Nostalgia
"Bukan setakat tidak mengingati orang sekitarnya,Alicia juga......"
"Akan lupa cara untuk bercakap dan berjalan."Kata doktor itu.
Ali terkedu.
"Bo-Boleh saya nak tengok Alicia?"Tanya Ali.
Wanita itu memandang wajah Ali yang sedang menahan tangisan.
Dia menghela nafas berat.
"Baiklah."
.
.
Ali memakai topeng muka dan sarung tangan yang diberikan doktor sebelum masuk ke dalam wad Alicia.
Selesai menyarungkannya,Ali perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam wad yang dipenuhi segala alatan pembedahan dan mesin X-ray.
Mata Ali tertumpu pada tubuh seseorang yang kurus dan tidak bermaya.
Wajahnya pucat seperti mayat.
Tiada sehelai rambut pun diatas kepalanya akibat chemotherapy.
Kesan cucuk penuh dilengannya.
Alat bantuan pernafasan dilekatkan di mulutnya.
Kesan jahitan besar di kepala akibat pembedahan masih jelas kelihatan.
Wayar dilekatkan di merata-rata sekitar tubuhnya.
Sekali lihat,tiada siapapun yang akan fikir bahawa itu ialah Alicia.
"Alicia...."Gumam Ali yang sudah berkaca-kaca matanya menahan tangisan.
Baru sahaja dia mahu menyentuh tangan milik Alicia,bahunya disentuh seseorang.
Dia menoleh kebelakang.
Doktor wanita yang menyentuh bahunya itu menggeleng kepala tanda tidak setuju dengan perbuatan Ali.
Ali hanya mengangguk sedih.
.
.
Setelah lebih 10 minit di dalam,mereka akhirnya keluar.
Topeng muka yang dipakai Ali dicabut menampakkan kesan air mata di pipi yang telah kering.
Matanya juga merah.
Sarung tangan dicabut.
Dia menghulurkannya kembali kepada doktor.
"Maafkan saya Ali,itu untuk keselamatan kamu berdua."Kata doktor itu serba salah.
"Takpe,saya faham."Balas Ali tersenyum palsu.
"Saya minta diri dulu."Tambah Ali membuka langkah untuk beredar.
Wajahnya murung seolah-olah jiwanya telah keluar dari tubuh.
Langkahnya bagaikan robot yang dikawal.
Perasaannya tiada siapa yang tahu.
........................................................................
Rumah Dr.Ghazali
Ali POV
Jam 1730
Aku merebahkan diri diatas katil.
Hoodie ditarik menutup wajah.
Badan digulung bak tenggiling.
"Kenapa kau rahsiakan penyakit kau daripada aku?"
"Aku ni memang tak boleh diharap sangat ke sampai kau perlu rahsiakan?"
-
"Kita akan terus jadi kawan rapat,kan?"
"Mestilah."
-
"Kau tipu.........kau tipu aku......"
Air mataku mengalir membasahi tilam.
"Knock knock."
Aku terdengar pintu bilikku diketuk.
"Ali.....Okay tak kat dalam tu?"Tanya ayah yang berada diluar.
Aku bangun lalu duduk di tepi katil.
"Ali?"
"Ha... Ali okay je."Balasku berusaha terdengar tenang.
"Jom makan.Ayah dah siapkan makanan."Kata ayah lembut.
"Ayah pergi lah dulu,nanti Ali turun."Ujarku.
"Okay."
Aku terdengar bunyi tapak kakinya berlalu pergi.
Aku mengesat air mataku dan berjalan menghampiri pintu untuk turun kebawah.
Tiba-tiba mataku menangkap sesuatu yang diletakkan di atas meja belajar.
Aku berjalan ke arah meja tersebut.
.
.
"Photo album."Gumamku perlahan.
Aku mengambilnya lalu duduk diatas katil.
Album itu perlahan-lahan aku belek.
Kelihatan gambarku semasa bayi yang sedang menangis.
Aku melihat gambar mama yang berusaha memujuk ku.
Aku membelek helaian seterusnya.
Kelihatan gambarku yang sedang tidur dengan Labu di sisi.
Gambar disebelahnya pula menampakkan ayah yang sedang membawa kek hari lahir ku yang ke-4.
Aku tersenyum sendirian.
Aku membelek dan membelek helaian seterusnya yang penuh dengan gambarku semasa bayi.
Gambarku bersama ejen muda lain semasa hangout di luar pun ada.
Namun,helaian seterusnya menyebabkan hatiku terasa sedikit pedih.
"Alicia....."Gumamku menahan sebak.
Aku melihat wajahnya yang tersenyum di dalam gambar itu.
Ini semasa kami membuat lawatan ke Taman Bunga Cyberaya tahun lepas.
Awalnya,aku hanya berniat untuk mengambil gambar Alicia yang sibuk menatap bunga-bunga yang cantik.
Namun,dia perasan akan tindakan ku lalu memaling wajahnya sambil tersenyum.
Aku melihat gambar disebelahnya.
Wajahku mengukir senyuman.
Gambar ini diambil 2 tahun lepas semasa kami diarahkan untuk menghias kelas.
Alicia terlihat comot dengan cat di wajah disebabkan kecuaian aku semasa menggunakan berus.
Sebenarnya,dia sedang marah,tapi terkejut apabila aku tiba-tiba mengeluarkan kamera dan mengambil gambarnya.
Dan selepas itu aku dibelasah teruk oleh Alicia.
"Pfft..."Aku menahan tawa semasa mengingat peristiwa tersebut.
Aku membelek helaian berikutnya.
"Eh?"
Aku cuba menutup mata mengingati dari mana datangnya gambar ini.
"Oh...dia dipilih jadi model untuk program baca buku....baru aku ingat."Monologku sendirian.
"Patutlah muka lain macam.Aku ingatkan siapa tadi tiba-tiba sesat dalam photo album ni."Monologku lagi.
Aku melihat gambar disebelahnya.
"Eh? Biar betul.....Alicia ke ni?"Ujarku tidak percaya.
Tanganku diletakkan di dagu.
"Hmmm....."
Aku cuba mengambil telefon pintar ku lalu membuka aplikasi WhatsApp.
Aku mencari nama seseorang.
Aku mengeluh.
"Lah.....Moon ke yang hantar."
Aku melihat tarikh mesej itu dihantar.
"2 tahun lepas.Ni mesti waktu diorang berlima hangout."Gumamku.
Aku memandang gambar itu semula.
.
.
"Comel."
Aku membelek helaian seterusnya yang merupakan helaian terakhir.
Aku tergamam sebentar.
"Gambar 3 bulan lepas....."
Kesedihan terpapar jelas di wajahnya.
Waktu itu aku sedang mengambil gambarnya semasa di dalam kelas.
"Sekejap-"
Mataku membulat.
-
Flashback
Ali dan Alicia sedang sibuk mengemas bilik disiplin.
"Ali."Panggil Alicia.
Ali menoleh ke arahnya.
"Aku cuma terfikir....."
"Hmm?"
"Apa jadi bila seseorang manusia tu mati?"Tanya Alicia.
Ali terdiam seketika.
"Aku pun tak pastilah...."
"Tapi...yang aku pasti,kita kena enjoy je masa yang ada....Sebab hidup ni sementara."Balas Ali dengan senyuman di bibir.
"Macammana kalau aku mati?"Tanya Alicia.
Mata Ali terbeliak.
"Alicia apa yang kau-"
"Jawab jelah."Potong Alicia dingin.
Ali terkedu.
"Aku....Aku...Mestilah sedih!"Ujar Ali dengan suara yang sedikit meninggi.
"Kita dah kawan lama...aku rasa...aku mungkin tak boleh terima kalau kau pergi tinggalkan aku."
"Kalau kau mati, mungkin....... mungkin aku akan ikut kau-PANG!"
Pipi Ali ditampar kuat oleh Alicia.
Kolarnya digenggam erat.
Badannya ditolak ke dinding.
"BERHENTI MENGARUT BOLEH TAK?!"Tengking Alicia.
Ali tersentak.
Alicia menarik nafas sedalam mungkin.
Kolar Ali dilepaskan.
"Aku tarik balik apa yang aku cakap."Kata Alicia.
Alicia berjalan keluar dari bilik itu.
Ali memegang pipinya yang ditampar.
"Cepat.Kelas dah nak mula."Kata Alicia.
"Oh,okay."Balas Ali lalu membuka langkah beredar dari bilik disiplin tersebut.
Flashback end
Aku melihat gambar itu semula.
"Sekarang semuanya masuk akal......"Gumamku lalu setitis air mengalir dari kelopak mata kiri.
Album itu perlahan-lahan aku tutup.
Aku memeluknya erat.
"Aku akan tunggu...tak kira berapa lama sekalipun."
"Jadi..."
"Bangunlah....Alicia."
........................................................................
Apa pendapat korang tentang chapter ni?
Sila komen dibawah.
59 votes untuk membuka chapter seterusnya! Let's go!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro