Kita kena menang!
"Chris,Iman,Zass dan Moon,kamu boleh naik ke balkoni sekarang."Kata Ejen Geetha menggunakan pembesar suara.
Chris yang pengsan diheret oleh Zass untuk naik ke atas.
"Kumpulan yang akan berlawan seterusnya adalah............"
"RUDY DAN BULAT VS JET DAN KHAI!"Jerit Ejen Leon.
Khai dan Jet kelihatan sangat berdebar setelah mendengar nama mereka disebut.
Namun,pihak lawan mereka iaitu Rudy dan Bulat kelihatan tenang membuatkan mereka terasa tercabar.
"Kalah menang kita kena buat yang terbaik!"Kata Jet menaikkan semangat Khai yang sedang memegang R-O.
Khai perlahan-lahan meletakkan R-O lalu mengangguk setuju dengan apa yang dikatakan Jet.
Mereka berdua menggenggam tangan menjadi penumbuk.
"Brofist!"Kata mereka serentak .
Keempat-empat ejen muda tersebut telah turun dari balkoni menuju arena tempat mereka bertarung.
"Perlawanan akan dimulakan 5 saat dari sekarang!"Kali ini giliran Ejen Bakar pula menjerit memberi arahan.
"5...............4.............3.............2.................1 MULA!"Jerit ejen kombat itu lagi.
Perlawanan dimulakan
Rudy & Bulat VS Jet & Khai
Jet memulakan perlawanan dengan terbang laju ke arah Rudy menggunakan Jetpack miliknya.
Rudy yang sudah bersedia hanya menunggu Si Ejen Neuro itu betul-betul dekat dengannya supaya serangannya tidak tersasar.
Jet semakin hampir........
Dan hampir..........
"Hmph!"Rudy dengan pantas membaling kedua garinya ke arah Jet.
"Heh!"Serangan Rudy jauh lebih mudah untuk diagak membuatkan Jet lebih pantas mengelak.
Jet menembak Rudy menggunakan penembak yang sudah dilengkapkan di dalam sutnya.
Rudy tersenyum sinis sambil mengelak setiap tembakan Jet.
'Sama macam dalam strategi.'Fikir Rudy.
Rudy berlari ke arah Jet.
Jet pula terbang dengan laju ke arah Rudy.
Belum sempat mereka bertembung,Rudy dengan tangkas melompat tepat ke atas jetpack milik Jet.
Jet terkejut dengan tindakan Rudy yang sangat tidak disangka.
Baru sahaja Jet mahu memusingkan badannya supaya Rudy terjatuh,Ejen Inviso itu rupanya sudah melompat tinggi dari jetpack milik Jet.
"Hiyarghh!!!"Rudy yang sedang melompat mengeluarkan garinya lalu dengan pantas dibaling ke arah Jet.
Seperti yang dirancang,garinya terkena pada kedua-dua pergelangan tangan Jet.
Tanpa membuang masa,Rudy terus mengawal garinya yang sudah dipasangkan pada Jet.
Gari milik Rudy memaksa Jet yang sedang terbang untuk jatuh ke lantai.
"Aduh!"Jet mengerang kesakitan apabila dirinya jatuh tersembam ditambah pula dengan mukanya yang mendarat terlebih dahulu.
Rudy berjalan menghampiri Ejen Neuro itu.
"Aku ambik ye Intel kau ni Jet."Kata Rudy sambil tangannya perlahan-lahan dihalakan ke arah kepala Jet.
"JANGAN SENTUH JET!"Jerit Khai sambil mengawal R-O nya menghalang Rudy.
R-O bergerak laju ke arah kaki Rudy dan terus melanggarnya menyebabkan ejen Inviso itu perlahan-lahan hilang keseimbangan.
Punggung Rudy akhirnya mencium lantai.
"BULAT,SEKARANG!"Jerit Rudy memberi arahan kepada Bulat.
Bulat mengeluarkan 2 buah rubik lalu dibaling tepat ke arah R-O dan Khai.
Rubik pertamanya terkena R-O menyebabkan R-O tidak boleh bergerak sama sekali.
Namun,rubik keduanya berjaya dielak Khai dengan cekap.
Khai terus bergegas berlari ke arah Jet
untuk melepaskannya dari gari milik Rudy.
"Kau ok tak?"Tanya Khai sambil melepaskan gari Rudy dari pergelangan tangan Jet.
Jet mengangguk.
Khai kembali fokus ke arah pihak lawannya iaitu Rudy dan Bulat.
"Eh?"Kelibat Rudy langsung tidak kelihatan membuatkan Khai hairan.
"Alamak!"Khai sepantas kilat menoleh ke arah Jet yang berada dibelakangnya.
Namun,semuanya terlalu lambat.
Rudy yang menyamar sebagai Jet dengan pantas menyentuh kepala Khai yang berada dihadapannya.
"Aku dah agak."Kata Rudy selepas melihat Intel yang ada di kepala Khai sebaik sahaja ia disentuh.
Rudy terus merampas Intel tersebut dari kepala Khai.
TITTTTTTTTTTTT!!!!!!!
Siren berbunyi menandakan perlawanan telah berakhir.
"PEMENANGNYA ADALAH RUDY DAN BULAT!"Jerit Ejen Leon dari atas menggunakan pembesar suara.
Kesemua pelajar menepuk tangan dengan sangat gemuruh.
"Hebatnyooo!"Kata Chris separuh menjerit.
Kesemua ejen-ejen muda melihat kearahnya dengan riak wajah terkejut.
"Bakpo?"Tanya Chris hairan.
"Hidup lagi kau rupanya."Kata Roza dengan nada memerli.
Semua pelajar termasuk mentor-mentor tertawa besar mendengar pernyataan Roza itu.
"Baiklah.......Rudy,Bulat,Jet dan Khai,kamu boleh naik ke balkoni sekarang."Kata Ejen Geetha lembut.
"KHAI!!"Panggil Jet dari belakang.
Khai menoleh memandang Jet.
"Kau ok tak?"Tanya Jet risau.
Khai hanya mengeluh.
"Jangan risau,aku ok."Balas Khai tersenyum nipis.
"Nah R-O kau."Kata Jet sambil menghulur robot bertayar dua itu.
Khai terkejut lalu terus memeluk Jet.
"Terima kasih Jet."Khai melepaskan pelukannya dan mengambil R-O kesayangannya itu.
Mereka berdua terus berjalan menuju ke balkoni.
"Aku ingat kau nak guna rubik tadi."Kata Bulat sambil berjalan disebelah Rudy.
"Yup.Tapi bukan untuk dua orang tu."Balas Rudy.
"Habis tu?"Tanya Bulat tidak terlalu memahami apa yang dimaksudkan oleh Ejen Inviso tersebut.
"Aku guna untuk saingan kita."Jawab Rudy masih terdengar tidak jelas.
Bulat faham sangat dengan ayat Rudy itu.
........................................................................
"Perlawanan seterusnya pula...........dan lain dan tak bukan............"
"ALI DAN ALICIA VS ROZA DAN MIKA!"Jerit Ejen Bakar dengan penuh semangat.
"Jom Alicia.Lawan diorang macammana kita pergi lawan konco-konco Komeng haritu."Kata Ali sambil berjalan disebelah Ejen Neuro kesayangannya itu.
"Jangan pandang rendah kat diorang,Ali."Balas Alicia bernada serius.
Ali hanya mencebik mendengar jawapan Alicia.
"Saingan kita agak hebat kali ni,jadi kita kena agresif sikit."Kata Mika kepada sahabatnya yang bernama Roza itu.
"Budak IRIS dengan Gadis Lastik.Gabungan yang menarik."Balas Roza bernada sinis.
"Perlawanan akan bermula 5 saat dari sekarang!"Jerit Ejen Bakar.
"5............4..............3...............2.............1 MULA!"Jerit Ejen Leon dan semua ejen muda.
Perlawanan dimulakan
Ali & Alicia VS Roza & Mika
Mika yang sudah lengkap bersut robotnya berlari ke arah Ali dan Alicia.
Pergerakan Mika yang tidak terlalu laju menyebabkan Ali lebih pantas melompat ke atas sut robotik milik Mika.
Ali yang baru sahaja mahu menyerang Mika dengan yoyonya tergamam apabila satu tembakan dihalakan ke arah kepalanya.
Ali bernasib baik apabila Alicia dengan cepat melindungnya dengan menembak tembakan sniper milik Roza itu.
"Hati-hati Ali!Jangan sampai kau kena tembakan tu!"Jerit Alicia.
Ali mengangguk laju dan terus fokus kepada pihak lawannya.
Malang sekali,sebaik sahaja Ali mula fokus kepada Mika,Ejen Kombat itu telahpun mencengkam kedua-dua belah kaki Ali.
"ALAMAK!"Jerit Ali terkejut.
"Habislah kau!"Mika yang sedang mencengkam kaki Ali menghempasnya sekuat mungkin.
Belum sempat muka Ejen Tekno itu mendarat,dia sepantas kilat mengambil yoyonya dan menghalakannya ke atas lantai.
Gelombang yang dihasilkan yoyo itu berjaya melepaskan Ali dan juga menyelamatkannya dari hentaman kuat Mika.
"Ish!"Ejen Kombat itu mulai geram.
Tiba-tiba......
"ALICIA!"Jerit Ali apabila melihat satu tembakan dihalakan ke arah Alicia dari belakang.
Ali dengan pantas memecut menggunakan aeroboots miliknya untuk menyelamatkan Alicia.
Tindakannya menyelamatkan Alicia berjaya.
Akan tetapi..........
"ALIIIIIIII!!!!!"Jeritan kuat Alicia menyebabkan arena itu bergema.
Apakah yang membuatkan Ejen Neuro itu menjerit?
Tembakan sniper Roza yang dihalakan ke arah Alicia berjaya dihalang oleh Ali.
Namun,tembakan itu mengenai tepat di kepalanya menyebabkan Ali jatuh tidak sedarkan diri.
Semuanya seolah-olah berlaku dengan sangat perlahan buat Alicia.
Jeritannya membuat semua pelajar dan mentor tergamam.
"Aku akan tolong kau."
"Kau........boleh tahan lah....."
"Boleh tahan je?"
"Yela........kau power."
"Happy birthday Alicia!"
"Aku pun nak jadi hebat macam kau!"
"Betul cakap kau."
"Aku nak jadi Super Ejen supaya aku dapat lindungi kau."
"Aku rasa gembira bila dengan kau."
"Terima kasih Alicia!"
Semua kata-kata Ali terngiang-ngiang di kepala Alicia.
Mata Alicia membulat melihat lelaki itu ditembak dan tidak sedarkan diri.
"Ali..............."Suara Alicia kedengaran perlahan.
"Kalau dengan kau,aku percaya kita boleh menang."-Ali
"Drama pulak....."Kata Roza sambil mengunyah gula-gula getahnya.
"Satu dah tumbang,sorang je lagi tinggal."Sampuk Mika.
Alicia yang terduduk perlahan-lahan bangkit.
Tangannya digenggam.
"Ush!Dia sudah marah lah!"Perli Roza separa menjerit.
'Jangan risau Ali...........'
'Kita akan menang.'
........................................................................
Hello guys!
Ni chapter paling panjang author pernah tulis😂.
Author pun berdebor nk tulis chapter seterusnya sebenarnya.
Vote Dan Comment jangan dilupakan!
Terima kasih and I'll see you next time.
Stay tune and Byebye!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro