Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

General


Ali POV

"GENERAL!!!"Aku menjerit namanya sekuat hati.

Aku merasakan nano-nano biru dari IRIS sudah mula kelihatan

Aku berlari dan cuba melompat untuk menyelamatkannya.

"Hah?!"Kakiku digenggam Alicia.

Dia menghempas ku ke atas tanah.

"Tak....General.."Gumamku masih melihat General yang sedang berkelahi dengan Kheng.

Mereka akan jatuh pada bila-bila masa.
.
.









Mataku membulat apabila melihat taktik licik general.

Dia mengeluarkan payung yang merupakan gadjet miliknya.

Namun payung itu dengan pantas berubah menjadi bola besi yang agak besar.

Hampir sahaja dia mahu jatuh,dia memusing badannya menghadap tanah lalu menghentakkan bola besi itu dengan sangat kuat.

"BANGG!"

Hentakan itu menyebabkan tekanan pada tanah yang membantu tubuh General untuk dilantunkan semula.

Tanah itu retak,namun dia tidak mempunyai satu luka pun.

Aku dengan mod override ternganga melihatnya.

End of Ali POV






Kheng yang juga terselamat dari terjunan maut itu berdiri sambil melihat ke arah Rama.

Rama sudahpun memberitahu Geng Mamak untuk membawa semua ejen yang cedera ke HQ MATA.

Sekarang,biar dia sahaja yang berlawan dengan ayah kandung Alicia itu.

"Jadi letupan yang kononnya punca kematian kamu,termasuk dari rancangan-rancangan bodoh kamu juga?"Tanya Rama sambil payung berupa bola besi digenggam erat.

Kheng tertawa.

Namun sekelip mata kembali serius.

"Tepat sekali."

"Dah selesai tanamkan cip dalam kepala budak tu,aku nak buat apa lagi? Lari jelah."Balas Kheng sadis.

"Apa motif sebenar kamu Kheng? Kenapa Alicia perlu menjadi mangsa?"Ujar Rama masih tidak puas hati.

Angin di malam hari itu meniup rambut putih Kheng supaya menutupi mata kanannya.

"Motif? Aku rasa kau boleh teka."

"Kenapa Alicia? Oh silap aku.Patutnya tanamkan sekali cip tu dekat Ali kan?"
Kata Kheng sambil tersenyum sinis.

Ali yang mendengar perbualan itu membulatkan matanya.

Dia sudah agak dari awal Alicia dikawal seseorang.

Tapi,tidak pula dia fikir perkara tersebut dari bapak kandung gadis itu sendiri.

Dia memandang ke arah Alicia yang kelihatan muram.

"ALICIA BANGUN!!"Jerit Ali sekuat hati.

Kheng memandangnya yang berusaha menyedarkan Alicia.

"Dah takde guna Ali,Alicia dibawah kawalan aku sekarang."Ujar Kheng kepada Ali yang kelihatan terdesak.

"KAU-"Ali bangun lalu menyerang Kheng dengan gasingnya.

"Wah.....kau guna gadjet Aliya sekarang? Hebat."Kata Kheng terlihat tenang.

Ali yang kelihatan marah menyerangnya bertubi-tubi.

Dia melompat menggunakan aeroboots lalu menghalakan yoyo blast kepada Kheng yang sibuk mengelak serangan gasingnya tadi.

Namun,Kheng lebih pantas.

Tangannya sekarang berbentuk penumbuk yang sudah digabungkan dengan tumbukan padu milik Ganz,sfera eletrik milik Dayang,pantulan gasing milik Aliya(Ali) dan gelombang besar yoyo Ali.

Kheng sekarang berada tepat di depan Ali.

Wajahnya memperlihatkan senyuman lebar dengan hanya satu mata kelihatan.

"BANGG!"

Tumbukan gabungan milik Kheng mengenai tepat pada perut Ali.

Kuatnya tumbukan tersebut menyebabkan Ali menghempap Menara XXX yang sebenarnya agak jauh dengan 6 lapisan kaca hancur.

Perutnya kempis ditumbuk.

Mulutnya berlumuran darah.

Matanya sakit mahu dibuka.

"HENTIKAN KHENG!!!"Jerit General yang berdiri tidak jauh darinya.

"Budak hingusan tu yang cari pasal."Balas Kheng selamba.

Rama berlari laju ke arahnya sambil memegang payung yang berubah menjadi bola besi dihayunkan tepat pada wajah tampan milik Kheng.

Kheng hanya mengelak dan mengelak.

Kakinya dihayunkan tepat pada bola besi itu.

Rama melihat payungnya yang sudah mempunyai kesan kaki Kheng.

Namun dia tidak menyerah.

Dia menyerang dan terus menyerang.

Semuanya demi anak angkat yang sangat disayangi.
.
.
























Alicia dari jauh terlihat berserabut.

Kepalanya dipegang kuat.

"Sedarlah Alicia!"

"Kau dikawal!"

"Bangkit Alicia!"

"ARGHHHHHH!!!"Jeritnya seperti dirasuk.

"Alicia,selamatkan mereka."

"Kamu boleh."

"Saya percaya pada kamu."

"ARGHHHHHHHH!!!!"Jeritannya semakin kuat.

Nano-nano kuning di sut miliknya mula kelihatan.

"Aku boleh hancurkan cip ni!"

"Aku akan selamatkan mereka semua!"

Matanya mula memperlihatkan anak mata.

"Aku dah boleh tengok!"

"Aku dah hampir!"

Matanya dibuka sepenuhnya.

Namun,lututnya tiba-tiba jatuh.

Kepalanya digeleng ketakutan apabila melihat situasi yang berlaku dihadapannya.

"T-Tak mungkin........"

........................................................................























Ali POV

Senak di perutku masih tidak hilang.

Rasanya seolah-olah organ tempat yang ditumbuk telah hancur.

Aku kuatkan diri untuk berjalan.

Aku perlu selamatkan mereka.

Dagu milikku dibasahi darah.

Tekak ku mulai sakit kerana telah memuntahkan banyak cecair merah tersebut.

Aku berjalan menghampiri tempat di mana Alicia,General dan Kheng berada.

"Aku kena kuat."

Aku terduduk sebentar menahan kesakitan.

"Orang lain rasa lagi teruk dari aku!"

"Jadi aku kena bangkit!"

Aku bangun dan berjalan lebih laju.

Aku dapat merasakan beberapa serpihan cermin melekat pada tubuhku.

Itu mesti kerana aku telah menghempap lebih dari 6 lapisan kaca.

Aku semakin hampir.

Semakin-

"Tak........"

Lututku rebah dengan sendirinya.

Aku melihat situasi yang tak pernah ku fikir di depan mataku.

Rasa mahu menangis,tetapi sakit di badanku tidak membenarkannya.













Aku melihat Kheng mencucuk dada General menggunakan payung milik General sendiri.

Dihujung payung itu mempunyai tempat tusukan yang jika dilihat dari jauh,ia bersinar-sinar.

Dia mencucuk General tepat di dada kiri.














Dimana jantung seorang manusia terletak.

Aku mahu menjerit,tetapi aku tidak mampu.

Aku mahu menangis,tetapi aku tidak mampu.

Tiba-tiba mataku tertumpu pada cahaya yang dihasilkan nano-nano pada sut seseorang.

Sama seperti milikku,tetapi dia berwarna kuning.

Aku terdengar dia menjerit.







































"PAPA!!!!!!!"

........................................................................
















I don't wanna say anything.

Just....

54 votes to unlock the next chapter.

....

I feel like crying

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro