Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Kebenaran


Wanita itu membawa Ali ke dalam sebuah bilik yang tidak terlalu besar.

Di dalamnya,terlihat seorang wanita lain yang memakai topeng muka.

Ali ditolak sehingga hampir ditepi meja bilik itu.

Wanita yang menolaknya tadi perlahan-lahan mencabut topengnya lalu duduk di sebuah kerusi bersebelahan dengan wanita yang sedang sibuk menaip sesuatu di papan kekunci.

"Saya doktor di fasiliti MATA yang merawat Alicia,dan ini pembantu saya."Kata wanita itu.

Ali mengangguk faham.

"Kami diberitahu bahawa kamu merupakan rakan yang paling rapat dengan Cik Alicia.Betul ke?"Tanya doktor tersebut.

"Betul."Balas Ali sepatah.

"Saya akan menanyakan beberapa soalan mengenai Cik Alicia,kalau kamu boleh jawab,tolong jawab dan kalau kamu tak tahu,tidak mengapa."Kata doktor itu lagi.

Ali hanya mengangguk.

"Baiklah.........sudah berapa lama kamu mengenali Cik Alicia?"Doktor itu memulakan sesi soal jawab.

"Kami sekolah rendah di tempat yang sama,tapi saya mula rapat dengan dia waktu saya pakai IRIS iaitu lebih kurang 3 tahun lepas."Jelas Ali.

Doktor itu mencatat segala yang diperkatakan budak lelaki itu di dalam sebuah tablet miliknya.

"Dalam masa 3 tahun kamu mula rapat dengan dia,ada tak apa-apa perubahan yang kamu boleh nampak?"Tanya doktor itu lagi.

Ali memegang dagunya yang dibalut.

"Hmm.....mula-mula saya kenal dia,dia senang sangat marah,poyo,suka perli,suka bebel pastu banyak lah."Ujar Ali sambil meniru memek muka Alicia.

"Tapi......makin lama,dia makin diam.....makin penyabar,makin banyak senyum,makin baik......"Tambah Ali tersenyum nipis.

"Cuma...."Ali memberhentikan kata-katanya.

"Hmm?"

"Dia jarang makan,kalau dia makan pun,mesti buah atau sayur.Pastu dia selalu cakap benda pelik-pelik."

"Dan ada sekali tu,saya perasan dia pakai make-up."Jelas Ali.

Doktor di depannya mengangguk faham.












"Doktor."Panggil Ali.

"Ya?"

"Haritu,saya ada jumpa kotak yang penuh dengan pil dan alat suntikan dalam bilik Alicia."Kata Ali.

Doktor terdiam.

Tiba-tiba pembantunya membuka mulut.

"Kami tahu pasal ubat-ubatan tu."

"Hah?"Kata Ali hairan.

"Kenapa? Kamu ingat tu dadah ke?"Tanya dia tanpa melihat ke arah Ali.

Ali mengangguk.

"Bukanlah.......tu ubat tahan sakit yang Alicia ambil dari med bay ni."Jelasnya.

Ali hanya meng-oh-kan penjelasan wanita itu.

"Tapi.......kenapa banyak sangat?"Tanya Ali.

"Sakit yang dialami Cik Alicia terlalu perit untuk ditahan,jadi dia pilih untuk telan lebih dari 1 pil sekaligus."Sampuk doktor yang berada di depan Ali.

















"Sakit?"Tanya Ali dengan riak wajah hairan.

"Sekejap....Cik Alicia tak pernah bagitahu kamu ke?"Tanya doktor itu.

Ali menggeleng.

Doktor itu tergamam seketika.

Dia memandang ke arah pembantunya yang masih fokus melihat ke arah monitor di depan.

Dia menghela nafas berat.
.
.

































"Kami menjumpai tumor di dalam otak Cik Alicia."Kata doktor itu terlihat serba salah.

Mata Ali membulat.

"M-Mustahil......"Gumamnya.

"Ini keputusan MRI(Magnetic resonance imaging) yang telah kami lakukan kepada Cik Alicia."Ujar pembantu doktor itu tadi sambil mengubah kedudukan monitornya menghadap Ali.

Warning: Yang senang rasa takut jangan tengok gambar di bawah.






"Gulp!"Ali meneguk liur.

"Melalui ujikaji makmal,tumor itu masih tidak terdedah dengan sel kanser.Namun,kami tetap akan menggunakan rawatan yang sama untuk memulihkan kanser sebagai langkah berjaga-jaga dari radiasi cip yang telah hancur."

"Kami telahpun memutuskan untuk membuang tumor itu pada esok hari."Kata pembantu doktor itu.
.
.














"Alicia akan selamat.....kan doktor?"Ujar Ali dengan penuh harapan.

Wanita yang digelar doktor itu menghela nafas berat.















"Kami tak nak beri harapan palsu pada kamu,Ali."











"Sebenarnya,kami para doktor dan jururawat yang merawat Cik Alicia selama 2 hari terkejut kerana dia masih boleh bernafas."

"Dengan keadaannya yang kehilangan banyak darah,tumor yang mulai tidak stabil kerana hancurnya cip yang ditanam dan organ yang tidak berfungsi sepenuhnya."Jelas doktor itu yang kelihatan sedih.

Ali putus kata.

"Kalau pembedahan ini berjaya sekalipun,tiada jaminan Cik Alicia akan sedarkan diri dari coma teruk yang sedang dialaminya."

"Paling tidakpun,dia akan pergi semasa pembedahan dijalankan."Tambah doktor itu lagi.

Wajah Ali ditunduk.

Tubuhnya mula menggigil.

"Doktor......tolonglah selamatkan Alicia....dia dah takde siapa-siapa lagi kat dunia ni.Dia dah lalui banyak sangat."

"Sekurang-kurangnya,kalau dia sedar,saya akan jaga dia.Saya tak nak kehilangan dia."Kata Ali.

Titisan airmata jatuh mengenai tangannya yang dibalut.

"Kami.......akan cuba yang terbaik."Ujar doktor itu tersenyum pahit.
.
.
















"Boleh saya nak tengok keadaan Alicia?"Minta Ali.

"Maafkan kami Ali,tapi buat masa sekarang,Alicia tidak boleh dilawati oleh siapa-siapa pun.Ini untuk memastikan keselamatan orang lain terjaga."Jelas doktor itu.

Ali hanya mengangguk sedih.

"Terima kasih atas segala perkongsian kamu Ali.Saya akan hantar kamu semula ke dalam bilik wad."Kata doktor yang mula berdiri.

Ali tidak memberi respon.

Wajahnya murung dengan kesan air mata di pipi.

Kedua-dua wanita itu sangat bersimpati dengan keadaan Ali dan Alicia.

Namun,apalah daya.Mereka telah cuba yang terbaik.

Ali ditolak doktor itu menuju ke bilik wad tempatnya dirawat.

........................................................................













Sorry lah,chapter ni agak 'dark' sikit.

Btw,author ada plan nak buat cerita baru pasal EA.

Sinopsis dia korang boleh baca dekat profile 'conversation' author.

Kalau ada yang berminat bolehlah reply dekat sana.

Jom 50 votes untuk chapter seterusnya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro