Hubungan
"Sebab dialah aku jadi ejen sekarang."
Kata Alicia.
Alatan yang dipegang Ali jatuh sebaik sahaja mendengar pernyataan Alicia.
Matanya diangkat memandang tepat ke arah Ejen Neuro yang masih fokus ke arah skrin monitor di depannya.
"T-tapi........macammana?"Tanya Ali.
Badan Alicia perlahan-lahan dipusing menghadapnya.
Kepalanya diangkat.
Bibirnya mengukir senyuman.
"Entahlah Ali......."Kata Alicia yang masih merenung siling base itu.
.
.
.
Flashback 11 tahun yang lalu
(Berdasarkan umur diorang yang sekarang)
"Hebatlah Aliya tu."
"Haah.Susah betul nak kalahkan."
"Ceh.Korang tu yang lemah."
"Hek eleh.Kau pun tak dapat nak sentuh dia."
"Diamlah."
.
.
Itulah perbualan yang didengari Alicia berumur 4 tahun semasa melalui koridor HQ MATA tersebut.
Dia menyelinap masuk sendirian tanpa kebenaran bapa angkatnya iaitu General Rama.
Sudah menjadi kebiasaan baginya melakukan hal sedemikian.
Dia dengan riangnya berlari anak di koridor itu tanpa mempedulikan ejen-ejen yang lain.
"Robot,robot,robot! Aku nak kalahkan robot!"Kata Alicia dengan gembiranya.
.
.
.
Sedang sibuk berlari,dia terdengar bunyi hentaman yang menandakan ejen-ejen sedang sibuk melakukan latihan.
Dia memberhentikan langkahnya dan cuba mencari bunyi itu tadi.
.
.
.
Alangkah terkejutnya apabila dia melihat seorang wanita bersut merah sibuk mengalahkan robot dan drone yang tidak terkira bilangannya.
Wanita itu terlihat menggunakan gasing yang mempunyai kelebihan mengagumkan.
"Woahhhh!!"Kata Alicia kagum.
Dia dengan tekunnya menonton perlawanan itu sehingga habis.
"Hebatnyaaa!"Kata Alicia yang masih teruja.
Mata wanita itu tadi tiba-tiba tertumpu ke arahnya.
Alicia terus menutup mulut lalu menyembunyikan dirinya.
.
.
.
Merasakan yang dia sudah selamat,dia membuka mulutnya semula.
"Hahhh........nasib ba-"
"Adik buat apa kat sini?"
"WARGHH!!"Jerit Alicia terkejut.
Dia melihat wajah insan yang berada di hadapannya itu.
"Eh!!"Alicia menutup mulutnya.
Wanita itu memandangnya hairan.
"Cik lah yang kalahkan semua robot-robot tu tadi kan?"Tanya Alicia perlahan-lahan menjatuhkan tangannya yang menutupi mulutnya.
Wanita itu tersenyum.
"Panggil saya Ejen Aliya."Kata wanita itu.
Mulut Alicia ternganga luas.
"Kamu Alicia kan?"Tanya wanita yang menggelar dirinya 'Ejen Aliya' itu.
Alicia mengangguk.
"Macammana Ejen Aliya boleh tahu?"Tanya Alicia pula.
Aliya tersenyum.
"Adalah."Balasnya mengusik.
Alicia hanya mencebik.
.
.
.
Dari hari itu,mereka berdua menjadi rapat.
"Ejen Aliya."Panggil Alicia.
Aliya memandangnya sambil tersenyum.
"Kenapa Alicia?"Tanya Aliya.
"Ejen Aliya rasa......saya boleh jadi ejen tak?"Tanya Alicia.
Aliya memegang dagunya sambil berfikir.
"Mestilah.Lagi hebat dari Ejen Aliya pon boleh."Balas Aliya yakin.
Alicia tergelak kecil melihat reaksi Aliya itu.
Namun,wajahnya kembali muram.
"Tapi........papa cakap Alicia tak boleh jadi ejen.Dia nak Alicia belajar je."Luah Alicia bernada sedih.
Aliya memberhentikan langkahnya.
Dia pergi kehadapan Alicia lalu memegang kedua bahunya.
Mukanya kali ini kelihatan serius.
"Alicia.Tidak ada satu pun perkara yang kita takkan dapat kalau kita terus berusaha."Kata Aliya penuh semangat.
"Kalau Alicia betul-betul nak jadi ejen,berusaha dan yakinkan papa Alicia yang Alicia mampu untuk jadi seorang ejen.Ejen Aliya yakin Alicia mampu untuk jadi ejen yang hebat."Tambah Ejen Aliya lagi.
Alicia tergamam.
Dia memeluk Ejen Aliya dengan erat.
"Terima kasih.....terima kasih Ejen Aliya."Kata Alicia yang menahan tangisannya.
Ejen Aliya membalas pelukan Alicia dan menepuk-nepuk belakangkan agar tangisannya berhenti.
Pelukan mereka dilepaskan dan Aliya cuba mengelap air mata Alicia menggunakan ibu jarinya.
Alicia kembali tersenyum.
.
.
.
"Alicia."Panggil Aliya.
Alicia mendongak wajahnya memandang Aliya.
"Tengok ni."Aliya menunjukkan gambar seorang budak lelaki yang sepertinya seumur dengan Alicia.
"Siapa ni?"Tanya Alicia sambil menatap gambar itu.
"Ni anak Ejen Aliya.Umur dia sama dengan kamu."Kata Aliya kepada Alicia.
"Oooh."Alicia mengangguk.
Tiba-tiba Alicia mendapat idea.
"Kalau dia jadi ejen,mesti dia akan jadi hebat macam Ejen Aliya!"Kata Alicia teruja.
Aliya memandang Alicia dengan wajah terkejut.
Namun kembali tersenyum.
"Ada-ada je kamu ni."Aliya mencubit pipi tembam Alicia dengan lembut.
.
.
Flashback off
Mengingat semula memori-memori tersebut menyebabkan Alicia tertawa seorang diri di dalam base rahsia itu.
Ali yang sibuk mencipta gadjet mereka pula terkejut dengan suara ketawa Alicia.
"Eh.Kau sihat tak?"Tanya Ali risau dengan kelakuan Alicia yang kelihatan tidak biasa.
"Aku cuma teringat gambar kau yang arwah Ejen Aliya tunjuk dulu."Kata Alicia menahan tawanya.
"Mesti comel kan?"Kata Ali dengan bangganya.
Alicia menjegilkan matanya.
"Tak.Gemuk adalah."Balas Alicia terkekek-kekek.
Ali mengecilkan matanya.
"Aku tahu aku comel.Ngaku jelah."Kata Ali tidak mengaku kalah.
Alicia memutar matanya menyampah.
"Sekurang-kurangnya muka aku taklah swag waktu kecik."Kata Ali lagi.
"Eh?"Kata Alicia hairan.
"Uuuuu tak ngaku pulak.Tengok ni."Ali menunjukkan gambar Alicia semasa kecil yang disimpan di dalam telefonnya.
Keadaan menjadi diam.
Tiba-tiba......
"BUWAHAHAHAHAHAH!!"Mereka berdua tertawa besar.
"Murung betul muka kau waktu tu."Kata Ali sambil mengesat air mata tawanya.
"Kantoi kau simpan gambar aku."Usik Alicia.
"Eleh......dua je."Balas Ali.
"Oh?Yakin betul...."Alicia kembali menghadap skrin monitor di depannya dan menaip sesuatu.
"Eh eh...JAP JAP!!!"Ali cuba memberhentikan tindakan Alicia dengan mematikan telefonnya.
Namun semuanya telah terlambat.
"Klik!"
"ALICIAAAAAAA!!!!!"Jerit Ali.
........................................................................
Oh god.
Apa aku tulis ni 😂😂😂.
Apa-apapun jangan lupa Vote Dan comment kalau korang suka!
Also.....
#Juststayathome #dudukdiamdiam
#Jangangatalnakbalikkampung
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro