Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 10

London, England, United Kingdom

Farah Yasmine berjalan keluar dari stesen keretapi bawah tanah bersama Danial Nabil. Zafina Shahira setia menunggu mereka di luar stesen kereta api.

"Zafina!" seru Farah Yasmine mendekati rakan sekelasnya dulu.

"Yasmine!" panggil Zafina Shahira menghampiri rakannya.

Dua gadis itu berpelukan melepaskan rindu. Danial Nabil melihat dua rakan itu berpelukan.

"Eh, Cikgu Danial," kata Zafina Shahira melihat Danial Nabil berdiri.

"Ya, saya. Boleh kita pergi?" kata Danial Nabil, dingin.

Dua gadis itu melepaskan dakapan rindu.

"Boleh!" balas Zafina Shahira.

Maka, mereka berdua bergerak ke Lake District. Kereta klasik dipandu menerusi jalan luar bandar itu. Farah Yasmine merasai udara nyaman itu.

"Sebenarnya, apa yang berlaku sampai korang ke sini?" kata Zafina Shahira bersoal.

"Dunia sekarang dilanda wabak zombi. Puncanya dari serangan nuklear di Siberia. Cikgu yakin, satu dunia akan hadap wabak ni termasuk UK dan USA," terang Danial Nabil.

"Okey. Sementara kita bersiap ke Amerika, tinggal dulu dekat rumah saya."

"Kau ada rumah?"

"Ada."

Kereta dipandu mendekati sebuah banglo mewah yang terletak di tengah padang rumput.

"Situ... rumah aku," kata Zafina Shahira memandu.

"Wah, cantiknya," puji Farah Yasmine kagum.

Kereta dipandu memasuki anjung rumah banglo. Mereka bertiga bergerak turun dari kereta. Danial Nabil yang mendengar radio menerusi fon telinganya.

"Berita buruk. Thailand dan Malaysia dah diserang wabak tu," kata Danial Nabil.

"Eh! Lajunya wabak ni gerak!" kata Farah Yasmine terkejut.

"Sekarang ni, cikgu tak tahu apa akan terjadi dekat Nira tu."

"Nira? Maksud cikgu, Cikgu Neraka ke? Lama tak dengar khabarnya," kata Zafina Shahira tersenyum nakal.

"Apa? Kitorang dah kahwin."

"Wah! Cikgu tak bagitau pun!" kata Zafina Shahira kagum.

"Dah terbukti... cikgu suka buah dada besar," kata Farah Yasmine berwajah dingin.

***
Bangkok, Thailand

Arasy Rayyan mencelikkan matanya lalu melihat sayap putih di depannya.

"Sayap?" kata Arasy Rayyan kehairanan.

Farah Natasha memandang lelaki itu, terkejut. "Eh, nanti!"

Arasy Rayyan bangun dari baring. Kesakitan pada badan dapat dirasai. "Aduh!"

"Jangan banyak bergerak! Awak belum sembuh lagi." Farah Natasha membimbing lelaki itu untuk duduk.

"Awak ada sayap? Siapa awak sebenarnya?"

"Ermm... Saya Farah Natasha, pengawal peribadi Faiz Azzudin. Disebabkan Faiz dah ada Aisyah, saya hidup merempat, tak ada hala tuju. Tapi... saya selalu perhatikan dia dari jauh. Saya tengok dia sekarang lebih bahagia dengan si Aisyah, sepupu sendiri pula tu. Saya cintakan dia sebenarnya."

"Siapa Faiz ni? Apa kaitan awak dengan dia?"

"Saya ni penjaga dia, tapi... dia dah berpunya. Jadi, saya ambil keputusan untuk meneroka dunia dan mulakan hidup baru."

"Hmm..."

"Saya dilahirkan tanpa ayah, macam Faiz tu juga."

Arasy Rayyan menundukkan pandangan. Dia melihat cahaya matahari memasuki ruang bilik. "Dah pagi ke?"

"Ya, dah pagi."

"Aku kena balik. Mama mesti risau!"

"Jangan!" Farah Natasha memegang tangan lelaki itu, tegas.

Arasy Rayyan memandang wajah Farah Natasha.

"Bahaya dekat luar tu!" tegas Farah Natasha.

"Apa yang bahayanya?" balas Arasy Rayyan menjongketkan keningnya.

"Ada zombi!"

"Huh?"

Arasy Rayyan bergerak turun dari katil lalu mendekati jendela. Kain langsir diselak. Mata Arasy Rayyan tertumpu pada kesunyian bandar Bangkok itu. Farah Natasha mencelah penglihatan. Terlihat bandaraya Bangkok dilanda kesepian.

"Tak ada orang pun. Selalunya, waktu macam ni, jalan sibuk," kata Arasy Rayyan, hairan.

Lelaki itu melangkah keluar dari bilik hotel. Farah Natasha mengekori lelaki itu.

"Nanti! Tunggu dulu!" kata Farah Natasha cuba menghalang.

Arasy Rayyan bergerak keluar dari hotel itu. Farah Natasha menemani lelaki itu. Takut-takut perkara tidak diingini berlaku terhadap Arasy Rayyan.

"Sekejap. Motosikal aku mana?" monolog Arasy Rayyan hairan.

"Tak apalah. Lupakan." Arasy Rayyan berjalan kaki menuju ke rumahnya.

Kelihatan bandaraya Bangkok ibarat bandar sunyi. Kenderaan tiada lalu-lalang di situ. Orang ramai tidak kelihatan.

Tiba di rumah, Arasy Rayyan melihat pintu rumah tidak terkunci. Dia memasuki rumahnya.

"Mama!" panggil Arasy Rayyan.

Farah Natasha hanya mengekori lelaki itu masuk ke dalam rumah. Arasy Rayyan berjalan ke dapur, mencari ibunya.

"Mama!"

Arasy Rayyan menuju ke bilik tidur. Niratcha muncul dengan senapang patah.

"Jangan gerak!" arah Niratcha.

"Whoa! Sabar, mama! Kivot ni!" kata Arasy Rayyan cuba menenangkan keadaan.

Niratcha menurunkan senapangnya. "Anak mama?"

"Ya, mama."

Senapang dicampak ke lantai. Niratcha terus memberi dakapan mesra kepada anaknya.

"Anak mama pergi mana? Risau mama!" kata Niratcha.

Farah Natasha melihat dua beranak itu berpelukan. Dia melihat persekitaran rumah yang dipenuhi darah pada dinding dan lantai. Matanya tertumpu pada gambar keluarga. Dia mendekati ganbar itu lalu melihat mengelapnya. Gambar seorang gadis diperhatikannya.

"Itu kakak saya. Dia dekat Malaysia sekarang. Harap-harap Achara selamat dekat sana," ucap Arasy Rayyan kepada Farah Natasha.

***
Kuala Lumpur, Malaysia

Kotaraya menjadi sepi. Sniper disandang Aminah Safawiyah. Mesin gergaji pokok masih di tangannya. Luthman Harith dan Azizul Rahman pula melihat keadaan sepi di sekitarnya.

"Tak ada orang," kata Azizul Rahman.

"Tak ada zombi," kata Aminah Safawiyah.

"Tak ada kereta," kata Luthman Harith pula.

Sepi.

"Dunia ni milik kita!" sorak tiga kawan itu teruja.

Maka, mereka bertiga bergerak bebas ke merata tempat. Sebuah kedai arked disinggah Luthman Harith. CD permainan video habis dirembatnya. Bukan CD sahaja yang dirembat, malah konsol PS5 turut dirembat juga.

"Yeay! Dah dapat game GTA 6! Sukanya!" kata Luthman Harith teruja.

Sementara itu, Aminah Safawiyah singgah di kedai buku. Bukan novel yang dicurinya tetapi, manga yang ditunggu-tunggunya diambilnya. Bukan satu tetapi semua manga yang dicurinya.

"Haih, syurgaku," kata Aminah Safawiyah bahagia.

Lain pula di kedai DVD, Azizul Rahman mencuri Blu-ray dan anime-anime terbaharu. Wi-Fi router turut dicuri juga.

"Yeay! Malam ni, boleh layan anime baru!" kata Azizul Rahman teruja yang teramat.

"Kau curi anime?" kata Aminah Safawiyah bertembung dengan lelaki itu.

"Apa salah ke?" Azizul Rahman memandang gadis itu.

"Salah la! Aku cukup pantanglah kalau orang curi anime! Dah macam cetak rompak pula. Pergi bayar tu!"

"Eh! Dia curi manga boleh pula?"

"Ah, jangan banyak cakap! Pergi bayar sana!"

"Yelah." Azizul Rahman pasrah.

Sementara itu, Luthman Harith mengambil pakaian baharu di kedai pakaian. Dia mencuba beberapa pakaian berjenama.

"Hmm... nampak macam hot," monolog Luthman Harith melihat dirinya yang bergaya pada cermin.

"Are you going with me?"

"Sayang nak ikut abang?"

"You are so cool."

"Yeah."

Dbush! Satu hayunan beg tangan menghinggap belakang kepala Luthman Harith.

"Aduh!" Luthman Harith menoleh ke belakang.

"Kau pakai biasa-biasa dah cukup. Tak perlu nak bergaya sangat. Menyampah," kata Aminah Safawiyah, dingin.

"Yelah."

Kelihatan Azizul Rahman menolak troli berisi alatan elektronik.

"Zizul, tunggu kejap. Aku pun nak letak barang," kata Luthman Harith mendekati kawannya.

Mereka bertiga bergerak keluar dari kompleks beli-belah KL Central. Mereka memasukkan barang-barang yang 'dibeli' mereka ke dalam Trak Ford Ranger. Azizul Rahman memandu trak tersebut. Luthman Harith dan Aminah Safawiyah menaiki kereta Porches Carrera. Aminah Safawiyah memandu kereta tidak berbumbung itu. Luthman Harith duduk bersantai sambil merasai angin.

"I am the king of the world!"

***

Yuri diberi makanan oleh Samantha Lee. Bulunya diusap lembut oleh wanita itu.

"Makanlah puas-puas ya," kata Samantha Lee.

"Auntie Sam!" panggil Azizul Rahman.

Samantha Lee melihat tiga remaja itu muncul. "Haa... baru sampai? Ada apa?"

"Janganlah marah. Kami cuma nak senjata memburu je. Boleh?"

"Kan dah diberi sniper? Tak cukup lagi ke?"

"Kehabisan peluru sebenarnya," celah Aminah Safawiyah.

"Oh, cakaplah habis peluru. Sekejap eh."

Samantha Lee mendekati trak Pajero. Kelopak peluru sniper diambil lalu diberikan kepada Azizul Rahman.

"Jimat sikit peluru tu. Setakat ni ada tiga kotak lagi. Kalau ada apa-apa, bagitau aku," kata Samantha Lee.

Azizul Rahman memegang peluru sniper itu. "Auntie tak nak tidur dekat rumah kami ke?"

"Tak apa. Aku tidur dekat bengkel."

"Okey."

"Jomlah buru rusa!" ajak Luthman Harith menepuk bahu Azizul Rahman.

"Jomlah!"

"Yuri, nak ikut tak?" panggil Aminah Safawiyah.

Woof! Yuri mengekori Aminah Safawiyah.

Tiga remaja itu beredar. Samantha Lee melihat mereka pergi bersama anjing pemburu itu.

***

Seekor rusa diperhatikan si pemangsa. Luthman Harith meneropong di sebelah Aminah Safawiyah yang membidik sniper.

"Steady. Ready for shoot," kata Luthman Harith.

Bang! Belum beri isyarat lagi, Aminah Safawiyah melepaskan tembakannya.

Tembakannya tepat ke badan rusa yang menikmati rumput liar itu. Aminah Safawiyah menyandang sniper.

"Okay. Let's go!" kata Aminah Safawiyah melangkah pergi.

Yuri mengekori gadis itu. Luthman Harith dan Azizul Rahman terpinga-pinga melihat tembakan tepat dari Aminah Safawiyah itu. Mereka mengekori gadis itu. Bangkai rusa itu diikat Azizul Rahman dan Luthman Harith.

"Sekarang, nak bawa macam mana ni?" kata Azizul Rahman.

Mereka bertiga melihat trak Ford Ranger yang dipenuhi barang di belakang.

"Err... kita ada masalah kenderaan sekarang ni," kata Luthman Harith.

***
Jitra, Kedah

Bola golf dipukul kuat oleh Arif Hakimi.

Kepish!

"Haih. Abang dah pecahkan cermin tingkap orang lagi. Dah 96 kali abang pecahkan," kata Nurul Fadzelin berbaring bersantai di tepi kolam.

"Mana ada orang sekarang ni. Cuma kita je," balas Arif Hakimi selamba.

Aina Farhana meletakkan bola golf di depan Arif Hakimi lalu berdiri di tepi bapanya. Sekali lagi bola golf dipukul.

Kepish! Dan sekali lagi bola golf mengenai tingkap rumah orang.

"97 kali dah," kata Nurul Fadzelin.

Kepish!

"Abang! Abang buat sekali lagi,..."

Kepish!

"...sayang akan..."

Kepish! Kali 100 Arif Hakimi pecahkan cermin rumah orang.

Nurul Fadzelin terus memberi flying kick kepada suaminya. Arif Hakimi terjatuh ke lantai. Kayu golf dirampas lantas dipatahkan.

"Mentang-mentang orang tak ada dekat sini, abang boleh suka hati je pukul semua benda," kata Nurul Fadzelin tegas.

"Alaa... salah ke?" Arif Hakimi bangun dengan wajah masam.

"Salah la!"

Iman Shamimi muncul. "Apa bising-bising ni?"

Nurul Fadzelin melihat adik iparnya muncul. Arif Hakimi memandang adiknya.

"Mimie, nak keluar dengan abang tak?" ajak Arif Hakimi.

"Boleh juga," balas Iman Shamimi.

"Nana nak ikut?"

"Nak!" balas Aina Farhana ceria.

Mereka bertiga berjalan keluar dari banglo mewah yang dipecah masuk oleh Arif Hakimi.

"Sekejap. Nak ikut," balas Nurul Fadzelin malu.

"Kami tunggu dekat kereta ni," kata Arif Hakimi.

Kereta berjenama BMW di bawah anjung rumah dinaiki mereka. Mereka menunggu ketibaan Nurul Fadzelin. Nurul Fadzelin muncul lalu mengambil tempat duduk penumpang hadapan.

"Okey, jom jalan-jalan," ujar Arif Hakimi.

Kereta dipandu keluar dari kawasan perumahan mewah di Jitra Height.

"Ermm... Harith bila nak balik tu? Risau pula pasal dia," soal Nurul Fadzelin.

"Tak tahulah, awak. Pandai-pandailah dia jaga diri tu," kata Arif Hakimi acuh tak acuh.

***
Timur Hokkaido, Jepun

Sebuah rumah kayu disinggah Alif Najmi dan Isma Fatieha. Mereka memeriksa sekeliling rumah kayu itu. Sebuah bangsal diperiksa Alif Najmi. Kayu-kayu disediakan di situ.

"Hmm... cukup sampai sebulan ni," kata Alif Najmi.

Isma Fatieha memasuki rumah lalu memeriksa setiap ruang. Bilik tidur agak bersih dari kotoran. Almari didekati lalu dibuka. Isma Fatieha melihat tilam tersedia di situ. Tilam dikeluarkan dari almari lalu dihampar di atas lantai. Alif Najmi muncul tidak lama kemudian.

"Eh, cuma satu bilik je?" kata Alif Najmi, hairan.

"Ha'ah. Cuma satu tilam je yang ada," balas Isma Fatieha.

"Kongsi tilam?"

"Kenapa?"

"Nanti, kau makan aku lagi." Alif Najmi berwajah dingin.

Isma Fatieha ketawa. "Itu Hantu Sudu la, bukan Isma."

"Sedar tak umur kita beza 10 tahun?"

"Tahu... apa masalahnya?"

"Masalahnya,... kau tu... makin ramping dari first time aku jumpa kau. Dulu, kau agak chubby sikit. Tapi sekarang, kau dah langsing."

"Well... tak tergoda ke?"

Alif Najmi berpaling muka. "Tak..."

"Alaa... awak ni..."

Alif Najmi beredar dari situ. Dia melihat persekitaran rumah kayu itu. Kawah disediakan di dapur. Sebuah perigi tersedia di belakang rumah. Di sudut dapur, siling rumah terbuka. Alif Najmi mengintai ke loteng rumah. Senjata api tersedia di loteng itu.

"Kelengkapan dah ada rupanya," kata Alif Najmi bermonolog.

Alif Najmi kembali ke bilik semula. Sebaik pintu diselak, kelihatan Isma Fatieha sedang membuka bajunya. Wanita itu melihat lelaki itu memandang. Dia menjerit.

"Keluarlah!" jerit Isma Fatieha merah muka.

Alif Najmi segera menutup pintu. Hidungnya mengalirkan darah merah.

=Split Personality Mode=

"Bapak ahh... body cun siot!" kata Musang tergoda.

"Astaghfirullah, Musang! Bawa mengucap," kata Najmi.

"Hmm... macam comel pula aku tengok," kata Hoshiko miang.

"Kau ni lesbian ke apa ni, Hoshi?" kata Farid, dingin.

"Hoshi memang lesbian, kan?" kata Alif hairan.

=End Split Personality=

Isma Fatieha memakai baju semula. Dia berbaju singlet putih dan seluar pendek sahaja. Dia memandang pintu semula.

"Masuklah," pinta Isma Fatieha.

Alif Najmi membuka pintu semula lalu melihat Isma Fatieha berbaju ketat. Dia memasuki bilik itu lalu kembali menutup pintu.

"Awak, teman saya tidur boleh?" pelawa Isma Fatieha.

"Ni mesti nak makan aku lagi, kan?" kata Alif Najmi mengagak.

"Mana ada. Saya ajak awak tidur je."

Tilam kosong di sebelah ditepuk.

"Meh sini, sayang," kata Isma Fatieha manja.

Alif Najmi mengeluh.

"Kalau awak makan saya lagi,... saya minum awak!" tegas Alif Najmi serius.

***
Pripyat, Freaky World

Empat adik-beradik berbaring di luar rumah Kai sambil melihat bintang-bintang di angkasa.

"Bintang tu bentuk macam sudu!" kata Hanazono Suzuki menunding jari ke arah buruj Big Dipper.

"Yang tu Big Dipper," kata Rachel Berlitz dingin.

"Aku nampak bintang bentuk pahlawan," kata Claude Thunder pula.

"Tu Orion."

"Hei, apa maksud bintang berbentuk tengkorak tu?" kata Yūki Taiga hairan melihat bintang.

"Apa?" Rachel Berlitz kehairanan.

Rachel Berlitz meneropong bintang pada malam itu. Kelihatan tanda-tanda pada bintang jelas menunjukkan malapetaka sudah tiba.

"Nampaknya, dunia luar dah huru-hara," kata Rachel Berlitz. 

Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro