Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ADVENTURE BEGINS: BAB 12

Mayat pasangan suami isteri dicampak ke dalam tong sampah sementara leher Aminah Safawiyah dirawat Farah Natasha di dalam rumah.

"Kau okey, tak?" soal Farah Natasha.

"Okey sikit," balas Aminah Safawiyah mengurut lehernya.

Yuri mendekati Aminah Safawiyah, bermanja dengannya. Gadis itu mendakap tubuh anjing itu.

"Minta maaf, Yuri sebab jadi macam tu tadi," ucap Aminah Safawiyah kepada Yuri.

Woof!

Aminah Safawiyah mengukirkan senyuman, seperti memahami bahasa anjing. Kepala anjing itu diusap pada bulunya.

"Sekarang, dah tiga orang yang mati," kata Zulfadlie menjadi geram.

"Sebenarnya, empat yang mati," kata Ilyana Zhamuri mengingati adiknya.

"Tak kisahlah berapa pun. Lepas ni, siapa pula yang akan mati lagi?"

Mereka yang mendengar itu hanya menunduk.

"Sudahlah tu. Orang dah mati. Hormat sikit keluarga si mati," kata Hasbi memarahi.

"Lagipun, bukan kita yang minta," kata Amira mencelah.

"Betul tu!" kata Puteri Atikah pula.

Situasi kembali hangat. Ilman Faiz cuba meleraikan keadaan itu.

"Sudah. Sudah. Nasi dah jadi bubur. Kita tak boleh nak ubah lagi. Tak perlu nak bertengkar pasal ni," kata Ilman Faiz.

Faiz Azzudin dan Aisyah Maisarah hanya memerhatikan mereka dari satu sudut. Aisyah Maisarah mengeluh kecil. Dia berdehem kasar, cuba menarik perhatian. Farah Natasha melihat reaksi Aisyah Maisarah yang seperti mahu berucap sesuatu.

"Perhatian, Aisyah nak cakap sesuatu ni," kata Farah Natasha dengan lantang sekali.

Mereka berdiam lalu memandang Aisyah Maisarah.

"Terima kasih," ucap Aisyah Maisarah.

"Silakan, Permaisuri Ice Serra," kata Farah Natasha.

Aisyah Maisarah sekilas memandang Farah Natasha sebaik nama di alam lain disebutnya. Atau mungkin dia salah dengar.

"Silakan," kata Farah Natasha.

Aisyah Maisarah memandang mereka di situ. "Memandangkan... sebanyak ini sahaja yang ada, kita akan bergerak ke suatu tempat yang jauh dari sini."

"Tempat yang jauh?" soal Silvaprea, hairan.

"Dekat mana tu?" kata Ilyana Zhamuri sambil menghisap rokok di muka pintu.

"Nanti! Maksud Syah..." Faiz Azzudin seperti sudah tahu lokasinya.

Aisyah Maisarah memejamkan mata dengan senyuman. "Ya, kita akan berhijrah ke dunia lain, di mana tiada penyakit pemakan daging ni."

"Dunia lain?" Emy Zulkifli kehairanan.

"Ah, mengarut semua ni! Entah-entah kau nak bawa kami semua ke tempat dipenuhi zombi?" Zulfadlie memberontak, tidak percaya.

Farah Natasha naik darah bila mendengar Zulfadlie berkasar. "Apabila baginda berbicara, jangan bising!"

Bergegar rumah agam itu dek jerkahan itu. Mereka hilang kata, malah terkejut dengan sayap yang muncul di belakang Farah Natasha, bak bidadari. Arasy Rayyan melihat malaikat itu muncul lagi.

"Rafaela?" kata tiga sekawan yang pernah main Mobile Legends.

Samantha Lee mendingin melihat tiga remaja yang tidak pernah tinggalkan dunia game.

"Teruskan, Permaisuri Ice Serra," kata Farah Natasha dengan mata putih di sebelah kanan.

Aisyah Maisarah melihat susuk malaikat yang pernah dilihatnya.

~Throwback Penulis Malam Bab 26.6~

"Faiz! Tasha!" seru seseorang dari belakang Farah Natasha.

Farah Natasha menoleh ke belakang lalu ternampak Aisyah Maisarah datang bersama Safiyah Zulaikha. Mata Safiyah Zulaikha terbuntang luas melihat Farah Natasha bersayap malaikat.

"Ta... Ta... Tasha!! Be... Bela... Bela... kang kau!!" kata Safiyah Zulaikha menunding jari ke arah sayap putih itu, tergagap-gagap.

Farah Natasha menoleh ke belakang, melihat sayapnya. "Oh, sayap aku! Aku taulah!"

~End Throwback~

Aisyah Maisarah masih ingat lagi detik itu. Namun, bagaimana Farah Natasha tahu pangkat Permaisuri Ice Serra.

"Kau ni siapa, hah?" tengking Zulfadlie terkejut.

"Aku, Ferra Natalia, penjaga peribadi Permaisuri Ice Serra," balas Ferra Natalia dengan lantang.

Dia memandang Aisyah Maisarah. "Teruskan bicara, permaisuri."

Aisyah Maisarah kembali tersenyum lalu memandang rakan seperjuangan. "Kita akan masuk ke dunia lain menerusi laut dalam. Adik saya sudah sedia menanti ketibaan kita di sana. Jangan risau. Kita semua takkan mati. Percayalah."

Suasana kembali hening.

"Untuk kali pertama dalam sejarah hidup aku, aku boleh percayakan Otaku macam kau," kata Nurul Fadzelin tersenyum yakin sambil mengangkat tangan.

"Aku pun setuju," kata Iskandar mengangkat tangan.

"Oi, Iskandar!" Zulfadlie berkerut dahi.

Segelintir bekas pelajar DSB mengangkat tangan.

"Aku pun ikut."

"Setuju!"

Alif Najmi yang melihat rakannya bersetuju dengan rancangan Aisyah Maisarah, skandalnya. Diikuti pula dengan dua beradiknya. Tidak lupa juga dengan Aliya Syakira dan Isma Fatieha.

"Kami pun ikut," kata Alif Najmi tersenyum.

"Hoi, Musang!" Zulfadlie terkejut.

"Walaupun ini satu-satunya jalan lain, aku ikut saja," kata Ilyana Zhamuri lalu mengangkat tangan.

Samantha Lee dan Syarifah Izzati turut mengangkat tangan tanpa banyak kata. Akhirnya, kebanyakan daripada mereka setuju.

"Okey. Disebabkan ramai sudah setuju, apa rancangannya?" kata Ilman Faiz bersoal.

"Kita akan bergerak ke Santa Monica menerusi Route 2. Di sana nanti, kita akan terjun ke dalam laut dari jeti Santa Monica. Kita akan merempuh masuk Pacific Park dan kedai cenderamata Route 66. Dari situ, kita akan menjunam masuk ke dalam lautan," terang Emy Zulkifli.

"Tapi, saya tak pandai berenang," kata Isma Fatieha, takut.

"Lagipun, macam aksi bunuh diri je," kata Hasbi tidak yakin.

"Jangan risau. Kita akan selamat semasa dalam air tu nanti," kata Farah Natasha.

"Jadi, bila boleh bergerak?" ujar Adil membawa satu persoalan besar.

Bunyi hentakan kaki dari tangga kedengaran. Sharanya mendekati mereka dengan wajah pucat.

"Teruklah macam ni!" kata Sharanya, cemas.

"Kenapa ni?" soal Cheng, hairan.

"Zombi dah kuasai ke Amerika!"

"APA!?"

***

Garaj dibuka dari luar seluas-luasnya.

"Okey, semua masuk ke dalam kereta masing-masing! Kita akan bertolak sekarang juga!" arah Emy Zulkifli berdiri di muka pintu garaj.

30 kenderaan yang memuat satu garaj besar itu dinaiki mereka semua.

"Semua dah masuk ke?" soal Emy Zulkifli ingin kepastian.

"Sekejap mak ayah pula macam mana?" tanya Nurul Fadzelin yang menumpang di dalam kereta Nissan Skyline milik suaminya.

"Takpe. Pergilah, nak," kata Ali Mustaqim, ayah Nurul Fadzelin.

Nurul Fadzelin bergerak turun dari kereta. Dia berdiri di celahan pintu. "Ayah, ni bukan masa nak bergurau!"

Ali Mustaqim menunjukkan kesan gigitan pada dadanya. Nurul Fadzelin tercengang.

"Ibu tiri kamu yang gigit ayah," kata Ali Mustaqim dalam keadaan masih tersenyum.

Emy Zulkifli sekilas memandang ibunya, Zainab. "Mak!"

Zainab menggeleng, masih mampu tersenyum biarpun sudah dijangkiti. "Pergi. Tinggalkan kami berdua."

"MAAKK!!" jerit Emy Zulkifli tidak dapat terima hakikat.

"Amy, kita dah tak ada masa," kata Elizabeth Foxe yang sudah sedia di kusyen pemandu Nissan GT-R.

Emy Zulkifli terpaksa mengalah lantas menaiki kereta Aston Martin Vanquish S Volante miliknya. Ruby muncul di setiap GPS di dalam 30 kenderaan itu.

"Baiklah, para pelumba sekalian. Saya akan terangkan jalan ke..."

Belum habis Ruby berkata, Emy Zulkifli menekan pendikit minyak terus.

Mereka yang lain terkejut dengan tindakan pantas lelaki itu. Memandangkan Emy Zulkifli dan Elizabeth Foxe pernah tinggal di Los Angeles beberapa tahun, tiada sebab lain mereka boleh tahu selok-belok badar itu. Mereka yang lain terus mengejar dengan tergesa-gesa.

Ali Mustaqim dan Zainab yang ditinggalkan hanya mampu tersenyum. Perlahan-lahan mereka melangkah keluar dari kawasan rumah agam itu lalu mengejar manusia untuk dimakan.

Mereka yang berlumba ke Santa Monica, berpecah kepada tiga laluan. Masing-masing dengan kelajuan melebihi 210 kilometer sejam.

"Huwaa!!! Jangan laju sangat!!" kata Raviendra melihat Syamil memandu dengan cuai.

"Aku takkan kalah dengan..." Mata Syamil terbuntang luas melihat sebuah lori melintas.

Mereka menjerit lalu merempuh lori balak. Kayu balak bertaburan ke jalan menyebabkan jalan disekat. Beberapa buah kereta lain yang dipandu laju terus melanggar dengan kuat. Entah siapa pula yang mati kemalangan itu.

Di kawasan pergunungan, Elizabeth Foxe membuat aksi drift, diekori dengan Aisyah Maisarah yang memandu Toyota Corolla GTS AE86. Khairil Ihsan dingin tanpa reaksi dengan aksi gila itu. Faiz Azzudin menunggang motosikal di belakang mereka.

Tiba-tiba, sebuah kereta muncul dari arah bertentangan. Mujurlah Faiz Azzudin sempat mengelak. Dia memandang cermin pandang sisi lalu melihat kemalangan berlaku. Barangkali dua ke tiga buah kereta lumba yang merempuhnya.

"Innalillah wa'innailahi roji'un," ucap Faiz Azzudin memberi takziah.

Di tengah lebuhraya, kereta dipandu laju sekali hingga melebihi 250 kilometer sejam. Kenderaan yang lain dipintas dengan lajunya. Emy Zulkifli memandu dengan tenang. Kelihatan kereta buatan Jepun memintasnya. Arif Hakimi mendahului perlumbaan jalanan itu.

Tidak semana-mana kereta Nissan 370Z memintas dua kereta jalanan itu dengan kelajuan mengagumkan. Kelihatan api biru kuning keluar dari ekzos kereta itu. Barangkali nitros yang dipasang.

"Huh? Just wait and see." Emy Zulkifli menunggu masa sahaja untuk menggunakan nitros.

Di sebuah persimpangan, mereka bertemu semula menghala satu jalan ke destinasi. Trak pickup Ford Ranger yang dipandu Zulfadlie, terlanggar kereta Ford GT yang dipandu Adil ketika bertemh di simpang sehinggakan kereta litar itu dilanyak oleh trak pacuan empat roda itu. Kerana itu, trak yang dipandu itu terbalik akibat hilang imbangan.

Lebih teruk lagi, kereta klasik Chevrolet Chevelle dirempuh kuat ke dinding kedai oleh trak Hummer H2 yang sukar dikendalikan. Entah berapa banyak nyawa melayang akibat kecuaian.

Maka, pakailah tali pinggang keledar.
Anda mampu mengubahnya.

Tiba di Pelabuhan Santa Monica, Samantha Lee merempuh pagar lepasi sempadan kenderaan, diikuti kenderaan lain. Zombi-zombi di situ dilanggar mati-matian.

Kereta dipandu ke kawasan pembukaan di bawah kedai cenderahati itu, meluru ke lautan.

Dalam sekelip mata, Emy Zulkiflie memintas Samantha Lee dengan bantuan nitros. Beberapa buah kenderaan melalui kawasan pembukaan kedai itu sebelum menjunam ke lautan.

Kereta AE86 yang dipandu laju turut menjunam ke dalam lautan. Aisyah Maisarah sempat bergerak keluar dari kereta ketika aksi menjunam dilakukan.

Dia memasuki air lautan lalu melihat mereka yang lain bergerak keluar dari kereta masing-masing. Tangannya perlahan-lahan membuat satu pergerakan. Siulan dibuat.

Kelihatan seekor ikan paus humpback mendekati mereka semua. Apa lagi jadi takutlah mereka semua, apatah lagi ketika disedut masuk ke dalam ikan paus.

Suasana menjadi gelap-gelita.

"Aku tak nampak apapun!" kata Azizul Rahman meraba-raba dalam kegelapan.

Sesuatu benda yang bulat disentuh.

Pakk!! Satu tamparan kuat kedengaran.

"Siapa berani sentuh buah aku ni, hah?" tengking Samantha Lee, geram.

Tiba-tiba, satu bebola cahaya muncul menerangi ruangan mulut ikan paus itu. Kelihatan Ilyana Zhamuri mengusap pipinya dek tamparan kuat itu.

"Bukan akulah siot!" kata Ilyana Zhamuri menahan geram.

Azizul Rahman berpaling muka, tidak mahu mengaku. Matanya tertumpu pada cahaya di tangan Ayano Hiruka.

"Hai, semua!" sapa Ayano Hiruka, ceria.

"Ayano, inilah rakan seperjuangan yang akak katakan tu," kata Aisyah Maisarah kepada adiknya.

"Wah, ramai juga ya!"

Farah Yasmine melihat rakannya yang sudah tinggal sedikit. "Sebenarnya, lebih daripada ni. Tapi..."

"Diorang dah tak ada," celah Syarifah Izzati mengibas pakaiannya, dingin.

"Tunggu. Mimie mana?" kata Arif Hakimi mula cemas, di sebelah Nurul Fadzelin.

"Sini!" balas Iman Shamimie tidak jauh dari situ.

Kelihatan Iman Shamimie berdakapan dengan Alif Najmi membuatkan Arif Hakimi berasa lega. Aliya Syakira yang melihat hubungan erat adik-beradik itu terasa cemburu dalam dirinya. Isma Fatieha yang duduk sebelah Aliya Syakira, melihat wajah-wajah mereka yang masih terselamat.

"Kita nak ke mana pula ni?" soal Luthman Harith masih terpinga-pinga.

"Freaky World," jawab Faiz Azzudin, selamba.

Aisyah Maisarah memandang adiknya. "Bawa tak tongkat kakanda?"

Tongkat bermutiara berlian biru dihulurkan kepada Aisyah Maisarah. Wanita itu mengambil tongkat itu.

Hanya dalam sekelip mata, pakaian yang dipakai Aisyah Maisarah bertukar menjadi jubah permaisuri puak Mermaid. Mereka yang melihat berasa takjub.

"Cantik," puji Elizabeth Foxe bersinar mata.

Tidak lama kemudian, mulut ikan paus dibuka.

"Eh, nanti..." Belum habis Zafina Shahirah berkata, dia sedar dia boleh bercakap di dalam air.

"Kamu semua sudah boleh bernafas di dalam air sekarang," kata Aisyah Maisarah berjalan keluar dari mulut ikan paus.

Mereka yang lain turut berjalan keluar dari mulut ikan paus itu. Kelihatan rakyat jelata menunduk sembah kepada Permaisuri Ice Serra. Mereka semua berjalan masuk melepasi gerbang sempadan.

"Para tetamu sekalian..." kata Ice Serra yang sudah memainkan peranan baharu.

Ice Serra berhenti melangkah lalu memandang mereka-mereka yang masih terselamat.

"Mulai sekarang, kehidupan baharu kita bermula di sini."

-TAMAT-
(untuk Musim Kedua)

Senarai para survivor:
1) Luthman Harith
2) Aminah Safawiyah
3) Azizul Rahman
4) Samantha Lee
5) Ilyana Zhamuri
6) Arif Hakimi
7) Nurul Fadzelin
8) Emy Zulkifli
9) Elizabeth Foxe
10) Faiz Azzudin
11) Aisyah Maisarah/Ice Serra
12) Alif Najmi
13) Isma Fatieha
14) Aliya Syakira
15) Iskandar
16) Syarifah Izzati
17) Zafina Shahirah
18) Farah Yasmine
19) Farah Natasha/Ferra Natalia
20) Arasy Rayyan
21) Iman Shamimie
22) Aina Farhana
23) Brian Ramlee
24) Erisha Carma
25) Yuri (anjing)

Al-Fatihah kepada mereka yang sudah mati
:(

-AKAN DATANG-
MUSIM 3: FANTASY EXPLORER

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro