Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Hancur


"T-Tak mungkin........."










"EJEN LEON?!"Jerit Ali dan Alicia melalui mic kecil mereka.

Mujurlah mic itu merupakan mic yang soundproof,jika tidak,identiti mereka pasti akan terbongkar.

Seorang lelaki bertubuh sasa melintasi Ejen Leon dan masuk ke dalam bilik kawalan itu.

Mukanya kelihatan berang.

"Korang ni lah pencuri bertopeng tu kan?.......Mesti seronok curi barang,tak payah bayar...kan kan?"Kata lelaki itu sarkastik.

"Ejen Fit........."Bisik Ali perlahan.

"Ali! Ambik ni!"Alicia mencampakkan pendrive miliknya kepada Ali.

"Aku akan tahan diorang!"Kata Alicia melalui mic miliknya.

Ali mengambil pendrive itu dan terus mencucuknya kedalam lubang USB komputer tersebut.

Dia dengan segera menaip apa yang ditunjukkan IRIS untuk mengakses maklumat dari komputer berteknologi tinggi itu.

Sedang sibuk dia menaip,IRIS mula berbunyi menandakan ada serangan yang ditujukan kepadanya.

"PANG!"

Ali terkejut melihat sosok tubuh Alicia di depannya yang sedang menghalang boomerang milik Ejen Bobby yang tadi dihalakan ke arahnya.

"Jangan panik! Aku akan cover kau!"Kata Alicia bernada tegas.

Ali mengangguk lalu meneruskan tugasnya.
.
.

"Korang ni memang tak serik-serik Eh?"Ali tidak menghiraukan kata-kata Ejen Fit dan terus menaip sesuatu di papan kekunci komputer itu

"Cepatlah......cepatlah....."Ujar Ali dengan jarinya pantas menaip.

"TAK FAHAM BAHASA BETUL!"Ejen Fit menarik Ali menggunakan sarung tangan magnetnya dan menumbuknya ke arah dinding bilik kawalan itu.

"BANG!"

Badan Ali ditumbuk kuat sehingga bunyi hentaman badannya terdengar jelas.

"Erghhh!"Ali mengerang kesakitan.

"ALI!"Jerit Alicia yang sedang berlari menghampirinya.

"TANG!"

Tembakan dihalakan diantara mereka berdua untuk menghentikan perbuatan Alicia.

Alicia melihat ke arah Ejen Leon yang sedang mengacukan pistol ke arahnya.

"Bakar! Tahan mereka!"Arah Ejen Leon.

Namun tiada respon.

"Bakar?!"Tengking Ejen Leon.

"Dia dekat luar tengah tolong security guard."Kata Ejen Bobby menenangkan keadaan.

"Ali! Kau okey tak?!"Tanya Alicia sambil menggoyangkan tubuh lelaki itu.

"Berhenti! Atau saya tembak!"Tengking Ejen Leon kepada Alicia.

Alicia tidak mempedulikan kata-kata Ejen Neuro selaku mentornya itu dan terus menepuk-nepuk badan Ali yang tidak bermaya.

"Tak pe....biar aku selesaikan..."Ujar Ejen Fit lalu berjalan menghampiri Alicia.

Alicia dengan pantas mengacukan pistol miliknya tepat ke arah Ejen Fit.

Langkah Ejen Tekno itu terhenti.

Tangan Alicia bergetar jelas menunjukkan yang dia ketakutan.

Ejen Fit memusingkan badannya menghadap Ali.

Dia tersenyum sinis.

"Jangan risau.......aku tak nak buat apa-apa pun."Kata Ejen Fit dengan senyuman sinis yang tidak lekang di bibirnya.

Tangan Alicia yang memegang pistol perlahan-lahan diturunkan.

Dia tiada niat mahu mencederakan mereka.

Tiba-tiba.....

"PAK!!!"

Sepakan kencang dihadiahkan tepat ke kepala Ali yang sepertinya tidak sedarkan diri.

Topeng miliknya retak.

"TANG!"

Tembakan akhirnya dilepaskan Alicia selepas melihat aksi yang tidak berperikemanusiaan itu.

Tembakan itu dielak Ejen Fit dengan pantas.

Ejen Tekno itu mengetap giginya geram.

Alicia perlahan-lahan berdiri.

Merasakan sesuatu menghampirinya,dia dengan cepat mengelak.

Ejen Bobby mengambil boomerangnya kembali.

"Cis.4 lawan 1,tak takut ke dik?"Tanya Ejen Fit sarkastik.

Alicia melepaskan pistol yang ada ditangannya.

Kedua-dua tangannya diangkat perlahan-lahan.

"Haaa....macamtulah....senang kerja kitorang."Kata Ejen Fit lalu mendekatinya.

Alicia masih kaku tidak bergerak.

Semakin dekat....

Dan semakin dekat....

"Sekarang!"

Alicia melompat tinggi lalu menghalakan kakinya tepat ke arah kepala Ejen Fit.

"JANGAN HARAP!"Jerit Ejen Tekno itu cuba mengelak serangan yang akan diberikan Alicia.

Namun,badannya tiba-tiba kaku.

Dia melihat seseorang yang menggenggam kuat kakinya.

Itu Ali.

"Ish! Hidup lagi kau- PAK!"Satu sepakan mengenai kepala Ejen Fit.

Dia rebah sebaik sahaja disepak kuat oleh Alicia.

"Tak guna!"Marahnya sambil menggosok-gosok pipinya yang baru disepak.

Tiba-tiba....
.
.
.



"Sorry korang,guard buat hal."Kata seseorang yang baru memasuki bilik kawalan itu.

Ejen Leon memandangnya dengan riak wajah menyampah.

"Uncle?!"Kata Ali melalui mic kecil miliknya.

"Fokus Ali!"Marah Alicia.

IRIS milik Ali tiba-tiba berbunyi.

"Alicia! Jaga-jaga!"Jeritnya.

Alicia menundukkan badannya dari terkena boomerang halimunan milik Bobby.

"Ish!"Bobby mula naik angin.

Dia berlari ke arah Alicia lalu menghadiahkannya beberapa sepakan dan tumbukan.

Alicia dapat mengelaknya dengan baik.

"Ali! Baling pistol aku!"Jerit Alicia memberi arahan kepada Ali menggunakan mic miliknya.

Ali dengan segera mengambil lalu mencampakkan pistol itu tepat ke arah Alicia.

"TAP!"Sambut Alicia dengan kemas.

Pistol itu terus diacukan tepat di kepala Bobby.

"TANG!"

Tembakan Alicia dihalang Ejen Bakar.

Alicia tergamam.

Dia tidak mahu mencederakan Ejen Bakar yang merupakan bapa saudara Ali.

Dia dengan pantas berlari menghampiri Ali.

"Gedebuk!"

Alicia jatuh tersembam selepas boomerang milik Bobby terkena tepat pada kaki kanannya.

Ali yang menyedari hal itu menjerit namanya.

Tidak menyedari seseorang dibelakangnya,Ali ditumbuk kuat sehingga dia jatuh mencium lantai.

"Menyusahka-TANG!"Kata-kata Ejen Fit dipotong dengan tembakan oleh Alicia.

"KAU-"Ejen Fit menarik Alicia dengan kasar sekali menggunakan sarung tangan magnetnya.

"LEON!"Jerit Ejen Tekno itu.

Ejen Leon melepaskan 4 das peluru eletrik yang cukup untuk membunuh seseorang tepat di badan Alicia.

"ARGHHHHHHHHHH!!!!!!"Jerit Alicia menggegarkan bilik kawalan itu.

Badannya jatuh tidak bermaya.

Ali melihat kejadian mengerikan itu di depan matanya.

Semuanya bergerak perlahan baginya sekarang.

Dia melihat titisan darah yang jatuh dari topeng milik Alicia.

Nafasnya kencang tidak dapat menahan kemarahan yang membara di dalam dirinya.

Akhirnya,jeritannya keluar.

"ALICIAAAAAAAAAAAA!"

Jeritannya benar-benar kuat sehingga hampir didengari Ejen lain.

Lampu tiba-tiba berkelip-kelip,komputer di dalam makmal itu seperti hilang kawalan.

Mata keempat-empat ejen itu sekarang tertumpu ke arah Ali.

Mereka terkejut.

Badan mereka dengan sendirinya berundur.

Mereka merasakan aura yang tidak tahu bagaimana ingin diungkap.

Budak lelaki itu bangun dengan sedikit serpihan topengnya jatuh bertaburan.






























































Badan lelaki itu sekarang dilapisi nano-nano biru yang sangat jelas.

........................................................................













Hello! Author Ada publish buku baru~

Ini dia~~~

Buku ni pasal ejen-ejen muda sebagai everything.

Kpop? Anime? Games? Foods?
Semua ada!

Author pairkan diorang berdasarkan kelakuan ejen-ejen muda sendiri.

Jangan risau....buku ni takkan kacau pun update untuk buku-buku lain.

Just for fun!

Request is highly appreciated!

Tunggu apa lagi? Jom baca!

Don't forget to vote and comment for this chapter!

Byebye!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro