Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Strategi


Base Rahsia General Rama

Ali duduk di atas kerusi sambil menyilangkan kaki dan memegang dagunya.

Alicia pula sibuk membelai Comot yang sedang tidur di atas ribanya.

"Kita ada lagi 4 hari."Ali mula bersuara.

"Kau ada dapat info baru?"Tanya Ali kepada Alicia.

Alicia mengangkat Comot lalu meletakkannya di atas meja.

Dia berjalan menghampiri monitor-monitor yang merupakan kawalan CCTV miliknya.

Dia mencabut semua wayar dan terus menyambungnya kepada telefon pintar miliknya.

Skrin memperlihatkan Intel sebenar yang disimpan di dalam telefon Alicia.

"Jadi,berdasarkan info yang aku dapat dari hacking fail MATA semalam,identiti kita masih terselamat.Diorang tak suspek siapa-siapa pun dari MATA.Semua masih terkawal."Jelas Alicia.

"Tapi..."Kata-kata Alicia terhenti.

"Kenapa?"Tanya Ali.

"Kau tau kan macammana Ejen Fit jalankan misi?"Kata Alicia.

Ali terdiam.
.
.





"Ada cara lain tak untuk pastikan kita tak bertembung dengan diorang?"Tanya Ali.

"Hmm."Alicia memegang dagunya.

"Diorang kata ada 4 hari sebelum benda tu kena ship kan?"Alicia membuka mulut.

Ali mengangguk.

Mata Ali terbeliak selepas memahami apa yang dimaksudkan Alicia.

"Kau nak cakap yang kita kena curi sebelum barang tu kena ship?"Tanya Ali.

Alicia memetik jarinya.

"Tepat sekali."

"Masih berisiko,tapi ni je yang paling selamat."Kata Alicia.

"Alicia."Panggil Ali.

Alicia memandang ke arah Ali yang memanggilnya.

"Ni yang terakhir kan?"Tanya Ali.

Alicia tersentak.

Namun,dia terus mengangguk lalu tersenyum.

"Kita tetap akan rapat walaupun objektif dah selesai kan?"Tanya Ali lagi.

Alicia melihat Ali yang menundukkan wajahnya.

"Mestilah."Jawab Alicia tersenyum.

"Kau takkan tinggalkan aku kan?"Tanya Ali yang kedengaran sayu.

Alicia terdiam seribu bahasa.

Tangannya digenggam.

Dia berjalan menghampiri Ali.

"Pang!"Satu tamparan dihadiahkan tepat di pipi kiri Ali.

Ali yang tergamam memegang pipinya yang baru ditampar.

Dia melihat Alicia yang kelihatan muram.

"H-hadiah u-untuk kau."Kata Alicia gugup.

Ali terkejut.Dia tidak pernah melihat Alicia gugup.

Tiba-tiba,satu titisan cecair mengalir dari dahi Alicia.

Oleh kerana dahinya ditutupi oleh rambut,Ali hanya nampak aliran dari titisan itu.

"Alicia,dahi kau-"Tidak sempat menghabiskan kata-katanya,Ali merasakan badannya dipeluk erat oleh Alicia.

"Eh,Alicia?Kenapa ni?"Tanya Ali masih terkejut dengan tindakan Alicia yang kelihatan 'random'.

Alicia melepaskan pelukannya dan terus keluar dari base tersebut.

Ali yang masih hairan dengan kelakuan Alicia hanya menggaru-garu lehernya yang tidak gatal.
.
.
.






























Sementara menunggu Alicia kembali,Ali melihat ke arah skrin yang memaparkan semua Intel daripada telefon pintar milik Ejen Neuro itu.

Dia melihat satu persatu fail yang diasingkan mengikut abjad.

Kebanyakkannya merupakan fail daripada misi-misi yang telah mereka selesaikan.

Jarinya yang sibuk meng-scroll tiba-tiba terhenti.

Matanya tertumpu ke arah fail yang bertajuk 'Cerebrum'.

Tanpa berlengah,dia menekan fail itu.

Matanya membulat.

Dia melihat fail tadi dibahagikan kepada 6 bahagian iaitu Frontal lobe, Parietal lobe, Temporal lobe, Occipital lobe, Brain stem dan The Cerebellum.

Mulutnya ternganga.

"Apa benda ni?"Kata Ali sendirian.

"Tap.Tap.Tap."Ali terdengar bunyi tapak kaki yang tidak jauh darinya.

Dia dengan pantas menekan butang 'exit' dan terus berpura-pura tiada apa yang berlaku.

Pintu base dibuka mendedahkan sosok tubuh gadis yang berketinggian sederhana.

Ali melihat ke arah Alicia yang kelihatan sedikit membaik.

"Kau okey?"Tanya Ali terdengar risau.

Alicia memandangnya dan mengangguk.

"Baguslah...."Kata Ali lega.
.
.













































"Ali."Panggil Alicia.

"Ya saya?"Balas Ali dengan wajah 'innocent'nya itu.

"Kau dah ada plan?"Tanya Alicia.

"Tak sangat.Tapi sebab misi kita kali ni sangat berisiko,aku ada plan untuk buat gadget baru untuk kita berdua."Balas Ali.

"Kau.......okey je kan?"Tanya Ali memandang Alicia.

"Kalau kau okey,aku okey."Kata Alicia.

Baru sahaja Ali ingin berterima kasih,hasratnya terhenti.

"Sekurang-kurangnya,kalau kau yakin,takdela misi nak gagal."Tambah Alicia terdengar sadis.

Ali menjelingnya tidak puas hati.

"Jap."

"Kau ada azurium tak untuk cipta gadget baru?"Tanya Alicia memandang Ali.

"Ceh.Ni Ali la.Aku dah dapat dua dah pun waktu kau sibuk hacking fail MATA semalam."Kata Ali sambil menunjukkan dua logam azurium bersaiz kecil yang berada di tangannya.

Alicia yang sedikit kagum dengan kesungguhan Ali menepuk tangannya dengan riak wajah yang begitu semangat(perli).

"Tak guna kau."Kata Ali sambil menjegil matanya ke arah Alicia yang masih tidak berhenti menepuk tangan.
.
.
.






































Sekarang,mereka berdua sibuk dengan hal masing-masing iaitu Ali dengan ciptaan gadjetnya dan Alicia dengan menganalisis strategi pihak lawan melalui Intel dari telefon pintarnya.

Comot yang baru bangun tidur pula mencakar kayu yang disediakan khas oleh Ali untuknya.

Jika sahaja kamu tahu,tujuan sebenar Ali memberi kayu tersebut adalah untuk Comot menajamkan lagi kukunya supaya memudahkan lagi misi.
.
.
.


























Ali yang mula kebosanan cuba menghidupkan suasana dengan bertanya beberapa soalan kepada Alicia sambil tangannya tetap berjalan.

"Alicia."Panggil Ali.

Alicia yang sibuk mengadap skrin monitor itu hanya meng-hmm-kan panggilan Ali.

"Kau kan dari kecik dah kenal MATA, maknanya kau pernah jumpa mak aku lah kan?"Tanya Ali memulakan perbualan.

Alicia terdiam.

"Aku.....tak pastilah.Tapi aku memang selalu dengar nama Ejen Aliya setiap kali masuk base MATA."Jelas Alicia.

"Ali."Kali ni Alicia pula yang memanggilnya.

"Aku tanya soalan ni takde niat apa-apa tau."Kata Alicia.

"Teruskan."Balas Ali




























"Kau......ingat tak umur kau waktu Ejen Aliya meninggal?"Tanya Alicia.

"Jap aku fikir."Balas Ali.

"Aku rasa dalam sekitar 4-5 tahun macamtu.Sebab aku masih boleh ingat wajah mama dengan jelas tapi tak boleh faham sangat apa yang dia cakap waktu tu."Jelas Ali.

Alicia hanya mengangguk faham tanpa memandang Ali.

"Kenapa?"Tanya Ali.
.
.
.

"Takde apa-apa....cuma......."






















































"Sebab dialah aku jadi ejen sekarang."

........................................................................









Oops!Dah dekat 2 minggu tak update.

Maafkan author yang sering sakit ni ye.

Just nak inform chapter-chapter seterusnya banyak flashback yang mungkin akan ada yang keliru.

Istilah sains juga akan banyak digunakan yang mampu memeningkan readers sekalian(author tak hentam ye)

Plot.Twist.Sangat.Banyak.

Jangan lupa Vote Dan comment kalau korang suka!

Btw,berdasarkan cerita yang author buat ni,korang rasa author line berapa?

QnA dibuka.Tanya je apa-apa yang korang rasa berminat nk tanya.Author akan jawab selagi ia tak merepek sangat.😉

Thank you and Byebye!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro