Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Sisi Gelap


SMT CyberRaya

Jam 1030

Sekarang merupakan waktu rehat bagi sekolah menengah teknologi itu.

Alicia berjalan menuju ke perpustakaan yang terletak di tingkat 2 blok A.

Alicia POV

"Ali tu rapat betul dengan Alicia."Kata seseorang.

Langkahku terhenti.

Aku diam-diam melihat arah datangnya suara tersebut.

'Junior form 1'Fikirku.

Aku menyorok di belakang blok dan hanya mendengar perbualan mereka.

"Tapi diorang memang serasi pun."

"Kan.......Aku dengar Ali memang pendam perasaan kat Alicia."

"Tapi tak tahu pulak macammana dengan Alicia."

"Nak tahu tak apa lagi menarik?"

"Apa dia?"

"Setahu aku,diorang dulu benci satu sama lain.Tak boleh jumpa....kalau tak mesti gaduh."

"EHHHH!.......Biar betul?"

"Iya.Kakak aku cakap."

"Wah.....sekarang dah macam adik beradik aku tengok."

Mereka tertawa.

Mataku hanya tertumpu ke arah buku sambil mendengar perbualan mereka yang seterusnya.

"Tapi kan.....macammana diorang boleh rapat Eh?"

"Yang tu aku tak tahu.Kakak aku cakap Ali dulu selalu kena marah dengan Alicia."

"Result periksa dia pun selalu gagal."

"Kau biar betul? Dia kan top student sekali dengan Alicia sekarang? Dua-dua pengawas pulak tu."

"Tulah.Aku pun tak percaya."

"Alicia dulu garang gila kakak aku kata!"

"Tipulah.Dia baik je dengan semua orang aku tengok."

"Kan......aku admire gila-gila kat dia.Dahla baik,cantik,pandai pulak tu."

"Betul betul betul."
.
.
.

Tidak berniat mendengar lebih lanjut,aku membuka langkah beredar dari situ.

Tanganku digenggam.

Aku masuk ke dalam tandas berdekatan dan melihat pantulan wajahku di cermin.

Tangan kananku menutup separuh wajahku.

Aku menyentuh rambut ku yang berserabut.

Aku merasakan sebak di dada yang menyebabkan mata kiriku mula dikaburi air mata.
























"Aku dah penat berlakon."

.......................................................................

Sebaik sahaja waktu persekolahan tamat,Ali dan Alicia segera ke base rahsia General untuk menyiapkan tugasan bagi strategi mereka.
.
.
.

Base Rahsia General Rama

Jam 1530

Ali mengambil gadjet ciptaannya yang diletakkan diatas meja.

Dia dengan tekunnya menilik gadjet itu.

Setelah puas menilik,dia memanggil nama Alicia yang sedang sibuk meneliti monitor di depannya.

"Alicia,tangkap!"Kata Ali sambil membaling sepucuk pistol.

Tanpa mengalihkan pandangan,tangan Alicia dengan sendirinya menangkap pistol itu.

"Woah."Kata Ali kagum.

Tangan Alicia yang sedang memegang pistol itu dibawa kehadapan untuk memudahkan dia melihat bentuk dan fungsi gadjet tersebut.

Namun,dia tergamam sebaik sahaja melihat pistol tersebut.

"Ni kan-"Kata-katanya dipotong.

"Yep.Aku buat pistol tu sama dengan reka bentuk pistol Ejen Zain."Kata Ali yang sibuk meneliti gadjet miliknya.

"Cuma warna dia aku tukar untuk sorok identiti."Tambah Ali.

Alicia secara tiba-tiba berdiri dari tempat duduknya.

Ali melihat kelakuannya dengan sedikit terkejut.

"Tengok ni."Kata Alicia sambil tersenyum sinis.

Tangannya dengan pantas mengambil sebotol botol plastik berisi air dan terus mencampaknya ke udara.

Pistol itu diacukan ke arah botol tersebut dan-

"BANG!"

Bunyi tembakan yang kuat menyebabkan botol itu meletup.

Air terpercik di merata-rata tempat.

"Boleh tahan."Kata Ali tersenyum lebar.

Alicia kembali ke tempat duduknya dan terus fokus ke arah monitor yang jelas kelihatan kesan percikan air itu tadi.
.
.
.

















Setelah tiga jam,akhirnya mereka menghembus nafas lega apabila strategi yang disusun telah siap.

"So,pukul berapa malam ni?"Tanya Ali sambil tangannya diletakkan dibelakang kepala.

Alicia menyisir rambutnya yang terasa sedikit berserabut.






















"Navigation Lab pukul 10."Balas Alicia.

"Cun."

........................................................................


















Makmal Navigasi Utara CyberRaya

Jam 2200

Setelah lebih 20 minit berlari dan menyelinap,akhirnya mereka berdua sampai juga di kawasan makmal tersebut.

Ali meng-scan kawasan tersebut menggunakan IRIS yang ditutupi topengnya.

"2 security guard,password pintu depan pon ada."Bisik Ali menggunakan mic kecil yang dipasangkan di topengnya.

"Kamera bahagian luar sebanyak 5 buah dikenal pasti."Tambah Ali lagi.

"Roger that."Balas Alicia.

Alicia dengan berhati-hati menyelinap menghampiri pondok pengawal yang diberitahu Ali.

"Dua-dua security guard ada kat sini,aku akan handle.Sila buat kerja kau."Kata Alicia melalui mic kecilnya.

"Roger."Balas Ali.

Alicia mendekatkan dirinya kepada cermin pondok pengawal tersebut.

Dia mengangkat 'Thumbs Up' untuk memberi arahan kepada Comot.

Comot dengan pantas melompat ke arah cermin tersebut dan terus menebuk lubang menggunakan kukunya.

Alicia tanpa membuang masa terus memasukkan sebutir peluru ke dalam pondok pengawal tersebut melalui lubang yang dibuat Comot.

Peluru tadi tiba-tiba meletup lalu mengeluarkan asap.

Dua pengawal itu terkejut dan terus memulas tombol pintu untuk keluar.

Malangnya,Alicia sudahpun mengunci mereka dari luar.

Tidak mampu berbuat apa-apa,mereka berdua pengsan selepas menghidu asap ubat tidur tersebut.

Melihat keadaan sudah seperti yang dirancang,Alicia tanpa membuang masa masuk ke dalam makmal yang telah digodam security-nya oleh Ali.

"Line clear."Bisik Alicia ditutupi topengnya.

"Cun."Balas Ali.
.
.
.












Mereka menyelinap masuk ke dalam Makmal Navigasi itu dan cuba mencari bilik kawalan yang merupakan objektif sebenar.

"Ali,scan."Suruh Alicia.

"Sini!"Ali berlari ke arah sebuah pintu besi yang agak besar.

"Alamak......"Kata Ali sedikit risau.

"Kenapa?"Tanya Alicia.

"Pintu ni ada 3 lapisan besi yang agak mustahil untuk ditembus."Jelas Ali.

"IRIS?"Tanya Alicia lagi.

"Kat sini takde password.Memang kena guna kunci jugak."Balas Ali yang terpapar kerisauan di wajahnya.

"Jangan panik.Kita cari jalan sama-sama."Kata Alicia sambil memegang bahu Ali.

Ali mengangguk setuju.

Alicia mencari kamera CCTV berdekatannya.

"Jumpa pun."Bisik Alicia.

Ali yang terdengar bisikan Alicia memandangnya hairan.

Alicia mengambil sebuah alat penggodam khas miliknya yang berbentuk tajam seperti jarum dan terus mencucuknya ke arah CCTV tersebut.

Dia menyeluk poket hoodienya dan terus mengambil telefon pintarnya.

Dia melihat CCTV lain yang telah digodamnya menggunakan jarum itu tadi.

Jarum itu berfungsi menggodam kamera litar pintas dan membolehkan pengguna mendapat akses kepada kamera litar pintas yang lain.

"Hah! Ada satu (kamera litar pintas) dekat bilik kawalan!"Kata Alicia gembira.

Ali menghembus nafas lega.

Alicia menaip sesuatu di telefon pintarnya dan berdiri di depan pintu besi itu.

Dia melekatkan telefon pintarnya pada pintu besi tersebut.

"SHUSH!"Kedengaran bunyi pintu besi itu terbuka dengan sendirinya.

"Jom."Kata Alicia berjalan masuk ke dalam dengan yakin.

Ali yang masih terpegun dengan kehebatan Alicia mengikutnya dari belakang.

Alicia melihat sebuah komputer berteknologi tinggi di depannya yang sudahpun dihidupkan.

Komputer tersebut merupakan tempat utama maklumat-maklumat makmal ini disimpan.

Alicia tanpa ragu mengambil pendrive miliknya.

Sebaik sahaja pendrive itu mahu dicucuk-

"TANG!"

"Hah?"

Ali dan Alicia yang terkejut akan situasi tersebut terus menoleh kebelakang.

Mata mereka terbeliak.

Badan mereka tiba-tiba berundur dengan sendirinya.

Wajah mereka disebalik topeng itu menunjukkan ketakutan melampau.


























"T-Tak m-mungkin........"














































"EJEN LEON?!"

.......................................................................










Hellooo

Just nak bagitahu yang kalau ikut firasat author......cerita ni masih panjang.

Nak faham kena baca dari awal.Jangan skip.

Teori-teori korang boleh komen dibawah.Author nak jugak tahu apa yang korang fikir terhadap sesetengah scene yang mysterious.

Betul atau salah author takkan bagitahu.Tak nak spoil cerita.*gelak jahat*

Okeylah...

Jangan lupa Vote Dan comment kalau korang suka!

Stay tune and Byebye!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro