ADVENTURE BEGINS: BAB 5
Matahari naik dengan tingginya ke langit. Mata dicelik perlahan-lahan. Tubuh bergerak bangun dari perbaringan. Tangan menggosok matanya. Badan diregang hingga meletup bunyi sendi.
"Arh! Aduh!" Farah Yasmine memegang belakang badannya.
Wanita itu bergerak turun dari katil lalu berjalan ke cermin di meja solek. Dia melihat wajahnya dengan muka mamai. Anak matanya terbeliak seakan-akan mahu terkeluar. Nafas ditarik dalam-dalam.
Seperti dijangka, jeritan menguasai rumah itu pada pagi yang indah itu. Burung-burung yang menghinggap bumbung rumah terus berterbangan dek jeritan itu.
Selamba Alif Najmi menghirup teh panas di dapur sambil membaca surat khabar.
"Jadi, itulah isyaratnya," kata Zafina Shahirah, selamba memotong sayuran di dapur.
"Ya," balas Alif Najmi menyelak surat khabar Inggeris.
Hentakan kaki dapat didengari. Farah Yasmine bergerak turun ke tingkat bawah, meluru ke dapur. Langkahnya terhenti sebaik melihat Alif Najmi berada di situ.
"Bila... Bila kau datang sini?" soal Farah Yasmine.
"Awal lagi tadi," jawab Alif Najmi tanpa sebarang reaksi.
"Jadi... muka ni..." Farah Yasmine menuding jari ke mukanya yang disolek ala-ala Joker.
"Aku yang buat."
Kening Farah Yasmine tergerak-gerak. Rambutnya diramas kasar. Mimpi ngerinya sudah bermula.
"Aku benci hidup ni," keluh Farah Yasmine menutup mukanya.
"Dia tak pernah berubah dari dulu lagi," kata Alif Najmi melihat gelagat Farah Yasmine.
"Memang pun," sokong Zafina Shahirah.
Isma Fatieha bergerak turun dari tangga. Mulutnya yang menguap, ditutup seketika. Matanya mamai melihat sekeliling.
"Apa bising-bising ni?" katanya sebaik memasuki dapur.
Mereka yang berada di dapur, memandang Isma Fatieha.
"Tak ada apa-apa," kata Alif Najmi.
Tiba-tiba, satu tikaman menusuk dari belakang tubuh Isma Fatieha. Wanita itu terkejut lantas menoleh ke belakang. Kelihatan Aliya Syakira mencuit belakang badannya dengan jari, bukan menikam. Aliya Shakira hanya tersenyum.
"Selamat pagi!" ucap Aliya Syakira dengan senyumannya.
Aliya Syakira berjalan masuk ke dapur dengan riangnya. Isma Fatieha terpinga-pinga dengan kejadian tadi. Badannya disentuh. Tiada apa-apa tikaman pun di badannya. Semua tadi itu hanyalah ilusi.
"Nah, akak," kata Aliya Syakira menghulurkan beg berisi bahan memasak.
Zafina Shahirah mengambil barangan itu. "Thanks."
"Aliya, duduk sebelah abang ni," kata Alif Najmi meletakkan tangan di sebelahnya.
Aliya Syakira mendekati lelaki itu lalu melabuhkan punggungnya di kerusi kayu sebelah abang angkatnya. Alif Najmi memandang Isma Fatieha.
"Isma." Alif Najmi memanggil wanita itu.
Wanita itu bengang seketika lalu memandang lelaki itu. "Y... Ya."
"Marilah sarapan," ajak Alif Najmi.
Isma Fatieha menghampiri lelakinya lalu duduk di bahagian hujung meja, sebelah Alif Najmi.
"Okey, sarapan dah siap!" Zafina Shahirah meletakkan sarapan roti dan telur goreng ke atas meja.
Farah Yasmine melabuhkan punggung menghadap Aliya Syakira. Zafina Shahirah pula duduk menghadap Alif Najmi.
"Mana Cikgu Danial?" tanya Farah Yasmine.
"Dia makan dekat luar. Cari ketenangan katanya," jawab Zafina Shahirah.
Farah Yasmine mengangguk faham. Sarapan di depan mata dinikmatinya. Dia memandang dua wanita yang tidak dikenalinya.
"Korang berdua ni siapa?" tanya Farah Yasmine.
Belum sempat Alif Najmi bersuara, Aliya Syakira mencelah. "Saya Aliya. Alif ni abang angkat saya."
"Oh, begitu." Farah Yasmine mengangguk faham lalu memandang Isma Fatieha. "Yang ni?"
"Isma, senior aku," celah Alif Najmi, selamba.
Farah Yasmine mengangguk sahaja.
Tidak lama kemudian, Danial Nabil muncul dari pintu belakang bersama hasil memancing. Ikan Salmon yang besar dipikulnya.
"Wah, besar juga ikan yang cikgu dapat!" kata Zafina Shahirah, kagum.
"Tch. Tak pernah cikgu dapat ikan sebesar ni. Berat 30 kilo ni," kata Danial Nabil tersenyum sinis.
"Apa?" Mereka yang mendengar, terkejut.
"Betullah."
Isma Fatieha memandang wajah lelaki itu. Entah apa yang dia rasa.
=Split Personality Mode ON=
"Handsome betul," kata Cik Queen, tergoda.
"Hoi! Habis tu, Farid nak letak dekat mana?" kata Hantu Sudu, dingin.
"Arh! Biarlah! Belum cuba, belum tahu."
"Dah kenapa berubah hati ni?" Isma kehairanan.
"Cinta kerana nafsu namanya," kata Teha meletakkan tangannya ke paras dada.
Cik Queen tetap memberontak. "Tak kisahlah apapun! Aku tetap akan dapatkan dia!"
=Dari sudut luaran=
Mereka yang lain melihat Isma Fatieha yang bercakap seorang diri dari tadi.
"Isma," panggil Alif Najmi memegang tangan Isma Fatieha.
Isma Fatieha terkejut, bengang sekali lagi. Dia memandang mereka yang lain. Aliya Syakira hanya menikmati sarapan, enggan mengambil tahu.
"Eh! Err..." Isma Fatieha tidak tahu hendak berkata apa.
"Okey tak ni?" tanya Alif Najmi.
Isma Fatieha terasa janggal sedikit. "Okey saja. Haha... Boleh tak nak keluar jalan-jalan dekat kawasan ni?"
"Oh, boleh saja. Basikal ada dekat stor belakang rumah," kata Zafina Shahirah.
"Alright." Isma Fatieha bangun.
Bahu Alif Najmi ditepuk. Lelaki itu memandang Isma Fatieha. Wanita itu seperti mengajak lelaki itu keluar. Dia tersenyum sahaja lalu melangkah keluar dari rumah.
"Okey." Alif Najmi bangun dari tempat duduknya.
Dia memandang rakannya yang lain. "Aku keluar dengan dia jap."
"Okey, jaga diri," kata Farah Yasmine.
Alif Najmi melangkah keluar dari rumah itu. Aliya Syakira dengan tergesa-gesa menghabiskan sarapannya lalu mengejar Alif Najmi dari belakang.
"Nak ikut!" kata Aliya Syakira.
Danial Nabil hanya memerhati dari tadi sambil memikul ikan yang berat itu. Dia mengesyak dua wanita itu dengan pandangan mencurigakan.
"Cikgu," panggil Zafina Shahirah.
Danial Nabil memandang dua bekas anak muridnya. "Ya?"
"Kenapa pandang diorang macam tu?" tanya Farah Yasmine, hairan.
"Cikgu nak curang eh?" usik Zafina Shahirah.
"Ish, mana adalah." Danial Nabil mendekati sinki.
Ikan diletakkan di dalam sinki. Danial Nabil membasuh mukanya.
"Cikgu cuma... syak sesuatu dari dua perempuan tu, macam pernah nampak."
***
Hutan Aokigahara, Freaky World
Anak panah disasar tepat ke tengah bulatan. Minatozaki mengeluarkan anak panahnya lalu membidik ke bulatan merah pada batang pokok.
Zupp! Tepat ke sasaran.
Wanita itu mengeluh. Anak panah kayu dikeluarkan. Dia membelai anak panah diperbuat daripada ranting pokok itu. Cincin di jarinya dilihat. Dia mengeluarkan kuasa api sebaik mengaktifkan cincin merah. Anak panah bertukar api marak. Lakaran 'S' dibuat.
Fire Arrow
Level: 46
Class: S
Power: 110000
Strength: 75000
Weakness: Water
Begitu juga dengan kuasa lain. Biru untuk air, hijau untuk tumbuhan, putih untuk salji dan hitam untuk lohong hitam, yakni kegelapan neraka. Satu demi satu dia periksa setiap kuasa anak panah berasaskan warna cincin itu.
Water Arrow
Level: 39
Class: S
Power: 86000
Strength: 55000
Weakness: Ice
Ice Arrow
Level: 42
Class: S
Power: 105000
Strength: 62000
Weakness: Greenish
Greenish Arrow
Level: 37
Class: S
Power: 90000
Strength: 50000
Weakness: Fire
Namun, perkara pelik terjadi sebaik dia periksa kuasa cincin hitamnya.
Bl ack ho leAr row
Cla ss: ?
P øw ë r: œ mñq z
ß t ren gth: v w dğ
We āk ņ ess: mś k r
"Apa ni?" Minatozaki kebingungan.
Segera, Minatozaki menghilangkan kuasa cincin hitam itu. Anak panah itu kembali seperti kayu. Nafas ditarik dalam-dalam lalu dihembus lega.
"Apa benda tadi tu?" monolog Minatozaki tertanya-tanya.
"Inikah kuasa yang Permaisuri Ice Serra nak katakan ni?"
"Tak, bukan. Ni memang kuasa semula jadi cincin ni."
"Tapi, bahasa tadi tu pelik. Apa yang dimaksudkan?"
Banyak tanda tanya tersemat di dadanya.
"Ibu," kata Hanazono Suzuki mendekati ibunya.
Minatozaki memandang anaknya itu. Senyuman terukir di bibir. "Ya, sayang. Kenapa?"
Hanazono Suzuki menghulurkan busurnya. Dia menunjukkan tali pada busurnya yang terputus.
"Tali dah terputus," kata Hanazono Suzuki.
Minatozaki mengambil busur itu lalu melihat tali yang terputus. Dia mengeluarkan kuasa tumbuhan. Sehelai daun dikeluarkan, seperti kad terup. Daun tersebut menjadi halus bak benang sutera.
Perlahan-lahan, benang daun itu bergerak masuk ke dalam lubang kecil pada setiap hujung busur dengan sendirinya. Minatozaki menguji ketahanan tali itu. Cekang dan elastik.
"Okey, boleh guna," kata Minatozaki memberi busur itu kepada anaknya.
"Nah, sayang."
Hanazono Suzuki berdiam seketika. Tangannya diletakkan di belakang badan. Badannya pula bergerak ke kira dan kanan secara setempat.
"Kenapa ni?" Minatozaki kehairanan dengan sikap anaknya.
"Ermm... apa perasaan ibu waktu mula-mula suka ayah?" soal Hanazono Suzuki, malu.
"Hmm..." Si ibu berfikir sejenak dengan jari di dagu sambil memandang langit.
Minatozaki mengimbas semula kisah lamanya.
~Throwback Penulis Malam 2 Bab 18~
Minatozaki bercakap seorang diri. Dia berlakon dengan sifat dandere.
"Hei, Kai! Boleh tak kita keluar jalan-jalan?" kata Minatozaki berlatih bersuara, segan dan malu lalu sedar dari lamunan. "Ah, apa ni!? Malu sangat kau ni. Cuba jadi macam Anvell!"
Minatozaki berlagak tsundere, seperti Ferradossa Anvell.
"Woi, Kai! Nak keluar dengan aku, tak?" Minatozaki berlakon seperti Feradossa Anvell. "Kasar sangat! Cuba jadi macam Ayano!"
Gadis itu berlagak yandere, macam Ayano Hiruka.
"Kai, boleh keluar dengan aku, tak? Kalau tak nak keluar, saya keluarkan hati awak dari tubuh badan awak tu." Minatozaki berlakon seperti Ayano Hiruka pula. "Kejam lagi psycho pula dibuatnya. Cuba jadi... siapa lagi? Oh, Violet!"
Akhirnya, dia berlakon kuudere, bak Violet Alexander.
Minatozaki berlakon seperti Violet Alexander pula, dingin. "Kai, nak keluar dengan aku, tak?" Dingin.
Krik! Krik!
"Okey, tak nak keluar tak apa," kata Minatozaki dingin.
Minatozaki sedar dari lakonannya. "Dingin betullah!! Aku patut jadi siapa ni?" Serabut.
~End Throwback~
"Ibu jadi tak keruan. Ibu tak tahu nak jadi macam siapa waktu tu," kata Minatozaki lalu tertawa dengan kisah lamanya itu.
Pandangan dibuang ke arah anaknya. Tawanya pudar.
"Kenapa ni? Sayang ada suka dekat sesiapa ke?" tanya Minatozaki.
Hanazono Suzuki mendakap tubuh ibunya. "Betulkah Hana tak boleh kahwin dengan abang Yūki sebab ayah sama?"
Minatozaki terkesima dengan kata-kata anaknya. Dia hilang kata, tidak tahu hendak berbalas apa. Dia membalas pelukan anaknya.
"Hana... sayang Yūki ke?" tanya Minatozaki inginkan kepastian.
Hanazono Suzuki mengangguk.
"Sayang sangat."
Bersambung...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro