ADVENTURE BEGINS: BAB 9
"Habis tu, aku nak tidur dekat mana nanti?" tanya Arif Hakimi mengerutkan dahi.
Sebilah pisau sudah sedia di belakang badan untuk menamatkan kisah dendam kesumat. Syarifah Izzati menggenggam erat pisaunya sebaik mungkin.
"Selamat malam," ucap Syarifah Izzati dengan senyuman seribu makna.
Erisha Carma yang asyik berlegar mencari tempat menyorok dari Farzana, melihat pisau yang dipegang Syarifah Izzati. Langkahnya terhenti untuk melihat tindakan yang hendak dilakukan oleh Syarifah Izzati.
Jeritan yang nyaring kedengaran. Faiz Azzudin yang berbual rancak dengan Farah Natasha, tercari-cari punca jeritan itu.
"Bunyi apa tu?" Dahi Faiz Azzudin berkerut.
"Bunyi dari belakang rumah," kata Farah Natasha memandang pintu bilik.
Faiz Azzudin segera bergerak keluar dari bilik itu, diekori Farah Natasha. Mereka melangkah ke dapur. Kelihatan Erisha Carma berdiri menghadap laman belakang rumah.
"Erma." Faiz Azzudin mendapatkan anaknya.
Lelaki itu mendakap anaknya. "Kenapa ni, sayang?"
Erisha Carma hanya berdiam dengan matanya masih tertarik pada kejadian di depan mata. Faiz Azzudin memandang apa yang diperhatikan anaknya. Matanya terbuntang luas melihat perut Syarifah Izzati dipacak dengan pisau. Barangkali Arif Hakimi yang menikam memandangkan hanya mereka berdua di laman belakang.
"Apa kau dah buat?" kata Faiz Azzudin sedikit geram.
"Aku tak buat apa," balas Arif Hakimi tidak mengaku salah.
Syarifah Izzati mengerang kesakitan sambil cuba menarik pisau dari perutnya. Farah Natasha yang baru tiba, melihat kejadian itu.
"Apa dah jadi?" soal Farah Natasha terkejut.
"Dia... erghh... tikam aku... arghh!! Sakit!" kata Syarifah Izzati mengerang kesakitan.
Farah Natasha membimbing gadis malang itu lalu memapahnya. "Jom. Aku rawat kau."
Mereka yang lain bergerak ke laman belakang dek jeritan tadi. Mereka menyaksikan situasi tegang itu.
"Apa yang kecoh-kecoh ni?" tanya Hanif dalam keadaan mamai.
"Kau tanyalah dia ni," kata Syarifah Izzati cuba bertahan.
Farah Natasha membimbing wanita itu masuk ke dalam rumah. Hanif melihat perut gadis itu berlumuran darah. Dia memandang Arif Hakimi.
"Kau tikam dia?" kata Hanif dalam keadaan terpinga-pinga.
"Tak... bukan aku. Percayalah," kata Arif Hakimi cuba jujurkan diri.
Dalam keramaian itu, Arif Hakimi melihat Nurul Fadzelin menitiskan air mata.
"Sayang... Sayang percayakan abang, kan?" kata Arif Hakimi mendesak.
Nurul Fadzelin hanya menangis. Fikirannya bermain seribu perasaan.
~Throwback Ustazah Kpop Bab 40~
Nurul Fadzelin muncul di muka pintu masuk gudang. Dia melihat Arif Hakimi 'membunuh' Syed Hamzah. "SYED!!!"
~End Throwback~
Air mata mengalir deras. Kepala digeleng laju.
"Kau dah bunuh Syed. Sekarang, kau nak bunuh Syarifah. Kau dah gila tau, abang!" marah Nurul Fadzelin sebelum beredar.
"Tunggu," pinta Arif Hakimi, tetapi gagal.
Kakinya mengeras, tidak bisa bergerak lagi. Mereka yang lain beredar, mula memulau lelaki yang dituduh sebagai pembunuh.
"Hei, semua. Percayalah cakap aku," kata Arif Hakimi mendesak.
"Dah la. Siapa nak percaya kata-kata penjahat," kata Immanuel beredar dari situ.
"Malas nak ambil tahu dah. Aku ingatkan kau dah berubah. Rupanya, belum," kata Samantha Lee acuh tak acuh.
"Semahal-mahal gading, kalau retak tiada harga tau," bahas Faiz Azzudin menjauhkan diri dari Arif Hakimi.
Arif Hakimi mengeluh kecil. "Kawan-kawan..."
Matanya tertumpu pada anak angkatnya yang dari tadi berdiri menghadapnya.
"Harith. Harith kena percayakan ayah. Harith anak ayah, kan?" rayu Arif Hakimi.
Luthman Harith menggeleng kecil.
"Kau bukan ayah angkat aku lagi. Baru Harith faham sekarang. Anak harimau jangan dibela pelihara."
Remaja itu beredar meninggalkan lelaki itu. Arif Hakimi bersendirian. Dia melutut kemuraman. Kepalanya ditutup dengan kedua-dua tangan.
"Pak cik," panggil Erisha Carma yang satu-satunya saksi kejadian.
Arif Hakimi mengalihkan tangannya lalu melihat anak Faiz Azzudin itu.
"Erma nampak semuanya tadi," kata Erisha Carma.
"Terima kasih," ucap Arif Hakimi dengan senyuman tawar.
"Erma!" Faiz Azzudin segera mendukung anaknya.
Faiz Azzudin memandang tajam ke arah sepupunya itu. "Kau jangan nak dekat dengan anak aku!"
Senyuman Arif Hakimi kembali pudar. Faiz Azzudin beredar dari situ. Arif Hakimi kembali bersendirian. Dari jauh, Fatin Shahirah memerhatikan lelaki yang tertuduh itu.
"Apa kau nak syak lagi? Dia dah tikam Izzati. Dah terbukti dia nak bunuh perempuan tu," kata Iskandar kepada Fatin Shahirah.
"Kalau dia tikam Izzati, tangannya mesti kena darah Izzati," kata Fatin Shahirah membuat andaian.
"Mungkin dia basuh tangan lepas menikam? Dah la. Jangan fikir pasal ni lagi. Aku nak tidur."
Iskandar beredar ke khemah. Fatin Shahirah masih tercegat memerhatikan Arif Hakimi.
***
Keesokan pagi, barang-barang dimasukkan ke dalam bas. Mereka sudah bersiap untuk bergerak ke destinasi seterusnya, Los Angeles di Amerika Syarikat.
"Okey, semua. Cepat naik!" kata Ilman Faiz berdiri di hadapan pintu masuk bas.
Sementara mereka menaiki bas, Arif Hakimi hanya duduk berdiam di dalam keretanya. Iman Shamimie duduk di sebelahnya, tidak tahu apa terjadi semalam.
"Ermm... mana Kak Lin?" tanya Iman Shamimie kehairanan.
Arif Hakimi enggan menjawab soalan itu. Dia melihat trak Pajero yang berada di depannya. Kelihatan Nurul Fadzelin menjenguk kereta suaminya di belakang. Aisyah Maisarah turut berada di dalam trak itu. Dia melihat keadaan seterunya itu. Sempat lagi dia menganalisis memandangkan cip di dalam kepalanya masih berfungsi.
Nurul Fadzelin
Status: Broken
Depression: 90%
"Kenapa ni?" tanya Aisyah Maisarah kepada musuhnya dengan nada lembut.
"Tak ada apa," balas Nurul Fadzelin kembali menghadap depan.
Aisyah Maisarah mencurigai sesuatu.
"Okey, kita akan bertolak," jerit Ilman Faiz kepada pemandu di belakang bas.
Ilman Faiz menaiki bas. Pintu bas ditutup sejurus bas dipandu ke lapangan terbang. Kenderaan di belakang bas hanya mengekori bas itu.
Setiba sahaja di lapangan terbang. Mereka berpecah kepada dua laluan. Bas berhenti di hadapan pintu masuk lapangan terbang manakala kenderaan yang lain dibawa masuk ke bahagian terminal kapal terbang. Kenderaan-kenderaan dipandu masuk ke bahagian belakang kapal terbang AirAsia yang dicuri Zulfadlie.
"Fuyoo, AirAsia bhai," kata Samantha Lee, kagum.
"Sini, semua ikut sini," kata Syamil yang sudah lama berada di dalam kapal terbang.
Mereka yang lain bergerak turun dari kenderaan masing-masing kecuali Arif Hakimi.
"Abang Kimmy tak nak masuk sekali ke?" kata Iman Shamimie yang masih di dalam kereta.
"Pergilah," kata Arif Hakimi, perlahan.
Iman Shamimie melihat wajah muram abang sulungnya. "Kenapa ni? Abang tak sihat ke?"
"Abang okey. Mimi pergilah. Abang nak tidur dekat sini."
Rokok dikeluarkan dari poket seluar lalu diletakkan di mulut.
"Ermm... okey," kata Iman Shamimie, perlahan.
Gadis bertudung hijau itu bergerak turun dari kereta. Seperti sudah tahu, Iman Shamimie sememangnya tidak mampu menghidu asap rokok. Dia berjalan ke bahagian badan kapal terbang itu, meninggalkan abangnya bersendirian.
Iman Shamimie mengambil tempat duduk di sebelah Nurul Fadzelin, mahu berkata sesuatu.
"Kak Lin," panggil Iman Shamimie perlahan.
Nurul Fadzelin memandang adik iparnya itu. Dia menggumam sinis.
"Kenapa tak duduk dengan abang..." Belum habis lagi Iman Shamimie berkata, Nurul Fadzelin mencelah.
"Dia bukan laki aku," kata Nurul Fadzelin bertegas.
Iman Shamimie terkejut. "Astaghfirullah. Akak! Kenapa ni?"
"Dia tikam aku semalam," celah Syarifah Izzati yang duduk di sebelah mereka.
Iman Shamimie memandang ke arah satu lagi. Dia melihat perut Syarifah Izzati dibalut dengan kain putih. Bulat matanya melihat keadaan Syarifah Izzati.
"Dia tu abang kau ke?" kata Syarifah Izzati, dingin.
Iman Shamimie mengangguk.
"Huh, tak sangka. Entah-entah, adik dia pun sama macam abang dia, jadi pembunuh," kata Syarifah Izzati menghangatkan suasana.
"Astaghfirullahal'azim. Saya tak tahu apa-apa ni," kata Iman Shamimie pucat wajahnya.
"Tanyalah abang kau."
Sementara itu, Arif Hakimi menghisap rokok di ruangan kargo sambil bersandar pada keretanya. Dia membayangi kejadian malam tadi.
~Throwback~
"Selamat malam," ucap Syarifah Izzati dengan senyuman seribu makna.
Pisau ditunjukkan dari belakang badan. Arif Hakimi terkejut lalu sedia untuk menyerang. Pisau yang diangkat tinggi di langit, terus ditikam pada perut sendiri. Syarifah Izzati mengerang kesakitan dengan tikaman yang disengajakan.
~End Throwback~
Bukan dia yang lakukan perkara itu. Semuanya fitnah.
"Abang!" seru Iman Shamimie memasuki ruangan kargo semula.
Arif Hakimi memandang adiknya. "Ya. Ada apa?"
Kolar baju Arif Hakimi dipegang kasar.
"Betulkah abang tikam Izzati? Disebabkan tindakan abang, semua tuduh Mimie bukan-bukan," marah Iman Shamimie.
Baju abangnya dilepaskan. Tubuh abangnya ditolak.
"Mimie tak sangka... abang sanggup buat macam ni," katanya lagi dalam sebak.
Arif Hakimi melihat adiknya menangis. Tangannya digenggam seperti mahu menumbuk. Rokok di mulut terus dicampak ke lantai lalu dipijak. Langkah diatur geram meluru ke ruangan penumpang.
Semua orang yang berada di situ melihat Arif Hakimi muncul. Leher Syarifah Izzati dicengkam kuat. Iman Shamimie cuba menghentikan abangnya. Mereka yang lain termasuk Samantha Lee terkejut dengan tindakan bekas gengster itu.
"Arif, cukuplah tu!" kata Samantha Lee dengan wajah berkerut.
"Abang, berhentilah!" rayu Iman Shamimie mendakap tubuh abang kandungnya.
"Kau ke tepilah!" arah Arif Hakimi menolak adiknya sampai terjatuh.
Iman Shamimie mengaduh kesakitan. Mata Arif Hakimi merenung tepat anak mata Syarifah Izzati. Segelintir mereka yang lain sudah keluarkan senjata, membidik ke arah Arif Hakimi. Syarifah Izzati yang dicekik, hanya tersenyum sinis.
"Kau jangan nak libatkan adik aku dalam hal ni. Adik aku tak bersalah dalam kes ni. Kes ni hanya antara aku dengan Zai," kata Arif Hakimi bertegas.
Syarifah Izzati dicampak ke tempat duduk semula. Gadis itu tersenyum sinis.
"Sekali kau cederakan adik perempuan, aku pastikan nyawa kau hilang dulu," ugut Arif Hakimi.
"Seriuslah. Dah terbukti kau memang pembunuh kembar aku," kata Syarifah Izzati tidak gentar langsung dengan ugutan itu.
"Aku bunuh orang ada sebab. Aku nak lindungi keluarga aku. Kau kena tahu."
Syarifah Izzati menjongketkan keningnya.
"Lagipun, kau bunuh aku pun kembar aku akan cari kau," tambah Arif Hakimi.
Berkerut dahi Syarifah Izzati. Dia menggumam sinis.
"Baru aku tahu kau ada kembar," kata Syarifah Izzati.
Nurul Fadzelin pun baru tahu suaminya ada kembar, tetapi di berdiam sahaja sambil menyaksikan pergaduhan itu.
"Sejahat-jahat aku pun, kembar aku jauh lebih jahat dari aku. Kau kena ingat, kembar aku akan buat apa saja untuk capai matlamat. Kau bunuh aku hari ni, esok hari kubur kau yang menanti," kata Arif Hakimi dengan wajah garang.
"Hmm... Memandangkan kau pernah bunuh kembar aku, apa kata aku pula bunuh kembar kau," cadang Syarifah Izzati menghangatkan lagi suasana.
Sepucuk diacu di sebelah kepala Syarifah Izzati.
"Kau silap!" kata Iskandar membidik pistol ke kepala gadis itu.
Syarifah Izzati terkejut dengan tindakan bekas rakan sekerjanya itu. "Iskandar."
"Kembar dia tu kawan sekelas aku suatu ketika dulu. Kalau nak bunuh dia, langkah mayat aku dulu," kata Iskandar mengeluarkan aura serigala.
Syarifah Izzati hilang kata. Air liur membasahi tekaknya yang kering.
SNAP!
Dia tertawa sakan. Malah, tepukan hambar diberikan.
"Permainan ni makin menarik ya."
Bersambung...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro