Hapus
Badan lelaki itu sekarang dilapisi nano-nano biru yang sangat jelas.
(Gambar rujukan)
Pandangannya dialihkan ke arah gadis yang tidak bermaya itu.
Dia berjalan ke arahnya lalu mengangkatnya ala bridal style.
"Alicia...."Panggilnya lembut melalui mic kecilnya.
Tiada respon.
Titisan darah dari topeng gadis itu mengenai baju milik Ali.
Ali betul-betul terkesan dengan apa yang telah ejen-ejen yang disanjungnya lakukan terhadap Alicia.
Dia sudah tidak mampu menahannya lagi.
"Jangan risau.......aku akan selesaikan diorang semua."Kata Ali lalu menyandarkan Alicia pada dinding bilik kawalan itu.
Matanya sekarang tajam melihat ejen-ejen yang masih tidak berganjak di depannya.
Sarung tangan yang dipakai Ali ditanggal dan memperlihatkan tangan palsu yang diperbuat daripada besi.
Ya,itulah gadjet ciptaannya.
Sama seperti milik Uno.
.
.
.
Ali perlahan-lahan mencabut mic topengnya lalu mencampakkannya ke dinding.
"TUNGGU APA LAGI?! SERANGLAH!"Jerit Ali dengan kasar.
Ejen Fit mengetap giginya geram.Dia terus berlari laju ke arah Ali sambil tangannya digenggam menjadi buku lima.
"Ceh."
Tiba-tiba...
Kelibat Ali secara automatik berada di depan Ejen Fit.
"PANG!!!"
Tangannya menghentam kuat dada Ejen Tekno itu dengan gelombang besar dihasilkan oleh tangan besi miliknya.
"BANG!"
Badan Ejen Fit terhentak pada pintu besi bilik kawalan itu.
Lebih mengejutkan,hentaman kuat Ali menyebabkan pintu besi itu kemek sedangkan pada chapter sebelumnya,dia mengatakan bahawa pintu itu mempunyai 3 lapisan besi yang agak mustahil untuk ditembus.
Ejen lain yang melihat aksi itu terkejut dan mula panik.
"Bakar! Pergi minta bantuan!"Jerit Ejen Leon.
Bakar dengan segera berlari keluar dari bilik tersebut.
"Bobby! Jaga semua pintu! Jangan bagi sorang pun lepas!"Jerit Ejen Neuro itu lagi.
Ejen Bobby membuka langkahnya keluar.
Ejen Leon memandang tajam ke arah Ali lalu puluhan das tembakan dilepaskan ke arahnya.
Ali hanya berjalan menghampirinya tanpa mempedulikan peluru-peluru yang dilepaskan.
Peluru itu seolah-olah batu kecil yang dicampak ke arahnya.
Ejen Leon yang melihat keadaan itu perlahan-lahan mengundur dirinya.
Dia berundur dan berundur sehingga belakangnya menemui dinding bilik kawalan itu.
"JANGAN DEKAT! ATAU SAYA-"Ejen Leon cuba menghempas pistolnya tepat ke kepala Ali.
Namun berjaya ditahan budak lelaki itu.
Ejen Neuro itu cuba mengambil pistolnya kembali tetapi genggaman Ali terlalu kuat.
.
.
.
"PRAKKK!"
Mata Ejen Leon terbeliak.
Pistol miliknya itu hancur menjadi serpihan akibat genggaman kuat budak lelaki itu.
Namun,dia masih enggan mengaku kalah,dia cuba menghadiahkan beberapa tumbukan bertubi-tubi ke arah budak tersebut.
"Huarghh..."Ali mengelaknya sambil menguap kerana bosan akan serangan tidak berguna Ejen itu.
"ISH! KAU-"Ejen Leon akhirnya menghalakan kaki kanannya tepat di kepala Ali.
Serangannya sekali lagi berjaya dihalang.
.
.
.
"Membosankan."Kata Ali lalu menghentam kuat dada Ejen Neuro itu.
"BANG!!"
"ARGHH!!!"Jerit Ejen Leon sambil memegang dadanya yang baru dihentam.
Nasibnya sekarang sama sahaja seperti Ejen Fit yang sekarang tidak sedarkan diri kerana keperitan di dada.
Ikutkan hati,mahu sahaja Ali ajar ejen-ejen itu kerana telah mencederakan kawan baiknya.
Namun,apalah daya,dia tetap Ali Ghazali yang baik dan sabar.
Lagipun,jika dia mencederakan mereka,Alicia tidak akan gembira mendengar berita tersebut.
Ali perlahan-lahan beredar dari situ dan berjalan ke arah komputer berteknologi tinggi yang skrinnya masih cerah memaparkan peta CyberRaya.
Tiba-tiba dia berhenti.
Dia memandang sekilas ke arah dua ejen yang separuh sedar itu.
"Sentuh dia lagi dan aku akan pastikan korang menyesal."Katanya kasar.
Dia kembali memandang ke arah komputer di depannya.
Pendrive yang tadi tercabut,dimasukkan semula kedalam lubang USB.
Tangannya laju menaip apa yang ditunjukkan IRIS override.
[----------------------------------97%]
98%
99%
[Process Complete]
Ali mencabut pendrive milik Alicia dan terus memasukkannya ke dalam poket.
Dia memandang Alicia yang masih bersandar di dinding dan tidak sedarkan diri.
Darah yang tadi menitik,sekarang sudah kering.
Tiba-tiba IRIS berbunyi menandakan ada serangan yang ditujukan kepada Alicia.
Ali tidak menoleh.
"Aku kata......."
"JANGAN SENTUH DIA!"
Tangannya menangkap laju sesuatu.
Boomerang milik Ejen Bobby.
Tangannya digenggam kuat.
Bobby yang melihat aksi itu membulatkan matanya.
"PRAKKK!!"
Satu lagi.
Satu lagi gadjet dihancurkan dengan selamba oleh Ali.
Bobby kaku melihat boomerangnya hancur berkecai.
Ali yang tidak mempedulikan reaksi Ejen Inviso itu mengangkat Alicia lalu beredar dari makmal navigasi tersebut.
Apa yang dia peduli sekarang adalah cara untuk merawat Alicia yang cedera teruk.
.
.
.
Base Rahsia General Rama
Jam 0030
Selepas berjalan lebih kurang 30 minit sambil menggendong Alicia,akhirnya Ali sampai ke base rahsia general yang merupakan tempat kajian mereka berdua.
Base ini mereka katakan base 'peninggalan' milik General Rama kerana base ini sepertinya sudah tidak digunakan olehnya.
Ali membaringkan tubuh Alicia pada lantai yang sudah dilapiknya dengan segulung tikar.
Dia membuka topeng milik Ejen Neuro itu perlahan-lahan.
Alangkah terkejutnya dia apabila melihat darah kering yang telahpun membasahi hampir separuh daripada muka Alicia.
"Alicia......"Panggil Ali sayu.
Dia meminta Comot untuk menjaga Alicia sementara dia mengambil sehelai kain basah di dapur.
Selepas 2 minit,dia kembali dengan sebuah besen kecil yang dipenuhi air dan sehelai kain bersih.
Dia membasahkan kain itu dan perlahan-lahan mengelap wajah Alicia yang dipenuhi darah.
Di menyisir sedikit rambut Alicia yang menutupi dahinya agar kerja membersihkan wajah gadis itu menjadi lebih mudah.
Dia tergamam selepas melihat dahi gadis neuro itu.
Dahinya mempunyai kesan parut yang agak besar dan juga merupakan punca pendarahan pada wajahnya berlaku.
Ali mengelap dahinya perlahan-lahan.
Selesai membersihkan wajah Alicia,dia mengambil sebuah alat pengukur suhu badan.
Dia mendekatkannya pada dahi Alicia.
"Tit!"Alat itu berbunyi.
Ali mengambil alat itu semula dan melihat hasil yang ditunjukkan.
Matanya terbeliak.
"28°C?!"Katanya hampir menjerit.
Dia menyentuh tapak tangan Alicia.
Benar-benar sejuk.
Dia dengan pantas berlari naik ke tingkat atas untuk mencari selimut tebal.
Syukurlah dia menjumpai 2 helai selimut yang cukup untuk memanaskan tubuh Alicia.
Dia dengan segera berlari turun ke tingkat bawah tempat base rahsia itu terletak.
Dia membaluti Alicia dengan kedua-dua selimut tersebut.
Alicia yang tadi bernafas dengan kencang perlahan-lahan mulai stabil.
Ali membawa besen yang tadi digunakan untuk mencuci darah pada wajah Alicia ke dapur.
.
.
.
Dia kembali semula dengan sebuah mangkuk yang berisi air suam dan sehelai kain baru.
Dia membasahkan kain itu dengan air suam dan melipatnya kepada 4 bahagian.
Dengan lembut dia meletakkan kain itu diatas dahi Alicia yang sangat sejuk.
Ali menjaga Alicia sehingga pagi.
Mujurlah hari ini mereka cuti,jika tidak,pasti Ali tidak akan hadir ke sekolah untuk menjaga Alicia.
.
.
.
Keesokan harinya
Jam 1300
Setelah lebih 24 jam tidak sedarkan diri,Alicia akhirnya membuka mata selepas menyedari hidungnya berair.
Alicia melihat sekelilingnya.Matanya sekarang tertumpu ke arah sosok tubuh budak lelaki yang tidur bersandar di dinding tidak jauh darinya.
Dia tersenyum sendirian.
Tengok sahaja pada selimut,mangkuk yang diisi air,peti kecemasan,kain basah di dahi,dia tahu bahawa Ali telah menjaganya dengan baik selama dia tidak sedarkan diri.
Tiba-tiba titisan cecair jatuh pada selimutnya.
Darah.
Dia mengeluh.
"Lagi sekali,huh?"
.......................................................................
Helooo
Chapter yang korang tunggu-tunggu dah di update.
Macammana? Okey tak?
Vote dan Comment kalau korang suka!
Byebye!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro