada kerja kosong!"

"Kat mana lagi?"

"Ikut aku!"

Luthman Harith mengorak langkah ke depan. Sekali lagi, Azizul Rahman mengekori kawannya.

Setelah beberapa langkah, mereka menemui bengkel Samantha Lee. Kelihatan Samantha Lee sedang membaiki kereta pelanggannya. Dia bersinglet hitam dan berseluar jean hijau. Badannya habis comot dengan minyak.

"Okey, dah siap. 70 ringgit je," ujar Samantha Lee kepada pelanggannya.

"Nak keluar dengan saya, tak?" kata pelanggan lelaki itu dengan miangnya.

"Eii... Jangan harap!"

"Amboi, marah ke? Nakal juga awak ni!"

Samantha Lee bermasam muka. Sepana di tangannya terus dihayun ke arah perut pelanggan itu.

"Ughh..." keluh lelaki itu menerima kesakitan.

"Jangan nak menggatal dengan aku! Kalau tak,..." Samantha Lee mengeluarkan pisau poketnya. "...nyawa kau juga aku langsaikan."

Lelaki itu tertelan air liur. Duit 70 diberikan kepada Samantha Lee. Lelaki itu terus beredar dengan segera bersama keretanya. Luthman Harith dan Azizul Rahman yang melihat situasi itu terpegun sedikit. Mereka memasuki bengkel itu.

"Auntie Sam," panggil Luthman Harith.

Samantha Lee melihat dua remaja itu datang. "Jap... Macam kenal. Siapa eh?"

"Saya Harith. Ni Azizul. Tiga budak Thug Life waktu dulu tu."

Barulah Samantha Lee ingat. "Oh, baru aku ingat. Mana sorang lagi?"

"Sambung belajar," jawab Azizul Rahman.

"Oh. Korang tak sambung belajar?"

"Kitorang tak dapat sambung belajar."

"Sebab SPM result kami teruk," sambung Luthman Harith.

Barulah Samantha Lee. "Begitu. Jadi, kenapa datang sini?"

"Ermm... Kami nak cari kerja sebenarnya," kata Luthman Harith menyatakan hasratnya.

"Kat sini ada kerja kosong, tak?" soal Azizul Rahman.

"Haa... Tepat pada masanya, memang ada kerja kosong kat sini. Korang tau ke nak baiki kereta ni. Itulah persoalannya," terang Samantha Lee.

"Err..." Luthman Harith tidak tahu sangat membaiki kereta sebenarnya.

"Saya tahu," balas Azizul Rahman, yakin.

"Kalau macam tu, baguslah," kata Samantha Lee tersenyum sambil mencekak pinggang.

Mata Samantha Lee merenung ke arah Luthman Harith. "Kau, Harith?"

"Err..." Luthman Harith mula ragu-ragu.

"Kalau tak tahu baiki kereta, aku ada kerja lain untuk kau."

"Hah?! Kerja apa?"

"Ikut aku!" Samantha Lee berjalan ke belakang bengkelnya.

Luthman Harith mengekori Samantha Lee. Azizul Rahman turut mengikuti mereka. Mereka bertiga memasuki ruang belakang bengkel. Trak Mitsubshi Pajero masih disimpan Samantha Lee. Bonet belakang dibuka Samantha Lee.

"Aku nak bagi 'kerja' ni. Kau sanggup tak?" soal Samantha Lee inginkan kepastian.

Luthman Harith dan Azizul Rahman melihat senjata yang disimpan dalam bonet trak itu. Luthman Harith memandang wajah janda itu.

"Aku sanggup," balas Luthman Harith, yakin.

Samantha Lee mengangguk faham. "Pilihlah senjata yang kau nak."

Luthman Harith mengambil sepucuk pistol Desert Eagle.

"Kau nampak tak laki yang datang sini tadi?" soal Samantha Lee.

"Yang menggatal dengan kau tadi ke?" balas Luthman Harith mahukan kepastian.

"Kau bunuh dia."

"Apa?"

"Dia kerap datang sini. Setiap kali dia datang, dia tak habis-habis nak menggatal dengan aku. Walaupun aku dah bagi amaran banyak kali, dia tetap nak menggatal. Aku hampir-hampir kena rogol tau. Dia kerja kat nightclub yang selalu aku lepak malam," terang Samantha Lee.

Luthman Harith faham. "Okey. Aku terima."

Pistol disimpan di celah pinggangnya.

***

Di sebuah kelab malam, Luthman Harith duduk memerhati bersama Azizul Rahman. Mereka memerhati Samantha Lee dari jauh.

"Kau gila ke nak buat kerja ni!?" kata Azizul Rahman kurang senang.

"Biarlah! Aku dilahirkan macam ni," balas Luthman Harith tanpa perasaan.

Azizul Rahman mengeluh kecil. Matanya tertumpu pada lelaki yang miang petang tadi. "Haa... Tu dia."

Luthman Harith melihat lelaki tersebut menggatal dengan Samantha Lee. Dia bertindak mendekati lelaki itu.

"Goodluck!" ucap Azizul Rahman lalu menghirup jus oren.

Luthman Harith memegang bahu lelaki miang itu. "Hei!"

Lelaki itu memandang Luthman Harith dengan rasa rimas. "Apa kau nak?"

"Jauhi dia!" arah Luthman Harith.

Lelaki itu menepis tangan Luthman Harith. "Apa masalah kau ni?"

Serta-merta, Luthman Harith menarik ke medan menari. Orang yang menari sakan di situ terkejut lalu menjauhi mereka sampai terjerit. Lelaki itu bangun.

"Nak lawan? Marilah!" cemuh lelaki itu.

Luthman Harith mendekati lelaki itu. Azizul Rahman dan Samantha Lee melihat perlawanan dua lelaki itu.

"Jangan lapar bila makan kaki nanti!" pesan Luthman Harith bersedia untuk berlawan.

Lelaki gatal itu menyerang dahulu. Luthman Harith menepis serangan lantas menumbuk pipi lawannya. Tercabut terus sebatang gigi.

"Argh!!" keluh lelaki itu, kasar.

Luthman Harith terus menyepak badan dengan gaya Muay Thai. Pantas tendangannya. Lelaki itu menjadi lemah. Luthman Harith terus membuat Blazin' Move yang bernama Foot for Breakfast, pengaruh dari permainan video Def Jam: Fight For NY. Dia menumbuk perut lawan dengan pantas, membuatkan lawannya rebah terbaring. Luthman Harith memusing ke belakang lalu membuat backflip, terus mendarat ke atas perut lawan.

"Arghh!!!" raung lawannya dengan mulut terbuka luas.

Serta-merta, Luthman Harith menyuap kakinya ke mulut lawannya. Permainan tamat akhirnya.

"Wohoo!!! Harith win! Flawless victory!" celah Azizul Rahman mendekati mereka, teruja.

Dua kawan itu bertepuk tangan.

"Dah. Jom! Kita bawa dia ke belakang," arah Luthman Harith.

Maka, dua lelaki itu menarik lelaki itu ke belakang kelab malam. Samantha Lee mengekori mereka berdua.

Sebaik mereka tiba belakang kelab malam itu, dua remaja itu mencampak lelaki miang ke timbunan beg sampah.

"Auchh!!" keluh lelaki yang teruk dibelasah Luthman Harith tadi.

"You picked the wrong girl, fool!" kata Azizul Rahman memegang batang kayu besbol.

"Okey! Aku janji, aku tak kacau korang dah!" rayu lelaki itu.

"Kau pasti?" kata Luthman Harith mengeluarkan pistolnya.

Bang! Satu tembakan mengenai kaki kanan lelaki itu.

"Arghhh!!!" rintih lelaki itu menerima tembakan pada kakinya.

Luthman Harith mengambil batang besbol dari tangan Azizul Rahman. Dia mendekati lelaki miang itu. "Sweet nightmare!"

Dbushh!! Satu pukulan mengenai kepala sasaran, membuatkan dia kelam.

***

Samantha Lee memandu trak ke rumahnya. Luthman Harith dan Azizul Rahman menumpang trak itu, berdiam sahaja. Trak berhenti di hadapan sebuah rumah kayu.

"Nah, ni dia. Rumah baru korang," kata Samantha Lee melihat rumah miliknya.

Dua remaja itu melihat rumah sewa yang bakal mereka diami, asalnya rumah milik Arif Hakimi. Segalanya sekadar mencukupi. Luthman Harith memandang Samantha Lee.

"Terima kasih," ucap Luthman Harith.

"Tak apa. Aku patut terima kasih sebab tolong aku tadi," balas Samantha Lee.

"Eh, tak apa. Dah memang kerja saya nak buat macam tu."

"Kalau ada apa-apa, call je."

"Okey."

Dua remaja itu bergerak turun dari trak itu bersama beg pakaian masing-masing. Samantha Lee beredar dari situ, meninggalkan mereka. Dua remaja itu berjalan masuk ke dalam rumah itu. Mereka meninjau kawasan rumah baharu mereka. Cukup sekadar sahaja.

"Boleh tahan juga," kata Azizul Rahman meletakkan beg pakaian di dalam biliknya.

Luthman Harith memasuki bilik tidur sebelah lalu meletakkan beg pakaian di tepi katil. Biliknya sama saiz dengan bilik Azizul Rahman. Katil pun lebih kurang sama. Luthman Harith merebahkan badannya ke atas tilam. Selesa. Matanya pun terlelap.

***
Gyeonggi, Freaky World

Ayano Hiruka membaca surat dari kakaknya, Aisyah Maisarah yang dihantar dari dunia luar. Dia kini menjadi raja puak Psycho yang berkahwin dengan Kai, raja puak Killjoy. Walaupun banyak penentangan hebat terjadi terhadap percintaan mereka, mereka tetap bersama untuk hadapinya.

Tiba-tiba, satu dakapan erat diberikan dari belakang. Melihat sahaja cermin di depan, sudah pasti Kai memeluknya. Ayano Hiruka tersenyum malu.

"Awak baca surat dari kakak awak lagi ke?" kata Kai mendakap perut isterinya.

"Ya, dia kata, dia akan pergi bulan madu dengan Faiz. Dia bawa anak mereka sekali. Saya rasa gembira," kata Ayano Hiruka tersengih.

"Diorang ada anak?"

"Ya, nama Erisya Qarma. Tapi diorang panggil dia Erma. Comel kan nama tu?"

Yūki Taiga, putera pasangan itu muncul. "Ayahanda, nak main kat luar hutan Aokigahara boleh, tak?"

"Jangan balik lewat pula nanti," pesan Kai.

"Baik." Yūki Taiga terus beredar.

Remaja lima belas tahun itu berjalan ke Hutan Aokigahara untuk bermain dengan adiknya yang lain.

Nota: Satu hari di dunia realiti bersamaan tiga hari di Freaky World.

Perjalanan jauh sedikitpun tidak meletihkannya. Yūki Taiga melalui kota Sedlec sebelum meredah masuk ke Hutan Aokigahara. Mereka yang lain melihat Yūki Taiga sampai.

"Taiga, lambatlah kau ni!" kata Claude Thunder, anak kepada Kai dan Ferradossa Anvell, isteri kedua Kai.

Satu tumbukan mengenai belakang kepala Yūki Taiga.

"Aduh, sakitlah!" kata Yūki Taiga cuba menahan kesakitan.

Sifat Claude Thunder tidak ubah seperti ibunya, cepat marah dan baran. Yūki Taiga pun lebih kurang seperti ibunya, psiko.

"Kita nak main apa hari ni?" soal Rachel Berlitz, anak kepada Kai dan Violet Alexander, isteri keempat Kai.

Rupa dingin dan Rachel Berlitz tiada pemisah sepertimana ibunya yang selalu dingin. Hanazono Suzuki, anak kepada Kai dan Minatozaki, isteri ketiga Kai sama sahaja sifat pendiamnya dengan ibunya.

"Ermm... Lawan pedang kayu?" cadang Hanazono Suzuki, malu.

Tiga beradik tiri itu memandang gadis dandere itu.

"Kita dah main dah semalam," kata Rachel Berlitz terserlah sifat kuudere.

"Jom kacau Tok Monroe!" ajak Yūki Taiga mengeluarkan pisau belatinya, keluarlah perangai psiko atau yandere.

Sekali lagi Claude Thunder memukul kepala Yūki Taiga, terserlah sifat tsundere. "Baka! Tak ada kerja lain ke?"

"Aduh, sakitlah!"

"Ermm... Jomlah pergi tengok Tok Monroe. Mesti dia ada apa-apa berita. Tak pun ada senjata baru untuk kita," ajak Hanazono Suzuki.

Dua lelaki itu berhenti bergaduh lalu memandang Hanazono Suzuki. "Ya, baiklah."

Empat beradik itu mengorak langkah ke kota Sedlec. Mereka berjalan bersama biarpun keturunan puak. Yūki Taiga kacukan puak Killjoy dan Psycho-Mermaid. Claude Thunder pula kacukan Killjoy dan Doll. Hanazono Suzuki kacukan Killjoy dan Suicide. Rachel Berlitz pula kacukan Killjoy dan Skull-Alone. Masing-masing sebaya 15 tahun.

Tiba sahaja di kota Sedlec, empat beradik itu berjalan ke rumah batu Alexander Monroe. Kelihatan lelaki berusia menyiram pokok bunga.

"Atok!" panggil empat cucu itu dari luar pagar.

Alexander Monroe melihat empat remaja itu. "Ya, cucu sekalian. Mari masuk. Atok ada benda nak cakap."

Empat remaja itu berjalan masuk ke dalam rumah ilmuwan itu.

"Duduk dulu. Biar mak cik Violet buat air untuk kamu. Atok nak ambil buku dari bilik atok," kata Alexander Monroe meminta diri ke dapur.

"Ya, atok," balas mereka berempat lalu melihat-lihat rumah orang tua itu.

"Jangan usik barang atok aku," pesan Rachel Berlitz, dingin.

"Yela," balas Yūki Taiga dan Claude Thunder serentak menggulingkan mata.

Hanazono Suzuki hanya duduk berdiam di atas kerusi. Dia memandang ke dapur lalu melihat Violet Alexander, ibu Rachel Berlitz muncul. Satu dulang berisi sejag air teh dan empat cawan diletak ke atas meja. Violet Alexander memandang dua lelaki yang cuba mengusik barang antik.

"Jangan usik barang ayah mak cik," tegas Violet Alexander dengan rupa paras dingin.

Dua lelaki itu berdiam juga.

"Anak dengan mak sama je perangai," bisik Yūki Taiga.

"Bak kata orang luar, like mother, like daughter," balas Claude Thunder berbisik.

Alexander Monroe tiba kemudian dengan sebuah buku tebal. "Wahai cucu, mari sini."

Mereka berempat kembali berkumpul.

"Atok sebenarnya nak kamu bersiap sedia untuk satu peperangan tak lama lagi," pesan Alexander Monroe.

"Perang?" balas empat cucu itu serentak, hairan.

"Ya. Tak lama lagi, dunia luar akan hadapi ancaman kejam dari puak yang dipanggil Undead. Sampai masa nanti, ratu Mermaid akan datang ke sini untuk minta bantuan sebab dia penghubung Freaky World dan dunia luar. Jadi, bersiap sedialah hadap ratu nanti."

"Maksud ayah, Ice Serra, kakak Ayano tu?" kata Violet Alexander ingin kepastian.

"Ya. Jadi, kamu pun kena bersiap juga."

"Baik, ayah." Violet Alexander beredar dari situ.

Alexander Monroe memandang empat cucunya. "Senjata dah siap. Boleh ambil dari basement."

Mereka bergerak tingkat bawah tanah rumah Alexander Monroe. Lampu tingkat bawah dibuka. Enpat remaja itu kagum melihat senjata yang direka oleh Alexander Monroe. Kapak dua bilah, pedang panjang, alatan memanah dan senjata tajam disimpan banyak di situ. Senjata api seperti raifal AK-47, SMG MP5, shotgun SPAS-12, pistol Desert Eagle, sniper Barrett dan lain-lain lagi turut disediakan termasuk Bazooka.

"Pilihlah. Get ready for the final war."

Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro