Perlawanan yang tidak disangka
Kesemua ejen muda telah selesai memilih pasangan untuk berlawan.
Kini giliran Ejen Karya memberikan arahan seterusnya.
"Baiklah,syabas kepada kamu semua kerana dapat memilih pasangan dengan baik.Syarat perlawanan kamu kali ini tidak terlalu mudah.Salah seorang daripada pasangan kamu akan dipasangkan dengan sebuah Intel yang berbentuk seperti kain putih.Kain putih itu akan diikatkan di kepala pasangan kamu yang bertuah.Objektif kamu adalah untuk merampas Intel pihak lawan.Masa yang diberikan ialah selama 10 minit."Jelas Ejen Karya.
Ejen-ejen muda hanya tersenyum sinis mendengar penjelasan Ejen Inviso itu.
"Ceh,ape yang susah sangat?Rampas Intel je pun.Macam 2 tahun lepas."Kata Rudy bernada sinis.
Beberapa pelajar mengangguk setuju.
Para mentor hanya tersenyum mendengar kata-kata Rudy yang dipersetujui ejen-ejen muda lain.
"Melainkan kalau kamu sendiri tidak boleh nampak Intel tersebut."Sampuk Ejen Leon.
Semua pelajar tersentak.
"Intel.........halimunan?"Tanya Alicia yang dari tadi berdiam diri.
Ali memandang Alicia terkejut.
Semua mentor tersenyum.
"Tepat sekali!"Kata Ejen Bakar separuh menjerit.
"Tapi.............apa yang akan jadi dengan team yang gagal?"Tanya Iman lembut.
.
"Team yang gagal akan digantung dari melakukan apa-apa misi selama 2 minggu dan akan habiskan masa 5 jam berlatih di akademi selama mereka digantung."Jawab Ejen Leon tersenyum sinis.
Semua pelajar meneguk liur.
"Jangan risau,hanya 2 dari 6 team yang berkemungkinan menerima hukuman sekiranya gagal."Sampuk Ejen Geetha menenangkan keadaan.
"Untuk team yang menang pulak?"Tanya Mika mengharapkan jawapan.
Mentor-mentor akademi memandang sesama sendiri.
"Setakat ini,ketua teras masih merahsiakan perkara itu."Jawab Ejen Geetha.
Mendengar nama ketua teras sahaja telah membuat bulu roma mereka tegang.
"Semua pelajar bersedia kerana kami akan menyebutkan kumpulan pertama yang akan masuk ke dalam arena."Kata Ejen Leon sambil memegang sebuah tablet.
"Jadi,kumpulan pertama yang akan menggegarkan arena ialah................"
"CHRIS DAN ZASS VS IMAN DAN MOON!"Jerit Ejen Leon.
"APO!!!!!!!!"Jerit Chris hampir pengsan.
"Baiklah,semua pelajar selain mereka berempat ikut kami ke balkoni untuk melihat perlawanan dari atas."Kata Ejen Geetha kepada ejen muda yang lain.
"Bye Chris.Bye Zass....."Jet melambai tangan sambil tersenyum penuh makna.
"Good luck weh korang semua."Kata Khai kepada mereka berempat.
Zass hanya mengangguk manakala Chris pula............kelihatan pucat dan lesu.
"Habihla.........Ambo lemoh tengok Iman tu.......guano nih........huhu nok balik........"Kata Chris menutup mukanya dengan kedua tapak tangan.
"Alamak!Lawan Zass..........macammana ni......"Moon mula panik.
"Sabar Moon.....kita buat yang terbaik......ok?"Iman memberi semangat.
"Hmph!Betul tu!"Kata Moon yang mula termotivasi untuk berlawan.
"PERLAWANAN AKAN DIMULAKAN 5 SAAT DARI SEKARANG."Kata Ejen Leon dari balkoni menggunakan pembesar suara.
"5............4..............3...............2.............1 MULA!"
Perlawanan dimulakan
Chris & Zass VS Iman & Moon
Iman dengan pantas menggunakan shawlnya menyerang Chris yang kelihatan kekok untuk melawan.
Chris mengeluarkan kedua-dua kerisnya lalu menahan serangan dari Iman.
"Hiyarghh!"Iman berlari menghampiri Chris dan menyerangnya beberapa kali.
"Hmph!"Chris dengan cekap menepis setiap serangan.
Kini giliran Chris pula menyerang Iman dengan mengawal kerisnya.
Iman mengelak serangan keris pertama yang datang dari hadapan.
Chris merapatkan kedua belah tangannya dan menutup mata.
"Hiyarghh!!!"Chris membuka mata dan menyerang Iman dari belakang menggunakan keris keduanya.
"Hah!"Iman terkejut dan berusaha sedaya upaya untuk mengelak serangan hendap Chris,namun Chris lebih tangkas.
Chris cepat-cepat mengawal kerisnya menuju kearah kepala Iman melalui shawlnya.
Mata Chris membulat.
"ZASS!INTEL ADA DENGAN MOON!"Jerit Chris memandang Zass.
Zass mengangguk dan terus menyerang Moon.
Chris kembali menghadap Iman.....
"ARGHHH!!"Perut Chris ditumbuk kuat oleh tangan Iman.
'Maaf Chris'.Kata Iman dalam hati.
Di sisi yang lain~~
"Jaga kau Zass!"Kata Moon separuh menjerit.
Moon menepuk kedua belah tangan lalu 3 klonnya keluar dan terus menyerang Zass.
Zass hanya berdiri menunggu diserang.
Tiba-tiba...
Zass muncul dibelakang Moon membuatkan Moon sangat terkejut.
Tangan Zass cuba mencapai kepala Moon tetapi Moon lebih pantas menepuk tangan menyebabkan klonnya keluar dan Moon berjaya melepaskan diri.
"Rasakan!"Kesemua klon Moon menyerang Zass secara serentak.
Zass sekali lagi berdiri dan tunggu diserang.
Klon Moon semakin dekat....
Dan semakin dekat.....
Zass akhirnya berlari sepantas kilat menyebabkan kesemua klon Moon hilang kerana bertembung diantara satu sama lain.
"Apakah?"Mata Moon membulat melihat kehebatan Zass mengalahkan klon-klonnya dengan hanya menggunakan satu langkah yang mudah.
Moon yang leka menyebabkan Zass mendapat peluang untuk merampas Intel miliknya dengan sangat mudah.
"Tidak!!"Jerit Moon setelah melihat Zass berlari sambil memegang kain putih yang merupakan intel miliknya.
Tiba-tiba.....
"Ambik ni!"Iman dari jauh menyerang Zass dengan mengikat kakinya menggunakan shawl.
Zass jatuh mencium lantai.
Iman mengangkat tangannya yang sedang menggenggam sehelai kain putih.
Moon tergamam
Ya,itu adalah Intel milik Chris.
Tapi persoalannya,siapakah yang mendapatkan Intel dahulu?
TITTTTTTTTT!!!!!
Siren berbunyi menandakan masa berlawan telah tamat.
Tepukan gemuruh dihadiahkan kepada mereka berempat daripada mentor dan ejen-ejen muda.
"Cayalah Iman dengan Moon!"Jerit Mika dari atas.
Ejen Leon melihat cuplikan video perlawanan mereka tadi di dalam tabletnya.
Dia terdiam seribu bahasa.
"Pemenangnya ialah team Chris dan Zass."Kata Ejen Leon.
Pernyataan Ejen Leon menyebabkan ejen-ejen muda lain mula mempersoalkan bukti bahawa kumpulan Chris dan Zass adalah pemenangnya.
Ejen Leon mengeluh.
Akhirnya sebuah skrin besar memaparkan cuplikan video yang ditontonnya tadi.
Semua pelajar terdiam.
Video berdurasi 15 saat itu menunjukkan yang Zass merampas Intel Moon 2.25 saat lebih pantas dari Iman.
Chris dan Zass masih ternganga tidak percaya akan video tersebut.
"Tahniah Chris."Kata Iman sambil tersenyum lembut.
"Hebatlah kau Zass."Kata Moon menunjukkan 'Thumbs Up' kepada Zass.
Chris menggosok matanya tidak percaya dengan pujian Iman.
'Ni bukan mimpi Chris!'Fikirnya.
Chris memandang Zass yang sudah terlihat seperti tomato.
Pandangannya beralih kepada Iman yang masih tersenyum bak bidadari.
"Eh,Chris!Awak ok tak?!"Kata Iman separuh menjerit setelah melihat Chris pengsan dengan muka yang sangat merah.
Beberapa pelajar dan mentor menepuk dahi dan yang lain pula hanya tertawa besar melihat adegan itu.
.......................................................................
Hello guys!
Panjang jugak ye chapter Kali ni.
Huhu masih banyak scene berlawan lepasni guys.
Agak-agak Alilicia lawan siapa?
Apa hadiah untuk pemenang?
Nantikan di chapter seterusnya tau!
Jangan lupa Vote dan Comment untuk menaikkan semangat author ye!
Stay Tune and Byebye
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro