Motif
(Law Kuan Kheng)
Semalam,Jam 1900
"Apa tujuan kamu datang ke sini gadis muda?"Tanya lelaki itu.
"Saya......"Alicia tidak tahu bagaimana ingin mengungkapkannya.
Lelaki itu menghampirinya dan menghulurkan tangan.
"Saya Law Kuan Kheng.Boleh panggil saya Encik Kheng,kamu?"
Tanya lelaki itu sambil tersenyum.
Alicia menyambut tangan lelaki itu.
"Alicia.Alicia Kheng."Balasnya.
Mata lelaki itu membulat.
Dia merendahkan dirinya lalu menyisir rambut Alicia untuk melihat dahinya,namun ditampal dengan plaster kerana insiden di Makmal Navigasi tempoh hari.
Secara tiba-tiba badan Alicia dipeluk.
"Maaf.....maafkan saya..."Gumam lelaki itu.
Alicia tidak membalas pelukannya.
"Takpe....benda dah lepas dah pun."Kata Alicia menenangkan keadaan.
Lelaki itu melepaskan pelukannya.
"Macammana kamu jumpa tempat ni?"Tanya Kheng.
"Saya dengan kawan saya jejak tempat ni.Ambil masa 2 tahun lebih untuk betul-betul jumpa."Balas Alicia.
Lelaki itu mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Kamu ni mesti antara ejen yang paling hebat,bukan?"Tanya Kheng lagi.
"Saya tak cakap apa-apa pun pasal ejen,macammana Encik Kheng boleh tahu?"Tidak menjawab soalan yang ditanya,Alicia malah menanyakan soalan lain kepada Kheng.
Kheng berdiri lalu membuka jubah(cloak) coklat miliknya.
Sebaik sahaja jubah itu dibuka,sepasang sut berwarna biru jelas kelihatan.
"Saya pun Ejen MATA juga dulu."Katanya sambil tersenyum manis.
.
.
.
Alicia menyeluk poket lalu mengambil telefon pintarnya.
Dia menghidupkan telefon itu dan melihat kepada jam yang ditunjukkan.
"Dah pukul 8.00."Bisiknya seorang diri.
Dia hanya mengikuti langkah Kheng walaupun tidak tahu kemana hala tuju sebenar.
"Kamu mesti penat....."Ujar Kheng lalu memulas tombol pintu bilik yang terletak di tingkat 2 rumah agam itu.
Alicia tergamam selepas melihat betapa luas dan kemasnya bilik tersebut.
"Duduklah sini sementara saya siapkan makan malam."Kata Kheng dengan penuh sopan.
Alicia tidak menjawab lalu masuk ke dalam bilik tersebut.
Dia meletakkan beg galasnya di tepi katil dan perlahan-lahan duduk di katil bersaiz single tersebut.
"Kamu tak perlu turun,saya akan hantarkan makanan."Kata Kheng yang masih berdiri di pintu bilik itu.
"Eh....takpe....tak payah susah-susah,saya boleh ambil sendiri."Balas Alicia menolak tawaran yang diberikan Kheng.
"Baiklah kalau macamtu....saya pergi dulu.Kalau ada apa-apa jangan segan untuk panggil saya."Jawab Kheng lalu menutup pintu bilik tersebut dan terus beredar dari situ.
Melihat Kheng sudah pergi,Alicia menghempas dirinya keatas katil tersebut.
"Ting!"Telefon Alicia berbunyi menandakan ada mesej masuk.
Alicia mencapai telefonnya dan melihat contact yang baru menghantar mesej.
Ali Ghazali
Kau dah sampai?
Okey tak kat sana?
Alicia Kheng
Semua berjalan lancar.
Dia masih ingat aku.
Ali Ghazali
Oh.
Baguslah macamtu.
Jaga diri baik-baik.
Alicia Kheng
👌
Alicia meletakkan telefonnya di tepi katil lalu bangun untuk mandi.
Dia membuka begnya dan mengambil segala keperluan untuk membersihkan diri.
Selesai memilih barang,dia berjalan masuk ke dalam tandas yang terletak di dalam bilik sementaranya itu.
.
.
.
Selesai mandi,seperti yang dijanjikan,dia turun ke bawah untuk makan malam.
Dia melihat Encik Kheng yang sedang membaca buku telahpun duduk di kerusi hadapannya.
Menyedari kehadiran seseorang,Kheng mengangkat wajahnya seketika.
"Oh,Alicia....sekejap ye."Kheng berjalan lalu mengambil sekeping pinggan dan cawan.
Dia meletakkan daging bakar dan brokoli ke dalam pinggan tersebut.Cawan pula dia isikan dengan jus oren.
Dia berjalan ke arah Alicia lalu dengan sopan meletakkan pinggan dan cawan itu dihadapannya.
Kheng kembali duduk di tempatnya.
"Er..Terima kasih."Ujar Alicia yang kelihatan kekok.
Kheng hanya tersenyum sambil menghirup secawan kopi.
.
.
.
Keadaan menjadi sunyi sepi dengan hanya sudu dan garfu dari tangan mereka berdua sahaja yang berbunyi.
Alicia cuba memeriahkan suasana dengan bertanyakan beberapa soalan.
"Dah berapa lama Encik tinggal kat sini?"Tanya Alicia.
"Hmm.....lebih dari 10 tahun yang pasti."Balas Kheng sambil memandang ke arah Alicia.
Alicia hanya mengangguk faham.
"Kamu pula Alicia,macammana dengan kehidupan menjadi ejen?"Tanya Kheng pula.
Alicia yang sedang mengunyah brokoli mencapai cawan di tepi dan terus meneguknya.
"Menarik."Jawab Alicia sepatah.
"Kamu.......kenal Ali Ghazali?"Tanya Kheng lagi.
Alicia hampir sahaja tersedak.
"Kenal jugak la.....sama kelas."Jawab Alicia tidak berniat mendedahkan identiti dan motif mereka berdua.
"Kenapa?"Tanya Alicia.
"Takde apa-apa yang penting.....cuma...mesti dia dah besar panjang sekarang."Balas Kheng sambil mengukir senyuman.
Alicia tidak merespon apa-apa.
.
.
.
"Terima kasih untuk makanan harini."Kata Alicia.
"Sama-sama."Balas Kheng tersenyum lembut.
Alicia membuka langkahnya untuk naik ke atas.
Menyedari tapak kaki Encik Kheng semakin jauh,dia mencampakkan sebatang jarum tepat pada kotak suis utama rumah agam itu.
Dia mempercepatkan langkahnya untuk naik ke atas.
Sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik,dia terus menutup pintu dan menguncinya.
"Aku kena dapatkan benda tu tak kira apapun jadi."
........................................................................
Malam yang sama,
Ali POV
Jam 2230
Aku menyelinap masuk ke dalam rumah supaya ayah tidak perasan akan kehadiranku.
Aku berjalan perlahan-lahan hanya untuk dikejutkan oleh ayah yang sedang berdengkur.
Aku melihat ke arahnya yang sedang tidur diatas sofa ruang tamu.
Aku berjalan mendekatinya sambil bibirku tersenyum dan kepalaku digeleng.
Melihatnya yang seperti kesejukan,aku mengambil selimut yang disimpan di dalam rak berdekatan dan terus menyelimutinya.
"Tidur nyenyak,ayah."
........................................................................
Someone's POV
"BWEEEKKK!"Aku memuntahkan segalanya.
Aku memegang kepalaku yang terasa membengkak dan berdenyut-denyut.
Aku dengan pantas menyeluk poketku untuk mencari sesuatu.
"Tolonglah ada...tolonglah ada..."Gumamku tidak tahan dengan sakit yang ku alami.
Merasakan yang aku telah mendapat sesuatu,aku terus melihat tapak tanganku.
"Tak guna! Kenapa mesti pil?!"Marahku.
Tiada pilihan,aku terus menelannya.
........................................................................
Eyyy laju betullah korang ni.Penat tangan author menaip.
Seperti yang dijanjikan,here's your gift.
Sebab rasa korang ni cepat sangat,author terpaksalah naikkan jumlah vote untuk chapter seterusnya.*gelak jahat*
So,35 votes to unlock the next chapter!
Thank you and Byebye.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro