Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 6

Alina's POV

Sebaik sahaja kami menghampiri pintu pagar istana, aku tidak dapat membuang rasa gelisah yang bersarang di dalam perutku. Kemegahan istana itu berbeza secara mendadak dengan kegelapan yang kelihatan menyelubunginya. Aku tidak dapat menghilangkan perasaan bahawa bahaya mengintai di dalam dinding istana tersebut. Yusuf meletakkan tangannya di bahuku.

"Remember, we're in this together. Kita akan cari jalan melaluinya bersama," bisik Yusuf.

Aku mengangguk dan mencari kekuatan daripada kata-katanya. Dengan Luna di sisiku dan Yusuf di belakangku, aku mengikut penjaga-penjaga itu melalui dewan berhias istana. Tapak kaki kami bergema di atas lantai yang digilap. Mereka dibawa masuk ke sebuah bilik besar, di mana seorang sosok lelaki berpakaian raja duduk di atas takhta. Wajahnya diselubungi bayang-bayang. Jantungku berdegup kencang apabila menyedari kami berada di hadapan seorang raja kejam yang telah memusnahkan kerajaanku.

Suara raja itu menggema di dalam bilik. Ia kedengaran dingin dan memerintah. "Siapa yang berani menceroboh kerajaan milikku tanpa kebenaran?"

Yusuf ingin melangkah ke hadapan tetapi dihalangi aku. Aku memandangnya dengan pandangan yakin sebelum melangkah ke hadapan. Terasa gementar menghadapi raja kejam menghancurkan kerajaanku.

"Maafkan kami, Tuanku Raja Daniel. Kami tidak bermaksud apa-apa. Kami hanya ingin mencari abangku yang telah lama hilang," kataku tanpa gagap.

Mata Raja Daniel mengecil. Ekspresinya tidak dapat dibaca. "Dan apa yang membuatkan kau semua fikir aku akan membantu kau?"

Belum sempat aku atau Yusuf menjawab, satu suara bergema dari bayang-bayang. Suara yang diwarnai dengan sikap menentang dan tekad. Suara yang pernah berada di dalam memori lamaku sewaktu aku baru satu tahun.

"Kerana kau tahu akan kebenaran sebenar! Setelah apa bonda dan ayahanda aku sudah buat untuk kau, ini cara kau balas jasa mereka? Dengan tumbangkan kerajaan ini dan keluarga aku?!"

Semua mata beralih ke sumber suara dan nafasku tersekat di kerongkong apabila melihat seorang jejaka melangkah ke hadapan. Dia diapit oleh sekumpulan pemberontak yang merupakan rakyat-rakyat Kerajaan Aethelgar. Aku terkaku. Pelbagai perasaan yang ada di dalam hatiku. Mata Yusuf terbeliak akibat terkejut.

"A-Arfan? Kau masih hidup?"

Kelihatan Yusuf menarik nafas. Kelegaan membanjiri dirinya. Arfan mengangguk. Pandangannya tidak pernah lepas dari Raja Daniel, satu-satunya raja kejam yang ada di dalam dunia Aethel ini. Sebelum apa-apa, salah seorang dari pemberontak yang berada bersama Arfan mencampakkan sesuatu di tengah-tengah bilik. Sebuah bom asap dilepaskan untuk mengalih perhatian mata raja yang jahat dan penjaga-penjaganya. Pemberontak-pemberontak tersebut lari ke arah keluar.

"Yusuf! Bawa Alina dan Luna dan ikut aku!" arah Arfah. Dia turut berlari, mengikut pemberontak-pemberontak ke arah keluar istana.

"Kita harus keluar dari sini secepat mungkin. Tidak ada waktu untuk kehilangan!" desis Yusuf ke arahku. Suaranya terbawa angin di tengah kekacauan.

Aku mengangguk. Hatiku berdebar-debar dalam keadaan yang tegang. Aku merasa campuran emosi yang kuat dalam diriku - kelegaan melihat Arfan, ketakutan akan apa yang mungkin terjadi selanjutnya dan keteguhan hati dalam memenuhi takdirku. Luna melompat maju dan mengisyaratkan aku dan Yusuf untuk menaiki badannya. Dia memimpin jalan kami keluar dari istana dan mengikut Arfan. Kami mengikuti serangkaian lorong gelap dan sempit, berusaha untuk tidak terlihat oleh pengikut setia Raja Daniel yang mencuba menangkap kami. Setelah beberapa saat berlalu, kami akhirnya tiba di luar istana. Akan tetapi, mereka tidak bisa bernafas lega begitu sahaja. Arfan berhenti sejenak, melihat sekeliling dengan penuh kewaspadaan.

"Kita tidak aman di sini. Raja kejam itu pasti akan mengarah pengikut-pengikutnya untuk mengejar kita. Kita harus segera pergi," kata Arfan dengan nada serius.

"Ke mana kita harus pergi?" soalku. Mataku memandang Arfan dengan harapan. Arfan menunjuk ke arah barat.

"Kamp pemberontak kita di hutan itu. Kita akan menemukan perlindungan di sana dan merencanakan langkah selanjutnya," kata Arfan dengan tenang.

Dengan langkah hati-hati, kami mulai bergerak menuju ke hutan. Kami terus berjalan dengan harapan dan tekad yang menggebu-gebu. Aku dapat merasakan tekad kami semakin kuat, terinspirasi oleh keberanian Arfan dan tekadnya untuk melawan kejahatan yang mengancam kerajaan kami. Dalam perjalanan menuju ke kamp pemberontak, suasana hutan menjadi semakin gelap dan rapat. Daun-daun pohon bergoyang di atas kami, menyebarkan bayangan yang menakutkan di sekitar kami. Namun, kami terus maju dengan tekad yang tak tergoyahkan.

"Tidak lama lagi kita akan sampai," kata Arfan dengan suara rendah namun penuh keyakinan.

Aku dan Yusuf mengangguk. Aku merasakan keberanian yang membara di dalam diriku. Aku memandang ke arah Luna, yang setia berjalan di sampingku, dan merasa bersyukur atas keberadaannya. Tiba-tiba, bunyi langkah kaki dari belakang menyedarkan aku. Aku berhenti dan menoleh ke belakang, hanya untuk melihat sekelompok pasukan pengawal Raja Daniel muncul dari bayangan, siap untuk menangkap mereka.

"Tidak boleh lari lagi!" teriak seorang komander pasukan. Senjata mereka terarah ke arah kami.

Aku merasakan jantungku berdebar kencang. Kami terjebak di tengah hutan, dikelilingi oleh musuh yang bersenjata. Tetapi aku tidak akan menyerah begitu sahaja. Aku memandang Luna dengan senyuman tipis.

'Luna, bersedia?' soalku melalui telepati. Kelihatan Luna mengangguk tanda bersedia. Aku segera duduk di belakang Luna dan mengeluarkan set memanahku.

"Walls of Flame!" Dengan itu, aku menggunakan kuasa api sambil menembak anak panah terus ke arah pasukan musuh kami. Anak panah itu menemui sasaran yang aku inginkan - benar-benar di hadapan pasukan tersebut. Tidak lama kemudian, sebuah dinding api muncul sebagai garis pertahanan.

"Jom pergi sebelum dinding api itu dihapuskan!" jeritku.

Dinding api yang melindungi kami memberikan waktu yang cukup untuk melarikan diri. Aku, Yusuf dan Arfan segera melompat ke punggung Luna, bersiap untuk melarikan diri dari serbuan pasukan Raja Daniel.

"Tak banyak waktu! Kita harus cepat pergi sebelum mereka kejar kita." desis Yusuf. Matanya memperhatikan dinding api yang semakin lemah itu.

Dengan Luna lari dengan cepat, kami menebus kegelapan hutan, dikejar oleh sorakan marah pasukan Raja Daniel yang terkejut dengan serangan pertahananku.

"Sialan! Mereka melarikan diri!" teriak salah satu dari mereka.

Aku, Yusuf dan Luna cuba menghindari pengejaran pasukan musuh. Kami mengikut Arfan yang memimpin kami menuju ke kamp pemberontak yang tersembunyi itu. Setelah beberapa waktu, kami akhirnya tiba di kamp pemberontak yang ramai dan penuh dengan aktiviti. Para pemberontak sibuk mempersiapkan pertahanan mereka dan merencanakan serangan terhadap pasukan Raja Daniel. Aku merasakan getaran kekuatan dan tekad di udara dan aku tahu bahawa kami berada di tempat yang tepat.

Aku turun dari punggung Luna, dan mengarahnya untuk berehat. Sempat lagi aku memberinya sedikit makanan untuk mengalas perutnya itu. Aku melihat sekelilingku, mencari Arfan di antara keramaian tersebut. Ketika aku melihatnya, hatiku berdebar kencang di dada. Tanpa disedari, aku terus mendakap tubuh Arfan itu. Arfan terkejut dengan pelukanku. Dia memandang Yusuf, yang sudah tersengih-sengih, sebelum mengukirkan sebuah senyuman lebar di bibir dan membalas pelukanku dengan hangat.

"Alina... Along rindukan Aly," katanya dengan penuh kasih sayang.

Aku membalas senyumannya sebelum berkata, "Akhirnya, Aly dapat jumpa along dan akhiri kekuasaan kegelapan Raja Daniel. Once and for all."

"Tapikan, along dan Yusuf kenal satu sama lain ke?" soalku dengan curiga.

Yusuf menuju ke arah mereka dengan tersengih yang tidak pernah lekang di bibirnya. Malah, Luna sudah merabakan bulunya ke kakiku dan Arfan. Yusuf memandang Arfan sebelum memeluknya.

"Yusuf merupakan salah seorang penasihat keluarga ita. Dia merupakan satu-satunya manusia yang percayakan ramalan tentang kerajaan kita dan peperangan yang ada dengan Raja Daniel itu," terang Arfan sebelum mengucapkan terima kasih kepada Yusuf kerana sudah menjagaku sejak aku memulakan perjalananku untuk mencari Arfan.

Aku memukul Yusuf sebelum ketawa. Arfan mengarah para pemberontak untuk berkumpul bersama demi merencanakan strategi kami selanjutnya. Kami duduk di ruang lapang yang terletak di luar perkhemahan tersebut sambil membahas setiap rencana dengan penuh terperinci.

"Kita harus memanfaatka kekuatan masing-masing. Alina dan Arfan, kau berdua memiliki kekuatan elemental yang luar biasa. Kau berdua adalah kunci kita untuk memenangi peperangan ini. Kita harus memanfaatkan kalian untuk menghancurkan pertahanan istana dan mendapatkan akses ke Raja Daniel," tutur Yusuf dengan mata yang bersinar.

Aku dan Arfan mengangguk setuju sebelum aku berkata, "Kita boleh menggunakan Luna dalam pertempuran untuk mengalahkan pasukan pengawal Raja Daniel. Memandangkan along pengetua pemberontak, along akan memimpin serangan terhadap istana untuk mengalahkan Raja Daniel. Yusuf, awak akan memimpin serangan belakang agar pasukan pengawal dapat dipecahkan dan along dapat fokus kepada mengalahkan Raja Daniel."

Semua mengangguk setuju dengan strategiku. Arfan pula sudah memandangku dengan penuh bangga. Aku berbicara dengan Luna melalui telepati demi merancangkan serangan kami.

"Kita harus segera. Kita harus bersedia untuk mengorbankan segalanya demi kebebasan dan keadilan," kata Arfan dengan tekad.

Dengan itu, semua bersiap untuk menghadapi pertempuran terbesar kami sejauh ini. Aku menaiki punggung Luna dan mengikut Arfan dari belakang. Kami tahu bahawa masa depan Kerajaan Aethelgar bergantung pada hasil peperangan ini.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro