Tujuan (a/n tolong baca)
Ali yang tadi tidur kerana keletihan akhirnya terjaga selepas hidungnya menangkap bau yang enak dari dapur.
Matanya dibuka dan dia terkejut apabila selimut,peti kecemasan,kain basah dan semua peralatan yang digunakannya untuk merawat Alicia telah dikemas.
Tiba-tiba dia terlihat kelibat seorang gadis masuk ke dalam base itu membawa semangkuk sup cendawan dan sebuku roti.
"Oh Ali,bangun pun kau.Ni,aku ada siapkan makanan sikit."Katanya sambil meletakkan sup dan roti itu diatas meja base rahsia tersebut.
"Sekejap."Sahut Ali yang sibuk mencari sesuatu di laci kecil rak buku bilik itu.
"Ha,jumpa pun."Katanya sambil memegang alat pengukur suhu badan.
Dia berjalan lalu duduk di meja tempat Alicia dan Comot berada.
Ali mendekatkan alat itu tadi kepada dahi Alicia.
Alicia yang tahu akan tujuan Ali hanya mengendahkan hal tersebut dan terus menyuapkan dirinya dengan sebiji epal hijau.
"Tit!"
Ali mengambil semula alat pengukur suhu itu dan terus melihat hasil yang ditunjukkan.
"33°C.Baguslah badan kau dah semakin panas.Tapi suhu ni masih terlalu sejuk."Kata Ali lalu meletakkan alat itu ditepi meja.
Dia mengambil sekeping roti yang telah dibakar dengan mentega dan merendamnya ke dalam mangkuk yang diisi sup cendawan selama beberapa saat.
Dia mengangkat kepingan roti itu semula dan perlahan-lahan memasukkannya ke dalam mulut.
"Ummmm.......sedapnyaaa~~"Ujar Ali yang kelihatan puas hati.
Alicia hanya tersenyum dan kembali meratah epal ditangannya.
.
.
.
"Ada info baru?"Tanya Alicia membuka mulutnya.
Ali yang masih sibuk mengunyah roti memandang wajahnya.
Dia meneguk segelas air teh untuk memudahkannya menelan makanan tersebut.
"Aku dah dapat jejak dia."Balas Ali lalu sambung mengunyah kepingan roti yang entah keberapa kalinya.
Kini giliran Alicia pula meneguk segelas air susu.
Kepalanya mengangguk-angguk faham.
.
.
.
Selesai makan,Ali menghidupkan monitor-monitor milik Alicia dan terus mencucuk pendrive yang digunakan olehnya untuk mencuri data di Makmal Navigasi tempoh hari.
"Jadi,berdasarkan kajian aku,dia tinggal di kawasan terpencil yang terletak di Selatan CyberRaya."Kata Ali sambil menunjukkan peta yang dipaparkan pada skrin monitor tersebut.
"Perjalanan untuk ke sana mungkin mengambil masa sekitar 2 jam jika berjalan kaki."Jelas Ali lagi.
"Tapi jangan risau,aku dah siapkan sesuatu untuk kau."Ali bangun dari kerusinya dan terus mencapai sesuatu yang diletakkan tinggi diatas rak-rak buku bilik rahsia tersebut.
Dia mengangkat kotak yang agak besar lalu meletakkannya dengan berhati-hati.
Dia dengan perlahan-lahan membuka kotak tersebut.
"Ingat lagi barang-barang ni? Barang-barang aku yang kena reject dengan ejen muda dulu?"Kata Ali yang cuba mencapai sesuatu di dalam kotak itu.
Dia mengangkat tangannya kembali dengan sepasang kasut yang mempunyai roda di bawahnya.
"Eh,tu kan-"
"Yep.Ni kasut roda ciptaan aku untuk Zass."Jelas Ali.
"Kejap,bagi aku 10 saat."Kata Ali lagi.
Dia mengambil pemutar skru yang ada pada meja tempat dia mencipta dan tanpa ragu,membuang keempat-empat roda yang dipasangkan di kasut tersebut.
Kemudian,dia mencabut kedua-dua cip lama kasut itu lalu menggantinya dengan yang baru.
"Siap!"Kata Ali dengan bangganya.
Ali berjalan ke kerusinya dan kembali duduk.
"Okay,back to the topic,kalau pakai kasut yang aku ubah tadi,mungkin kau akan ambik masa 5-10 minit untuk sampai sana."Ujar Ali.
.
.
.
"Kenapa kau cakap macam aku sorang je yang akan pergi sana?"Tanya Alicia yang akhirnya membuka mulut.
Ali menoleh kebelakang memandang Alicia.
"Sebab memang kau sorang je."Balas Ali tersenyum pahit.
Alicia terdiam seketika.
".....bukan haritu kau yang beria sangat ke nak ikut?"Tanya Alicia lagi.
Ali menghembus nafas berat.
.
.
.
"Identiti kita akan terbongkar bila-bila masa je sekarang."Kata Ali yang menundukkan wajahnya.
Mata Alicia membulat.
"Tapi.....macammana?"
Ali sekali lagi menghembus nafas berat.
"Serpihan topeng,override mode.Semua dah jelas sangat."Kata Ali.
"Jadi,kau akan pergi sana sorang-sorang.Ok?"Kata Ali dengan senyuman pahit tidak lekang di bibir.
"Tapi...... macammana dengan kau-"Kata-kata Alicia dipotong.
"Aku akan tarik perhatian diorang.Aku akan pastikan diorang takkan dapat jejak kau."Kata Ali penuh yakin.
Wajah Alicia masih memaparkan yang dia tidak setuju dengan keputusan Ali.
"Jangan risau,diorang masih perlu masa untuk dapat bukti kukuh.Lagipun,aku dah sedia."
"Game yang sama macam 2 tahun lepas."
*Flashback Misi:Neo waktu tujuan Ali terbongkar dan dia diburu MATA.
"Cuma bezanya kali ni,aku bergabung dengan orang yang betul."Kata Ali sambil tersenyum manis.
.
.
.
"Kita ada masa 2 hari dari sekarang."Ujar Ali.
Alicia menyisir rambutnya kebelakang.
.
.
"Kita akan bertemu jugak,Law Kuan Kheng."
........................................................................
TOLONG BACA
Hellooo.Apa khabar semua yang tengah kuarantin sekalian?
Harap korang sihat jelah ye dekat rumah.Jangan jadi macam author.
Author taknak buat macam ni tau......
Tapi sebab vote makin drop,read banyak,author terkesan jugak lah.Yang tukang vote pun orang yang sama je.
Author taknak nampak macam 'batak',tapi.....struggle untuk author nak update 1 chapter tu susah sebenarnya.
Author tulis ni pun sebagai happy-happy je,penghibur diri yang tak tahu macammana dengan keadaan kesihatan.
Author taknak suatu hari nanti author terpaksa 'cancelled' or 'discontinue' cerita ni sebab masalah kesihatan.Author sayang cerita Alicia Side Story ni.
Kalau korang pun suka cerita ni,tunjuklah ye.Author betul-betul appreciate reader yang baca,vote dan comment.
Harap korang faham.
Yang benar,Author
So...uh.....30 votes for next chapter....boleh?
Terima kasih.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro