Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ADVENTURE BEGINS: BAB 7

"Ermm... dia... dah tak ada."

Erfan Shafiq terkejut mendengar kata-kata.

"Apa dia?" Suara Erfan Shafiq yang lantang, menarik perhatian mereka.

Aminah Safawiyah mengalirkan air matanya. "Betul! Takkan aku nak menipu pula."

Mereka berdiam seketika. Sniper yang diusap Aminah Safawiyah, diberikan kepada lelaki itu.

"Nah! Dia suruh aku bagi dekat kau," kata Aminah Safawiyah dengan wajah muram.

Sniper Barrett bertukar tangan. Aminah Safawiyah melangkah masuk ke dalam rumah. Luthman Harith yang enak menikmati makan malam, bingkas lalu mengejar kekasihnya. Erfan Shafiq terpinga-pinga seketika, cuba mencari ketahanan dalam badan. Dia memegang bangku berhampiran dengannya lalu melabuhkan punggung. Rambut diramas.

"Jadi, kita kehilangan seorang penembak jauh?" kata Immanuel yang memerhati kelakuan rakannya.

"Ya," kata Ilman Faiz.

"Kita semua yang pergi ni, tak semestinya sama bilangan bila pulang. Bilangan takkan lebih, malah jadi kurang. Macam ni la hidup waktu di medan perang," kata Iskandar.

"Jadi, kita nak buat apa sekarang?" kata Zulhilmi yang duduk bersama dengan Wahida.

"Kita kena gerak esok ASAP (as soon as possible)," kata Iskandar, ketua gerakan.

"Macam mana dengan geng Zul tu? Diorang buat kerja ke tak tu?" kata Adil terfikir dengan rakannya yang lain.

***
Don Mueang International Airport, Bangkok, Thailand

Minyak kapal terbang diisi penuh untuk penerbangan esok hari.

"Okey, dah penuh," kata Raviendra.

"Okey," balas Zulfadlie.

Lelaki itu berjalan ke bahagian enjin kapal terbang. Khairil Ihsan dan Syamil sedang memeriksa enjin kapal itu.

"Hoi, macam mana enjin?" kata Zulfadlie, tegas.

"Dalam keadaan baik sekali," jawab Syamil tersenyum yakin.

Khairil Ihsan menutup bahagian enjin kapal terbang. Dia memandang ketuanya, barangkali bosnya.

"Enjin dah diubahsuai..." kata Khairil Ihsan sebelum terbatuk.

"Uhuk! Uhuk!"

"...jadi lebih laju."

Zulfadlie mengangguk faham.

"Bagus," ucap Zulfadlie puas hati.

Najwa Mufida dari tadi di dalam trak Pajero yang dipinjam. Dia melihat matahari makin terbenam.

"Cepat sikit. Matahari nak terbenam dah ni," kata Najwa Mufida memperingatkan mereka.

"Ya. Nak datanglah ni," kata Zulfadlie dengan nada geram.

Empat lelaki itu bergerak ke arah trak yang menantikan mereka lalu menaikinya. Najwa Mufida memandu trak itu pergi dari situ.

Tanpa disedari, seseorang yang dari semalam lagi, memerhatikan mereka. Dia mengekori mereka dengan motosikal tanah; motocross. Enjin yang kuat menarik perhatian Najwa Mufida. Dia memandang ke belakang menerusi cermin pandang sisi.

Tiada kenderaan pun di situ. Aneh.

Benda apa yang aku nampak tadi? Bisik hati Najwa Mufida.

Dari jauh, seorang gadis meneropong mereka sambil duduk di atas motosikal tanah. Nombor plat trak Pajero itu dapat dikesannya. Rokok dihisap lalu dicampak ke lantai. Asap dari mulut dikeluarkan.

"Sasaran dikesan." Itulah ungkapan yang berbentuk sinis itu dari mulut gadis itu.

"Dah lama kita jumpa, 'kawan'. Memang cukup lama."

Puntung rokok yang dicampak tadi, dipijaknya. Dua pucuk pistol Desert Eagle sudah sedia di sebelah dada.

Enjin motosikal dihidupkan. Gadis itu menunggang motosikal pergi dari situ.

Kembali ke rumah Niratcha, mereka sudah kenyang makan malam. Ketibaan sebuah trak Pajero memasuk laman rumah menarik perhatian mereka.

"Diorang dah balik," kata Immanuel.

Ilman Faiz mendekati mereka.

"Macam mana misi?" kata Ilman Faiz mahukan laporan.

"Setakat ni, semua berjalan lancar. Pagi esok, kita boleh bergerak ke sana," lapor Zulfadlie, yakin.

Bahu lelaki sasa itu ditepuk.

"Bagus. Sekarang, pergilah makan," pelawa Ilman Faiz.

Mereka berlima bergerak ke unggun api yang terpasang di laman.

"Nah, daging rusa!" kata Silvaprea memberi beberapa pucuk daging rusa kepada mereka.

"Ermm... terima kasih," ucap Khairil Ihsan.

Satu gigitan diberikan. Mereka merasai daging itu.

"Hmm... lagi sedap dari capati Ravi." Sempat lagi Khairil Ihsan memuji.

"Apa?" Raviendra terperanjat.

Tidak lama kemudian, gadis tadi muncul di depan pintu masuk laman rumah banglo itu.

"Maaf mengganggu. Nak tumpang dekat sini boleh?" tegur gadis itu.

Mereka yang lain memandang punca suara itu. Iskandar dan Arif Hakimi kenal amat susuk wanita itu, apatah lagi Nurul Fadzelin.

"Izz?" kata Arif Hakimi, terkejut.

"Izzati!" Iskandar turut terkejut.

"Syarifah..." Nurul Fadzelin bergetar bibirnya.

~Throwback Tundukkan Tiga Tuxedo Bab 116~

"Jadi, Ami jadi tunang ustazah," kata Syarifah Izzati, dingin.

"Ya," balas Nurul Fadzelin.

"Wah, tak sangka! Musuh sendiri boleh jadi tunang," kata Syarifah Izzati, sinis.

~End Throwback~

Masih segar lagi detik perpisahan mereka berdua bertukar permusuhan. Syarifah Izzati, gadis itu memandang mereka-mereka di situ. Iskandar mendekati gadis itu.

"Izzati, macam mana..." kata Iskandar belum habis kata.

"Kau kenal dia ke?" soal Fatin Shahirah ragu-ragu.

Iskandar memandang kawannya. "Ya, kami satu pasukan polis waktu dulu."

"Apa?" Terkejut sakan rakannya yang mendengar.

"Kau jadi polis?"

"Kau kata jadi cikgu?"

"Bila masa jadi polis pula ni?"

Iskandar mengeluh kecil, seperti yang dijangka. Syarifah Izzati menggulingkan matanya lalu berjalan ke mendekati Nurul Fadzelin yang mendukung Aina Farhana. Fatin Shahirah mengesyak sesuatu terhadap tetamu tidak diundang itu.

"Dah ada anak rupanya. Tahniah," kata Syarifah Izzati tersenyum sinis.

Nurul Fadzelin tidak mahu berbalas apa-apa kata. Penampilan bekas sahabatnya berubah 360 darjah. Gadis yang dahulunya seorang yang ceria dan menutup aurat, kini sudah mendedahkan aurat dengan hati kering. Syarifah Izzati menghulurkan tangannya.

"Lama tak jumpa kau, Lin," kata Syarifah Izzati.

Nurul Fadzelin meletakkan Aina Farhana ke bawah lalu kembali memandang tangan yang sedia untuk disalam. Dia bersalaman secara ragu-ragu. Pantas Syarifah Izzati mendakap tubuh wanita itu lalu menepuk belakang badan Nurul Fadzelin. Dagu ditongkat ke atas bahu.

Arif Hakimi yang melihat pertemuan mereka berdua, segera meninggalkan mereka bersama. Anaknya turut dibawanya. Syarifah Izzati melihat musuhnya itu pergi. Dia menunjukkan belangnya.

"Aku akan bunuh laki kau atas kematian adik aku," kata Syarifah Izzati dengan senyuman iblis.

Nurul Fadzelin menolak tubuh Syarifah Izzati. Gadis bersinglet hitam itu tersenyum sahaja. Tatu jenis tribal pada lengan sasanya jelas dilihat.

"Kau dah berubah," kata Nurul Fadzelin, hairan.

"Manusia berubah atas beberapa sebab. Dendam, kecewa, kesal, semua tu buatkan kita berubah. Sedangkan hati manusia boleh berubah warna, inikan pula kita yang manusia," kata Syarifah Izzati mengeluarkan kotak rokok.

Sebatang rokok dikeluarkan dengan mulut. Kotak rokok disimpannya lalu dikeluarkan pula pemetik api.

"Semoga kau bahagia tanpa suami ya nanti," kata Syarifah Izzati dengan sinisnya.

Nurul Fadzelin terus bergerak masuk ke dalam rumah. Syarifah Izzati hanya tersenyum sinis. Hujung rokok dinyalakan. Gadis itu memandang Iskandar yang tidak habis-habis disoal siasat.

"Hah? Is tak pernah berubah, macam budak mentah."

***
England, United Kingdom

Helikopter kembali ke laman rumah yang luas. Enjin dimatikan. Dua beradik Rusia bergerak turun dari helikopter itu. Kelihatan Danial Nabil menanti ketibaan mereka di depan pintu rumah.

"Minyak dah diisi. Kita boleh bergerak Amerika tanpa hentian lagi," kata Ilyana Zhamuri, yakin.

"Kita tunggu yang lain dulu," kata Danial Nabil, serius.

Baru sahaja lepas cakap, mereka yang menunggang basikal dari pagi tadi sudah muncul.

"Haa... panjang umur," kata Ilyana Zhamuri melihat Alif Najmi.

"Ada apa ni?" Alif Najmi kehairanan.

"Kita akan ke Amerika hari ni," kata Danial Nabil.

"Wah, Amerika! Bestnya! Yeay!" sorak Aliya Syakira dengan terujanya.

"Habis tu, macam mana dengan kawan kita yang lain?" Alif Najmi ragu-ragu.

Tiba-tiba muncul satu suara mencelah perbualan mereka.

"Tak apa. Teruskan!"

Alif Najmi mengeluarkan telefonnya. Kelihatan Ruby berpakaian lengkap seperti juruterbang.

"Saya dah hantar mesej kepada mereka yang kita akan ke Amerika. Mereka bersetuju untuk ke sana," terang Ruby.

"Okey, kami faham."

Skrin telefon kembali hitam.

"Alif, nak cakap sedikit... secara peribadi," pinta Danial Nabil.

Alif Najmi bergerak turun dari basikal. "Okey."

***

Air teh Eropah dihirup dengan segarnya sebaik pelayan menghidangkan teh latte ke meja.

"Kau tahu kan dua perempuan tu suspek yang polis cari? Apa tanggungjawab kau?" kata Danial Nabil dengan bernada serius.

Alif Najmi mengeluh. "Cikgu, diorang takkan buat benda macam tu lagi. Percayalah diorang..."

Beberapa kepingan gambar kes pembunuhan dilempar ke atas meja, membuatkan Alif Najmi hilang kata. Dia melihat gambar-gambar mayat itu.

Mangsa Hantu Sudu
(Dari Split Love)
Maizatul
Insyirah
Saranisa
Nurliyana
Farzana
Aya
Fazz
Firsha
Harris
Az

Mangsa Alane Admex
(Dari Split Love Musim 2)
Maimun a.k.a. Moon
Bunny
Lia
Fia
Atiqah
Aimi
Husna
Najah
Uzma
Ismail

"10 orang untuk setiap orang. Diorang dah bunuh 20 orang. Kau nak biarkan diorang terlepas macam tu?" kata Danial Nabil.

Alif Najmi tidak tahu hendak berbalas apa.

"Aku bagi kau masa untuk fikir pasal ni. Misi kau cuma bunuh dua pembunuh ni. Kalau kau tak bunuh diorang, biar cikgu selesaikan dengan sendiri," kata Danial Nabil.

Keluhan dilepaskan. Alif Najmi berpaling muka ke luar tingkap, enggan berulas panjang. "Yela."

Tiba-tiba, televisyen kecil yang tergantung di sudut kafe itu menggemparkan satu berita.

"Breaking news - An incident in the city of London where a tourist was eating up a citizen and set himself on fire recently. Queen Elizabeth ordered the citizens to lock the door and ban the children out of the house for safety. All flights had to be delayed..."

Kata pemberita di kaca televisyen hilang seketika. Mata penyampai berita itu terbuntang luas melihat sesuatu yang memggerunkan.

Tidak semana-mana, segerombolan zombi menyerang studio itu, sekaligus memutuskan talian perhubungan. Mereka yang menonton berita itu mula tidak tenteram. Alif Najmi dan Danial Nabil bangun dengan terkejutnya. Danial Nabil meletakkan tip di bawah cawan yang belum disentuhnya.

"Kita kena gerak," kata Danial Nabil lalu bergegas keluar dari kafe itu.

Alif Najmi mengekori lelaki itu. Sebuah bas yang baru berhenti di perhentian bas, terus dinaiki mereka berdua.

Bas bergerak sebaik menurunkan dan mengambil penumpang. Telefon dikeluarkan. Nombor Ilyana Zhamuri. Panggilan dijawab berserta bunyi tembakan.

"Zhamuri!" kata Alif Najmi menelefon dengan cemas.

Bunyi tembakan kedengaran.

"Jennie, cover me."

"Aku dah tak ada peluru."

"Lawan dengan pisaulah!"

Alif Najmi hilang kata. Telefonnya diturunkan dari telinga dengan wajah pucat.

"Apa dah jadi?" tanya Danial Nabil.

"Diorang dah serang," kata Alif Najmi.

***

Beberapa das tembakan dilepaskan ke arah zombi-zombi yang muncul entah dari mana. Hanya Aliya Syakira dan Isma Fatieha yang menyerang mereka berbekalkan dua bilah pisau dan sudu perak, masing-masing.

"Kita kena naik helikopter sekarang juga!" arah Ilyana Zhamuri menembak dengan rifle AK-47.

"Macam mana dengan dua laki tu?" tanya Isma Fatieha sambil berlawan dengan sudu perak.

"Kita terpaksa. Keadaan dah mendesak," kata Zafina Shahirah mengisi peluru MP5.

"Korang berdua naik helikopter dulu. Kami cover korang," arah Farah Yasmine masih menembak zombi di situ.

Segera, Aliya Syakira dan Isma Fatieha segera menaiki helikopter lantas mengambil tempat duduk pengendali helikopter.

"Macam mana nak start ni?" kata Isma Fatieha tidak serba tahu.

"Petik je butang apapun." Aliya Syakira terus menekan butang-butang di situ sesuka hatinya.

"Hoi!"

Bilah pemutar helikopter berpusing semakin laju. Aliya Syakira menarik cyclic-pitch level. Helikopter diterbang ke udara sedikit.

"Okey, kita lari masuk ke heli dalam kiraan," kata Zafina Shahirah.

"1... 2... 3!"

Segera mereka bergegas ke arah helikopter itu. Mereka melompat masuk ke dalam helikopter dengan jayanya. Aliya Shakira menaikkan helikopter itu dengan segera.

Baru sahaja hendak bersorak, mereka melihat dua mayat hidup yang berpaut pada landing skid, memasuki helikopter itu.

"Makan ni!" Zafina Shahirah memberi penumbuk ke muka zombi.

Berpusing kepala zombi itu hingga berbelit leher. Farah Yasmine membantu rakannya berlawan dengan zombi itu.

Sementara mereka berdua berlawan seekira zombi, dua beradik Rusia berlawan dengan seekor lagi zombi. Pisau pemburu dikeluarkan. Satu tikaman menusuk ke perut zombi, tetapi tidak memberi kesan.

"Whatta..." Jennie Zhamuri terkejut.

Zombi itu terus menolak Jennie Zhamuri keluar dari helikopter yang sedang naik tinggi.

"Jennie!" jerit Ilyana Zhamuri melihat adiknya jatuh dari helikopter.

"Help me! I cannot hang on anymore. Anytime I will fall down!" jerit Jennie Zhamuri berpaut pada landing skid helikopter, belum jatuh lagi.

Ilyana Zhamuri mula cemas dengan keadaan adiknya yang di hujung tanduk. Dia memandang zombi yang mahu menyerangnya pula. Dia sudah tiada pilihan.

A) Lawan zombi

B) Selamatkan Jennie Zhamuri

Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro