Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ADVENTURE BEGINS: BAB 4

Bangkok, Thailand

Setelah 12 jam meredah malam yang panjang, mereka selamat tiba di destinasi pada awal pagi. Lima buah kenderaan itu memasuki kawasan perumahan.

"Sini rumah dia!" kata Aminah Safawiyah menunding jari ke arah rumah banglo.

Empat kenderaan ringan dipandu masuk ke laman rumah itu sementara bas yang dinaiki Kelas DSB diletakkan di luar pagar kawasan.

"Betulkah ni rumah dia?" kata Immanuel melihat rumah mewah dua tingkat itu.

Ruby yang mengakses lokasi Niratcha, muncul di setiap skrin telefon mereka.

"Ya, di sinilah rumah Cikgu Neraka," kata Ruby, yakin.

"Hmm... aku syak perempuan tu ada kaitan dengan Cikgu Neraka," kata Fatin Shahirah.

"Apapun, kita turun dulu," kata Ilman Faiz yang sudah menyandang beg.

Maka, mereka berarak keluar dari bas. Bekalan dari tempat penyimpanan di dalam bas dikeluarkan lalu dibawa ke rumah mewah itu. Mereka yang lain masih belum memasukinya.

"Minah ketuklah pintu tu," kata Luthman Harith kepada Aminah Safawiyah.

Aminah Safawiyah mengeluh kecil. Sudah lama dia tidak pulang ke rumah. Tangannya perlahan-lahan mengetuk pintu kayu itu.

Tuk! Tuk! Tuk!

Pintu dibuka dari dalam. Kelihatan Niratcha muncul dengan apron. Dia melihat mereka yang ramai berada di lamannya.

"Ramainya. T̂xngkār t̄hām h̄rụ̄x xarị? (Nak meminang ke apa?)" kata Niratcha kehairanan.

"Cikgu kenal kami, tak?" kata Hasbi melambai tangan di celah keramaian itu.

Niratcha melihat bekas pelajarnya dan yang lain. "Hasbi. DSB. Kamu semua datang sini."

"Khuṇ rū̂cạk phwk k̄heā h̄ịm (Ibu kenal diorang?)" soal Aminah Safawiyah yang berdiri di depan pintu.

Niratcha memandang anaknya yang sudah lama tidak pulang, baru perasan. "Dĕk thārk! (Anak mama!)"

Segera, mereka berpelukan. Mereka yang lain hanya memerhati.

"Hmm..." Fatin Shahirah masih mengesyak hubungan mereka.

"C̄hạn rū̂cạk phwk k̄heā (Mama kenal diorang)," jawab Niratcha enggan melepaskan pelukan.

Arasy Rayyan muncul tidak lama kemudian. "Keid xarị k̄hụ̂n (Apa terjadi ni?)"

"Siapa pula tu?" bisik Zulhilmi melihat yang tidak dikenalinya.

"Skandal Cikgu Neraka rasanya," kata Amira bersangka buruk.

"Anak mama masuk dulu. Mama nak cakap dengan yang lain," kata Niratcha mula berbahas Melayu.

"Anak mama!" Satu bekas pelajar kelas DSB terkejut sakan, tercengang.

Niratcha mengukirkan senyuman manis. Aminah Safawiyah memasuki rumahnya. Niratcha memandang mereka yang lain.

"Err... nak cakap apa eh tadi?" Niratcha ingat-ingat lupa.

Pelajar DSB menyerbu ke arah wanita itu.

"Cikgu ada anak?"

"Bila cikgu kahwin?"

"Kahwin pun tak bagi kad jemputan pun!"

"Cikgu kahwin dengan siapa?"

"Sejak bila cikgu ada anak?"

"Habis tu, Cikgu Danial letak dekat mana?"

Habis segala persoalan dikeluarkan dari mulut bekas pelajarnya.

"Diamlah! Kalau cikgu bagitau pun, bukannya kamu semua nak datang," geram Niratcha, berpaling muka.

"Mestilah datang sebab Cikgu Neraka kan cikgu kesayangan kami," kata Hanif dengan hidung berdarah.

"Eh!" Niratcha memandang anak muridnya.

Bekas pelajar DSB itu terus membuat wajah minta simpati. Bersinar laman rumah dengan wajah sedemikian rupa. Tertewas juga Niratcha dengan muka mereka.

"Yela. Yela. Cikgu minta maaf sebab tak jemput. Apapun, cikgu kahwin dengan Danny," kata Niratcha mencekak pinggang.

"Mana dia?" soal Adil.

"Dia ada tugasan dekat luar negara. Katanya, dia dekat UK sekarang."

"Kebetulan, kami nak ke sana. Apa kata Cikgu Neraka ikut kami sekali?" kata Ilman Faiz mengajak.

"Hah?"

"Bolehlah kita mengembara bersama!" kata Amira, ceria.

Sementara mereka rancak berbual, mereka yang lain hanya memerhati sahaja.

"Kita kat sini nak buat apa?" kata Azizul Rahman, janggal.

"Entahnya," kata Luthman Harith, turut janggal.

"Psst... Korang." Aminah Safawiyah memanggil mereka dari laman belakang rumah.

Segera, mereka bergerak ke laman belakang.

"Masuklah," ajak Aminah Safawiyah berdiri di muka pintu belakang.

Mereka memasuki rumah itu, melangkah masuk ke dapur.

"Haih... kecoh depan rumah," keluh Aisyah Maisarah mendukung Erisha Carma.

Krakk! Kedengaran buih sendi meletup, menarik perhatian mereka.

Mereka melihat Faiz Azzudin meregangkan badannya. Sudah 12 jam dia menunggang motosikal tanpa henti.

"Kebas punggung habis. Kalau tidur, sedap ni," kata Faiz Azzudin dengan wajah mamai.

"Tidurlah dekat bilik Arasy," kata Aminah Safawiyah.

"Apa?" Arasy Rayyan terkejut.

"Alaa... bagi je la dia tidur dekat sini," marah si kakak.

Arasy Rayyan mengeluh. "Yela..."

Lelaki itu memandang Faiz Azzudin. "Ikut aku."

Maka, mereka berdua beredar ke tingkat atas. Faiz Azzudin hanya mengekori remaja bawah umur itu. Arasy Rayyan terasa kurang senang seketika. Pintu bilik semakin hampir dengannya. Pintu dibuka.

"Masuklah," kata Arasy Rayyan.

Mereka memasuki bilik tidur. Arasy Rayyan menutup pintu bilik. Faiz Azzudin melihat keadaan bilik bersih itu. Matanya tertarik pada katil double. Dari tadi, dia impikan tidur yang lena.

"Akhirnya..." Faiz Azzudin bergerak ke katil itu.

"Eh, nanti!" Belum sempat Arasy Rayyan menghalang, Faiz Azzudin sudah rebah ke tilam empuk.

"Sedapnya."

Bantai panjang di sebelahnya dipeluk erat. Arasy peluk terkejut melihat aksi lelaki itu mendakap 'bantal peluk' itu.

"Arasy, janganlah macam ni," kata Farah Natasha yang menjadi bantal peluk.

"Aku kat sini," kata Arasy Rayyan berdiri di depan Farah Natasha.

Farah Natasha mencelikkan matanya lalu melihat Arasy Rayyan di depannya. "Habis tu, siapa yang..."

Sebaik sahaja menoleh muka ke sebelah, Farah Natasha terkejut sakan hingga terjerit. Faiz Azzudin terjaga dek jeritan itu. Dia turut terkejut. Bukan terkejut kerana perempuan, tetapi terkejut melihat gadis itu berpakaian dalam sahaja. Mereka berdua jatuh dari katil. Masing-masing mengaduh lalu bangun dengan sendiri. Mereka saling memandang.

"Faiz?" kata Farah Natasha cuba mengecam wajah lelaki itu.

Faiz Azzudin mengecilkan matanya. "Tasha?"

~Throwback Penulis Malam Bab 26.6~

"Nak bincang apa pula!!" kata Faiz Azzudin kian cemas sebaik melihat lokasi mendarat semakin dekat.

"Kau suka aku, tak? Mudah saja soalan. Suka... atau tak?" Farah Natasha tersenyum sinis.

"Ya... ya! Aku suka kau!" kata Faiz Azzudin terdesak.

"Tolong ikhlas sedikit!" pinta Farah Natasha, dingin.

"Saya cintakan awak, Tasha!" ucap Faiz Azzudin mengukirkan senyuman.

"Oh! Baru aku ingat! Kau tu syaitan. Semua ayat kau tu dusta sahaja. Hehe..." Farah Natasha tersenyum sinis lagi.

~End Throwback~

"Cukup!" marah Farah Natasha sebaik terimbas kisah silam mereka.

Gadis itu memandang Arasy Rayyan. "Kau keluar sekarang. We need serious talk."

Arasy Rayyan mengangkat tangan tanda merela hati. "Okey."

Remaja itu bergerak keluar dari biliknya, membiarkan mereka berdua di dalam bilik. Farah Natasha meramas rambut panjangnya. Faiz Azzudin pula mengeluh lalu berpaling badan, enggan melihat tubuh gadis itu. Situasi menjadi dingin seketika.

"Macam mana kau boleh datang sini? Kau sepatutnya dengan Aisyah tu, kan?" kata Farah Natasha sambil memakai bajunya.

"Memang pun. Aku datang sini, bukan bersendirian," jawab Faiz Azzudin menghadap dinding.

"Apa kau buat dekat sini?"

"Tak buat apa. Aku datang sini pun sebab ada orang ajak. Macam mana kau dengan mamat tu?"

Farah Natasha menunduk. "Kami dah break up. Haih... aku menyesal."

Faiz Azzudin mengeluh. Farzana muncul tiba-tiba menembusi pintu, membuatkan Farah Natasha terperanjat sedikit.

"Wah, ada pasanganlah dekat sini!" usik Farzana tersenyum nakal.

"Siapa dia ni?" soal Farah Natasha kehairanan.

Roh itu memandang gadis itu dengan wajah hairan. "Kau boleh nampak aku?"

Sekali lagi Faiz Azzudin mengeluh. "Apa-apalah. Aku nak tidur."

Lelaki itu bergerak ke katil lalu rebahkan badan. Sekelip mata sahaja lelaki itu terlelap akibat penat. Dua perempuan itu melihat lelaki itu tidur lalu memandang sesama sendiri. Mereka janggal buat seketika.

"Jadi... kau tak nak tidur sekatil dengan dia ke?" usik roh Farzana dengan senyuman jahat.

"Apa punya otak kuning hantu ni?" Farah Natasha mendingin.

***
England, United Kingdom

Helikopter berterbangan di udara pada fajar itu. Dari atas helikopter, Alif Najmi melihat keadaan kota London yang tenang tanoa jangkitan zombi.

"Jimmy, dekat mana rumah kawan kau tu?" soal Ilyana Zhamuri masih mengawal helikopter.

"Lake District," jawab Alif Najmi memandang rakan lamanya itu.

"Roger."

Aliya Syakira mencelikkan matanya sedikit lalu melihat dirinya berbaring dengan kepala di riba abang angkatnya. Dia meregangkan badannya. Alif Najmi melihat wanita itu bangun dari tidur.

"Abang," panggil Aliya Syakira dengan senyuman manisnya.

"Baru nak bangun?" kata Alif Najmi berwajah dingin.

Pipi lelaki itu dicuit.

"Senyumlah sikit pagi-pagi ni. Barulah hari ceria," usik Aliya Syakira tidak pudar dari senyuman.

Alif Najmi menggulingkan matanya. Senyuman paksa terukir.

"Haa... kan bagus macam tu," kata Aliya Syakira.

Wanita bangun, mengubah posisi. Dia duduk. Matanya melihat sekelilingnya.

"Kita dalam helikopter ke? Dekat mana kita ni?" tanya Aliya Syakira.

Alif Najmi memicit kepalanya, terpaksa melayan adiknya yang banyak bercakap.

"Kita dah sampai," kata Ilyana Zhamuri.

Lelaki itu melihat kawasan padang rumput di situ. Dia melihat dua cahaya bergerak-gerak. Teropong diambil. Kelihatan Zafina Shahirah menyalakan api, memberi isyarat.

"Aku rasa macam nampak dia," kata Alif Najmi kepada Ilyana Zhamuri.

"Dekat mana?" Ilyana Zhamuri tercari-cari.

"Rumah tu."

"Roger."

Dua beradik Rusia itu mengawal helikopter ke laman depan rumah yang luas itu. Helikopter mendarat dengan bilah pemutar masih berpusing. Aliya Syakira bergerak turun dari helikopter, diikuti Alif Najmi yang mendukung Isma Fatieha pula.

"Kami nak isi minyak heli ni. Nanti, kami akan datang balik ke sini," kata Ilyana Zhamuri menjerit mengalahkan bunyi enjin helikopter.

"Okey!" balas Alif Najmi.

Helikopter dibawa naik ke udara lalu beredar pergi. Alif Najmi memandang Zafina Shahirah, rakan sekelas waktu dulu.

"Awalnya datang," kata Zafina Shahirah berjalan ke pintu depan rumah.

"Kami dalan keadaan tergesa tadi," balas Alif Najmi mengekori belakang wanita itu.

Zafina Shahirah membuka pintu rumah untuk mereka. "Letaklah dia dekat bilik. Yasmine ada dekat atas."

Mereka memasuki rumah dua tingkat itu. Kelihatan Danial Nabil tidur di sofa dengan lenanya.

"Terima kasih." Alif Najmi melangkah ke tingkat atas menerusi tangga.

Pintu bilik dihampiri lalu dibukanya. Alif Najmi memasuki bilik itu lalu melihat Farah Yasmine tidur dengan nyenyaknya. Perlahan-lahan dia meletakkan tubuh Isma Fatieha di sebelah tentera itu. Dia memandang Farah Yasmine.

"Wah, lama tak jumpa dia ni."

Alif off
Farid off
Musang on
Hoshiko off
Najmi off

Ting! Satu idea nakal muncul.

"Hehehehe... Lama tak usik orang ni."

Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro