Sedarlah!
"Apa khabar..........."
"General Rama."Ujar Kheng tersenyum.
Lelaki yang memakai jaket hitam itu melangkah kehadapan.
"Hentikan semua ni Kheng."Katanya serius.
Kheng hanya berdiam diri dan menunggu pernyataan Rama yang seterusnya.
"Apa yang kamu telah lakukan pada Alicia?"Dia ingin marah,tetapi berusaha tidak meninggikan suara.
"Aku rasa kau boleh teka."Balas Kheng tersenyum.
Rama membulatkan matanya.
"T-Tak.....mustahil......kamu takkan-"
"Ya.Benda sama yang korang buat pada Amisya 15 tahun lepas."
........................................................................
Ali POV
Aku berlari sepantas mungkin menaiki tangga kerana lif telah rosak dipenuhi dengan tubuh-tubuh manusia yang pengsan dipukul.
Aku perlu cari Alicia dengan segera!
Atau aku takkan dapat melihatnya lagi.
.
.
.
Aku ditingkat 15,sedang tercungap-cungap mengambil nafas.
Sama seperti tingkat-tingkat lain,tubuh manusia bergelimpangan menghalang laluan.
Aku tidak dapat mengesan kehadirannya walaupun memakai IRIS.
"Hah....hah....hah..."
"Cari aku ke?"Aku terdengar suara seseorang dibelakang.
Aku segera menoleh.
Anak matanya tidak kelihatan.
Semuanya hitam.
"Aku dah agak! Kau bukan Alicia!"
Jeritku.
"BAGI AKU ALICIA SEMULA!!"Jeritku sekuat hati.
"Tsk!"
Dia menghilang.
Aku dapat merasakan tubuh seseorang dibelakangku.
Yoyo blast milikku dihalakan ke arahnya.
Dia menghilang lagi.
"ALICIA! SEDARLAH!"Jeritku.
Bayangannya sekarang dihadapanku.
Dia menembak sebutir peluru magnet dari balistiknya.
Aku cepat-cepat melompat kebelakang.
Sekarang bayangannya berada dibelakangku.
"BANG!"Tidak sempat menoleh,badanku disepak kuat ke dinding.
"Ergh....."Aku menutup mata menahan sakit.
Sebaik sahaja mataku dibuka,dia sudahpun berada dihadapanku sambil memegang balistik kuningnya.
"Lemah....."Gumamnya tetapi masih boleh didengari dengan jelas.
Aku hanya tersenyum nipis.
"Alicia....aku tahu kau ada kat dalam tu....bangkit Alicia....."Ujarku terdengar lemah.
Dia sudahpun sedia untuk menyerang.
"COMOT!"Jeritku.
Comot yang dari tadi menyembunyikan diri melompat ke arah kepala Alicia.
Namun,Alicia lebih tangkas.
Dia menghilangkan diri.
Aku segera bangun dari dudukku dan menunggu serangan selanjutnya yang akan diberikan olehnya.
Alangkah terkejutnya aku apabila badanku didorong secara paksa dan kuat ke arah cermin kaca menara ini.
Baru sahaja aku mahu memberhentikan tindakannya dengan menoleh kebelakang,aku dikejutkan dengan sesuatu yang sangat berbahaya.
"BANG!!!"
Perutku disepak kuat.
Namun,bukan itu yang mahu aku cerita sekarang.
Kedudukanku sekarang dan sepakannnya menyebabkan cermin dibelakangku itu pecah.
Aku sekarang berada dalam keadaan dimana aku jatuh dari tingkat 15 menara tertinggi CyberRaya.
Tidak cukup dengan itu,dia menghilangkan dirinya sekali lagi dan sekarang berada betul-betul diatas ku.
Dia memusingkan badannya lalu kaki kanan mengenai tubuhku.
Tidak mampu berbuat apa-apa dengan keadaan sebegini,aku hanya melindungi diriku dengan kedua-dua lengan diangkat dari sepakan maut Alicia.
Mataku juga terpaksa dipejam.
Aku akan menghempap tanah pada bila-bila masa sahaja.
Sedikit sahaja lagi....
.
.
Mataku dibuka seluas-luasnya.
Aeroboots milikku dihidupkan dengan sendirinya menyebabkan tubuhku tidak mengenai tanah.
Aku mengawal aeroboots dan berjaya mendarat dengan selamat.
Namun,aku leka.
Sekarang bayangannya sudah berada didepanku.
"PAK!"
"ARGHHH!!!"
Lututnya mengenai tepat di perutku.
Aku jatuh terduduk sambil mengerang kesakitan.
Namun,sakitku diendahkan apabila aku melihat sosok tubuh seorang lelaki jatuh dari tingkat tertinggi iaitu tingkat ke 57.
"GENERAL!!!!!"
........................................................................
Flashback Pertemuan Diantara Rama & Kheng
"Ya.Benda sama yang korang buat pada Amisya 15 tahun lepas."Kata Kheng tersenyum pahit.
General Rama tergamam mendengar apa yang dikatakan Kheng.
"Aku dah kaji balik cip yang ditanam di dalam otak Amisya,jadi aku buat yang baru."
"Dimana cip tersebut boleh mengawal badan mangsa mengikut kehendak induk utama,iaitu aku."
Kheng menghela nafas berat.
"Tapi,tragedi yang sama tetap tak boleh dielak."Katanya.
Mata General Rama terbeliak.
Tangannya digenggam menahan amarah.
Dia berjalan laju ke arah Kheng.
Kolar pada sut lelaki itu digenggam erat.
"KENAPA KHENG? KENAPA?!!"Jerit Rama menggegarkan bilik tersebut.
"APA DOSA ALICIA PADA KAMU?!!"Tambahnya lagi.
Kheng hanya menundukkan wajahnya tanpa sebarang senyuman terpapar.
"Kalau bukan sebab dia........Amisya mungkin ada peluang untuk hidup."Gumam Kheng cukup untuk Rama mendengarnya.
"KAMU NI DAH GILA!!"
"BANG!!!!"Rama menumbuk kuat wajah Kheng sehingga dia terhempas ke dinding.
Kheng masih lagi menundukkan wajahnya.
Hembusan nafas dari Rama terdengar jelas kerana dia betul-betul sedang marah.
"Alicia seorang budak yang baik."Ujar Kheng.
"Tapi,semuanya dah terlambat."
Tambahnya lagi.
Genggaman Rama semakin kuat sehingga urat-urat ditangannya mula kelihatan.
"Apa maksud kamu?"Dia cuba bertanya dengan kemarahan yang masih membara.
Kheng mengangkat wajahnya memandang ke arah Ejen Neuro itu.
"Cip itu telah ditanam semasa dia masih bayi."Gumam Kheng.
"PAKKK!!!!!"
Rama berlari laju ke arah Kheng lalu menendang kuat wajah lelaki itu.
Rahang milik Kheng mengeluarkan bunyi tanda ia sudah retak.
Rama sekali lagi hilang kesabaran dan mahu menendang lelaki itu buat kali kedua.
Namun.....
Hujung kakinya digenggam kuat oleh Kheng.
"Kau........"
Dia mula berdiri.
"MENYUSAHKAN!"
Badan Rama dicampak kuat oleh Kheng sehingga cermin kaca menara itu pecah.
Rama sekarang ini sedang jatuh dari tingkat tertinggi iaitu tingkat ke 57.
Kheng yang masih berada di bilik milik Dato' Othman membuka langkahnya untuk berlari.
Dia melompat ke arah Rama yang sedang tunggu masa untuk jatuh.
"Gembira berjumpa kau......."
"General Rama."
........................................................................
😵😵😵
48 votes untuk bukak chapter seterusnya.
Let's Go!!!
Thanks a lot✨
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro