Kasih Seorang Ayah Angkat
Lagu:Kamado Tanjirou No Uta Piano Ver (Sila dengar untuk feeling lebih)
Alicia POV
"PAPA!!"Jeritku sekuat hati selepas melihat dada kirinya ditusuk.
Aku berlari sekuat hati ke arahnya.
Payung yang ditusuk itu dicabut dengan kasarnya oleh Kheng.
"Menyusahkan betul..."Gumam Kheng cukup untuk aku mendengarnya.
Darah dari tubuh papa membasahi lantai.
Aku berlari tanpa mempedulikan rasa sakit diseluruh badan.
Namun,perutku tiba-tiba disepak kuat oleh seseorang yang muncul dihadapan.
Aku jatuh tersembam.
"Papa....."Airmataku jatuh berjuraian.
Tanganku dihulurkan cuba mencapainya yang masih jauh.
Dia sudahpun jatuh dengan darah yang mengalir bagaikan tangki air yang bocor.
"Papa..."Gumamku sambil tersedu-sedu menangis.
Fikiranku hanya penuh dengan wajahnya.
Ingatanku hanya penuh dengan memori bersamanya.
........................................................................
"Papa! Tengok ni!"Kataku yang berusia 3 tahun sambil menunjukkan sehelai kertas yang dilukis.
Lelaki berjaket hitam memandangku.
Dia tersenyum lalu mengangkatku lalu diletakkan dilengannya.
"Mana? Sini papa tengok."Ujarnya gembira.
Aku menghulurkan kertas yang dari tadi dipegang.
Dia mengambil lalu melihatnya sambil tersenyum manis.
"Cantik betul anak papa lukis...."Katanya kepadaku.
Aku hanya tersenyum sambil menunjukkan gigi rongak ku.
-
"Hiks...."Aku yang berusia 5 tahun menangis di dalam bilikku sendirian.
Tiba-tiba pintu bilikku ditolak.
Aku melihat kelibat lelaki yang menolak pintu itu.
"PAPA!"Jeritku lalu berlari laju ke arahnya.
"Eh kenapa Icha nangis?"Tanyanya terdengar risau.
"Huaaa..."Tangisanku semakin deras.
Badannya ditunduk separas ketinggian ku.
Dia membalas pelukan ku sambil menepuk-nepuk belakang cuba memujukku yang tidak henti-henti menangis.
Tangisanku semakin reda.
"Cuba cerita kat papa......kenapa Icha menangis?"Suaranya terdengar lebih lembut.
Dia berdiri lalu berjalan ke arah katil ku.
Dia duduk di atas katil itu lalu menepuk-nepuk di bahagian tepi untuk memintaku duduk disitu.
Aku mengikut sahaja permintaannya.
"Jadi,kenapa Icha menangis?"
Tanyanya lembut.
"Budak-budak kat tadika semua tengok Icha pelik sebab takde mak dan dijaga oleh papa yang berketurunan India."
"Tapi bukan tu yang buat Icha nangis,Icha sedih bila balik dari tadika,papa selalu takde kat rumah."
"Icha tahu papa sibuk dengan MATA,Icha faham.Tapi tak tahulah kenapa tiba-tiba Icha rasa nak menangis."Jelasku.
Tangannya mengusap lembut rambut ku.
"Icha cuma.........sunyi."Ucapku lalu terlelap.
"Eh,dah tidur rupanya...."Ujar Rama.
Rama membaringkan tubuh gadis kecil itu lalu perlahan-lahan menyelimutinya.
-
"Kamu sebagai pelajar akan lebih dekat dengannya."Kata papa di dalam tablet milik MATA.
Aku cuba memberi alasan agar tidak perlu menjaga budak hingusan itu.
Tapi,papa tetap berkeras.
"Alicia,bolehkah kamu menjalankan misi ini?"Tanyanya kepadaku.
Aku hanya menghela nafas berat lalu mengangguk setuju.
Mulai hari itu,aku ditugaskan untuk menjaga IRIS milik Ali Ghazali agar tidak jatuh ke tangan yang salah.
Awalnya,aku setuju dengan perintah papa kerana aku mahu membuktikan kebolehan ku yang layak menjadi ejen.
Aku juga mahu membalas kebaikannya yang telah menjagaku dari kecil dengan menyetujui arahan yang diberikan.
Namun, lama-kelamaan hubunganku dengan Si Ali tu menjurus kepada pembongkaran rahsia gelap MATA.
Aku hanya mampu tertawa apabila memikirkan itu.
........................................................................
Aku berusaha merangkak mendekati papa.
"Papa......jangan tinggalkan Alicia....."Aku semakin hampir dengan tubuhnya.
Tangannya aku sentuh.
Sejuk.
Aku merangkak lagi dan cuba memegang kepalanya.
Semuanya sejuk.
Aku terduduk dengan airmataku jatuh pada wajahnya.
Nadinya telah berhenti.
Kepalanya aku peluk sekuat hati.
"Papa......Alicia dah takde siapa-siapa dalam dunia ni kecuali papa.......bangunlah......"Gumamku teresak-esak.
"Jangan tinggalkan Alicia....."
Airmataku membasahi wajahnya yang sejuk.
Jantung yang ditusuk menyebabkan salur darahnya tidak dapat mengalir.
Aku hanya memeluk tubuhnya yang dibasahi darah.
Tiba-tiba aku merasakan tubuh seseorang dibelakangku.
Aku tidak peduli! Aku tetap memeluk tubuh tidak bermaya dihadapanku dengan erat.
Aku dengar suara seseorang memanggilku, tapi tetap aku endahkan.
Kalau aku mati,mungkin aku dapat menemui papa lagi.
"PAKKK!!!!!"
........................................................................
Ali POV
Aku melihat Alicia yang merangkak menghampiri tubuh General yang seperti berendam di lautan darah.
Air matanya tidak berhenti-henti mengalir.
Melihatnya begitu,aku mempercepatkan langkahku yang berada masih jauh darinya.
Perutku dipegang menahan sakit.
Titisan darah dari lumuran daguku tidak diendahkan.
Aku melihat Alicia mencapai tangan milik General.
Dia menggenggamnya.
Dia teruskan merangkak menghampiri kepala General lalu terus duduk.
Dia memegang kedua pipi general yang tidak sedarkan diri.
Ataupun mati?
Aku tidak tahu.
Dia memeluk kepala General dengan erat.
Bibirnya bergerak seolah-olah mengatakan sesuatu.
Airmatanya membasahi wajah General.
Aku yang tadi tidak mampu menangis kerana kesakitan teramat,sekarang menyedari pipiku yang mulai basah dek air mata.
Aku yang melihat situasi itu menangis.
Hatiku meronta-ronta berharap General masih boleh diselamatkan.
Dia adalah satu-satunya bapa yang Alicia ada.
Dialah bapa angkat kesayangan Alicia.
Aku tidak mampu memikirkan kehidupan Alicia tanpa general disisi.
Namun,perasaan sedih ku berubah menjadi takut apabila aku melihat tubuh Kheng yang tiba-tiba muncul dibelakang Alicia.
"ALICIA!!!!"Jeritku sekuat hati.
Jeritan kuat itu menyebabkan aku termuntahkan sedikit darah.
Aku mempercepatkan langkahku.
Dia seperti tidak peduli dengan kehadiran Kheng dibelakangnya.
Dia tetap memeluk tubuh General dengan erat.
Aku melihat Kheng sudahpun mengangkat kakinya.
"Tidak...tidak.."
Aku sudah terlambat.
"PAKKK!!!!!"
........................................................................
Who cry? Votes for this.
I want to know how much people cry for this chapter.
55 votes to unlock the next chapter.
Thank you.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro