Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Seorang diri


2 hari kemudian

Base Rahsia General Rama

Jam 1800

"Surat untuk cuti seminggu dah siap,barang cukup,gadjet ada.Ada apa-apa lagi nak tambah?"Tanya Ali.

"Kejap.Bila masa kita buat surat untuk cuti? Aku ingat terpaksa ponteng sekolah."Balas Alicia.

Ali tersengih-sengih.

"Aku hack komputer hospital CyberRaya cakap kau terpaksa MC sebab ada urusan."Kata Ali bangga.

Alicia memegang batang hidungnya sambil menggeleng kepala.
.
.









"Semua dah cukup.Aku pergi du-"Baru sahaja dia mahu menggalas sebuah beg yang dari tadi diletakkan diatas lantai,kata-katanya dipotong.

"Alicia."Panggil Ali terdengar serius.

Alicia mengalihkan pandangannya tepat pada Ali.

Kepala Ali ditunduk.

"Janji dengan aku...... kau akan kembali."Kata Ali masih tidak mengangkat wajah.

Alicia tersenyum nipis.

Perlahan-lahan dia pergi menghampiri budak lelaki itu.

Kepala Ali diletakkan diatas bahunya.

Dia mengusap lembut rambut lelaki itu.

"Yang penting sekarang ni kau, Ali.Tolong jaga diri kau elok-elok."Kata Alicia sayu.

"Rancangan kau masih sangat berisiko,Ali."Tambah Alicia lagi.

Ali akhirnya mengangkat wajah.Dia mengundur satu langkah kebelakang.

Wajahnya mengukir senyuman.





"Aku tahu,kalau aku kena tangkap, kau mesti akan datang."
.
.
.










Selepas berbual sedikit dengan Ali,Alicia mengangkat barang-barang keperluannya.Dia mengatakan bahawa mungkin dia akan menetap disana selama 4-5 hari.

Dan dari situ, bermulalah pengembaraannya seorang diri.

........................................................................






















Hari-1 ketiadaan Alicia

SMT CYBERAYA (Ali POV)

Jam 0700

Aku masuk ke dalam kawasan sekolah dengan kedua-dua tanganku memegang sebuah fail.

Aku melihat beberapa pelajar perempuan melambai padaku dengan senyuman manis.

Aku membalas lambaian mereka dan mempercepatkan langkahku kerana hari ini aku bertugas sebagai pengacara majlis untuk  perhimpunan pagi.

-

Jam 0720

Aku menunggu kehadiran semua guru dan para pelajar sebelum memulakan ucapan.

Melihat kerusi guru semakin penuh,aku tanpa membuang masa terus memulakan perhimpunan pagi pada hari ini.

-

Jam 0800

Kelas akan bermula sekejap lagi.Aku mengemas mikrofon dan pembesar suara yang digunakan tadi dan terus meletakkannya di bilik pengawas.

Aku bergegas masuk ke kelas dan duduk di tempatku.

Menyedari guru subjek ku masih belum sampai,aku membuka buku teks matematik dan cuba mengulang kaji topik-topik yang telah kami belajar.

Setelah 5 minit,aku meletakkan kepalaku diatas meja.

'Alicia okey tak kat sana?Dia dah makan ke belum?Dia tak lupa aku lagi kan?'Berbagai soalan diajukan kepada diriku.

Aku perasan kelasku tiba-tiba diam.

Pasti kerana guru kami telah sampai.

Aku mengangkat semula kepalaku dan menumpukan perhatian kepada subjek yang akan diajar.

-

End of Ali POV







Alicia POV

Semalam,Jam 1845

Aku sekarang telah berada betul-betul di hadapan rumah agam yang agak usang.

Sekali pandang terlihat seperti rumah orang kaya yang telah ditinggalkan.

Tanpa membuang masa,aku mengetuk pintu rumah itu.

Tiada respon.

Aku mengetuk lagi sekali tetapi lebih kuat.

Tiada respon.

Aku cuba memulas tombol pintu tersebut.

"Eh,tak kunci..."Ujarku lalu masuk ke dalam rumah usang itu tanpa ragu.

Dalamnya jauh lebih menakutkan.Dengan percikan darah di dinding,sarang labah-labah merata-rata,lantai yang berhabuk seperti tidak pernah di bersihkan dan serpihan kaca yang bertaburan dari lampu-lampu yang telah jatuh.

Aku teruskan langkahku tanpa mempedulikan bunyi-bunyi aneh di dalam rumah itu.

Tiba-tiba aku merasakan sesuatu yang tidak kena.

Aku memandang ke bawah.

Mataku terbuntang.

Lantai yang dipijak ku tiba-tiba berubah menjadi lohong hitam.

Aku cepat-cepat melompat ke atas perabot berdekatan.
.
.






"Hebat......tak pernah ada yang lepas trap aku sebelum ni."Aku terdengar suara seseorang dari jauh.

Ruang tamu yang tadi tidak ubah seperti tempat tinggal makhluk halus,sekarang berubah menjadi ruang yang sangat cantik dengan semua perabot disusun rapi.

"Hologram?!"Kataku sedikit kuat.

Aku memandang ke arah lelaki berambut putih yang sedang berjalan menghampiriku.

Mataku membulat.

















"L-Law...K-Kuan..Kheng?!"Ujarku gugup.


Lelaki itu tersenyum.




"Apa tujuan kamu datang ke sini gadis muda?"

........................................................................




















HQ MATA

Jam 1245

"Kalau aku dapat budak tu.....memang aku ajar dia!"Marah Ejen Fit.

"Tapi......kita masih tak dapat info pasal identiti mereka."Sampuk Ejen Bobby.

"Ahhhh! Menyusahkan betul!"

"BANG!"Ejen Fit menghentak meja di depannya.

"Sabar Ejen Fit."Ujar Ejen Leon menenangkan keadaan.

Tangannya diletakkan di dahi.

Fikirannya berserabut.

Tiba-tiba pintu masuk ke HQ berbunyi.

"Bakar."Gumam Leon.

Ejen Bakar terlihat betul-betul sedang menahan amarah.

Tangannya yang menggenggam sesuatu ditunjukkan ke arah Ejen Leon.

"Ni-"

"Ya,serpihan topeng budak tu."Kata Ejen Bakar.
.
.
.










"Cari budak tu sampai dapat."

........................................................................






Hello!

Comment,Vote korang memang dh bagi semangat kat author.

Terima kasih sangat.

Dan sebagai gantinya,author takkan tamatkan cerita ni selagi tak habis.

Chapter seterusnya akan diupdate bergantung kepada korang.

Jadi,31 votes diperlukan untuk membuka kunci chapter seterusnya.

Teruskan usaha!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro